Sunday, January 31, 2010

KEPULANGAN

kepulangan berharga dan cukup bermakna,
setibanya di kampung halaman di pagi hari 29 januari 2010,
bertolak pulang ke kampus 30 januari 2010 sebelah malamnya,
kalau ikutkan perkiraan jam, mmg begitu singkat
namun, yang singkat itu cukup berharga dan bermakna

sungguh indah bila niat hati untuk pulang tercapai,
menemui nenek, ibu, adik-beradik dan sanak-saudara tercinta,
kadang-kadang kesedihan hilang bila semua bersua muka,
lagi indah bila masing2 berbicara dari hati ke hati,
masing-masing berkongsi rasa,
sungguh indah jalinan yg tercipta!

aku sayang semua!

biarlah yang pergi itu pergi,
usah kita ratapi pemergiannya,
daripada terus tersiksa di dalam inkubator,
mungkin inilah yang terbaik buatnya,
kenanglah beliau dalam doa,
walaupun ia pahit, namun telanlah dengan bersahaja!

Al-fatihah buat arwah Husna, tidak lupa jua buat arwah Ayah tecinta!


::special thanx to my friend : amir, luqman and hisham!::





Wednesday, January 27, 2010

17 HARI

Hari ini, 27 Januari 2010, genaplah usia NIK NUR SALSABILA HUSNA 17 hari. Kalau ikut perkiraan, lagi 13 hari lagi nak cukup sebulan kan. Kalau bayi-bayi normal yang lain, ibu bapa dan kaum keluarga pastinya senyum lebar dengan perkembangan bayi mereka dari hari ke hari. Tapi nasib Husna agar berbeza jika dibandingkan dengan bayi-bayi lain. Kami sekeluarga terutamanya umi,abah dan kak long beliau menunggu dengan penuh kegusaran dan kebimbangan akan kondisi Husna. Begitu juga nenek, ibu saudara dan bapa saudara yang lain termasuklah aku.

NIK NUR SALSABILA HUSNA, puteri ke-2 kakak aku dilahirkan pada tanggal 10 Januari 2010. Husna merupakan anak buah aku ke-13 dan pertama untuk tahun 2010. Sungguh gembira mendapat berita kelahirannya. Namun, kelahirannya belum sampai tarikh jangkaan dan belum cukup bulan. Maka, Husna merupakan bayi pramatang dan dilahirkan dengan berat hanya 2.5kg. Justeru, Husna terpaksa berada di hospital untuk pengawasan rapi.

Aku hanya dapat melihat rupa anak saudara melalui facebook sahaja dan mampu bertanya khabar menerusi telefon bimbit semata-mata. Dari sehari ke sehari, aku hanya mampu bertanya khabar dan mendapatkan berita. Di peringkat awal, hanya kuning yang dialami Husna. Tahap kuning agak bahaya dan jika berlanjutan perlu tukar darah. Tapi alhamdulillah semuannya kembali ok setelah kuning kian menurun.

Tanggal 20 Januari 2010, aku mendapat satu mesej yang agak mengejutkan daripada kakak aku yang menyatakan Husna dalam keadaan tenat, 50:50. Namun, pada ketika itu aku sedang bertugas di IRC untuk IRC Tour. Hanya mampu mendengar suara sebak dan tangisan daripada seorang ibu yang bimbang akan keadaan anaknya. Lantas, membuat aku sendiri menjadi sebak dan tidak tentu hala.

Namun, aku hanya mampu berdoa dari jauh. Semoga Husna terus bertahan untuk terus hidup. Kenapa aku tidak mengambil kesempatan untuk balik ke kampung menjenguk kesusahan yang melanda keluarga? Adakah aku penting diri? Adakah aku pentingkan urusan di kampus? Jawapannya mudah, kerana aku sendiri tidak mencari peluang untuk balik. Tidak berani untuk mengambil keputusan untuk bergegas pulang.

