Ramai orang bercakap pasal RACIST, mai nak cerita pasal SEXIST

SEXIST : orang yang mengutamakan salah satu jenis kelamin; percaya kepada kebolehan mengikut jenis kelamin

Maksudnya dalam bahasa yang lebih sopan dan mudah, terlalu percaya/taksub kepada kebolehan mengikut jenis jantina. Perempuan mengaku mereka hebat, lelaki mengaku yang mereka hebat.


Jangan jadi sexist?
Maksudnya, perempuan jangan asyik duk kutuk lelaki dan merasakan diri mereka paling hebat. Lelaki pun sama, jangan asyik duk kutuk perempuan dan menyatakan diri mereka paling hebat. Masing-masing ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Apa yang penting, saling melengkapi antara satu sama lain itu lebih baik.

Hakikatnya dunia hari ini, tidak seindah apa yang diimpikan. Acap kali ketemu penulisan/luahan berbentuk sexist tidak kira dari penulis sexi ataupun tidak. Lelaki kata perempuan macam tu, perempuan pulak cakap lelaki macam ni. Alih-alih, padahal sama saja, 2 kali 5 sepuluh, 5 darab 2 sepuluh! Tiada kesudahan dan penghujungnya.

Jelas dengan takrifan secara literal dan konseptual? Harap-harap semuanya jelas dan nyata.


Berbalik kepada topik asal : Jangan jadi sexist? Tapi bagaimana?
Mudah saja, contohnya dalam menyatakan sesuatu isu pokok dalam penulisan mahupun percakapan, kita tidak boleh menyatakan keseluruhan isinya bersalah dan tergolong dalam kelompok yang sama. Itu namanya "sweep statement" ataupun main sapu saja.

Contoh mudah dan paling kerap digunapakai dalam kutukan dan luahan perasaan di mana-mana saja. Tak kira di dinding facebook, di ruangan blog, mahupun di twitter adalah seperti berikut:

1) Kata perempuan : Lelaki semua, sama sahaja. Memang tak boleh pakai. Dasar buaya darat, kaki perempuan,gatal, bla..bla...blaaa..4 ekar tanah tak cukup lagi mereka karang

2) Kata lelaki : Perempuan memang macam tu pun. Mata duitan, kaki pengikis, gedik, dan bla..bla...bla..termasuk makian dan cacian sehingga beratus-ratus ela panjangnya


Di mana silapnya?
Di bahagian yang dihighlight merah tu yang salah dan silap besar. Yang lain memang tak dapat dinafikan keberangkalian untuk wujud itu tinggi dalam kehidupan seharian kita.


Apa sebetulnya?
KES 1 :Lelaki semua, sama sahaja, .....
Hakikatnya, bukan semua pun. Dah korang jumpa 2,3 orang jenis yang sama macam tuh. Sah-sah la korang akan cakap macam tuh. Adakah bapak korang pun sama? Lelaki jugak kan? Jadi, pilihlah kata setepat mungkin agar luahan tidak bercampur dengan emosi.

KES 2 : Perempuan memang macam tu pun, .....
Kebenarannya, bukan semua pun macam tu. Mungkin segelintir sahaja. Dah korang jumpa yang macam tuh, automatik korang akan bengang dan keluarkan kata-kata kesat. Padahal, ramai lagi yang bukan tergolong dalam golongan itu. Ibu kita pun perempuan. Adakah beliau seperti itu? Fikir-fikirkan sebelum menghukum secara keseluruhannya.


Apa yang cuba ingin disampaikan di sini adalah BERHATI-HATI dengan pemilihan kata. Jangan bercampur reaksi dengan emosi, kelak jadi hipertensi. Bukan hanya kepada orang yang menyatakannya, bahkan kepada orang sekeliling. Kadangkala, penulisan/percakapan kita akan menghentam orang yang tidak sepatutnya secara sedar ataupun tidak. Kesian plak orang yang tak bersalah bila baca, kecik hati, makan hati dan seangkatan dengannya.

Sekian saja sesi pandangan peribadi tentang topik JANGAN JADI SEXIST!


MODE SERIUS : OFF
MODE BIASA : ON
Sekadar selingan sempena topik : Jangan jadi sexist?
AWAS : Artikel di bawah Ini disalin/ dicetak rompak dari pelbagai sumber.
Persoalannya, Adakah ini sexist?


LELAKI

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…


Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!


Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…


Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!


Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…


Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…


Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…


Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…


Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….


Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?




PEREMPUAN

Kalau perempuan cantik pendiam
Lelaki akan kata: Wow! Ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: Tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: Mesti ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: Dahla tak lawa, perangai plak macam sial!!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata: Wow! heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata: Hmmm..taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata: Ok la..bagai pinang dibelah dua...
Kalau perempuan tak cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata: Kesian, mesti dahkena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: Buta kayu betol mamat tu!!!
Kalau perempuan tak cantik ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: Patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: Ntah Dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: Mesti anak orang kaya ni..

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: Wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang airr ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: Eleh..gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: Don't worry, I will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: Cikit2 nangis!! Gembeng tol...ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: Dah la lawa, pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: Ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: Syoknye!!! rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: Ko ni takde keje lain ke???!Sibuk ni tau tak?!!!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: Sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: Asyik2 email dia...boring!

_________________________

Sepatutnya, perlu ada satu je kat sini, untuk mengelakkan entri ini menjadi SEXIST, makanya perlu letak dua-dua barulah adil,hehe. Nanti tak pasal-pasal gaduh plak.


SOALAN CEPUMAS?
1) LELAKI : Betul ke kalau jumpa permpuan cantik kita akan cakap macam tu? haha
2) PEREMPUAN : Betul ke kalau jumpa lelaki handsome kalian akan cakap macam tuh?


Kalau la ya, kesian la kat LELAKI yang kurang handsome macam aku ni dan PEREMPUAN yang kurang cantik. Ish3, ini TIDAK ADIL! Justeru, bersikaplah ADIL kepada semua pihak, tanpa mengira paras rupa dan kecantikan. Sesungguhnya, kecantikan/keindahan itu adalah terlalu subjektif dan berbeza dari pandangan mata orang yang berbeza. Dan hakikatnya, kita adalah sama di sisi yang maha Esa. Bersyukur di atas segala kurniaanya, dan bermuhasabah di atas segala kekurangan yang kita ada.



endnote : kurang sihat, batuk dan selesema. Sakit tekak, tapi jari masih gagak menaip panjang berjela di pengakhiran NOVEMBER.

Selamat tinggal NOVEMBER, selamat datang DISEMBER.

NOVEMBER memberikanku seribu makna, kuharap engkaupun sama DISEMBER

NUFFNANGER

Tu dia, pertama kali tajuk entri panjangnya lebih kurang 4 hektar,haha. Dah lama tak update pasal NUFFNANG dan BUFFERED EARNING. Dulu tak join NUFFNANG sebab tak tau nak join macam mana. Paling bermasalah, tak tahu macam mana nak letakkan ruangan Ads/Iklan untuk NUFFNANG punya corner. Akhirnya, dengan bantuan housemate, Faris dapatlah jugak aku sediakan tapak untuk pengiklanan pada bulan Ogos 2010 walaupun sudah ada akaun NUFFNANG seawal October 2009 lagi. Memang NOOB,hak3!


