MAAFKAN AKU SAYANG : AKU BUKAN SENGAJA, CUMA TERLUPA

/
26 Comments


Dulu, aku sunyi, aku sepi
Kini, sedikit terhibur

Dulu, aku pendam, aku berahsia
Kini, aku luah, aku cerita

Dulu, aku rasa keseorangan
Kini, aku rasa seolah-olah ramai yang ada bersamaku bila adanya kau


Mula-mula kita berkenalan
Aku masih "blurr" dan kebingungan
Masih ragu-ragu akan kehadiranmu
Masa tu, aku speaking
Walaupun ayat berterabur, pecah, sumbing, tapi aku tetap speaking dengan kau
Sebab aku yakin, hanya aku je yang tahu kewujudanmu
Lagipun, aku nak belajar dan improve sikit English dengan kau
At least, ada jugak usaha aku kan?


Tapi, tak lama kemudian, dah ada orang tahu pasal kita
Mungkin diorang stalker terhebat
Dia stalk kita sampai jumpa, dia tegur kita
Aduh, malu jugak la bila orang yang dah ada "jenama" mula menegur
Tak apa, mungkin hanya kenalan terdekat saja yang tahu, Famili CJ7 terutamanya (ramai sangat nak list down)
Beliamuda, Izzati, Kalampatah, Aminbaek : Itu antara yang terawal tahu pasal kita
Lepas tu, ramai sikit : Terrybogart, Atinmarzuki, Kerepektempe,dan beberapa orang lagi
Buat tak tahu, tapi dah rasa malu
Maklumla, hubungan kami kan masih baru, masih setahun jagung, fiwit,LOL


Kalau dulu aku speaking dengan kau, tapi lepas dah ada orang skodeng, aku mula alih bahasa
Aku rasa baik aku cakap Malay je dengan kau
Nampak kau lebih mesra je bila aku comunicate in Malay dengan kau
Aku tau la, aku budak kampung. English berterabur, hancur-lebur
Tapi, jangan la kau ejek aku plak.
Sebab tu aku dah stop communicate english dengan kau
Malay pun Malay la, asal kau selesa dengan aku. Kan?


Tak lama lepas tu plak, ada lagi yang skodeng kita
Tapi aku tak pernah kenal pun dia
Dia budak UUM, namanya Ikin
Dialah orang asing pertama yang datang berkenalan dengan kita
Lepas dia kenal kita, selalu jugaklah dia datang bertandang dan bertanya khabar
Agak friendly, selalu bagi peringatan berguna dan nasihat-nasihat bernas.
Btw, thank you for the bookmark.


Hari demi hari, hubungan kita makin intim, cewah
Susah kot nak berenggang
Kalau ada masalah je, aku akan luahkan apa saja yang terbuku di hati pada kau
Kalau aku gembira sekalipun, aku akan share dengan kau
Kalau aku nak melawak, meloyar buruk pun, kau juga jadi mangsa
Kalau aku tengah sengal, sewel, jiwang karat, pun aku bersama kau
Kadang-kadang tu, kaulah jadi tempat aku memotivasikan diri
Tempat aku belajar sesuatu yang aku belum tahu dan perlu ambil tahu
Bukan untuk kita je, tapi mudah-mudahan untuk orang lain jugak


Makin lama dengan kau, makin ramai kawan aku dapat
Hidup aku pun makin happening
Tapi ikut musim la, ada datang ada pergi
Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti
Setiap yang datang, pastinya aku akan ingat
Antara yang selalu datang dan aku masih ingat : pisey, green, padinno, cikti, cikbiol, athirah, fifiey, amirah, kak hanie, hans, kami, bro sop, zul, syamel.
Skang, ikin, cikti, green, cikbiol lama dah menyepi :) Harap-harap sihat selalu
Ni antara mereka yang aku tak pernah kenal pun sebelum ni
Yang tak tersebut di sini, sorry la. Jangan kecik hati
Unik kan? Tapi mereka sungguh ramah dan mesra.
Selalu ambil berat dan bertanya khabar, beri kata-kata semangat dan nasihat
Walaupun bukan direct untuk aku, kau menjadi wakilnya, tapi tak apa
Asal mesej yang nak disampaikan tu aku terima dengan senyum gembira
Terima kasih semua!


Member aku pun selalu gak tanya pasal kita
Member sekolah rendah, sekolah menengah, dan terkini member satu kampus
Anem, Atinmarzuki, Hadi, Payeh, Anis Balqis, Gjoe, Tiyah, Azie, dan ramai lagi
Bukan tu je, kakak aku pun stalk kita kadang-kadang. Semua benda dia tahu.
Tak payah nak call, mesej. Bila dia tau je, sah-sah la satu famili akan tahu,haha
Tak kira la kita dating kat mcD ke, KFC ke, Restoran Tarbush ke
Kita honeymoon di Jerejak ke, daki Bukit Jambul Ke, semua dia tau


Terkini, makin ramai lagi aku dapat member baru
Mungkin orang berkenalan dengan kau, sekaligus berkenalan dengan aku
Kira aku tumpang kasih sayang kau la,haha.
Sebab apa, sebab mereka kenal kau dulu baru kenal aku.
Sebab tu aku rasa kau unik, menarik, kau memang da bomb.
Aku sayang kau lebih la!


