KEDUDUKAN TERKINI : LIGA SUPER 2011

/
10 Comments
Bola sepak tempatan pun semakin rancak sekarang. Perebutan antara tiga pasukan teratas, antara Kelantan, Terengganu dan Selangor. Terkini, 29 Mei 2011, setiap pasukan masing-masing ada 3 perlawanan lagi sebelum menamatkan Liga Super 2011. So, setiap perlawanan penting bagi ketiga-tiga pasukan untuk muncul selaku juara liga musim ini. Sedikit kesilapan oleh mana-mana pasukan akan memberi laluan mudah dan peluang untuk pasukan lain menaiki takhta selaku juara Liga Super 2011.

Setiap pasukan masih berpeluang menjadi juara. Tapi, rasanya persaingan hebat dan jelas boleh dilihat antara pasukan Kelantan dan Terengganu.


 Keputusan penuh perlawanan Liga Super 2011 -> http://sokernet.com/


Keputusan penuh perlawanan 28 Mei 2011 menyaksikan Terengganu tewas 0-1 di tangan Kedah. Kelantan dan Selangor masing-masing mencatat kemenangan sekaligus mengutip 3 mata penuh. Sebelum ini, Terengganu merampas takhta selaku juara liga daripada Kelantan setelah menundukkan Pahang 5-0 dengan penuh bergaya dengan pesta gol mereka dan turut dibantu pasukan senegeri T Team yang menundukkan Kelantan 2-1. Dengan berakhirnya perlawanan 28 Mei 2011, kedudukan liga kembali berubah dan kini semakin sengit antara Kelantan dan Terengganu.

Kedudukan  terkini sehingga 28 Mei 2011 menyaksikan Kelantan dan Terengganu begitu terikat dengan jumlah menang, seri dan kalah dalam kesemua 23 perlawanan adalah sama sekaligus berkogsi jumlah mata yang sama iaitu 47 mata. Lebih menarik perbezaan gol pun turut sama antara kedua-dua pasukan iaitu 26 gol. Cuma yang membezakannya dan meletakkan Kelantan selaku juara liga buat masa ini adalah lebihan cuma 1 gol, 46 gol berbanding Terengganu 45 gol. LOL, agak besaing rapat di situ. Kesilapan membawa padah.



Secara kasar, untuk Liga Super 2011, kedudukan terkini pasukan dalam carta liga jelas boleh dibahagikan kepada 4 kelompok utama.
Kelompok 1 : Kelantan - Terengganu - Selangor
Kelompok 2 : Perak - Kedah - Harimau Muda
Kelompok 3 : T Team - Johor FC - Felda United
Kelompok 4 : Negeri Sembilan - Kuala Lumpur - Sabah - Pahang

Perlis : Rasanya untuk musim kali ini Perlis tak mampu beri saingan kepada  mana-mana pasukan kerana jauh ketinggalan.

Apapun, masih berbaki 3 perlawanan untuk setiap pasukan merombak kedudukan dalam liga kali ini. Untuk 3 perlawanan ini, mungkin persaingan akan berlaku dalam kelompok masing-masing untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik dalam Liga Super 2011. Kerana mana mungkin pasukan dari kelompok 2 mampu melonjak ke tangga teratas dengan perlawanan yang hanya berbaki 3 perlawanan saja lagi.


Untuk pasukan Kelantan, The Red Worriors (TRW), 3 pasukan yang akan ditentang selepas ini adalah Terengganu (pesaing terkuat musim ini), Perak dan Sabah.

6 Jun 2011 : Terengganu vs Kelantan

Terengganu bakal beraksi di laman sendiri dan merupakan perlawanan Psykologi kerana pertemuan ini sedikit-sebanyak bakal mempengaruhi kedua-dua pasukan untuk saingan perlawanan akhir Piala FA pada 11 June 2011 nanti. Masing-masing akan merebut kemenangan untuk menjamin kedudukan selaku pendahulu liga dan juga merebut takhta selaku Juara Piala FA pada 11 June. Selain bertemu Kelantan, Terengganu akan bertemu menentang T Team dan Felda United yang dilihat mampu mengganggu-gugat kemaraan Terengganu.

14 Jun 2011 : Kelantan vs Perak
 
Perak merupakan pasukan yang dilihat akan memberi cabaran dan saingan kuat untuk pasukan Kelantan dalam misi mengutip 3 mata penuh. Mampukah Kelantan membalas dendam dan menuntut bela di atas kekalahan teruk 0-4 kepada Perak dalam perlawanaan yang lalu di Stadium Ipoh? Itu bakal terjawab pada 14 Jun 2011 nanti. Kelebihan pastinya berpihak kepada Kelantan kerana bakal beraksi di laman sendiri dengan lautan merah peminat fanatik The Red Worriors.

6 Julai 2011 : Sabah vs Kelantan 

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Pasukan  yang berada di tangga tercorot jangan dianggap tidak berbisa. Tengok saja Kedah yang mampu mengalahkan Terengganu dalam perlawanan 28 Mei 2011, ini juga mungkin akan berlaku. Apapun, semoga perlawanan antara Sabah dan Kelantan akan memberi peluang cerah untuk Kelantan memungut 3 mata penuh dan terus mara untuk merebut takhta selaku Juara Liga Super 2011.


Untuk keputusan semasa dan terkini, boleh kunjungi -> http://sokernet.com/keputusan-terkini



GOMO QLATE GOMO

Selagi wisel 90 minit tak ditiup, selagi itu The Red Warriors menang. 
Selepas 90 minit, kalah,menang,seri, kita terima.


p/s: wartawan sukan tak bertauliah




You may also like

10 comments:

  1. berbakat doh jadi wartawan sukan neh..huhu..

    GOMO KLATE GOMO

    ReplyDelete
  2. hohoh
    kelantan menang la
    apa2pun aku gembira kedah menang semalam
    :-)

    ReplyDelete
  3. haha aku harap Selangor dapat pintas kedudukan di akhir garisan nanti heee

    ReplyDelete
  4. Wan Pai:
    wartawan di blog sendr cukup la,haha

    yeah, gomo qlate gomo
    tapi debar jugak dengan kedudukan loni

    ReplyDelete
  5. Hans:
    terima kasih team kedah sbb menghalang kemaraan terengganu
    at least sama mata balik dengan kelantan
    oyeah

    ReplyDelete
  6. padin:
    selangor pun masih ada harapan nak rampas takhta kalau kelantan dan terengganu kalah dalam mana2 perlawanan
    agak mencabar persaingan utk liga super kali ni

    ReplyDelete
  7. shera haifa:
    yeah, gomo qlate gomo
    trima kasih singgah dan komen
    salam kenal

    ReplyDelete
  8. pasal bola?

    aku tak faham tapi cuba juga untuk jadi faham.

    ReplyDelete
  9. Pembunuh Tanpa Bayang€:
    selamat memahami dan menyelami dunia bola

    yg penting bola itu bulat,wakaka

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...