WAJIB TONTON : DARI KACA MATA KE KACA TELEVISYEN


Dibawakan terus dari bumi Tronoh, Perak
Bersiaran dari Universiti Teknologi PETRONAS
Lintas langsung dan juga siaran rakaman
Dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM)

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

Program 3 hari 2 malam
Padat dengan informasi
 Dibawakan khas untuk semua warga UTP dan seluruh rakyat Perak
Dipancarkan terus melalui saluran RTM untuk seluruh rakyat Malysia



Istimewa 17-19 Feb 2011

FORUM PERDANA

Dewan Chancellor UTP

Siaran Rakaman
Masa : 800 Malam
Tempat : Dewan Chancellor, UTP
Tajuk : Isu Palestin
Moderator : Ustaz Mohd Erfino Bin Johari, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Dasar Kementerian Pengajian Tinggi
Ahli Panel:
1) Tun Dr Mahathir, Bekas Perdana Menteri Ke-4 Malaysia
2) Prof. Madya Dr. Hafidzi Bin Mohd Noor, Pensyarah Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM)


Siaran Langsung
Masa : 1000 Malam

Tempat : Dewan Chancellor, UTP
Tajuk : Kasih al-Amin
Moderator : Dr Ridhuan Tee Abdullah
Ahli Panel:
1) Prof. Dato' Dr. Zaleha Bt Kamaruddin, Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2) Dr. Zahazan Bin Mohamed, Pengarah Eksekutif Telaga Biru Sdn. Bhd.
3) Prof. Madya Dr. Fakhruldin Bin Mohd Hashim, Pensyarah Kanan dan Ketua Penyelidik Teknologi Laut Dalam, Universiti Teknologi PETRONAS.


SIARAN LANGSUNG : SOLAT JUMAAT



Lintas langsung Khutbah dan solat Jumaat dari Masjid An-Nur Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) pada 18 Februari 2011.
  
PROGRAM-PROGRAM LAIN

RAKAMAN : PROGRAM TA'ALIM

SEMINAR IPT
19 FEB 2011

RAKAMAN PERSADA JURNAL
19 FEB 2011

HALAL FEST
17-19 FEB 2011
CHANCELLOR COMPLEX, UTP


Kompleks Chancelor, UTP

Orang-orang sekitar Perak, moh-moh datang ke HALAL FEST. Bawak anak-beranak datang beli produk-produk hallalan toyyiba.

TEATER : MAHKAMAH LORONG

Teater : Mahkamah Lorong

Dipetik dari blog rasmi Tronoh Theater Shop (TTS) ->  http://www.tronohtheatershop.blogspot.com/

Tarikh: 19 atau 20 Febuari 2011
Tempat: Multipurpose Hall (MPH),UTP
Masa: 9 Malam
Tiket Masuk: RM5

Cerita memaparkan keadaan sosial di satu lorong yang dihuni oleh gelagat pelbagai jenis binatang. Ketenangan mereka terganggu dengan pembunuhan seekor kucing Parsi di lorong tersebut. Mahkamah Lorong bersidang untuk mendakwa Gagak pembunuhnya. Gagak telah didapati bersalah membunuh.

Namun adakah benar gagak telah membunuhnya?


Saksikan sendiri untuk mengetahuinya.

Untuk maklumat lanjut dan tiket masuk, sila hubungi :

Naemah | aisyahnaemah@gmail.com | 017-2337279
Ammar | e.mailasyraf@gmail.com | 013-4043889








:::::NOTA TUKANG TULIS:::::
Yeah, tiket teater dah beli. First time dalam hidup nak pergi tengok teater. Harap-harap, kali ini takde halangan macam tahun lepas, tiket burn bergitu saja. Terlepas untuk tengok Teater Bangsawan. Dapat tonton Mahkamah Lorong pun jadi la. Warga UTP, jom sama-sama tonton teater terbaru dari Tronoh Theater Shop (TTS)

Malam ni jom pi Chancellor Hall. Alang-alang ada siaran langsung kat kampus, jom la kita pakat gi kawan-kawan. Bila lagi nak tonton LIVE! Orang jauh tu, jangan lupa bukak dan tonton tv1 malam ni. 

Uish, padat gak aktiviti weekend ni. Sempat ke tak nak pergi tak tau la. Sape nak pergi HALAL FEST, jangan lupa ajak aku skali. Nak join sekaki.

Post a Comment

9 Comments

  1. padatkan jadual anda dengan aktiviti sihat adalah suatu yang menguntungkan:)
    selamat berhibur dan beramal:)

    ReplyDelete
  2. make sure kalau ko pegi tengok, ko enter frame tau... lambai2 sikit tangan tu.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. woah sangat sangat sangat menarik!
    lau xhjg mgu ni nak p kursus kawen tapi xjd lak.hehe

    ReplyDelete
  4. best kan?
    nnti abg solat jumaat duk saf dpn taww :D
    hee, gurau2.

    ReplyDelete
  5. bagus sekali pengisian di UTP. moga dpt melashirkan warga UTP yg cemerlang dan terbilang.

    Kae jugak minat teater. Teater hok palng kawe nak tgk tapi takdan sapa lani ialah teater Menunggu kata Dari Tuhan arahan dinsman

    ReplyDelete
  6. makesure ko masuk tv nanti bro. haha

    ReplyDelete
  7. err, mahkamah lorong?
    dah tengok ;D

    masa depa mai kedah hari tu, depa main teater yang sama.

    btw, boleh nampak apa yang mereka cuba sampaikan. kan? bukan sekadar nak bergelak ketawa, tapi apa yang jadi dalam perundangan negara kita sekaligus menunjukkan sikap sebenar sebahagian pemimpin kita. well, politics is every where. everyday in our life (:

    ReplyDelete