Ronda-ronda Kota Mutiara
25 Julai 2010

Kesinambungan kepada entri 24 Julai 2010 : Batu Feringgi


Kali ini perjalanan ronda-ronda Kota Mutiara diteruskan ke Pulau Jerejak. Pertama kali mendengar nama Pulau Jerejak setelah bertapak di Pulau Pinang pada Jun 2010 yang lalu. Untuk keterangan lanjut mengenai Pulau Jerejak, sila klik untuk Informasi Pulau Jerejak (Klik audio untuk mendengar orang putih bertutur dalam bahasa Melayu) dan Aktiviti di Pulau Jerejak.


Sekadar perkongsian buat semua terutama sekali kepada sesiapa yang belum tahu tentang kewujudan Pulau Jerejak dan juga kepada sesiapa yang memasang hajat untuk datang bertandang ke Pulau Jerejak.


Untuk bercerita dengan patah perkataan tentang pengalaman seharian di Pulau Jerejak, rasanya 3 hari 3 malam tidak habis. Maka rasanya, Alat Bantu Bercerita (ABB) sangat diperlukan. Sila rujuk gambar yang dilampirkan untuk sama-sama merasai pengalaman kami berlapan menjelajah di segenap ruang Pulau Jerejak yang pastinya menawarkan pelbagai aktiviti lasak (Outdoor).


Pembelian tiket

Saudari Jannah dan Ayu sedang membuat pembelian tiket


Dengan serendah RM60, segala kos untuk kesemua aktiviti ditanggung seperti:
  1. Jungle tracking
  2. Suspension bridge
  3. Flying fox
  4. Wall climbing
  5. Archery
  6. Table tennis
  7. Cycling
  8. Swimming
Bayaran tiket juga termasuk perjalanan pergi dan balik menaiki feri serta makan tengahari yang pastinya amat menyelerakan.



Jeti : Sebelum bertolak ke Pulau Jerejak

Bersama rakan seangkatan : Hazwan dan Faiz

830 pagi : Tiba di Jeti untuk ke Pulau Jerejak.
850 pagi : Mula menaiki feri untuk berangkat menuju ke destinasi



Feri

Dalam perjalanan merentas lautan Pulau Pinang di atas Feri
Perjalanan dari pulau ke pulau

Perjalanan dari Jeti Bayan Lepas ke Jeti Pulau Jerejak mengambil masa lebih kurang 10 minit.



Jeti Pulau Jerejak


Jeti Pulau Jerejak



Breakfast

Breakfast di surau sebelum beraktiviti



Jungle tracking

Berehat sebentar setelah setengah perjalanan menaiki bukit


Tidak lengkap perjalanan meredah hutan tanpa bertemu makhluk seperti ini



Jambatan gantung

Suspension bridge menuju ke tapak pelepasan untuk flying fox



Menyusun langkah meniti titi gantung



Flying Fox

Kenang-kenangan selepas semuanya berjaya menamatkan flying fox dengan pelbagai ragam dan aksi



Rentas halangan

Ahli rombongan yang tidak berkesempatan ke PLKN



Wall climbing

Dalam usaha memanjat dinding tahap paling sukar


Setelah berjaya menghabiskan wall climbing walaupun ada yang tidak sampai ke puncak



Archery

Pertama kali memanah sambil kenyit-kenyit mata untuk mencari titik fokus



Lunch

Menu utama :Nasi putih, Ayam masak dalca, daging masak air asam, ikan masak merah, sup ayam, sayur masak lemak, telur hancur


Menu sampingan: Cock tail buah, makaroni, ubi kentang, jeli, kek pelbagai rasa, buah-buahan


Makan tengah hari yang disediakan memang terbaik. Memang sesuai pada masanya, setelah beraksi lasak di hutan, panjat-memanjat dan terbang yang pastinya dapat menurunkan 1kg berat badan dan menyumbang kepada kelaparan, waktu inilah yang paling sesuai untuk menjamu selera sakali gus memusnahkan segalanya kerana kemungkinan akan menaikkan berat badan sebanyak 2kg.


Apapun, makan tengah hari memang terbaik, pelbagai menu disediakan tanpa sebarang catuan. Ambillah selagi perut anda mampu mengisinya ke kantung yang dimiliki.



Table-tennis

Beraksi di gelanggang ping-pong
Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati



Solat dan rehat

Surau yang disediakan cukup selesa dan berdekatan dengan dewan makan



Cycling

Aktiviti petang hari : Berbasikal keliling pulau untuk menuju ke Penjara Pulau Jerejak


Akhirnya, setelah beberapa tahun tidak berbasikal



Swimming

Kehausan selepas berbasikal, terpaksa membasahkan tekak dengan air 100PLUS yang agak mahal iaitu RM5. Soal harga tolak tepi bila tekak terasa kering.