Hari-hari aku cek VVIP KE KENDURI KAWEN kita.
Fulamak, dulu ciput je. Tapi sekarang, alhamdulillah dah makin ramai.
Unexpected untuk terima seramai tuh, dah nak cecah 250 orang.
Dari mana, nama apa, tinggal mana pun tak sempat nak tanya dan berkenalan.
Takleh plan pasang satu khemah je lah nanti, kena pasang lebih la camni.


Sponsor pun makin baik hati, kalau dulu nak dapat dana untuk nasi lemak RM1.20 pun susah
Tapi sekarang, alhamdulillah rezeki semakin murah. Makin ramai yang sponsor.
Boleh la untuk beli bunga telur dan tempah kad jemputan,haha.


Apa aku mengarut ni? Bukan ke tadi nak mintak maaf dengan kau ke?
Panjang gila melalut, haktuih


Sebenarnya, aku hanya nak recall je kisah kita bersama
Agar kau bisa senyum, aku pun tengah senyum time taip warkah berlagu pilu ni
Sekarang, sudah genap 2 tahun dah hubunga kita kan? MAAFKAN AKU SAYANG.
Aku lupa tarikh Anniversary kita, 22 Februari. Mesti kau kecewa kan?
Jangan sedih sayang, Birthday kau hari tu kan aku dah wish pada 20 Februari lepas.
Aku siap bagi hadiah lagi tuh. Ni hadiah yang aku beri agar kau bisa setia bersamaku -> ALBUM KITA
Special aku buat untuk kau dan aku, imbau kembali kisah-kisah lama dan sejarah hidup kita. Kau suka? Aku bahagia
Dan hari ini, sekali lagi mampu buat aku tersenyum bila aku belek helaian demi helaian album itu.
Terkenang balik kisah-kisah lama, ada yang sedih, suka, lawak, memang secukup rasa!
Tapi party birthday kau tak meriah kan? 4 orang je datang termasuk aku.
Sekalung terima kasih kepada semua yang sudi join : Mira, Hazwan, Nini
Takpe tak ramai, asal meriah :)
Harap next year, dari 4 orang akan meningkat la paling kurang jadi 50 orang.
Nanti kita tengok next year ye!


Aku rasa panjang gila dah surat aku tulis buatkau ni. Sorry la, xde madah istimewa untuk kau kali ini. Kau belek la madah-madah yang pernah aku kasik kat kau dulu ye. Okla, aku rasa setakat ni je kot. Last but not least, Ingat ikrar cinta kita "When voice become visible, muteness become readable"


One more time, MAAFKAN AKU SAYANG!




pssst : Oitt, best gila taip surat cinta,hahaha. Tapi sayang, SAYANGku hanyalah sebuah blog, VISIBLE VOICE. Writing is therapy, making friends is happy, reading is my new hobby.


2 YEARS ALREADY

Sepanjang 2 tahun ni, ada 2 review khas dari blogger lain pasal blog ni. Nice to know their opinion, suggestion and critics. Terima kasih buat bro sop dan bro zul.


Selama 2 tahun jugak, sudah 4 kontest menang. Top commentator kat blog sis hanie, Top refferer untuk blog sis hanie, puisi kantoi, cerpen sesedap rasa. Untuk suka-suka, pernah la menang komen sambung cerita dan informasi pasal pelancongan. Dari pihak penaja, tiket ke konsert DT DiGi. Tu je kot. But for me, more than enough. Income ciput tu hanyalah sekadar sampingan, not the main focus. Dapat ambek, tak dapat nak buat camne. Blog cikai. Paling penting, kawan makin ramai. Thanks to all friends who know me. Tak kiralah sebagai penaberkala ataupun nama sebenar.


Peristiwa paling menarik sepanjang bergelar blogger, ramai yang bertanya kenapa letak nama penaberkala? Ada yang konpius sama ada pena bercolour or pena berkala? Takpe, one day I'll explain. Second, ada yang jumpa panggil "penaberkala" bukan nama sebenar. Respon? Senyum sudey, mungkin dengan ini orang tahu kewujudan kita di alam lain (alam siber) selain alam nyata. Last but not least, I think paling menarik dan diluar jangkaan. Masa tu stay kat Penang untuk internship, balik jogging dari Empangan Ayer Hitam singgah sebentar breakfast di kedai makan tepi jalan. Guess what? Ada blogger asal dari Penang nampak dan tanya kat blog, "Makan kat tepi jalan eh, 3 orang dan pakai baju hitam?" Haha, kelakor. Kecik sungguh dunia ni, ingat mustahil nak jumpa. Btw, cik mira, Penang is the best place to visit. Kirim salam kat smua orang Penang. Lastly, thanks selalu berkunjung ke blog ni.