DATE OF CREATED : 8 OCTOBER 2009

Mulai saat tu, aku cuba kaji dua persoalan yang menerjah ke benak fikiran pada waktu itu iaitu pasal: KENAPA BLOGGERS SUKA NUFFNANG? dan KENAPA BLOGGERS NAK SANGAT BUFFERED EARNING? Rasanya setelah hampir 4 bulan pasang iklan di blog, barulah sedikit-sebanyak dapat faham dan menjawab persoalan tersebut. Rupanya persoalan itu tepat disasarkan kepada diri aku sendiri.


Lahirnya entri ini bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk berkongsi sedikit kegembiraan dan menyatakan pandangan peribadi tentang persoalan tersebut. Sekaligus ingin menyatakan bahawasanya melibatkan diri dalam komuniti NUFFNANG bukanlah sia-sia terutama untuk BLOGGERS PICISAN yang hanya menggunakan platform free untuk beraksi seperti BLOGSPOT ataupun WORDSPRESS. Sambil menyelam minum air, sambil berhibur menulis untuk tatapan dan bacaan umum, tidak salah rasanya kita mencari alternatif untuk mendapatkan sedikit income walaupun beberapa sen.


Sekadar pandangan peribadi dan refleksi kepada diri sendiri setelah hampir 4 bulan melibatkan diri dalam dunia pengiklanan melalui NUFFNANG. Mungkin pandangan kita berbeza, tetapi hakikatnya ini yang aku rasa.

KENAPA BLOGGERS SUKA NUFFNANG?

1) Menjana income sampingan
  • Campaign - Dalam setiap minggu, kalau dikira dan dihitung puratanya. ada la dalam RM0.50 - RM1. Tapi, nasib terlebih baik semasa second week lepas letak iklan, income mencecah RM5++ dengan campaign biasa.
  • Buffered earning - Iklan yang dipaparkan untuk tempoh yang lebih lama pada sesuatu masa. Income bukan berdasarkan klik sahaja, tetapi lebih tertumpu kepada jumlah visitors/ UV. Alhamdulillah, walaupun, UV tidak mencecah 100 pun sehari, masih lagi dapat merasa income yang memuaskan walaupun sedikit.
  • Metered earning - Setelah tamat kempen Buffered Earning, iklan akan dikategorikan sebagai Metered earning. Tak tau lah macam mana, sebab minggu ni baru ada satu iklan dari BE yang sudah bertukar menjadi ME iaitu CITIBANK. Tengah observe apa yang dimaksudkan dengan ME, sesiapa yang tahu bolehlah berkongsi maklumat di sini.

2) Menyertai contest
Paling menarik, pelbagai contest dianjurkan untuk ahli komuniti dan menawarkan hadiah yang cukup lumayan. Setakat ni, baru satu contest yang disertai iaitu I-PHONE 4 tajaan DiGi. Walaupun kemenangan itu sangatlah tipis, tetapi sekurang-kurangnya dapat mencari pengalaman dan meningkatkan daya kreativiti dalam menulis. Inilah hasil yang tidak seberapa yang berjaya disimpan dalam khazanah untuk blog ni:

3) Menyertai gathering/party/seminar
Part ni nampak memang happening. Tapi tidak pernah berpeluang plak untuk menghadirkan diri ke mana-mana pary/gathering atau seminar. Kalau diberi kesempatan, rasanya mau la jugak join. Boleh lebarkan sedikit networking dan tambah kawan. Pernah sekali mendapat jemputan ke program DiGi Green. Tapi tak berkesempatan kerana clash dengan program MUDBALL MAKING.

4) Dapatkan tiket wayang dengan percuma
Inilah salah satu rutin yang sentiasa ditawarkan hampir setiap minggu kepada semua ahli NUFFNANG. Nak tengok wayang free mudah je, just drop komen untuk selesaikan slogan/ sambung cerita dan sekaligus berpeluang untuk memenangi sepasang tiket free. Pernah gak try sekali dulu, dapatlah sepasang tiket untuk filem TAKERS. Malangnya, jauh plak nk pi KL dan kebetulan jatuh pada hari kerja, iaitu Rabu malam Khamis. Melepas....

5) Statistik pelawat, referrer dan keyword
Tumpuan utama aku adalah kat sini untuk melihat prestasi semasa.
  • Unique visitor - boleh tengok prestasi dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan. Graph tak berapa cantik pun ok lah, at least ada nombor tetap. Purata harian blog ni amatlah mendukacitakan. UV dalam sehari hanyalah 50-60 sahaja. Sesiapa yang ada tips untuk tingkatkan UV boleh la share nanti.
  • Referrer -Dari mana datangnya pelawat ke blog ini? Paling banyak setakat ini adalah dari NETWORKBLOG di facebook. Kemudian dari search engine GOOGLE dan TWITTER. Top referrer setakat ni adalah member blogger yang paling setia iaitu kalampatah dan nooneknowzz
  • Keyword - Apa yang mereka cari setakat ini untuk masuk melalui search engine tidak kira melalui YAHOO ataupun GOOGLE. Macam-macam ada, next time boleh la nak bercerita pasal ni. Ada yang boleh membuat anda batuk terbahak-bahak dan senyum lebar.


KENAPA BLOGGERS NAK SANGAT BUFFERED EARNING?

1) Iklan yang kekal lama
Bukak blog je, mesti ada iklan. Menarik la sikit ada yang bergerak-gerak. Sesiapa yang interested bolehlah klik, sebab bukan sekadar iklan biasa. Tetapi lebih kepada promosi hebat dan tawaran istimewa. Contohnya contact lens percuma!

2) Kutipan income bukan bergantung kepada nilai klik
Purata kutipan amatlah tinggi jika nak dibandingkan dengan CAMPAIGN biasa. Baru kusedar, kenapa ramai yang nak dapatkan BE. Inilah punca utamanya.Kalau CAMPAIGN biasa, nak dapatkan RM1dalam 1 minggu amatlah susah. Tapi dengan BE, dalam 2,3 hari kita mampu dapatkannya. Itulah kelebihan BE.

3) Income NUFFNANG mendadak naik dengan cepat
Income akan mencanak naik dengan cepat dan pantas. Tabung NUFFNANG akan penuh dalam masa yang singkat sekaligus percepatkan masa untuk tebus CEK. Setakat ni, purata untuk setiap BE yang aku dapat RM2. Paling tinggi sekarang NESTLE, sudah menjangkaui RM6++. Walaupun sedikit jika nak dibandingkan dengan orang lama, tapi hati tetap suka dan berbunga-bunga. Duit free siapa yang tak mau kan? Sikit banyak itu lain kira, yang penting dapat.