TIPS: Bawalah air minuman sendiri bila bertandang ke Pulau Jerejak



Tekak sudah basah, kini tiba pula masanya untuk pemilik tekak membasahkan diri



Kepulangan

Kenangan yang dibawa pulang : Gambar kenangan kumpulan jungle tracking sesi pagi 25 Julai 2010



Selamat tinggal Pulau Jerejak


RM60 sebagai pelaburan jangka panjang
Pulangannya pasti besar di masa akan datang
Pastinya ia amat ternilai
Memori saved




Terima kasih buat semua untuk pengalaman yang menarik. Panghargaan buat Faiz, Hazwan, Muzakkir, Kak Jannah, Kak Ayu, Kak Nasira dan Kak Ummu

Kepada saudara Faris, sila pergi lain kali. Tahniah di atas penampilan muhandisu.com. Selamat maju jaya!
Ronda-ronda Kota Mutiara
24 Julai 2010


Jom, kali ini saya nak bawa kalian jalan-jalan sekitar Pulau Mutiara, iaitu Pulau Pinang (Penang). Destinasi utama kita kali ini ialah Batu Feringgi. Pernahkah kalian sampai ke Batu Feringgi? Untuk sesiapa yang belum menjejakkan kaki ke Batu Feringgi, eloklah berkenal-kenalan dengannya. Sila baca profil dan butir-butir mengenai Batu Feringgi sebelum kita berjalan lebih jauh meninjau panorama dan keindahannya.


Perjalanan bermula, pertama sekali kenalpasti apakah aktiviti-aktiviti yang disediakan di lokasi yang dilawati. Di Batu Feringgi, aktiviti persisiran pantai dan aktiviti di dalam laut yang menarik banyak disediakan.
  1. Paragliding
  2. Jet ski
  3. Horse riding
  4. Boat
  5. Viper
  6. Storm
  7. Banana boat


Part-time model Batu Feringgi



Seterusnya, selepas meneliti segala aktiviti yang disediakan, barulah boleh pilih dan menikmati keseronokannya.


Aktiviti 1
Jalan-jalan sepanjang persisiran pantai putih



Aktiviti 2
Sesi membidik scene-scene yang menarik sebagai kenang-kenangan oleh tiga jejaka
Muzek - Hazwan - Faiz



Aktiviti 3
Boat meredah lautan



Aktiviti 4
Aksi berterbangan di udara



Aktiviti 5
Banana boat dan jetski



Aktiviti 6
Bermain air di persisiran pantai



Aktiviti 7
Melihat kebesaran Illahi dan menikmati pemandangan indah ketika matahari terbenam (sunset) di Batu Feringgi



Aktiviti 8
Bergambar kenang-kenangan untuk disimpan di dalam arkib



Aktiviti 9
Meninggalkan jejak sebelum berangkat ke destinasi seterusnya


Sayang seribu kali sayang, kami berempat pergi sehelai sepinggang. Jadi, tidak dapatlah untuk mencuba aktiviti 3, 4 dan 5. Apa yang kami mampu adalah menonton dan melihat keseronokan orang lain sahaja. Tak apalah, ada masa dan peluang, kami akan berkunjung lagi di masa akan datang.



Matahari kian terbenam, bulan purnama kian menyerlah di langit kelam. Perjalanan diteruskan ke destinasi seterusnya untuk menjalani kewajipan.


Berhenti solat Maghrib di Masjid Terapung


Seterusnya, jalan-jalan cari makan bermula iaitu ke Nasi Kandar Beratur yang digembar-gemburkan oleh orang sekeliling termasuk di dalam rancangan Jalan-jalan cari Makan. Nasi Kandar Beratur terletak betul-betul sebelah Masjid Kapitan di Bandar Georgetown. Setibanya di sana, masing-masing menerpa nasi beriani untuk disantap di kala perut berdangdut tanda kelaparan.


Pengembaraan di Kota Mutiara tidak terhenti di situ sahaja, malah diteruskan dengan merayap di sekitar bangunan lama Georgetown. Keadaan sunyi sepi memaksa kami menggila merakamkan scene-scene menarik di tengah jalan dan di segenap penjuru yang menarik perhatian. Struktur bangunan dan suasan malam hari di pekan Georgetown tidak ubah seperti berada di bandar China, sungguh klasik dan mengasyikkan.


Setelah berpelesaran di Georgetown, kami menuju pula ke Padang Kota. Suasana terang-benderang disinari sinaran neon sungguh menarik perhatian. Tambahan, suasana malam yang sungguh meriah dengan gelak tawa anak-anak kecil beriadah di padang cukup menghiburkan. Masing-masing mengmabil peluang untuk bersuka-ria dengan permainan piring terbang bercahaya yang di jual di sekitar lokasi tersebut. Di sinilah tempat seisi keluarga bersama beriadah di hujung minggu.


Setelah penat berkejaran di Padang Kota, kami beransur pulang ke destinasi iaitu ke Bayan Baru. Sebelum itu, sempat lagi singgah di pesisir lautan iaitu di Bayan Mutiara, Batu Uban untuk menikmati Laicikang demi menghilangkan kehausan. Jam 100pagi kami berangkat pulang ke kediaman untuk berehat dan meneruskan aktiviti keesokan harinya iaitu ke Pulau Jerejak.

------------------------------------------------------

FAKTA MENARIK
  • Persisiran pantai Batu Feringgi agak terancam dengan najis-najis kuda
  • Batu Feringgi merupakan tempat tumpuan pelancong asing terutama yang berpakaian jubah hitam
  • Paragliding merupakan aktiviti yang agak mencabar sehingga ada pelancong asing yang terkencing di dalam seluar
  • Berdekatan dengan Restoran Tarbus iaitu restoran yang tersohor dengan masakan Arab
  • Batu Feringgi terkenal dengan tempat menjual kain baju dan bag-bag tangan



PERINGATAN

15 Syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dgn buku catatan yg baru, itulah ia yang dinamakan Nisfu Syaaban. 27 Julai 2010 adalah harinya.Jom puasa yok.

