JERIT!!!!! PESTA DURIAN SERENDAH RM9.90 : MAKAN SAMPAI MUNTAH KELUAR TEMPOYAK PUN OK!

/
13 Comments

AKTIVITI HUJUNG MINGGU


1) JERIT!

Kalau duduk/tinggal/menetap/singgah area Tronoh, khususnya warga UTP, boleh la jenguk-jenguk Multipurpose Hall (MPH), Universiti Teknologi PETRONAS untuk tengok teater JERIT - JILID 1 : UNTUKMU PALESTIN. Sebuah teater garapan Tronoh Theater Shop (TTS) hasil karya dan arahan Hissam dengan gabungan Space Gambus Experiment (SGE), In-Saff, Morven dan lain-lain. Hanya dengan RM5, tak payah keluar ke Ipoh untuk tengok movie. Apa kata tukar selera dari tengok MOVIE, kita ramai-ramai pi tengok TEATER, amacam?

TARIKH : 9/10 APRIL 2011
TEMPAT : MPH UTP
MASA : 900PM



A Theatre 'Suara Kebangkitan' featuring SPACE GAMBUS EXPERIMENT, Morven, In-Saff, Tronoh Theater Shop, Poem reciter and other performers. This is Jerit! Jilid 1 : Untukmu Palestin brought to you by Tronoh Theatre Shop.


2) PESTA DURIAN BUKIT GANTANG : RM9.90

First time tahu ada PESTA DURIAN BUKIT GANTANG. Untuk peminat durian tegar, boleh la bawak perut 4 bilik masing-masing ke Bukit Gantang hujung minggu ini. Semoga terubat kempunan nak makan durian selama ini. Dengan serendah RM9.90, anda boleh makan durian sebanyak mungkin. Nak makan sampai pengsan pun boleh, makan sampai muntah keluar tempoyak pun takde orang kisah.. Ajak member-member pergi serang Bukit Gantang hujung minggu ni.








TARIKH : 9 - 10 APRIL 2011
TEMPAT :HENTIAN BUKIT GANTANG
MASA : 1000 Pagi - 500 petang

 
 Apa yang menarik?
  1. Kanak-kanak 7 tahun dan ke bawah - Free of charge, tiada bayaran akan dikenakan
  2. 50% diskaun untuk sesiapa sahaja yang singgah untuk membeli durian
  3. Pelbagai pertandingan bakal diadakan : Pertandingan makan durian, teka berat, teka ulas durian

Tak menarik lagi? Mai ramai-ramai tengok suasana kemeriahan Pesta Durian yang pernah dianjurkan di Bukit Gantang di sini : Pesta Jom Makan Durian telah berlangsung dari 17 hingga 19 July 2009 bertempat di Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Utara) 



So, kepada kawan-kawan yang konvoi ke Bukit Gantang esok, pandulah kenderaan dengan cermat dan selamat. Semoga selamat pergi dan balik. Selamat menjamu selera, selamat makan durian.


TIPS : Beli air cap badak siap-siap satu dozen,haha
TIPS SEDAP : Masak pulut siap-siap, makan pulut durian, perghhhhh. Slrupppppppppppppppp


Inilah 2 aktiviti utama untuk hujung minggu ini bagi sesiapa saja yang FREE dan AVAILABLE terutamanya untuk orang-orang Perak. Agak-agak, Usop Welca join dok Pesta Durian Bukit Gantang? Mana tau takut jadi host ke,haha.


Bila digabungkan, maka jadilah : JERIT!!! PESTA DURIAN SERENDAH RM9.90 : MAKAN SAMPAI MUNTAH KELUAR TEMPOYAK PUN OK!


Selamat berhujung minggu :)


You may also like

13 comments:

  1. uh gile bes r makan durian. lau dapat kat saya mmg x balik umah dh.kawan ada kasi petua nk hilangkan panas badan pas mkn durian iaitu letak air dalam pangsa durian n minum.


    * rindu lah nk komen kat sini

    ReplyDelete
  2. hui.. aku makan durian sampai pening2 kepala mat.. over dose... tapi sape boleh tahan beb.. duriannnn!!!

    ReplyDelete
  3. arrrggghhh sukanya durian,,,jauh la plak

    ReplyDelete
  4. header baru dah siap.. cane nak bagi??

    ReplyDelete
  5. pena.. header dah siap.. cam ne nak bag.. jangan risau.. cik su tak mintak duit pun.. haha.. cume promote la cik su sikit.. untuk contest yang cik su masuk nie.. hehehe

    ReplyDelete
  6. amirah:
    owh, minum air dari pangsa durian tu ka? nice tip, baru tau,haha
    hantu durian gak ke ni?

    tu pasal, lama dh x dtg sini kan?

    ReplyDelete
  7. SM Banjamin:
    haha, sampai pening pun xpe kan asal dapat makan,lol
    ak pernah dema sekali lepas tibai pulut bersama durian, perghhh

    ReplyDelete
  8. Hazwan Arif:
    tenang yau
    cuti sedak lu, pahni sambung beraktiviti plok

    ReplyDelete
  9. PReDicToR:
    try cari kat pasar malam, konpem ada,haha

    ReplyDelete
  10. Cik Su Life Cycle:
    terima kasih ciksu
    dah dapat, terus tampal kat blog,haha
    first time kot tukar header, xtau bila la plak mau tukar
    skang bizi sikit, ada masa nnt ada entri spesel buat penyumbang header blog ni

    tq very much

    ReplyDelete
  11. penaberkala, blog saya sendiri pon mmg sgt lama tak tengok. baru2 ni ja tgok then sempat singgah blog kmu jgk. lama x BW.huhu

    ReplyDelete
  12. amirah:
    haha, sama la kita
    biasa la klu dah bergelar student
    ada masa free, ada masa bizi
    time free je la boleh blogging

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...