PAINTBALL CJ7 : TAK KIRA SIAPA, KITA TEMBAK SAMPAI LEBAM!

/
9 Comments
Oyeah, pengakhiran bulan Mei 2011 agak luar biasa. Keluar dari kampus untuk berperang. Terima kasih kepada organizer, Faiz atas usaha mengumpul seramai mungkin warga CJ7 untuk menyertai Paintball. At least, 19 orang telah turut serta.


Paintball. Ye, bola cat. Tapi, selepas beraksi 3 game, dengan 200 peluru untuk setiap orang, rasanya masing-masing dah dapat tahu maksud sebenar Paintball. It is not only PAINTBALL actually, but it is PAINBALL. Yup, bola sakit. Berbirat jugak la bila kena kat badan.


Bullet : Kecik tapi berbisa

Nampak je kecik, lembut, tapi dalamnya berisi cat. Kalau dah kena tembak, cat tu satu hal. Kalau terlebih bernasib baik, dapat la saguhati untuk dibawak pulang,LOL


Marker

Ni dia senjata untuk game Paintball. Untuk first timer macam aku, cuak juga la nak pegang menatang ni. Ingat ke berat macam M16. Rupanya, tak la berat sangat. Nama dia "marker" , tak sure la eja macam mana. Lantak pi la. Tapi, seriously main Paintball ni syok habis. Berbaloi-baloi!


Safety helmet

Sebelum beraksi, safety jangan lupa. Semua kena pakai helmet dan jacket. Kalau tak pakai helmet, kalau kena mata buta, masuk hidung rompong, masuk telinga pekak rasanya. So, wajib pakai. Satu lagi jaket, kasik tebal sikit. Awal-awal lagi ramai yang dah pakai long-sleeve shirt. Pergh Proaktif! Tapi lebam tetap lebam.


AKSI CJ7 DI GELANGGANG PAINTBALL SERI ISKANDAR


Team B : Aik, Amir, Cipot

Nije dan Micro tengah get ready


Team C : nuar, amin, pok jak, mayak, jahar

Team B : nije, aik, amir, micro, cipot


GELANGGANG




TEAM

Lupa dah, siapa team mana. Yang penting, 19 orang, 3 team ada 5 orang dan 1 team ada 4 orang, kesian

Team A
faiz, poji, sap diah, nash, amin

Team B
nije, aik, amir, micro, cipot

Team C
nuar, amin, pok jak, mayak, jahar

Team D
sap atan, fahmi, faisal, adi (poji - sub)


KEPUTUSAN


Peringkat awal

Pusingan 1 : A VS B (50 bullets) Winner : B
Pusingan 2 : C VS D (50 bullets) Winner : C
Pusingan Akhir 1 : B VS C (50 bullets) Winner : C
Pusingan Akhir 2 : A VS D (50 bullets) Winner :sape menang weh? aku lupa,lol
Bonus game : A vs C (100 bullets) Winner : A
Bonus game : B VS D (100 bullets) Winner : D

Tu dia, team C johan kot,wakaka

Puas hati jugak lah, main 3 game dengan lebih kurang 200 bullets sorang. Ok la for the first timer, RM35/person.


SAGUHATI

Setiap game/tournament, mesti ada hadiah dan saguhati kan? Tak kira la team yang JOHAN ke, NAIB JOHAN ke, ke-3 mahupun ke-4, semua dapat saguhati sama rata bawa balik. Cuma yang bezanya, banyak atau sikit. Kat bawah ni, ada beberapa sample saguhati yang dibawa pulang oleh peserta yang bertuah,adoi!


Cat di kepala,lebam-lebam di tangan dan kaki yang dibawa pulang

PAINTBALL = PAINBALL

"No Pain, No Gain"


Termenung patah spek ke, termenung sebab ditembak?

Kalau dah namanya game paintball, tak kira siapa, roomate ke, housemate ke, pakai tembak je. Tengok-tengok, sampai lebam member. Sorry! Halal lah yang mana rasa ditembak mahupun yang menembak. 0-0


Segala aksi di atas, dirakam di Seri Iskandar Paintball


Hubungi nombor yang tertera untuk sebarang maklumat dan tempahan

PAINTBALL WITH CHEME JAN'07 (CJ7)

Sempat culik satu picture dari NasHunter di flickr beliau : Paintball CJ7


Kepada yang ditembak tahniah, kepada yang menembak terima kasih. Satu kenangan dibawa pulang!

Paintball sudah, go-kart pun sudah. Next?


Smart picture ni -> myTeam



You may also like

9 comments:

  1. next: baling selipar/tin!!
    *kalau bercermin mata, susah tak pakai helmet itu?!

    ReplyDelete
  2. blog-tips-kurus:
    baling selipar/tin? tu dia, imbau balik kenangan dulu-dulu

    kalau pakai cermin mata, susah sikit la nak pakai helmet tuh
    tak kena buat, boleh patah

    ReplyDelete
  3. mcm best? dlu last tgk budak2 blogger anjuran mel yg men paintball.tp ak x g cz bz..

    ReplyDelete
  4. ptndingan lari pakai tongkat xdop ke?

    ReplyDelete
  5. lebam gler tu nuar hahahaha

    ReplyDelete
  6. darkbatman:
    best bro
    berbirat atas badan tu yg best,haha
    next time boleh la pi try tuh
    ajak gang2 blogger pi berperang

    ReplyDelete
  7. Hazwan Arif:
    adeii, sah mu menang yau :)

    ReplyDelete
  8. faiz:
    lebam tu lah hadiah saguhati yg boleh bawak balik,lol
    xpe, janji puas hati

    ReplyDelete
  9. I really like your writing style and how you express your ideas. With the rise in popularity of paintball, many new players are looking to buy paintball guns.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...