Esok juga hari istimewa untuk insan yg amat aku rindui dan cintai



Pernahkah anda mengalami tragedi?
Mustahil kalau kalian jawab tidak pernah.
Mugkin tragedi yang kita alami tidak serupa, tetapi pastinya tragedi itu adalah sesuatu yang berlaku tanpa kehendak hati.


Apa itu tragedi?
Bukan hanya Tragedi Oktober, malah lebih dari itu.


Orang melayu kata:
TRAGEDI (tragédi)
1. cerita (sandiwara, lakonan) yg mengisahkan peristiwa dll yg sedih: persatuan drama ini akan mementaskan ~ tersebut;
2. peristiwa (keadaan dll) yg sedih atau menyedihkan: sajak itu menceritakan suatu ~ tentang pembunuhan dan penderitaan.


For those who cannot understad Malay, this entry is about Tragedy.
Orang putih kata:
TRAGEDY is a noun
(a) serious play, film, novel which ends sadly; Shakespeare's tragedy 'King Lear' is playing at the National Theatre
(b) very unhappy event; tragedy struck the family when the mother was killed in a car crash
(NOTE: plural is tragedies)

Tok pehe lagi ko?
nok mudoh mari kawe translate kot qlate k0 demo:
ore qlate oyak, tragedi tuh bendo hok kito toksey jadi tapi dio jadi. cotoh mudoh gak, srupo eksiden kat jale rayo ko, jatuh bleping atah tangga ko, reboh terak masuk lubey ko. ikut la gapo pong asal tinggal kesey kat kito supo sakit ko, malu ko atau pong sedih. kalu terketut depe ore rmai pong, buleh kato tragedi jugok tuh.

hoh, pehe doh?
kawe bobok kecek qlate plop doh, kih lamo tok make budu kalih


Kalau tak faham lagi apa itu istilah tragedi, marilah kita ikuti kisah di bawah yang di beri judul TRAGEDI TOMYAM : 3 TERUNA KEMPUNAN.


Al-kisah bermula bilamana 3 teruna pinggitan kelaparan di malam hari sekitar 800 malam waktu tempatan pada tanggal 21 Julain 2010. Mereka terdiri daripada pengembara, penskodeng, dan pemberita.

  • Pengembara : tiap-tiap kali hujung minggu, pastinya beliau mengembara ke destinasi tertentu dengan pelbagai urusan
  • Penskodeng : tiap-tiap kali ada masa lapang, pastinya ada tempat menarik dan indah jadi sasaran untuk diskodeng menggunakan lensa berkuasa tinggi
  • Pemberita : tiap-tiap hari takde kerja, ni lah kerja dia. Melaporkan eksiden-eksiden yang berlaku di persekitaran dan dicatat sebagai penglaman serta kenangan

Tempat tinggal Pengembara , Penskodeng dan Pemberita


Oleh kerana kelaparan, mereka terpaksa keluar membeli lauk-pauk untuk santapan malam bersama. Pengembara berasa letih dan tidak turut serta untuk keluar. Tetapi, Pengembara telah ditugaskan untuk memasak nasi. Penskodeng dan Pemberita keluar dalam usaha mencari sesuap juadah untuk dibawa pulang dan dinikmati beramai-ramai.


Pengembaraan bermula, Ara Kafe menjadi sasaran. Lantas, setibanya di lokasi, pesanan ringkas dibuat
  • tom yam ayam untuk 2 orang makan
  • telur mata 2 biji
  • kerabu mangga
Masa berlalu, semua menu yang dipesan sudah siap dimasak. Semuanya menelan belanja RM 16.80. Tanpa berlengah lagi, plastik berisi juadah yang dipesan diterpa dan dibawa keluar dari lokasi. Perjalanan pulang penuh kegembiraan, hanya menunggu saat untuk tiba di kediaman dan menikmati juadah bersama.


Parking kereta di kawasan kediaman mereka agar susah untuk didapati. Setelah berhempas pulas Penskodeng memulas stering dengan bantuan Pemberita merangkap selaku co-pilot, akhirnya mereka berjaya meloloskan NAN (bukan nama sebenar) ke tempat parking yang sewajarnya.


Pemberita membawa plastik berisi lauk-pauk untuk dibawa ke tempat kediaman. Penskodeng pula meluru laju ke hadapan, mungkin terlalu lapar agaknya. Pemberita hanya ikut sekaki berjalan cepat seperti lipas kudung. Tiba-tiba.............


biarlah gambar yang menceritakan apa sebenarnya berlaku pada malam itu.
sebak rasanya untuk mencoret tentang apa yang berlaku saat itu.


Tanpa segan silu dan pantas, Pemberita tunduk membongkok untuk mengambil saki-baki yang tinggal. Seraya berkata, Ya Allah....... (nasib baik tidak keluar benda yang tidak sepatutnya) sambil mengambil semula plastik yang tertinggal. Hatta, Pemberita mula cemas dan mula tersedar rupanya agak ramai umat manusia yang berada di gerai berdekatan sedang asyik menonton sebabak drama tanpa skrip tersebut. Pada masa yang sama, Penskodeng yang mendengar bunyi "plurppppp" yang agak syahdu itu lantas berpaling. Penskodeng menghampiri Pemberita dengan muka penuh kesedihan dan kehampaan ibarat mati bini. Arakian berkata, " Kenapa boleh jatuh?"