4) Dorongan daripada bloggers lain kepada bloggers lain
Dulu, aku intai-intai je baca entri kawan-kawan yang berceloteh pasal BE. Kat situlah ada sedikit pengharapan untuk dapatkan jugak BE. Tapi kali ini aku plak nak balas dendam, nak cerita sedikit sebanyak,hahaha. Kenapa? Sebab aku yakin bukan semua blogger dapat BE. Walaupun dah lama daftar NUFFNANG, tak semua yang akan dapat. Lagi satu, masih ramai blogger yang tak percaya dengan kebolehan NUFFNANG. Macam aku dulu, klau aku tau macam ni incomenya, dari awal aku tempek iklan. For sure dah dapat tebus cek. Itu semua tak penting, yang penting keberanian untuk mencuba itu perlu ada. Hidup berani untuk gagal. Kita tidak rugi satu sen pun kalau tak dapat income sebab tiada yuran pendaftaran, tetapi kita rugi kalau tidak cuba untuk sertainya bila peluang sudah ada di depan mata. Better late than never!

5) Pencapaian diri bersama NUFFNANG
Dengar kata, ramai otai-otai dah dapat capai ribu-ribu dan ada yang sudah capai RM5000 dengan NUFFNANG? Pada mulanya aku pun tak percaya, tapi bila ada yang bercerita dan berceloteh dengan bukti yang sahih, aku percaya. Rupanya tiada benda yang mustahil. Mungkin inilah platform untuk blogger mengenalpasti potensi blog mereka dan pencapaian semasa. Tapi, kalau blogger picisan macam aku ni, langsung tak harap nak dapat ribu-riban. Dah dapat puluh-puluh ringgit skang pun dah mampu buat aku tersenyum dan gumbira. Ada rezeki, ada la tuh. Tak ada rezeki, nak buat macam mana. Bukan kita berusaha dengan tulang 4 kerat pun, cuma dengan jari-jemari di papan kekunci. Kalau dapat, itu satu bonus. Yang penting minat blogging itu mesti lebih diutamakan!



PENCAPAIAN VISIBLE VOICE : BUFFERED EARNING

FASA 1
3 pengiklan pertama yang sudi tampil menghulurkan bantuan untuk menjana pendapatan sampingan di blog adalah seperti yang tertera di bawah. Pengalaman pertama mendapat BUFFERED EARNING di arena NUFFNANG amatlah mengujakan. Semua kegembiraan di saat itu telah ditempiaskan di dalam entri lepas : TERIMA KASIH || THANK YOU sebagai tanda kenang-kenangan.

Nestle NHW How Am I SS
Citibank Ready Credit SS
DiGi Broadband Discovery Day LB


FASA 2
Selang seminggu kemudian, 2 lagi pihak pengiklanan yang sudi tampil menambahkan dana untuk mengisi kekosongan tabung NUFFNANG. Perasaan excited tetap ada, tapi kurang jika nak dibandingkan dengan pengalaman pertama. Alhamdulillah, rezeki untuk waktu ini. Walaupun kutipan tidak seberapa, namun hadirnya mengubah suasana.

1 Day Acuvue Moist SS
MTVMUSIC.my LB

FASA 3
Alhamdulillah, masih lagi diberi kepercayaan seterusnya bila mana dalam minggu lepas, lagi 3 agen pengiklanan sudi tampilkan diri. Ketiga-tiga iklan ini masih baru, dan kerap keluar ditayangkan di 2 sudut yang telah disediakan. Kutipan tidak seberapa, masih lagi di peringkat permulaan.

Taylors University Launch LB
Mitsubishi ASX SS
Nokia C3 2 SS

Entri ini sekadar perkongsian pengalaman dan luahkan kegembiraan di hujung minggu. Maaf, tiada tips yang mampu untuk diberi. Kawe pun tak tau TIPS yang sebetulnya macam mana. Kawe pun duk tunggu TIPS dari otai-otai sekalian untuk berkongsi ilmu mereka. Sesiapa yang berpengalaman, boleh la share kat sini, komen anda amatlah dihargai. Terima kasih!


"BETTER LATE THAN NEVER"
TABIAT KERJA


Rajin Bekerja, Rajin Bercakap
BAGUS’

Rajin Bekerja, Malas Bercakap
‘kena BULI’

Malas Bekerja, Rajin Bercakap
‘Main WAYANG’

Malas Bekerja, Malas Bercakap
‘Tak GUNA’

Malas Bekerja, Suka Mengadu
‘NYAMUK’

Malas Bekerja, Suka Ponteng
‘Baik BERHENTI’

Malas Bekerja, Suka Menyibuk
‘Baik MATI’



Ringkas, tepat dan padat mesej yang cuba disampaikan. Pertama kali ternampak kata-kata yang bernas dan logik untuk diterima akal pada 20 Oktober 2010. Nak tau di mana? Hanya terpampang di dinding belakang kaunter pembayaran di Restoran Idaman, Bayan Baru, Pulau Pinang.


Lantas aku snap dengan menggunakan kamera 3.2MP untuk disimpan di dalam memori telefon sebagai rujukan sekarang dan masa depan. Tabiat mana yang kita suka, tabiat mana yang kita nak jadi, semua terletak di tangan kita. Anda pilih, BAHAGIA atau SENGSARA!


Bagi yang sudah bekerja, sah-sah dah jumpa macam-macam orang kan? Macam-macam tabiat manusia ni ada, tapi yang buruk dijadikan sempadan, yang baik dijadikan tauladan. Belajarlah daripada orang-orang yang ada di depan mata.


Untuk pelajar universiti pun sama, sebab itu adanya PRAKTIKAL / INTERNSHIP. Mungkin dari sini kita dapat belajar sedikit-sebanyak tentang dunia pekerjaan yang sebenar. Paling penting tahu how to deal with people and how to do our task. Skang ni baru clear dan betul-betul faham apa itu INTERNSHIP / PRAKTIKAL dalam erti kata sebenar. Macam-macam orang dah jumpa termasuklah yang tuuutttttttttttttttt..Apapun lagi sekali, yang buruk dijadikan sempadan, yang baik dijadikan tauladan!


Kalau student, mesti tak sabar nak abis blaja sebab dah rasa macam nak kerja.

Kalau dah kerja plak, mesti terhegeh-hegeh plak rasa nak balik ke kampus untuk terus belajar dan belajar.

Mungkin anda pernah rasa kan? Tapi bukan semua orang macam ni, tapi aku yakin dan percaya kebanyakan orang akan rasa benda yang sama. Memang tak dapat dinafikan, memang lumrah manusia begitu. Aku pun sama, lebih suka mengenangkan benda yang lepas-lepas daripada berfikiran jauh ke hadapan. Hakikatnya, perlu berpuas hati dengan apa yang dilalui di depan mata.


Apa yang dapat dirumuskan di sini setakat ni macam ni la lebih kurang:
  1. Dalam belajar, ilmu itu penting. Tak ada ilmu, tak ada markah, tak ada grade yang cantik-cantik kat slip exam. Attitud tolak tepi asal result buat diri sendiri dan orang lain happy
  2. Dalam kerja, ilmu letak nombor dua tak apa asal ada kesungguhan dan attitud yang baik. Kalau ada ilmu dan attitud elok, itu lebih bagus kot. Satu bonus.
Bestkan kalau dapat seimbangkan kedua-duanya, herm. Masih menimba pengalaman dan cuba belajar sebelum tamatnya INTERNSHIP pada 14 Januari 2011 nanti. Mudah-mudahan, dapatlah sedikit-sebanyak bekalan untuk dibawa ke dunia kerjaya kelak, insyaAllah.


"Bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah"


Apa plak kata anda bila berbicara soal TABIAT KERJA?



::Selingan::

Tiba-tiba malam ni rasa plek sikit. Padahal esok weekend kot. Mungkin sebab SMS ni:
"Can you come to work this weekend to support die prep"
SENDER : SV

Tu dia, dapat juga merasa pergi kerja time weekend. Okla, at least dapat pengalaman baru,haha (ayat sedapkan hati). Excited gak sikit-sikit, al-maklumlah for the first time.
Apepun, selamat berweekend kepada semua! Nikmatilah ia sebaik mungkin


HAVE A NICE DAY !



footnote: Hari ni baru register course untuk FINAL YEAR. Tak sabar nk balik kampus sambung belajar jadik budak FINAL YEAR,hehe. Tak sabar nak GRAD, pegang scroll dan lambung-lambung topi. Tak sabar nak kerja dan mempunyai KERJAYA sendiri, duit sendiri, kereta sendiri. Tak sabar nak ............
Alhamdulillah semuanya sudahpun selamat dilangsaikan dan diselesaikan dengan jayanya. Terima kasih di atas segala sokongan dan sorakan semangat kalian. Untuk apa? Untuk PERANG POSTER yang telah berlangsung sebelah pagi, 24 November 2010 sekitar pukul 945pagi-1200 tengah hari.


Semalam terpaksa tidur awal dek kerna pening dan sakit kepala like spinning gasing, haktuihhhhh. Nasib baik pagi tadi beransur pulih. Melihat komen daripada kawan-kawan bloggers memberi sedikit sebanyak semangat untuk terus berjuang dalam PERANG POSTER

k e r e p e k t e m p e : simple and cool 

hans : gudluck pena. buat yang terbaik dan confident yer

Ummi Hani: gudluck ! best of luck ! perang jgn x perang !

.cik yaya. : good luck!!

S.U.F.E.E.N.A.N : Doing presentation before people is full of excitements, tough though..but keep believing yourself, give him a trust that if someone else could do, why don't you..? Best wishes..Good luck!

dill : Salam.You do not need luck for the presentation because you already have Allah as your guidance. May Allah help you! ^_^

darkbatman : gudluck bro.. smoga berjaye.hee

S.U.F.E.E.N.A.N : We will never know how high can we jump up unless and until we have it a try! Well done, bro!


Poster presentataion dilalui dengan penuh debaran, kecuakan dan gemuruh di dalam jiwa. Terima kasih kepada supervisor yang sudi datang memberi sokongan di saat diperlukan, ceewah. Walaupun busy dengan meeting pukul 1000 pagi, tapi tetap datang bila tiba giliranku untuk present. Terharu dan sedikit teruja untuk lakukan sebaik mungkin agar tidak menghampakan beliau.


Butiran lanjut rentitan peristiwa penuh makna KAIZEN WEEK 2010 : POSTER COMPETITION kategori INTERNS adalah seperti berikut. Just look at the picture, I believe that you will feel the excitement during the competition took place. People said "Pictures speak louder than words" but GEMBA said "Seeing is believing". But, what I can say, just look at the picture lah. I'm tired to write down everthing here. So, here we come. Lets  enjoy to know about our experience during the competition. Pekehel tiba-tiba speaking London nih, enough. Presentation sudah tamat. Pecah botol budu nanti.


POSTER PRESENTATION COMPETITION

 
Poster presentation diadakan di Poster Corner level 2 bemula tepat jam 1000pagi dan berakhir pada pukul 1200 tengahhari.

KICK START

Opening ceremony oleh orang atasan dikelilingi oleh orang-orang media : kameraman/videoman serta penonton setia. Poster competition kali ini diadili dan dihakimi oleh 3 orang juri professional. Pertandingan kali ini disertai oleh 6 penyertaan : 5 individu dan 1 duo (berkumpulan) dengan pelbagai projek dan hasil poster masing-masing.

PESERTA

Peserta #1 : Muzek (UTP)
Topik : BGA Boat Crashed Prevention for BGA Reflow Oven



Peserta #2 :Faiz (UTP)
Topik :Jagged Crack Analysis For Coreless Package




Peserta #3 :John & Jinfen (UUM)
Topik :Puller system



Peserta #4 :Hazwan (UTP)
Topik :FESEM Holder Project



Peserta #5 :Khairudin (UTP)
Topik : SEMCO Substrate Developement

pemalu sikit, sebab tu takde gambar sendiri,kah3
Peserta #6 : Tuan Punya BLOG 
Topik : Hands off Concept In Assembly Processes


 EVALUATION

Sesi penghakiman dijalankan. Setiap peserta diberi masa 8 minit untuk membentangkan kertas kerja dan 2 minit untuk Q&A session. Part ni memang buat semua peserta cuak dan gabra. Muka merah menyala pun tiba-tiba boleh bertukar menjadi biru jingga,haha. Nervous is a good thing I think. Tak nervous, tak normal la tuh. So, this is the best lesson for all of us. To know how to handle the presentation, answering question by judges and the most important thing to know how to corp with nervous.
 FAN CLUB

Kalau ada kategori FAN CLUB terbaik, for sure team DA LAB yang menang. Mana taknya, semua datang memberi sokongan kepada wakil mereka iaitu peserta #2 dan peserta #4 termasuk big bos mereka. Memang terbaik!
KEPUTUSAN

Apakah nasib poster dan presentation Tuan Punya BLOG? Tangan terkapai-kapai di kiri dan kanan. Tanpa kepala dan kaki. Cuma ada badan dan tangan.Menjadi orang terakhir untuk present adalah perkara yang agak mencabar. Begitu juga menjadi peserta pertama, debaran pasti di tahap maksima! Apapun, selagi apa yang termampu, selagi itulah perlu dibuat. Keputusan akhir lain kira, yang penting usaha dan pengalaman yang diperolehi.

Alhamdulillah,berkat kesungguhan dan bimbingan daripada supervisor, dapatlah juga merasa menjadi salah seorang daripada pemenang. Gembira bila tengok supervisor gembira. Learn a lots from her. From zero to gain some value. Still looking forward for next project and knowledge.


1ST PRIZE : RM300 - Faiz

2ND PRIZE : RM200 - Tuan Punya BLOG

3RD PRIZE : RM100 - Hazwan
CONSOLATION PRIZES : Semua peserta mendapat RM50 untuk setiap penyertaan

Tahniah kepada semua pemenang. Kepada kawan-kawan yang kurang bernasib baik, it's doesn't matter. Ingat pesan Encik Hashim "No one is the loser, all of us are all the winners. The aim is not to find the winner, but to give us a platform to learn, gain experience and to grow up our skills"
Sekurang-kurangnya ada jugak benda nak taruk dalam slides presentation untuk second visit, coming soon in second week of December. Dapat gak sijil sebagai kenang-kenangan. Paling penting, kita semua got such a nice experience doing this project.


Sekalung penghargaan kepada organizer KAIZEN WEEK 2010 : POSTER COMPETITION. Terima kasih kepada Kak Jannah untuk glove biru sebagai alat bantu mengajar (ABM),haha. Jangan lupa kasik video rakaman presentation dan gambar-gambar untuk disimpan sebagai koleksi kenangan abadi.

