Ape kes ni, macam pelik je rasa

Dulu lain, skang lain

Dulu hitam, skang dah putih

Dulu cepat, sekang semakin lembap

Dulu yang tuh duk di sebelah je, kenapa sekarang dah duk kat bawah



Kenapa oh kenapa

Kenapa jadi begini


Mungkin inikah yang dinamakan blog ini sedang tak sihat sekarang?

Semakin berumur la kot, baru setahun lebih dah start menunjukkan simptom-simptom tidak sihat


Sape terer camne nk adjust balik yg chatbox dan segala macam kat bawah tuh jadi kat tepi balik?

Dahlah template tertukar tanpa rela, tertekan warna putih plak dah

Sudah tiada yang hitam gaya, mutu, keunggulan itu.

Nak bukak blog pun sudah malas, adeiiii

Ke mana hilangnya semangat?

Mungkinkah tuannya pun tak sihat macam blognya?

Semoga semangat itu datang kembali



Mungkin sempena menjalani kehidupan baru di Bayan Baru dengan meninggalkan Kota Bharu dengan pengalaman baru menjadikan blog ini berwajah baru?


Dalam proses menjalani kehidupan baru:

EPISOD KEHIDUPAN
Selongkar kisah di sebalik 159 episod


::soseh-soseh::
hidup berumah sewa adalah peluang terbaik untuk bersiap-sedia untuk berumahtangga
belajar apa yang perlu, ubah apa yang patut
mencari kesenangan di celah-celah kepayahan

Untuk sape-sape yang tak kenal (ada ka? haprak betui aku ni), ni lah namanya lift,haha. Tak sempat nak pi ambil gambar lift kat flat ni, kat tempat kerje pun tak boleh bawa kamera. Jadi, pinjam kat library je, GOOGLE.

Koleksi kisahku dan lift:

SITUASI 1
Time kecik-kecik, susah nak jumpa lif. Kalau jumpa pun, di supermarket yang besar-besar, tak pun di hospital. Kalau di supermarket, paling maju pun naik eskelator, tu pun ketar-ketar lutut. Lif? Fobia sikit, sebab tengok macam menakutkan dan membahayakan, dasar budak kampung katakan. Sebab? Bimbang takut-takut sangkut dalam tuh dan terperangkap tak boleh keluar. Bila first time naik, excited dan pening-pening. Lama-lama, alah bisa tegal biasa.

SITUASI 2
Sudah dewasa, pantang tengok lif. Tangga? Pandang sebelah mata tak mahu. Dasar tak sedar diri kot. Bukan apa, penat nak naik, tambah-tambah kalau bangunan tingkat tinggi-tinggi. Jenuh la nak panjat tangga, penat dan malas membelenggu jiwa. Sekarang, kalau jumpa lif, terus tekan. Ting tong, ting tong, sampai ke destinasi. Macam masuk gua ajaib rasanya, masuk tempat lain, keluar tempat lain. Menarik, cepat dan jimat tenaga. Tapi satu keburukannya, membela lemak dan memajukan perut ke hadapan.

SITUASI 3
Setiap lif ada kapasiti tersendiri. Kalau lif besar, muatlah dalam 10-15 orang. Kalau lif kecil macam tin sardin tuh, muatlah dalam 10 orang. Nak dijadikan cerita, dalam ramai-ramai menunggu giliran untuk masuk ke dalam lif, berlaku perebutan. Kau tolak aku, aku tolak kau. Terhimpit sana-sini, masing-masing nak memboloskan diri ke dalam lif. Kalau masuk awal nasib baik. Tapi, langit tak selalunya cerah. Kadang-kadang kena gak masuk yang last-last. Masuk bukan kepalang gembiranya hati, tiba-tiba TEEEEEEETTTTTTTTT. Aih, overloaded plak dah. Terpaksalah menebalkan muka keluar tanpa perasaan dan bangga. YOU ARE ELIMINATED, TRY AGAIN!

SITUASI 4
Kadang-kadang, ada lif yang fungsinya tidak berapa betul. Lif agak besar, tapi masuk 6 orang sudah memberi siren, TEEEEETTTTT. Apa lagi, macam biasa. Dengan slumber dek, keluar terkedek-kedek.

BUDAK KECIK: Bang, hawat kluak. Lif ni memang macam ni. Mai la masuk

AKU: Owh, ye ke?

Lantas, masuk balik. Habis orang dalam lif senyum kambing. Apa lagi, kontrol malu la beb.

AKU: Biasa la dik, baru nak berkenalan dengan lif kat sini, orang baru.



SITUASI 5
Dalam lif, pelbagai orang ada. Orang nak pi kerja, nak pi hantar pizza, nak pi buang sampah. Kalau nak pi kerja pagi-pagi, berebut-rebut nak cepat. Kalau sekali dengan deliver pizza, telan air liur gulp-gulp. Kalau dengan orang yang nak pi buang sampah, sabar je lah. Tahan nafas sampai tercungap-cungap. Petang tadi, buka lif ada sampah. Haiyoo, baunya sungguh semerbak. Ada juga orang yang tidak bertanggungjawab, ish3. Terpaksa tunggu lif lagi satu, agak memakan masa. Kesian housemate, terpaksa berusaha mendaki anak tangga ke tingkat 8 kerana tidak rela menunggu.