Pemberita terkedu seketika, terdiam, terbisu langsung tidak berbicara. Sambil mengeluh panjang, mula berfikir apa yang patut dilakukan. Akhirnya, Pemberita mengambil keputusan untuk menggantikan tomyam yang malang itu dengan apa-apa juadah yang berkuah di gerai berdekatan. Walaupun pada mulanya Penskodeng merasakan tidak perlu, tetapi atas dasar rasa bersalah Pemberita terhadap mereka, niat itu diteruskan dengan tindakan.


Terpaksa menebalkan muka memesan sup ayam untuk 2 orang makan daripada kakak tukang masak. Kebetulan, ada beberapa gadis di meja makan tersipu-sipu senyum kambing kepada Penskodeng dan Pemberita. Kemungkinan mereka geli hati dengan adegan tadi. Hakikatnya, begitu luluh hati pabila tomyam terlepas dari genggaman.


saki-baki yang tinggal dan berjaya diselamatkan


Sekitar di gerai kak Lily

Kakak tukang masak : Hawat, jatuh ka?

Abang banyak cakap : Hang tringat kat awek ke apo?

Pemberita : Tak de rezeki kot. Jatuh tu sebab nak suruh beli kat kedai akak la. Lama dah tak datang makan kat sini. Sebab tu kot.

Kakak tukang masak : Uish, kadang-kadang kena pi gak try tempat-tempat lain

Abang banyak cakap : Longkang tuh memang berhantu sikit. Bukan setakat tomyam dia telan, kadang-kadang budak-budak pun ramai yang jatuh kat kawasan tuh.

Semua : Gelak besar

Penskodeng : Kenapa bang?

Abang banyak cakap : Membongkarkan kisah seram.............



Makan malam tanpa perasaan

Makan malam diteruskan tanpa tomyam yang diidam-idamkan, 3 teruna kempunan.


Nasi putih yang diilhamkan oleh Pengembara



telur mata



kerabu mangga



tomyam setelah ditransformasi menjadi sup ayam



walaupun hanya sedikit yang tinggal, terubat juga kempunan 3 teruna


gerai kak Lily : berhadapan dengan tempat kejadian



tempat kejadian keesokan harinya
ke mana hilangnya tomyam kami?


Maka pada malam itu, dek kerna kempunan akan tomyam mereka telah bertekad untuk qada' balik tomyam untuk 2 orang makan itu kepada tomyam untuk 4 orang makan di lain masa.

Adakah hasrat mereka akan tercapai?
Adakah Pemberita bersalah dalam hal ini?
Adakah tindakan Pemberita itu betul pada dasarnya?



NILAI DAN PENGAJARAN
  • Rezeki
rezeki itu boleh datang dan pergi bila-bila masa sahaja sewaktu kita sedar ataupun tidak. Semuanya adalah keentuannya. Walaupun rezeki sudah berada di tangan, kita tetap masih boleh kehilangannya. Cuma waktu dan tempat yang membezakannya. Maka ucaplah Alhamdulillah setelah rezeki itu kita kecapi.

  • Berlapang dada
Dalam hal sedemikian, tiada guna menyalahkan diri ataupun orang lain. Masing-masing perlu faham keadaan dan benda yang terjadi. Pendekatan paling mudah adalah dengan cara berlapang dada dengan apa yang berlaku. Terima seadanya walaupun ia agak sukar.

  • Pengajaran
Mungkin apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Pengajaran yang diberi akan mengigatkan kita agar tidak mengulangi kesilapan yang sama di lain masa dan ketika.

TAMAT

Pepatah melayu tidak asing bagi kita. Sungguh indah bahasanya, begitu mendalam maksudnya. Tapi sayang, kewujudan pepatah melayu hari ini boleh dikatakan bagai melukut di tepi gantang. Kenapakah ini boleh berlaku dan siapakah wajar dipersalahkan?

Teori penulis menyatakan ada beberapa faktor ini semua boleh berlaku. Atas sebab penulis sendiri semakin melupakan pepatah melayu, sehingga perlu mengGOOGLE untuk kepastian bagi setiap perumpamaan dan pepatah melayu untuk dimuatkan di dalam entri ini, jadi seharusnya kita sama-sama mengingatkan kembali yang mana yang terlupa, dan membetulkan yang mana yang tersalah. Jelas sekali, ia semakin dilupakan dek kerna transformasi seiring globalisasi dan urbanisasi hari ini.