Lagi satu, tidak ketinggalan housemate aku sorang lagi, Faris sebagai penyokong setia yang telah mengiringi kami untuk meraih dua tempat teratas untuk dibawa pulang ke flat Mutiara Perdana. Apepun, team DA LAB terbaik sebab bolot dua tempat sekaligus. Mungkin faktor penyokong/FAN CLUB setia membakar lagi semangat mereka untuk berjuang habis-habisan :)





footnote: Kemenangan ini adalah titik tolak untuk lebih bersemangat dalam menjalani latihan industri/internship di sini yang masih berbaki lebih kurang 2 bulan lagi. Mintak jauh sama sekali dari perasaan bangga diri dan bongkak. Semoga aku terus bersemangat untuk terus belajar dan belajar sebagai bekalan di kemudian hari. Sekarang perlu lebih fokus. Need to contribute more and help supervisor in doing project. Obtain the knowledge as much as possible, insyaAllah!
Perang poster bermula? Ya, tapi bukan perang poster untuk Pilihan Raya Umum (PRU). Ini perang poster sempena KAIZEN WEEK 2010 untuk kategori POSTER PRESENTATION COMPETITION. Selaku budak-budak intern (praktikal), inilah salah satu aktiviti untuk kami join demi memenuhi logbook, report dan paling penting sekali untuk menimba pengalaman.


Jumaat lepas, bersamaan 19 November 2011 merupakan tarikh akhir untuk submit poster bagi semua peserta kategori internship/trainee. Jadi, aku tak lepaskan peluang untuk turut terlibat dan join sekali. Alang-alang nak masuk, bersengkang mata jugak lah nak siapkan satu poster tuh. Lebih kurang 9 jam untuk siapkan poster yang tak seberapa ni. Just for fun! Lama tak stay up beb. Ambik kau, kul 400 pagi jugak baru siap. Diselangi petir dan guruh di langit dan blackout dengan tiba-tiba. Dugaan!

.
KAIZEN WEEK 2010: POSTER COMPETITION






Inilah hasil titik peluh di saat akhir. Alhamdulillah, siap juga akhirnya walaupun hasilnya tidak seberapa. Nak guna teknologi tak reti, handmade la jawabnya. Kecik kan? Sebenarnya poster ni agak besar, lepas guna magik tangan biru tuh jadik kecik macam tuh. Nak tau saiz sebenar, tunggu den story next time. Malam ni busy sikit nak practise untuk presentation esok.


Introduction part

Esok adalah hari penilaian/evaluation poster dan presentation. Setiap peserta diberi masa 10 minit untuk membentangkan kertas kerja masing-masing. 6 peserta akan berentap dengan poster dan tajuk projek masing-masing. Topik aku macam yang ada kat bulleyes tu je. Btw, hopefully dapatlah present dengan elok walaupun dah mula rasa cuak dan gemuruh, grrrrr.


WISH ME LUCK FOR PRESENTATION TOMORROW!

24 NOVEMBER 2010


Good luck and all the best to all my fellow friends : Faiz, Hazwan, Muzakkir, Din and John/Jinfen


footnote : lama dah tak speaking london nih, berbelit-belit la lidah esok. Almaklumlah, saya orang kampung, english tak pro sangat. Takpe2, bila lagi nak belajar kan kalau bukan time ni? Oklah, nk start praktis untuk esok. Kalau ngingau-ngigau speaking london malam ni, sory la ye,hak3. Chow lu, bye!


Klik PLAY, jom layan lagu ni



Khatimah Cinta
6ixth Sense

Bintang Malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...



Tengok CHINTA, asyik dengar lagu KHATIMAH CINTA
Dengar lagu KHATIMAH CINTA, mesti ingat CHINTA

Best la plak lagu ni. Menusuk ke gegendang telinga
Sengau-sengau pun, layan la gak


Uish, tak sangka drama melayu sekarang sudah dahsyat. Dulu NUR KASIH, lepas tuh ADAMAYA. Baru ni CHINTA. Sekarang dengar kata ASMARA. Tak sempat nak tengok TV sekarang. Asyik lupa je jadual acara di TV. Kalau dulu sempat gak hafal sikit-sikit. Cerita sekian-sekian, pukul sekian-sekian pada hari sekian-sekian. Sekarang? Hampehnak tunggu TV. Download pastu marathon kat laptop je lah kerjanya.


Sape yang tengok cerita CHINTA mesti tau pasal apa cerita nih. Agak menarik, kadang-kadang pening gak. Banyak sangat cabaran/halangan CHINTA untuk berubah menjadi baik. Akhirnya, pulang juga beliau ke pangkal jalan. Betullah, Hidayah milik Allah. Macam tu lah gamaknya kalau dalam dunia realiti pun.


Kalau kaji betul-betul jalan cerita yang disampaikan, banyak mesej-mesej yang dapat diambil sebagai intipati dari cerita ini. Dari sejahat-jahat perwatakan manusia, hinggalah sebaik-baik dan mulianya manuasia. Semuanya ada dalam cerita ini. Rasanya, dunia realiti kita pun penuh dengan orang macam ni. Cuma, dalam nampak tak nampak je. Apapun, cerita CHINTA ni agak best walaupun tidak mampu lagi untuk menandingi NUR KASIH dan ADAMAYA,hak3.


Persoalannya:
Masih wujudkah insan semulia Saadatul Saadiah. Cekal dan tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam menjalani kehidupannya?
Masih adakah insan secekal dan sekebal Rasul Iman dari terjerumus ke kancah hina bila digoda sebegitu rupa sebelum bermumahtangga dan selepas diijabkabulkan?
Masih adakah Chinta Chandury yang tekad dan rela kembali ke pangkal jalan bila jauh tersasar di jalan Allah?
Semuanya hanya lakonan semata-mata. Yang buruk dijadikan sempadan, yang baik dijadikan tauladan!




Sesiapa yang dah tengok filem 2 ALAM, agak-agak mana best drama CHINTA dengan filem 2 ALAM yang sedang ditayangkan sekarang? Masih dalam pertimbangan untuk pergi menonton!
Semakin banyak kritikan/kontroversi/persepsi/tohmahan/ejekan/pujian/sanjungan tentang filem 2 ALAM ini (pasal kredibiliti DDR terutamanya), semakin teringin aku nak pergi tengok,haha.
Aku bukanlah kaki wayang yang hard core. Suam-suam kuku saje. Tapi, kebelakangan ni macam banyak la plak filem-filem yang menarik bertandang ke pawagam-pawagam berdekatan. Di mana lagi kalau tidak lain tidak bukan di Queensbay Mall.


Kalau dulu, untuk tonton filem 3D di Penang, hanya ada di Gurney Plaza saja. Tapi kini, lebih mudah dan deakt. Bermula Oktober 2010 yang lalu, 3D sudahpun ada dan available di Queensbay Mall. Huish, semakin menarik nampaknya.


Mana tak menariknya, sudah 2 minggu berturut-turut sempat pergi menonton wayang bersama kawan-kawan di malam hujung minggu. Pertamanya filem : MEGAMIND 3D pada 12 Oktober dan keduanya filem : HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS PART 1 pada 20 Oktober 2010, iaitu semalam.

