INGIN KEMBALI

/
14 Comments



 
INGIN KEMBALI
penaberkala


Di keheningan malam hari
Aku duduk termenung seorang diri
Rintihan hujan membasahi bumi
Angin bayu membelai sanubari


Malam kini terang
Disinari seribu bintang
Dan rembulan pun turut datang
Sinaran hati terang-benderang


Kesungguhan bertakhta di hati
Aku terus menggerakkan jari
Menari-nari di papan kekunci
Kini aku ingin kembali
  


aih, baru sedar sudah lama blog ini ditinggalkan bersendirian. Masih ada ke orang yang jenguk? Hidup segan, mati tak mahu nampak gayanya,haha. Alang-alang nak berblog, sepatutnya kena la update jarang-jarang kan? Apa nak buat, tak berkesempatan dan tak bernasib baik nak update, mood ke laut. Memang padan dengan nama "penaberkala".  Update memang ikut musim sungguh la, adoi. Di kala rajin, berderetlah entri, di kala malas hampeh,lol. So, untuk permulaan, cukuplah dengan 3 rangkap kat atas.



You may also like

14 comments:

  1. itu dia.
    orang sdg bercuti punya header baru.

    ReplyDelete
  2. SZ:
    cuti dah abis pun
    isnin dah start sem baru, adeii
    header pun org tolong buat tu,haha

    ReplyDelete
  3. encik PB kan ramai pengikut setia. namun blogger pun ada masa turun naiknya :D

    btw, lama tak singgah teratak ni. dulu hitam, sekarang biru. Bila nak cat baru?

    ReplyDelete
  4. nk jenguk sini, wahhh, ayt dia untuk blog, puitis sgt:)

    apapun, memang terkadang waktu sgt menghimpit kn untuk selalu update..

    ReplyDelete
  5. lama sudah menyepi.harap dapat kembali semula macam dulu... =)

    ReplyDelete
  6. hehehehe
    selamat kembali memeriahkan dunia blog my friend

    Review Nur Kasih The Movie

    ReplyDelete
  7. norashikin rahmat:
    haha, betul tu
    blogging pun macam kehidupan jugak kan?

    cat tunggu musim raya la kot :)

    ReplyDelete
  8. FIFIEY LYCHEE MARATION:
    lama sangat tak berblog, tiba-tiba jadi puitis,lol

    yup, setuju..tp kalau komited bizi camne pun boleh je nk update
    Masalahnya, malas sikit tu yg lama terbiar

    ReplyDelete
  9. Pembunuh Tanpa Bayang:
    hope so, dpt kekalkan momentum
    tq singgah sini
    fisrt time pergi baca blog pembunuh tanpa bayang td
    blog yg best
    salam kenal

    ReplyDelete
  10. Rollo De Pedicula:
    thanks my friend
    pergh, dah ada blog ke-2 rupanya
    congrat bro
    memang pengulas yg berkarisma dan berkaliber

    ReplyDelete
  11. Salam bro.. Lama aku x datang sini.. papepaun, welcome back.. Nak update blog selalu macam org lain kena tengok keadaan sbb kita bukannya full time blogger..

    ReplyDelete
  12. salam...haha lama xhapdet yer...tak ape...bukan wajib pon kan ... sejujurnye , sis baru hari ni paham maksud PeneBerkala tu ... tihihih :p

    slmt kembali !

    ReplyDelete
  13. decrewz:
    wsalam
    ak pun lama tak pergi, baru prasan dah tukar templat pun blog ko bro

    yup, full time student, part time blogger
    gaji xde, minat ada, masa ada, jalan,haha

    ReplyDelete
  14. Ummi Hanie:
    wsalam sis
    tu pasal, bizi sgt sem lepas
    malas yang lebih sebenarnya,haha

    tu la maksud penaberkala yg sebenarnya
    baru tau rupanya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...