Antara faktor yang menyumbang ke arah melupakan pepatah melayu adalah:

Penggunaan yang tidak meluas
Hanya digunakan untuk lulus dan cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu

Wujudnya bahasa moden dan asing yang lebih seronok digunakan
Kalau nak menasihat, lebih suka straight to the point
Contoh: Kau ni, ...........
Kalau nak marah, lebih suka guna ayat lagi power
Contoh : What the *#@& ; &^%# dan sebagainya

Globalisasi dan Urbanisasi
Kurangnya penggunaan bahasa melayu dalam komunikasi seharian

Persaingan dengan "Pape entah Moden"
Isu yang paling serius, bila kita dikaburi dengan "Pape entah Moden" (Pepatah moden) yang dimodified dari pepatah melayu yang asal. Penulis sendiri suka dengan "Pape entah Moden" ni kerana lebih lawak dan santai. Sesetengah modifikasi ada kebenarannya tetapi sesetengah jauh menyimpang dari maksud asal. Maka, ia patut dibendung utk mengelakkan rosaknya bahasa kita. Oleh itu, satu pendekatan telah diambil untuk perbetulkan "pape entah moden" kepada pepatah melayu yang asal.

Contoh:

  • "Pape entah moden" (Pepatah moden)
  • Pepatah melayu

  • TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR, TERLAJAK KERETA PUN BOLEH UNDUR, TERLAJAK KAPAL TERBANG TAKDE GEAR REVERSE……SORRY.
  • terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
  • terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa


  • BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA KAWIN LAGI!!!
  • bersatu kita teguh, bercerai kita roboh


  • SEBAB MULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT JUGA ….. NASI PUN HABIS!!!
  • kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa


  • KALAU TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG, KECUALI KALAU ADA BERUK ATAS POKOK TU.
  • jika tiada angin, masakan pokok bergoyang


  • BIAR MATI BINI/LAKI, JANGAN MATI ANAK ( BOLEH KAWIN LAGI APE! )
  • biar mati anak, jangan mati adat


  • BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KETEPIAN…. KAN TAK PASAL2 TUU
  • berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian


  • KALAU PADI KATAKAN PADI, TIDAK AKU TERNANTI-NANTI, KALAU SUDI KATAKAN SUDI, KALAU TAK SUDI …… BOLEH BLAH
  • kalau padi katakan padi, tidak aku tertampi-tampi. Kalau jadi katakan jadi, tidak aku ternanti-nanti


  • HARAPKAN PAGAR, PAGAR PUN TAK BOLEH HARAP! SAH2 LAH BENDA TU BESI BUKAN MANUSIA!!!
  • harapkan pagar, pagar makan padi


  • TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT KENA ‘SAMAN’
  • tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat tergolek


  • HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, KALAU MACAM TU LEBIH BAIK TAK PAYAH HUJAN DAAA…….
  • hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri


  • KALAU TIADA ROTAN, PELEMPANG AJELAH….
  • Tiada rotan akar pun jadi


  • CARIK-CARIK BULU AYAM, LAMA-LAMA JADI BULU TANGKIS BADMINTON, PASTI AYAM KEBOGELAN.
  • carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua


  • AIR DI CINCANG TAKKAN PUTUS, TAPI KALAU DAGING DI CINCANG TANDANYA ADA KENDURI LA TUUU…..
  • air dicincang tak akan putus


  • KERBAU BERPEGANG PADA TALI, MANUSIA BERPEGANG GUNAKAN TANGAN
  • lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji


  • PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN, KALAU ORANG TAK HENDAK TANDANYA KITA TAK LAWA……
  • nasi tak dingin, pinggan tak retak. Orang tak ingin, kita tak hendak


  • TAKKAN LARI GUNUNG DI KEJAR, TAPI KALAU TAK KEJAR PUN GUNUNG TU TAKKAN LARI JUGAK!!!
  • takkan lari gunung dikejar


  • PATAH TUMBUH, HILANG REPORT POLIS
  • patah tumbuh hilang berganti


  • BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI AHLI SUKAN YG MASUK ACARA ANGKAT BERAT!
  • berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul


  • SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK MASUK JUGAK SUKAN OLIMPIK.
  • sepandai-pandai tumpai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua


  • KALAU ADE JARUM YG PATAH JANGAN DI SIMPAN DI DALAM PETI, BUANG AJE BELILAH JARUM YG BARU.
  • kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti. Kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati


  • KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT, KAJANG HAMBA TAK PAYAH LIPAT-LIPAT, MAKAN AJE SATAY KAJANG!!!
  • kajang pak malau kajang berlipat, kajang hamba mengkuang lalu. Dagang pak malau dagang bertempat, dagang hamba musafir lalu


  • KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL, BELI AJELAH KAIL YG PANJANG SIKIT
  • kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan di duga


  • KALAU TAKUT DI LAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI, BUAT RUMAH JAUH-JAUH SIKIT DARI PANTAI….
  • kalau bimbang dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai

Amacam, hebat kan persaingan antara pepatah melayu dan "pape entah moden"? Sebab itulah, sedikit sebanyak penulis lupa akan pepatah melayu yang asal. Hanya beberapa pepatah melayu je yang segar di ingatan, itu pun atas bantuan Encik Karam Singh Walia kita yang tak jemu-jemu mempopularkannya dalam setiap liputan di kaca televisyen.


Lebih parah, takut-takut adik-adik di bangku sekolah, nak ambil peperiksaan UPSR, PMR, SPM mahupun STPM terkeliru yang mana satu boleh dipakai guna. Kalau guna "Pape entah moden" dalam menjawab peperiksaan, tak ke nanya cikgu nak tanda kertas. Konpem gelak tak kering gusi, ulang-alik pi tandas la jawabnya nak terkencing.