MEGAMIND




First time tengok filem 3D. Jakun habis,haha. Tapi, seriously best dan mengasyikkan. Tulisan subtitle seolah-olah berada betul-betul di depan mata, dan lakon layar berada jauh ke belakang dengan aksi-aksi watak dan lakonan. Kalau ada aksi terbang, gayanya macam terbang ke arah kita.Bila ada bintang-bintang berkerdipan, seolah-olah tersembul di luar skrin. Perghh, torbaik!


Jalan cerita MEGAMIND amat menarik dan sedikitpun tidak menghampakan. Kisah pertembungan hebat dua kuasa iaitu kuasa baik : METROMAN dan kuasa jahat yang tidak berapa jahat : MEGAMIND. Sejak kecil lagi, mereka saling bersaing menunjukkan kekuatan dan kehandalan mununjukkan kekuasaan luar biasamasing-masing. Tapi, nasib MEGAMIND sentiasa tidak baik, sentiasa kalah di tangan METROMAN.


Sehinggalah meningkat dewasa, MEGAMIND tetap kalah di tangan METROMAN bilamana kuasa kuat di kerajaan itu adalah METROMAN. METROMAN menjadi pujaam ramai penduduk dan penyelamat dalam apa jua keadaan. Pelbagai taktik dan helah telah diusahakan oleh MEGAMIND untuk menewaskan METROMAN. Akhirnya, MEGAMIND berjaya meletupkan METROMAN di rumah api. Adakah METROMAN meninggal?


Setelah sekian lama ketiadaan METROMAN, MEGAMIND berasa sungguh sunyi dan mencipta hero baru untuk dijadikan lawan. Sebaliknya, perancangannya masih lagi gagal bila apa yang dirancang tidak mengikut perancangan. Watak hero baik yang dicipta kini menjadi leboih jahat darinya. Memusnahkan kota raya dan merompak. Dalam masa yang sama, MEGAMIND menyamar sebagai orang lain dengan kuasa jam yang ada padanya untuk memikat gadis pujaan hatinya. Rupa-rupanya, METROMAN masih lagi tidak mati. Apakah kesudahannya? Bagaimana hubungan MEGAMIND dan METROMAN? Siapakah penyelamat kota itu daripada terus dimusnahkan oleh HERO JAHAT yang baru.


Untuk cerita lanjut, bolehlah pi tengok kat cinema. Jangan lupa tengok yang 3D, RM16 dan berbaloi-baloi,haha. Konpem tak kering gusi tengok filem ni. Lebih-lebih lagi, jalan cerita yang agak menarik. Tak percaya, cuba try test tnya orang yang dah pi tengok.


HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS





Semalam. hujan lebat diredah oleh 4 jejaka ke cinema. Mereka merempit dengan 3 buah motosikal. Mereka tidak lain tidak bukan Hazwan, Din, Faris dan aku sendiri. Basah kuyup. First time masuk cinema dengan baju yang basah. Sejuk tak payah nak cakap, selama 2 jam setengah menonton movie dalam keadaan lembap amatlah tidak selesa dan sejuk. Nasib baik cerita best. Segalanhya berjaya ditangkis sehingga tamat tayangan.


First time tengok movie Harry Potter di cinema. Selama ini, tengok di screen laptop 12 inci je. Download dan tengok di bilik. Tapi kali ni berkesempatan untuk bertandang ke cinema. Best dan mantap. Banyak kali gak aku terkejut beruk sepanjang menonton cerita ni. Mana taknya, dalam kekusyukan menonton tiba-tiba ada aksi yang memeranjatkan berlaku. Huishhh, boleh kena serangan jantung. Tapi adegan lawak pun tak kurang hebatnya, dalam scene yang serius pun, masih ada garapan usikan dan jenaka diselitkan bersama. Memang puas hati.


Jalan ceritanya? Kepada yang sudah baca novel Harry Potter dari siri pertama sampai ke penghujungnya, for sure tahu setiapa apa yang berlaku. Tapi bagi aku yang tidak mengikuti novel ni, malas nak baca lagipun satiu novel harganya yang mahal boleh digunai pakai untuk makan selama sebulan menyebabkan aku tidak tahu apa plot ceritnya dan kesudahannya. Apa yang spoil? Semalam hanya satu part saja, part 2 lambat lagi, Next July in 2011 if not mistaken. Jenuh nak tunggu. Apapun, ceritanya memang terbaik, menyebabkan aku nak cari balik filem Harry Potter pertama sampai yang terkini untuk ditonton kembali.


Tahniah buat J.K Rowling di atas penulisan yang amat bernilai dan mendapat sambutan luar biasa dari seluruh pelosok dunia. Siapa sangka cerita novel biasa boleh menjadi movie terbaik di dunia. Pelakon yang dulunya kecil, kini besar dewasa melakonkan filem yang sama dari filem pertama sehinggalah ke penamatnya. Tak sabar tunggu episod finale : HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS



Apepun, selamat menonton kepada sesiapa sahaja yang bakal menonton wayang, tidak kira HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS ataupun MEGAMIND.

Sat, filem 2 ALAM macam mana? Sape-sape dah pi tengok boleh la share,hehe. Dengar kata pecah panggung RM40 juta. betul ke? Apa pun, semoga berjaya untuk filem 2 ALAM yang penuh KONTROVERSI dan SENSASI. Ada peluang kena pi tengok ni macam mana.
Raya-raya ni, mood nak taip entri tak ada. Konfirm, mood nak baca pun malas kan? Apa kata kali ni layan je gambor-gambor raya dan video sempena Aidiladha 2010. Secoret kata sebagai tanda kenang-kenangan. Next year boleh la layan balik, kenangan beraya di perantauan katakan. Di oversea! haha


Untung gak ada blog, boleh imbas kembali apa yang berlaku di Aidiladha tahun lepas : AIDILADHA 2009! Lepas rindu pada keluarga :)


Makan malam pada malam Aidil Adha 2010 : Nasi Beriani Ayam / Chicken Beriani di kedai mamak : KAPITAN berhampiran QUEENSBAY MALL. Sedap dan lazat!


Makan malam bersama housemate : Faiz, Faris serta sahabat, Muzek dan Hazwan. Masa nak makan ni lah dapat call dari anak buah. Adoi, syahdu!


Agak-agak, kalau hantar gambar ni kat Utusan Malaysia, lepas tak nak masuk ruangan Salam Perantau? Inilah dia mangsa keadaan yang terpaksa beraya di perantauan buat pertama kalinya dalam hidup!


Selepas solat sunat Aidiladha di Masjid Bayan Baru, berhampiran Sunshine Kompleks, kami bertiga bersarapan di kedai mamak : KAYU. Restoran KAYU terletak berhampiran VISTANA. Kedai mamak lagi? Ye itulah saja kedai yang bukak time raya-raya ni. First time sarapan di pagi raya makan roti canai di kedai mamak, nice one!


Selepas breakfast, sempat gak gi ronda-ronda sekitar Kampus USM. Kusangka beraya sampai ke petang, rupanya pening kepala di tengah hari. Apa la nasib, terlantar di tilam separuh hari. Kepala pusing tak dapat pekena sup gear box dan perut air asam kot, ish3!