SITUASI 6
Kes lagi teruk dalam lif adalah adanya bau toilet. Toilet? Ya, toilet. Sebab ada juga orang yang tidak bertamadun yang kencing dalam lif. Hancingnya sungguh hacccuuuuum. Tak tahulah anak siapa punya angkara. Mungkin tak tahan sangat. Tapi, musykil jugak, kenapa 2 hari berturut-turut. Pengalaman paling jijik setakat ini. Maka, mulai sekarang bertekad untuk berhati-hati menggunakan lif terutama di rumah flat. Lif terbuka, intai dulu kiri kanan, hidu dulu, kalau bebas dari sebarang kotoran dan bauan, baru boleh masuk. Bukan cerewet, tapi penting untuk kemaslahatan hidup dan kebersihan diri.


SITUASI 7
Dulu, tidak tahu bagaimana keadaan bergelar penduduk rumah pangsa/flat. Sekarang, masuk minggu ke-2 mendiami flat. Sedikit sebanyak menimba pangalaman baru sebagai budak flat. Dulu, tahu jem di jalan raya dan triffic light sahaja. Tapi kini, sudah tahu kat lif pun ada jem gak. Kalau duduk tingkat paling atas, memang untung kalau nak turun guna lif. Lif sampai kosong. Tapi, kalau berada di tingkat pertengahan, nak turun menggunakan lif agak mencabar. Mungkin sudah penuh dan sebgainya. Kalau berpeluang masuk pun, proses nak turun dan sampai kat level paling bawah sekali cukup memakan masa. Mana taknya, setiap level berhenti mengangkut penumpang. Maka, tidak berani bangun lewat dan keluar rumah lewat.


SITUASI 8
Kadang-kadang, kalau tengok perempuan penuh dalam lif, rela tunggu next round. Tetapi, kadang-kadang naik gak. Peduli apa, bukan kenal pun. Tapi, agak janggal la. Kalau ada teman boleh berborak, tapi kalau sorang diri, terpaksalah tunduk dan memandang menembusi lantai. Senyap-sunyi, mulut terkunci rapi. Dalam hati, lambat weh nak sampai,hak3.


SITUASI 9
Pernah gak naik lif nak pergi level lain, tapi pada masa yang sama lif berhenti seketika di level sebelumnya. Dengan penuh keyakinan melangkah keluar. Kalau sorang diri tak menjadi masalah, boleh cover malu. Tetapi, ada tuh bersama member dan orang yang dikenali, masing-masing ingin menuju destinasi yang sama. Tiba-tiba tersalah keluar. Apa lagi, mereka panggil dan mentertawakan. Terpaksa masuk balik dengan perasaan sungguh gembira,haha. Lain kali kena tengok dulu nombor level, kemudian baru keluar. Faham?

SITUASI 10
Last sekali, lif dan pintu. Terbukanya pintu lif, semua orang berebut masuk. Lambat sikit, pintu tertutup. Automatik katakan. Bukan semua pintu lif mempunyai sensor yang berfungsi dengan baik. Kadang-kadang ada lif yang tutup tanpa menghiraukan penumpang yang tengah masuk. Hatta, terkepitlah kat situ. Dengan itu, dapatlah dua benda, malu dapat, sakit pun dapat.


_______________________________

Sekarang ni, hari-hari menggunakan lif. Kat tempat kerja, kat tempat tinggal mahupun kat shoping complex. So, banyak benda dapat diperhatikan dan dijadikan pengalaman yang dapat dikongsi. Kalau nak senarai semua, banyak kot. Mungkin ada pengalaman orang lain yang lebih menarik berkaitan dengan lif, bolehlah dikongsi bersama.

Bagaimana pula anda dan lif?


Perlawanan sudahpun bermula
Debaran kian terasa
Sorakan semangat di sini sana
Semuanya kerana Piala Dunia!




Perlawanan bola sepak berprestij telahpun membuka tirai semalam, 11 Jun 2010. Saat yang dinanti-nantikan oleh semua peminat bola sepak di seluruh pelosok dunia sudahpun tiba. Masing-masing dengan pilihan pasukan tersendiri untuk disokong dan diberi sorakan. Pastinya, suasana meriah dirasai di setiap lokasi tanda sokongan padu terutamanya di warung-warung mamak. Fenomena sebegini sememangnya menjadi kebiasaan sejak dulu sehinggalah sekarang, Piala Dunia 2010 kini menagamnbil tempat. Tetapi jangan dilupa SUKMA 2010.



Berikut merupakan 32 pasukan yang layak menyertai Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Piala Dunia 2010 dibahagikan kepada 8 kumpulan utama (A-H) dan melibatkan 49 perlawanan di pusingan awal, 8 perlawanan melibatkan juara dan naib juara setiap kumpulan, 4 perlawanan di peringkat suku akhir, 2 perlawanan di peringkat separuh akhir dan pastinya yang dinanti-nantikan oleh semua pemninat bola sepak di dunia iaitu perlawanan akhir Piala Dunia 2010.