Artikel pepatah melayu khas untuk semua pelajar di Malaysia, UPSR, PMR, SPM mahupun STPM. Kepada akak-akak, abang-abang, pakcik dan makcik pun b0leh juga nak baca. Ingat, guna yang hitam, jangan guna yang merah!

Last but not least

Tidak relevan?
Point ni malas nak hurai, masing-masing ada alasan tersendiri. Selamat berfikir! Tapi bagi penulis, banyak lagi yang masih relevan. Harus ingat bahawa pepatah melayu itu cukup indah. Banyak lagi yang relevan untuk diguna pakai, maka usahlah kita pertikaikannya.


Semoga pepatah melayu akan kekal dan dapat diwarisi ke generasi seterusnya. Bak kata pepatah, biarlah ia "tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan"


Wa mau kasi tau sama lu, yang wa sikalang dalam buruan polis. Lu olang panik tak kalau lu berada dalam buruan polis. Kalau wa, memang wa rasa panik sikalang. Nak kemana-mana pun susah, rasanya sungguh terbatas. Nak keluar pun kena tengok masa-masa yang sesuai je, takpun waktu malam.

Hah, apa yang lu pikir?

Lu olang jangan salah paham plak terhadap wa. Wa bukan buat jenayah besar. Wa bukan ALONG, tapi wa suka tolong-tolong. Wa bukan pencuri, perompak, perogol mahupun ahli militan.

Untuk tidak mengeruhkan keadaan, mai sini wa nak story. Wa memang dalam buruan polis, tapi dalam kondisi tertentu sahaja. Sikalang kalau wa berada di jalan raya, memang wa diburu pakcik, makcik, abang, kakak yang berjenama POLIS.

Sebab apa? Sebab sikalang wa tengah darurat
1) Lesen wa dah tamat tempoh, 29 June lagi
2) Road tax motosikal wa dah tamat tempoh, 15 Julai tempoh hari

Jadi, sikalang kalau wa naik motor wa, memang betul-betul jadi buruan. Double wanted plak tuh. Tapi, kalau wa naik kete, satu kesalahan je lah.





mungkin ini akan berlaku kalau tidak bernasib baik



Alhamdulillah, sikalang wa masih bernasib baik. Sudah 2 kali wa terlepas dari sekatan mahupun surat jemputan. Ikuti kisah suka dan duka untuk tempoh kebelakangan ini:


BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH

Time balik kerja 14 Julai 2010 yang lalu, wa baru perasan yang lesen sudah lama tamat tempoh,. Dah berkulat pun. Selama ni, ternyata wa naik motor tanpa lesen yang sah. Jadi, nak balik kerja tu, bukan main gementar. Baru perasan, betullah orang kata, "berani kerana benar, takut kerana salah". Maka, keadaan sikalang wa memang bersalah, jadi wa takut la. Walaupun ini bukan jenayah yang besar, tapi perasaan diburu itu tetap ada. Siapa yang tidak segan kalau ditahan pak polisi, tambahan lagi kalau bernasib baik diberi warkah berlagu pilu. Tapi nasib wa sungguh baik hari itu, sekatan tempat biasa sebelum sampai ke flat tempat kami menginap tiada. Huh, lega sungguh rasanya. Lepas je kawasan wanted tu, wa siap bernyanyi lagi atas motor,hoho. Alhamdulillah



RELA DALAM KETERPAKSAAN

17 Julai 2010, iaitu semalam. Seharian dari pagi sampai petang duduk rumah je, rasanya seperti tahanan. Tapi tak ape, duduk dalam rumah pun ada aktiviti. Selain online segala mak nenek yang ada kat internet (facebook, friendster, formspring, gmail, gtalk, youtube, blog), sempat jugak berkemas rumah, sapu sampah, mencuci bilik mandi dan tandas (latihan dan persiapan sebelum kahwin). Boleh tahan la, sampai berpeluh seperti beriadah. Malamnya baru keluar nak pi makan. Walaupun lesen dah mati, tambahan plak road tax dah mati, maka semakin berat la rasa nak naik motor. Apa nak buat, perut dah lapar, kenderaan lain tiada, beranikan diri menanggung risiko untuk keluar makan. Terpaksalah rela apa yang mungkin berlaku. Alhamdulillah, sekali lagi terselamat.




kalau naik kereta, hati-hati dengan hadlaju. Kalau tak bertemu jodoh dengan kemalangan, bertemu jodoh dengan penskodeng berlesen besar.




dengan abang-abang yang naik kuda putih pun jangan lu olang main-main, silap haribulan dapat warkah berlaku pilu. Diolang yang berbaju putih ni, memang pakar bab-bab trafik, pantang silap sikit. Sebab tu ada slogan "Hati-hati di jalan raya"




Kalau ada sekatan mengejut macam ni, memang panik. Kalau naik kete tak pakai seat belt, bila ada sekatan seumpama ini mula lah kalut. Pastu adalah sampai yang nak belit tali keledar kat kepala. Kalau naik motor tak pakai helmet, mulalah buat u-turn buat-buat silap direction. Kenderaan berobesiti seperti lori dan trailer, awal-awal lagi buat gathering kat tepi jalan.