Akhir kata, Salam Aidiladha diucapkan kepada semua! Salam sayang untuk kaum keluarga di kampung, sanak-saudara, teman dan taulan serta anda semua!



Ni dia kerja budak-budak yang tak dapat balik raya. Sorry di atas sebarang masalah teknikal. Masalah audio sikit, sepatutnya lunak merdu lagi suara mereka sebenarnya,ngeh3




footnote: badan kurang sihat.
Tema : Hari Raya Aidiladha 2010
Latar masa : Malam Aidiladha
Latar tempat : 5-7-17 Mutiara Perdana, Bayan Baru, Pulau Pinang






click to create your own





|
\/

Assalamulaikum..

Ke hadapan bonda Sebariah semoga berada dalam keadaan sihat selalu. Anakanda di sini, Alhamdulillah sihat walafiat. Posmen sudah cuti, nak pos surat pun konfem lambat sampai. Sebab tuh anakanda tulis warkah berlagu pilu je. Cepat, mudah dan selamat. Bonda suka? Anakanda taip surat ni sebab nak tidur pun tak ngantuk lagi. Teringat kat bonda, kakanda, nenda, anak menakan dan saudara-mara.


Pagi tadi, anakanda rasa macam esok tak ada apa-apa je. Balik kerja tadi, anakanda tengok kereta kat parking di flat Mutiara Perdana pun dah mula berkurang. Herm...Apakah maksudnya bonda? Lepas tuh kan bonda, angin bertiup kencang. Hujan pun turun dengan lebatnya. Anakanda pun berkata dalam hati, taip kat facebook dan juga tweeter yang berbunyi : "langit seolah-olah mengerti". "Langit menangis nampak, tapi hati menangis siapa yang nampak." Anakanda buat cool je, malu lah nak nangis-nangis ni. Jatuh saham nanti.


Lepas tu kan bonda, anakanda terdengar takbir raya dari Surau al-Irfan. Huh, baru terasa esok raya rupanya. Teringat kat rumah tiba-tiba. Nasib baik, ramai kawan-kawan anakanda yang tak balik kampung masing-masing. Rasa ok sikit, rupanya masih ada yang senasib dengan anakanda.


Lepas solat malam tadi, anakanda keluar makan malam dengan kawan-kawan. Faiz, Faris, Muzakkir dan Hazwan ikut sekali. Bonda kenal demo ni? Dop kan? Nanti lepas raya esok anakanda hantar gambar beraya kami di sini. Bonda tunggu ye! Tadi kami pergi makan nasi beriani je kat KAPITAN berhampiran QUEENSBAY. Sedap jugak. Kenyang perut anakanda, alhamdulillah.


Sedang asyik anakanda melahap, tiba-tiba telefon berdering. Rupanya anak menakan yang call, Damia dan Salsha. Sempat jugak berceloteh dengan mereka sebelum sambung makan. Pesanan untuk mereka : Anak-anak menakan, tahun ni ayah su tak balik. Cuti sehari je pun. Lenguh badan nak naik dan turun bus, cuti pendek je. Tak de la orang nak snap gambar-gambar anak-anak menakan ye time raya kali ni? Tak apa, raya tahun ni suruh ayah nik pulak snap gambar.


Jap ye bonda. Boring taip surat tanpa hiburan. Nak pasang lagu jap. Lagu ni boleh bonda? Jom layan je lah ye.





Sedih kan lagu ni bonda? Tak apa bonda, anakanda pasrah. Anggap tahun ni sebagai kenangan baru dalam hidup anakanda. Kawan-kawan kat UTP sana lagi kesian bonda, dah la tak balik raya, musim exam plak tuh. Kesian kan?


Akhir kalam, anakanda ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada bonda. Salam Aidiladha buat semua adik-beradik anakanda : Abe Lan, Kak Long, Kak Na, Abe Din, Kak Lah, Abe Kerol, Abe Mie, Kak Ina, Kak Ya, Abe Adi, Abe Mat Bani, Kak Siti, Kak Nor,Abe Mat, Kak Mie, Abe Sie, Abe Ja dan bakal menjadi ahli baru keluarga kita Kak Sue. Tidak lupa kepada nenda, Zainab.


Anak-anak menakan yang sudah lebih sedozen, jangan nakal-nakal. Makan daging jangan banyak-banyak, nanti lekat kat celoh-celoh gigi. Salsha, Dhia, Along, Angah, Achik, Baby, Akish, Alya, Anis, Adam, Bella, Najwa, Ikin, Damia dan Danish ingatlah ayah su di sini.


Tak lupa juga kepada semua saudara-mara anakanda di kampung halaman. Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kapda semua, ibu/bapa saudara, sepupu-sepapat dan waris-waroh ambo.


Wassalam

Ikhlas dari;
Anakandamu di Pulau Mutiara



notakaki : Salam Aidiladha kepada semua readers, followers, bloggers, facebookers, twitters dan chuppers. Kepada sesiapa yang mengenal diri ini, salam perantau diucapkan. Tidak dilupakan kepada semua senior dan junior di UTP.Tidak ketinggalan kepada semua teman dan taulan dari kecik sampai besar : Tadika Seri Intan, SK Melor dan MRSM Jeli.

SALAM AIDILADHA


Entri berkaitan : Di sebalik Hari Raya Korban

AMARAN : Entri paling pendek pernah ada di blog ini.

Ulang tayang! Ulang suara!

Bayangkan dalam FINAL EXAM
Kalau soalan EXAM, lecturer cakap soalan ni 100 markah,hahahaha

Soalan berbunyik begini

What is the similarity between COFFEE and LOVE?

Maksudnya

Apakah persamaan antara KOPI dan CINTA?

Apakah jawapan yang mungkin akan anda berikan atau huraikan demi mendapat gred A++

Calon-calon yang telah menduduki ujian ini setakat 945pm adalah seperti berikut:
FACEBOOKERS : 7
TWITTER : 2

Sekarang giliran BLOGGER untuk menunjukkan kreativiti and intelektual

SELAMAT MENCUBA!

cuba tenung lama-lama, mana tau dapat ILHAM

notakaki: Kenapa kalau sebut soal CINTA/LOVE, semua orang akan tafsirkan dan terarah pada satu aspek sahaja, iaitu pasangan hidup? : BOYFRIEND/ GIRLFRIEND/ FIANCE/ HUSBAND/ WIFE semata-mata. Sedangkan tafsiran CINTA/LOVE itu cukup luas jika hendak diungkapkan. Hakikatnya, CINTA/LOVE bukan hanya untuk mereka sahaja, malah untuk semua insan yang bergelar manusia terutama IBU BAPA/ ADIK-BERADIK mahupun TEMAN dan TAULAN. Paling utama kepada MAHA PENCIPTA. Tidak lupa juga kepada ALAM SEJAGAT : Flora, Fauna, Alam Sekitar dan BUMI yang makin tua dan uzur, kian merana!




to be continue : SKEMA JAWAPAN


psttt: Sorry utk calon yg tengah exam. Mesti cepat je serbu bila tengok SOALAN BOCOR FINAL EXAM,haha. NORMAL la tuh. Apapun GOOD LUCK and ALL THE BEST untuk next paper. Best woo tak payah ambil FINAL EXAM semester ni. Jangan stress-stress, senyum sikit. Ngantuk jangan lupa minum KOPI, takpun beli gula-gula KOPIKO.
 STUDY WEEK | MINGGU BELAJAR

