CONTEST AKU BERPUISI : BENDERA

/
25 Comments

BENDERA
 Nukilan : penaberkala

Ada apa pada bendera?
Kau kibar di sini sana
Kau gantung di mercu menara
Kau pacak di tanah rata
Kau kibar di puncak pokok kelapa
Kalau kau sendiri tidak faham ertinya

Apa salah bendera?
Bila sanjung kau kibar
Bila naik hantu kau bakar
Bila bangga kau pacak
Bila naik angin kau pijak

Apa guna warna bendera?
Bila merah
Buat semua bikin amarah
Bila biru
Buat semua bikin haru-biru
Bila hijau
Buat semua bikin pencacau
Bila kuning
Buat semua bikin pening
Bila putih
Buat semua bikin merintih
 
Apa rasa bila bendera menjadi alat?
Atau diri sendiri diperalat?
Alat tebalkan lemak perkauman
Alat kebalkan tembok kenegerian
Alat semarakkan api sentimen murahan
Alat perkukuhkan benteng pemisah
Alat menghangatkan semangat  assabiah
Alat membakar kemarahan pihak yang bertelagah

Sedih cukup sedih
Melihat nyalaan merah jingga pada bendera
Kau pijak di sini sana
Kau ganyang merata-rata
Kau herdik, kau hina
Tanpa rasa sekelumit cakna

Cukup lah cukup
Nyalakan api yang bisa membakar jiwa

Mari lah mari
Padamkan  bara yang bisa menyalai sanubari

Ayuh lah ayuh
Rasionalkan tindak-tanduk
Jangan asyik menjadi pelanduk
Yang hidungnya dicucuk-cucuk
Kelak yang berdiri pun bisa terduduk

Ingatlah
Bendera itu terselit hikmat
Bendera itu tercalit khidmat
Bendera itu terpalit hakikat
Bendera itu tercatit keramat

 Contest Aku Berpuisi

Syarat-syarat penyertaan
  1. Tema Puisi adalah bebas, bergantung kepada kreativiti anda. Yang paling penting puisi  bermesej dan asli. (Cadangan tema: Kemanusiaan, Palestin, Agama, Nasihat, Politik)
  2. Wujudkan satu entri puisi di blog anda disertakan dengan Banner Contest Aku Berpuisi & Tajuk entri "Contest Aku Berpuisi-Tajuk Puisi Anda". (Contoh tajuk: Contest Aku Berpuisi-Jasa Guru)
  3. Tinggalkan link pada ruangan komen entri Contest Aku Berpuisi.
  4. Tag 3 orang kenalan blog
  5. Tarikh Akhir 16 Ogos 2011

Kehakiman
  1. Peringkat Saringan: Pemilihan 20 puisi yang terbaik daripada semua puisi. 
  2. Peringkat Akhir: 3 panel pemilih akan dirujuk iaitu para pensyarah dalam bidang Kesusteraan Melayu untuk menilai 3 puisi yang terbaik untuk ditabalkan pemenang. 


Hadiah
  1. Novel Sastera Melayu yang diiktiraf kepada 3 pemenang utama (Tajaan Blogger WARNA DAN AKU)
  2. Topup RM30 kepada Puisi Terbaik (Tajaan Blogger MIECYBER'S BLOG)
  3. Button Batch Contest Aku Berpuisi kepada 3 pemenang utama 
  4. Button Batch Contest Aku Berpuisi kepada 5 puisi yang bertuah 


NOTAKAKIPUISI : Aku teringin nak tengok puisi dari 3 orang rakan blogger yang aktif berkomentar di blog ini dan berbakat besar dalam penulisan kreatif iaitu (1) Monolog Dalaman (2) Pisau Belati dan (3) Musafiran Dunya


Puisi ini telah terpilih sebagai 5 puisi pilihan untuk Constest Aku Berpuisi di blog Mohamad Azhan dan turut diterbitkan di blog beliamuda


You may also like

25 comments:

  1. perghh..menarik..ada can nk menang ni =D

    ReplyDelete
  2. penaber~~pencacau?? apakah itu?heheheh.

    Not bad ko punya..senang nak paham, bila bca tu terbayang2 mcm2 peristiwa pasal bendera ni :)

    ReplyDelete
  3. aku rasa dah tahu dah siapa pemenang
    :-)

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/07/kontest-menang-duit-raya.html

    ReplyDelete
  4. wah2..
    x terpk pasal bendere nih
    bagus!
    semangat patriotik nih!
    heeee
    nice one!
    >_____<

    ReplyDelete
  5. salam sahabat puisi =)

    Terima kasih atas penyertaan, puisi yang ringkas tetapi padat mesejnya. Bendera lambang sesuatu yang kadang2 disalah guna demi kepentingan tertentu.

    ReplyDelete
  6. TYNTHA LANA:
    pencacau tu maksudnya azimat utk mengelirukan atau membingungkan orang

    ye ke? thanks ya
    apepun, wish me luck

    ReplyDelete
  7. Hans:
    lol, ak baru je join
    ko dah lama join, besar kemungkinan boleh menang,haha

    ReplyDelete
  8. aimie amalina:
    kadang-kadang apa yang berlaku di sekeliling boleh jadi ilham
    rembat je,haha

    ReplyDelete
  9. Mohamadazhan.com:
    salam sahabat organizer
    yup, betul tuh
    kadang-kadang, disalahertikan dan disalahgunakan

    ReplyDelete
  10. Maksud jelas dan indah...

    Thanks for a good poem ^^

    ReplyDelete
  11. arepchepha:
    terima kasih
    sekadar melontarkan pandangan :)

    ReplyDelete
  12. salam alaik..
    saya turut join contesr ini..
    follow sini...jom ke blog ana,,

    ReplyDelete
  13. ~sEtAnGGi SyurGA~ aka NurHidayah Ali:
    wsalam
    terima kasih singgah
    salam kenal :)
    good luck utk contest ni

    ReplyDelete
  14. Sebuah puisi yang matang dan berkesan. Ambo suko

    ReplyDelete
  15. tu la.. xsangka pulak dapat masuk final top10.. gud luck

    ReplyDelete
  16. tahniah...
    tersenarai top 10..
    gud luck!!

    ReplyDelete
  17. Alif Pauzi:
    terima kasih boh
    sekadar berkarya apa yang ada di depan mata

    ReplyDelete
  18. Shaker™:
    tahniah bro
    apapun, all the best for the final result

    ReplyDelete
  19. Lia Irdelia:
    thanks :)
    wish me luck ok

    ReplyDelete
  20. wahh! hebat! tahniah dapat jadi top 10 ok? goodluck :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...