Dalam keadaan macam ni la mula nak bertanya GOOGLE, apakah tindakan yang akan diambil jika bernasib baik berjumpa pak polisi. Rupanya, kalau terserempak, abis gak la dalam RM300 (minimum) untuk kedua-dua kesalahan jika disabit bersalah (sah-sah bersalah).


Untuk rujukan bersama:

KADAR KOMPAUN MINIMUM UNTUK KESALAHAN JALANRAYA DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 DAN AKTA MAJLIS LESEN KENDERAAN BERMOTOR 1987



1. Gagal mengesahkan perubahan bertulis ke atas maklumat pendaftaran [Seksyen 12(2) APJ 1987] = RM 150.00

2. Gagal menukar hakmililk dalam tempoh 7 hari daripada tarikh ditukar. [Seksyen 13 APJ 1987] = RM 100.00

3. Gagal mempamerkan pendaftaran nombor plat atau nombor plat yang digunakan tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya. [Seksyen 14 APJ 1987] = RM 100.00

4. Cukai jalan tamat tempoh (tiada insuran/kenderaan dirampas) [Seksyen 23(1) APJ 1987]
i. Cukai jalan tamat tempoh (dengan insuran) = Rm150.00
ii. Tamat tempoh lebih daripada 1 bulan (pemandu dan empunya) = Rm150.00
iii. Kenderaan Awam dan Kenderaan Barangan (pemandu dan empunya) = Rm150.00
iv. Motosikal = Rm150.00

5. Riding on running boards and obstruction of driver [Seksyen 47 APJ 1987] = RM 100.00

6. Meletak kenderaan menyebabkan menghalang lalulintas [Seksyen 48 APJ 1987] = RM 100.00

7. Salah guna dua tayar motosikal [Seksyen 49 APJ 1987] = RM 150.00

8. Memegang kenderaan yang sedang bergerak [Seksyen 49(2) APJ 1987] = RM 150.00

9. Tidak memiliki lesen vokasional yang sah (lesen tamat tempoh) [Seksyen 56(1) APJ 1987] = RM 150.00

10. Gagal untuk menunjukkan sijil insuran dan lesen memandu [Seksyen 58(1) APJ 1987] = RM 150.00

11. Menggunakan pembahagi jalan [Seksyen 70 APJ 1987] = RM 150.00

12. Meletak kenderaan barang atau kenderaan awam di kawasan larangan [Seksyen 70 APJ 1987] = RM 150.00

13. Mengambil dan menurunkan penumpang/memunggah barang di kawasan larangan [Seksyen 72(1) APJ 1987] = RM 150.00

14. Gagal mengikut arahan dan tanda lalulintas [Seksyen 79(2) APJ 1987] = RM 150.00

15. Tidak mematuhi syarat permit (kenderaan barangan) [Seksyen 19(3) CVLB Akta 1987] = Rm150
i.Tidak mempamerkan lesen = Rm150
ii. Beroperasi di luar kawasan = Rm150
iii. Membawa barang yang tidak dibenarkan = Rm150

16. Tidak mematuhi syarat permit (Kenderaan Awam) [Seksyen 19(3) CVLB Akta 1987]
i. Tidak mempamerkan jadual = Rm150
ii. Tidak mempamerkan lesen = Rm150
iii. Panduan pelancung tidak dipaparkan = Rm150
iv. Membawa penumpang yang tidak (bas sekolah/bas kilang) = Rm150
v. Penumpang berlebihan (bas mini/teksi) = Rm150
vi. Mengambil penumpang di kawasan yang dilarang = Rm150
vii. Beroperasi di luar kawasan dan perjalanan sepatutnya = Rm150

17. Keadaan Kenderaan [Seksyen 20(2) CVLB Akta 1987]
i) Gagal mengekalkan kenderaan di dalam keadaaan baik = Rm150
ii. Kesalahan Teknikal Serius - brek, setereng, sambungan dll = Rm150

Untuk keterangan lanjut, bolehlah kunjingi http://forum.lowyat.net/topic/211023



dari lubuk hati paling dalam berkata:

"sekarang duk rumah je laa, lesen mati, road tax pun mati, tuan je hidup lagi"

"bukan tak nak renew lesen, bukan tak nak renew road tax dan insurans, tapi gaji pertama belum masuk"

"kemarau pertama baru je selesai, kemarau ke-dua plak yang melanda. Tunggu hujan tidak kunjung tiba, kering kontang la macam ni"
MAKSUDNYA : Perbelanjaan pertam baru selesai (pembayaran bil elektrik, streamyx, bil air dan sewa rumah), sekarang kena plak berbelanja untuk kali ke-2 (lesen, road tax, insurans). Tunggu gaji pertama tak masuk lagi, sengkek la macam ni.


Tangan dah gatal-gatal, adakah ini petanda nak dapat duit?
Bukan kot, ini petanda mood blogging sudah kembali, tengok entri dah berjela macam laporan tahunan Polis dan JPJ.

video

Puisi khas untuk sahabat dari www.penulisan2u.net atau www.istimewa2u.blogspot.com

Puisi ini kutujukan khas buat semua teman, sahabat serta kawan-kawan yang mengenali diri ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Ternyata tidak mudah untuk mencari insan bergelar sahabat. Bersyukurlah andai kalian dikurniakan sahabat-sahabat dalam hidup. Sahabat sebagai teman dalam menyusuri liku-liku hidup.