KEPUTUSAN SEMASA PERLAWANAN PUSINGAN AWAL


KUMPULAN A

Afrika Selatan 1 - Mexico 1

Uruguay 0 - France 0

Afrika Selatan 0 - Uruguay 3

France 0 - Mexico 1


KUMPULAN B

Korea Selatan 2 - Greece 0

Argentina 1 - Nigeria 0

Greece 2 : Nigeria 1

Argentina 4 : Korea Selatan 1


KUMPULAN C

England 1 - Amerika Syarikat 1

Algeria 0 - Slovenia 1

Slovenia 2 - Amerika Syarikat 2

England 0 - Algeria 0


KUMPULAN D

Serbia 0 - Ghana 1

Jerman 4 - Australia 0

Jerman 0 - Serbia 1


KUMPULAN E

Belanda 1 - Denmark 0

Jepun 1 - Cameroon 0


KUMPULAN F

Italy 1 - Paraguay 1

New Zealand 1 - Slovakia 1


KUMPULAN G

Ivory Coast 0 - Portugal 0

Brazil 2 - Korea Utara 1


KUMPULAN H

Honduras 0 - Chile 1

Sepanyol 0 - Switzerland 1




Mana satu pasukan pilihan anda untuk menjuarai Piala Dunia 2010?


Perlawanan yang berpeluang ditonton, aih susah betul takde ASTRO. RTM pilihan terbaik anda!




:::soseh-soseh:::
  • Ramai gak perempuan minat bola, baru tahu. Kenapa ya?
  • Pergi sana, sini, situ, siti, semua cakap pasal bola. Apakah maknanya?
  • Pergi shopping complex mencari pakaian, semuanya bertemakan jersi, dengan logo segala macam. Semua brand guna WORLD CUP FEVER untuk cari untung. Business minded?
  • Hari-hari dengar lagu WAKA-WAKA, best gak. Tapi, lagu WAVIN FLAG lagi best.
  • Bola VS Internship? Buleh gak tengok-tengok bola. Klu time study cam semester biasa, konpem malas nak pi tengok.
Cuti sudah bermula. Sebaik sahaja habis paper exam terakhir tepat jam 1200 tengah hari, terus bersiap-sedia untuk pulang ke kampung. Packing barang macam joging 1000km, berpeluh-peluh. Kejar masa, packing bukan main kalut-malut. Nak cepat punya pasal, setiap pergerakan kena pantas macam lipas kudung. Nak sampai ke destinasi seawal yang mungkin, macam ada appointment penting kat sana. Bukan apa, sebab cuti lah. Cuti kali ni terlalu panjang.

Berapa lama?

3

3 tahun?

bukan

3 bulan?

bukan

3 minggu?

bukan

habistuh?

3 hari sahaja

fullstop

okla kan, ada gak cuti daripada takde langsung.


Alhamdulillah, selamat sampai jam 1100 malam semalam. Bertolak pukul 5 petang. Terima kasih kat sahabat yang tumpangkan balik. Kereta kiut jadi macam lori barang,hak3. Terima kasih banyak-banyak kerana menyusahkan. Barang penumpang lebih banyak daripada barang tuan punya kereta, ape kes? kes nanya apa. Apepun, sekali lagi terima kasih banyak-banyak kat sahabatku, Amir. (3 kali ucapan terima kasih, masih tak cukup ni. Tak pe lah,tambah next time)


Banyak ni nak update blog, tapi kekangan masa. Nanti la ye, tuan tanah nak bercuti dulu. Nak manfaatkan masa yang panjang ini sebaik mungkin. Entri-entri lain, akan menyusul tak lama lagi.


Sibuk gak cuti 3 hari ni. Macam-macam plan dah ada

3 JUN 2010 : Buka akaun AmBank

4 JUN 2010 : Mesyuarat alumni SK Melor

5 JUN 2010 : Reunion SK Melor (UPSR 2001)

6 JUN 2010 : Berangkat ke Pulau Pinang

7 JUN 2010 onwards : Tak tau apa nak jadi dengan nasibku di perantauan, ceewah

Ape lagi, orang-orang utara especially orang-orang Penang, tunggu kedatanganku ye. Nanti boleh lepak sama-sama, bawa pi jalan-jalan,hehe


Oklah, nak sambung packing jap. Ada apa-apa pesanan, tinggalkan kat bawah. Wish me luck untuk kehidupan yang serba baru. Kepada semua kawan-kawan yang nak intern, tak kira ke utara, selatan, timur mahupun barat, selamat berintern. Tak lupa juga kepada kengkawan yang akan berangkat ke seberang laut, jaga diri elok-elok.


Sampai ketemu lagi.

Adios



::sosehsoseh::
  1. akaun ambank dah siap. tenkiu kat saudara azizul dan faris izzat, lunch sekali tadi kat restoran yang agak masyuk
  2. tak sabar nak pi reunion, jumpa kawan zaman hingusan
  3. mode rajin kemas barang, basuh baju, dan packing
  4. bukak telinga dengar orang bincang pasal kawen, tinggallah ak sorang lagi,hak3
  5. aku mula ............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...