::endnote::
senaman petang untuk jari, ketuk-ketuk keyboard bila kelas petang cancel, yeah :)
sape baca habis memang tabek spring, ada yang tertipu or teremosional ke? haha


You may also like

26 comments:

  1. ohh, thanks (:
    well, dah biasa kena trap macam tu.
    so, nak baca pun rasa suspicious. hihi.
    salam perkenalan juga wahai encik penaberkala bukan nama sebenar (:

    ReplyDelete
  2. ingatkan apa tadi kisah belagu pilu. hahaha.
    apa kata kita buat gathering blogger kelantan nnati.

    ReplyDelete
  3. fatin zulkifli:
    haha, seb baik tak tertipu
    btw, thanks singgah dan komen
    dapat sorang lagi member baru

    ReplyDelete
  4. shameel Iskandar:
    kah3, kasik suspen sikit boh
    bereh jah, klu nk buat gathering jangan lupo ajok ambo sekali
    nak kenal jugak dgn cikgu shameel kito

    ReplyDelete
  5. tahniah ! nice write up...mmg bakat penaberkala kan...;)
    kejap je dah 2 thn ye...sis lak 3 thn...setahun je beza...;)
    semoga terus maju dlm arena blogging...

    ReplyDelete
  6. Hazwan Arif:
    penebarkala? LOL
    setahu aku, faiz je silap eja nama aku gini,hak3

    bukti:
    http://feerstforay.com/post/870770803/penebarkala-by-faiz-fudzaili

    ReplyDelete
  7. Ummi Hanie:
    trima kasih sis
    bukan bakat, tapi minat dan saja suka-suka
    yup, rasa macam baru je
    lambat lg nk maju kot, masih di takuk lama
    apepun, trima kasih utk semua tutorial dari blog sis dan perkongsian maklumat selama ni

    ReplyDelete
  8. wah ayat yang power , boleh cair awek dgr ni..hehe
    tahniah semoga blog ko bertambah maju hari demi hari..:)

    ReplyDelete
  9. penaberkaler. hahahahaha! sorry bro. my bad.



    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  10. LiFe KaMi:
    terima kasih untuk kunjungan dan respon selama ini
    really appreaciate it

    tp ayat utk awek xleh publish sini, rahsia kot,haha

    ReplyDelete
  11. Ikah:
    kah3, buat suspen kadang2 apa salahnnya kan

    ReplyDelete
  12. Miss Dill:
    no hal la miss dill
    small matter
    btw, nice to know u

    ReplyDelete
  13. ahahhahhahah.. ciss! bukan main mu dih..hehhe..ak bukan main menghayati.. nk taw la jugok sapo..haha :P

    ReplyDelete
  14. ahahhahhahah.. ciss! bukan main mu dih..hehhe..ak bukan main menghayati.. nk taw la jugok sapo..haha :P

    ReplyDelete
  15. anis balqis:
    thanks for reading anis
    hak3, ada hati nk korek rahsia ak
    benda private xleh publish utk public
    security kena jaga

    ReplyDelete
  16. adehhh ingatkan cerita pasal apa.. hahaha.. dah dua tahun dah? bagus2.. keep it up.. btw, penaberkala mmg berbakat dalam penulisan.. lain lah macam saya ni asik nak merepek meraban je kan.. hehe tak pe.. lain orang lain cara.. :)

    ReplyDelete
  17. dah lama tak menyinggah.
    keep on writing! :D

    kalau encik PB semakin banyak bercerita dalam penulisan, untuk saya; semakin lama saya menulis blog semakin banyak cerita yang ingin saya simpan..

    **tak sangka saya 'orang asing' yang pertama berkenalan dengan pasangan ini :P

    ReplyDelete
  18. Ain Zulaikha:
    yup, 2 tahun dah tapi biasa-biasa je
    xde la berbakat, cuma sekadar suka-suka je, isi masa lapang

    btul tu, lain orang lain caranya
    itulah unik, sebab setiap org berbeza
    btw, blog ain kemas dan unik
    byk komek menarik kot,haha
    nice to know u
    cerpen sesedap rasa punya pasal

    ReplyDelete
  19. norashikin rahmat:
    thanks ikin
    bagus la, at least ikin buat entri yg bermanfaat especially utk renungan bersama

    haha, tu pasal..igt member2 je yg lalu-lalu dan singgah-menyinggah

    ReplyDelete
  20. gila jiwang ang ngan si dia..LOL..
    btw, congrats la u olls..hihihi

    hahaha..nothing is impossible kalo jmpe kan..tp aku nak lrik awl2..segan ohh..aku ni pemalu orgnye..hahaaha

    ReplyDelete
  21. *cimOt*:
    tu pasyal, jiwang tu kena ada
    baru romantik,kah3
    thanks cimot :)

    tapi klu ko jumpa ak bek jgn lari
    baik ko tegur, nnt ak blanja aiskrim,haha

    ReplyDelete
  22. hahaha..pandai la dia buat ayat tuh.. xtertipu okeh!!

    ReplyDelete
  23. Thank you for your hard work to collect and organize, to share with you a lot about the fashion thing, and this is very useful to me.

    Next year will be better this year, a slight malaise and fatigue
    Titanium Necklaces

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...