Adanya sahabat bukan untuk dipersia, tetapi untuk berjuang bersama merentasi usia!

Bersahabat bukan untuk sementara, tetapi tuk selama-lamanya!

penaberkala

Percubaan
1
2
3

Percubaan
1
2
3

Ok tak?


Semalam berhempas pulas nak edit layout dan tempalte blog.
Hasilnya sungguh mengecewakan bila godek-godek, semua link kat blog termasuk link komen dan widget tak dapat nak klik.


Menyedihkan bila yang kita sayang berada dalam masalah. Lebih takut kalau hilang buat selamanya.
Begitulah perasaan bila edit-edit, semua widget hilang dari pandangan mata kasar.
Kemudian, peluh di dahi mula terbit, hati mula gundah-gulana.
Edit lagi dan lagi, hasilnya macam ni balik.
Hampeh


Tapi.....
Kedudukan widget-widget kesayangan masih lagi terpacak di bawah sana.
Dulu kat tepi, sekarang berpindah-randah ke bawah.
Klik-klik? Tak dapat nak klik kat mana-mana link yang ada sama ada di entri mahupun di widget.
Hancur luluh hatiku ini.


Hangpa semua boleh main klik-klik tak masuk sini?
Try hangpa tolong cheq untuk periksa sat:
1) Tekan link komen boleh ka?
2) Chatbox boleh taip tak?
3) Link member-member kesayangan boleh klik tak?
4) Widget kesayangan hamba berada di tepi ke bawah?
5) Apa-apa yang nampak cacat dan tak cukup sifat?


Hah, sebab tu la cheq lama tak update. Tak leh nak main klik-klik kat sini.
Tension sungguh laaa.


Kalaulah ada pakar yang boleh buat blog ini kembali sihat................


dari meja komputer library
AMD Eksport Sdn Bhd
1215 tengah hari
Lama weh tak update blog, rasa kekok plak. Nak update pun malu-malu kucing dah. Macam asing je nak taip-taip kat sini. Apepun, semangat nak membela ARGENTINA yang kalah teruk semalam menggagahkan diri untuk mencoret sedikit kat sini.


Ramai yang suka ARGENTINA kalah semalam, sebab apa?
Mestilah sebab mereka penyokong GERMANY, adoi. Apa daaa


Semalam berhempas-pulas menonton perlawanan ARGENTINA dan GERMAN walaupun sorang-sorang. Macam orang gila pun ada duk bersorak GOOOOOOOL setiap kali percubaan ARGENTINA menguji gawang GERMANY. Tapi apakan daya, nasib tak menyebelahi ARGENTINA semalam, tak dapat nk sumbat gol. Tu la sebabnya sekali die serang, sekalilah aku sepak helmet kat hujung kaki. Mintak-mintak biar gol, tapi masih belum gol.


Apa taknya, minit ke-2 dh sebijik gol GERMANY bagi. Mana tak tertekan bai. Tapi okla, gol pertama tuh menbyebabkan ARGENTINA bangkit dari tidur ayamnya. At least, ada la serangan balas yg menarik dibuat. Walaupun ada pluang jaringkan gol, tapi batal plak. 3 orang sekali gus offside. Tapi aku excited gak, kira gol saguhati la walaupun tak dikira. Hilang sikit kempunan nk tengok gol dari ARGENTINA.


Lepas tu, perlwanan diteruskan menyaksikan ARGENTINA menjadi ayam lagi. Bila gol ke-2 dijaringkan, aku masih berharap agar ARGENTINA masih mampu bangkit. Lepas tuh, gol ke-3 plak menjeguk dan bertandang ke gawang ARGENTINA. Sedih betul. Harapan aku punah-ranah. Aku menyerah dan say good bye kat ARGENTINA walaupun masa masih berbaki beberapa minit untuk tamat. Skrang aku dah tau kenapa penyokong fanatik bola sepak contohnya Manchester United tidak bercakap bila team diorang kalah lepas match. Macam ni rasa rupanya,hak3.


Apapun, itu semua tak penting. Ada yang lagi penting. Sebab kenapa ARGENTINA kalah teruk kepada GERMANY semalam? Nak tau? Jom nak story siket


Semalam abis match, sedih gak ARGENTINA kalah. Lepas dengar penjelasan daripada MESSI pagi tadi menerusi panggilan telefon 3G, barulah tahu sebab-musababnya. Ikuti sedikit-sebanyak perbualan eksklusif yg sempat dirakam. Rakaman audio rosak,haha



Hey Messi, malu la weh korang kalah teruk di tangan GERMANY. 4-0 plak tuh. Ape cer?



Sebenarnya camni. Kitorang satu pasukan dah sepakat nak kalah. Sebab kami lebih rela malu kalah 4-0 daripada menanggung malu tengok coach kami, Maradona berlari bogel.


Lepas mendengar penjelasan tu, baru aku rationalize balik. Betul gak kan? hahahaha


kesian pak cik DONA
stress ke pak cik?
sabor-sabor, try lg 2014


lawak bodoh: penaberkala
cerdik jugak sikit-sikit


hakikat yang sebenarnya, walaupun ARGENTINA sudahpun berhempas-pulas, namun kehebatan GERMANY lebih terserlah. Terimalah seadanya. Jumpa lagi 2014!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...