STUDY WEEK : Minggu persediaan peperiksaan mesti jadi tekanan kan? Mesti rasa nervous, cuak, takut, lapar, tak selesa, rimas, geram, benci dan segala emosi bercampur-baur. Memang tak dapat dinafikan, semua orang pasti melalui perkara yang sama. Itu normal. Sesiapa yang tak rasa apa-apa sewaktu tempoh ini adalah orang yang tidak normal. Mungkin terlalu genius tanpa ada sekelumit rasa dan perasaan. Itu memang ada tapi hanya golongan minoriti. Majoriti? Pasti alami apa yang orang ramai rasa


Apa perlu buat sewaktu study week?
Semua sudah tahu selok-belok, susun-atur perjalanan study week masing-masing. Kebanyakan pelajar akan menghabiskan lebih masa sedikit berbanding sebelum ini untuk belajar dan menghadap buku teks/ lecture notes. Inilah nikmatnya/sengsaranya study week. Tak study, tengok member-member study mesti rasa tak selesa/rimas. Nak study, ada je benda yang menghalang. Lapar? Mengantuk? Sakit perut? Nak tengok wayang? Paling utama penyakit M : MALAS. Itu normal. Tapi rutin harian bersukan/berseronok tidak boleh diketepikan 100%, cuma terkawal. Paling kejam, paling susah nak hindar FB : Facebook.

Biar lambat asal selamat
Berapa bab lagi kau tinggal? Berapa bab dah kau study? Pedulikan itu semua, bukan bilangan bab yang dikejar, tetapi berapa banyak yang kita hadam. Tiada istilah berlumba dalam belajar, asal terisi ilmu di dada.

Biar sedikit asal ingat
"Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit", sedikit-sedikit lama-lama jadi banyak. Asal apa yang sudah study itu walaupun sedikit terus melekat dan ingat di minda sebagai bekalan, itu sudah selamat. Paling penting, usaha sehabis boleh dan manfaatkan kekangan dan kesempitan yang ada.

Biar lembap asal cermat
Sedikit masa lagi tinggal untuk  study? Banyak lagi nak kena study? Relax, be cool walaupun dalam hati sudah hot. Tak payah kalut, tak payah tamak untuk habiskan semua. Kalau resah, nak study pun susah. Nanti "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"  

Biar  kerdil asal bersemangat 
Semester lepas aku dapat berapa je pointer? Study tak study sama je. Tak akan ada bezanya. Itulah yang sentiasa membelenggu jiwa. End up, masih buat benda sama, nak study tiada langsung usaha. Masih di takuk lama, sebab semester depan masih ada. Ironinya, perlu tekad untuk berubah, maju setapak walaupun hanya angan-angan. Pedulikan yang lepas, kerana "The past cannot be changed, the future is still in your power". Hakikatnya, semangat itu perlu ada untuk mengayuh segala kudrat yang ada.

ENJOY
Study biar lepak, result biar gempaq 
Tak pernah ada orang enjoy dengan menelaah pelajaran/study. Kecuali, kita sendiri yang buatkan keadaan dan tanggapan itu berubah. Study sendiri bosan? Ajak member buat study group, buat teman untuk berdiskusi. Banyak sembang? Sembang sebagai selingan tak apa, jangan jadikan sebagai pengisian. Tiada pemahaman? Mintak kawan tolong ajar. Tak faham lagi? Study sendiri sehingga faham. Tak faham lagi? Tidur, zzzzzz. Tak ada guna kalau study tak faham. Sebaiknya, cuba sedaya upaya untuk faham tidak kira melalui diskusi dengan rakan mahupun berdua-duaan dengna buku/lecture notes.


FINAL EXAM | PEPERIKSAAN AKHIR

Kekalkan momentum sepanjang minggu peperiksaan. Besar kemungkinan, paper pertama atau kedua akan memberi sedikit kekecewaan. Faktornya, susah nak jawab dan tidak sempat siap. Sebaliknya, perlu fokus untuk paper-paper seterusnya. Ataupun, tinggal satu paper lagi sebelum exam berakhir. Jangan alpa, kerana mungkin kerana satu semua binasa! FOKUS itu perlu.

EXAM : Belajar satu semester, 6 bulan semata-mata untuk menjawab soalan selama 3 jam. Jadi manfaatkan masa yang singkat untuk menilai usaha yang panjang agar ia tidak sia-sia.


Kejayaan yang dicapai dengan kesungguhan lebih bermakna daripada kejayaan yang dicapai tanpa usaha

Kegagalan setelah berusaha keras lebih terhormat daripada kegagalan tanpa sebarang usaha


RESPONSIBILITY | TANGGUNGJAWAB

KEWAJIBAN & TUNTUTAN : Sesibuk mana pun, tugas dan tanggungjawab kita memang tidak boleh dilupakan sama sekali. Walaupun ada yang kata, nak exam baru nak banyak beribadah dan solat sunat segala bagai, pedulikan itu semua. Nak buat, baik buat tak rugi apa-apa pun. Kalau tak nak buat pun tak apa, asal yang wajib itu tertunai. Tiada salahnya. Seeloknya, pohonlah pada yang kuasa termasuklah restu dan doa dari ibu/bapa.

Tugas anak pastinya memberikan kejayaan kepada ibu bapanya. Sebagai pelajar, inilah satu-satunya cara untuk membalas jasa mereka, Pencapaian yang memuaskan walaupun kurang cemerlang setidak-tidaknya dapat mengukir senyuman di wajah mereka kelak.

Oleh itu, tugas dan tanggungjawab kita adalah belajar dan terus belajar. Walaupun kepala otak rasa nak pecah, perasaan rasa sebak bagai nak gila, ingatlah tiada kesenangan tanpa kesusahan. Usaha itu perlu walaupun seinci.

Yakin perlu walaupun sedikit
Kurang keyakinan satu kelemahan
Lebih keyakinan satu ancaman
Yakin pada diri, keyakinan yang paling perlu dihargai!


MOTIVATION | SORAKAN SEMANGAT

FENOMENA : SMS, FB, dan BLOG sekalipun pasti penuh dengan ucapan-ucapan berbaur sorakan semangat. Ini penting, walaupun nampak kecik, tapi at the same time boleh memberi sedikit suntikan semangat untuk terus berusaha terutama di saat-saat akhir. Jadi, tak payah tension bila ada yang ucap GOOD LUCK, BEST OF LUCK dan sebagainya. Sebenarnya, ucapan sebeginilah yang akan memberi sedikit ketenangan kepada kita untuk menjadi sedikit COOL. Hakikatnya, hati sudah resah, diri semakin gelisah.



Akhir kata
Semoga Berjaya!

"Tiada kejayaan semanis madu, tanpa pengorbanan sepahit hempedu"



MOTIVASI ROTIBASI dari penaberkala
terutama untuk MKAMH


FOOTNOTE: Good luck untuk semua adik-adik/abang-abang/ kakak-kakak yang akan menduduki peperiksaan akhir. All the best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...