Alhamdulillah, keesokan harinya, Husna kembali stabil. Tetapi masih dikekelilingi wayar di sini sana, bernafas menggunakan mesin. Mendengarnya begitu gerun dan sayu, bagaimana pula keadaan orang yang memandangnya setiap hari? Jika orang yang mendengarnya dari jauh pun mampu menitiskan air mata tatkala mendengar celoteh orang yang membuat panggilan, bagaimana pula orang di sana. Setiap hari hanya mampu berharap dan menitiskan aor mata. Begitu banyak dugaan yang perlu ditempuhi oleh Husna dan ibu bapanya. Perkembangan dari sehari ke sehari agar positif. Hanya komplikasi-kompikasi seperti kurang antibodi, kurang darah, dan masalah buah pinggang. Begitu banyak dugaan yang perlu ditanggung oleh anak sekecil itu. Mampukah beliau untuk menanggungnya? Aku terfikir sejenak.

Hari-hari aku dibuai dengan berita-berita yang positif. Tidak lupa untuk terus berdoa setiap masa dan solat hajat. Segala usaha dan ikhtiar dipanjatkan kepada yang maha kuasa. Mungkin saat sebegini merupakan saat yang paling penting untuk hambaNya memohon kepadaNya. Solat hajat dilakukan di kediaman di kampung juga. Doa dipanjat setiap masa semoga Husna cepat sembuh.

Tiba-tiba, petang tadi, 27 Januari 2010, satu mesej lagi diterima menyatakan benda yang sama seperti yang diterima seminggu yang lepas. Terkedu seketika.

mintak tolong adik wa semaye hajat untuk baby. Petang tadi keadaan tenat smula. Harap baby stabil dan cepat sembuh. Terima kasih banyak-banyak

sender:kak zura


Begitu besar harapan daripada mesej yang dihantar. Aku dapat bayangkan bagaimana perasaan kakak aku sewaktu menaip mesej tersebut. Sekali lagi perasaan gusar melanda. Sebelah malamnya, dapat masej lagi mengatakan doktor sendiri menelefon menyatakan Husna tenat dan minta keluarga untuk melawat. Lagi gusar dibuatnya. Lantas aku mengambil keputusan untuk pulang esok hari. Mesej dihantar untuk memaklumkan aku akan pulang esok, semoga sempat melihat anak saudara yang belum dapat dilihat dan keadaan Husna diharap kembali stabil.


Malam ini, first meeting untuk Engineering Team Project. Tiba-tiba panggilan diterima daripada bonda tercinta menyatakan Husna sudah tiada. Suara seorang nenek bagaikan tersekat-sekat dek kerna sebak. Bagaimana pula perasaan seorang ibu yang melahirkannya? Tidak dapat aku bayangkan bagaimana situasi di rumahku sekarang. Semoga kakakku dan kaum keluarga tabah menghadapinya. Aku sedikit kesal kerana tidak bersama keluarga pada saat dan ketika ini.

Aku tekad untuk pulang esok. Walaupun aku pasti tidak ada kesempatan untuk aku menatap wajah suci Husna dengan mata kasar secara nyata. Namun aku perlu hadirkan diri untuk berjumpa keluarga. Walaupun hanya mampu untuk melawat pusara, namun aku tidak menyesal. Aku perlu untuk berada di sana di saat mereka dalam kesedihan. Lebih-lebih lagi, kesedihan yang darah daging aku sendiri rasakan. Aku perlu untuk memberi sokongan. Walaupun ia agak sukar, namun semoga mereka semua tabah menerima ketentuan dariNya.

Jika kami sayangkan Husna, ALLAH lebih sayangkan Husna. Semoga roh Husna dicucuri rahmat!


NIK NUR SALSABILA HUSNA

10 JAN 2010 - 27 JAN 2010

inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un

dari Allah dia datang kepadaNya dia kembali

AL-FATIHAH buat arwah!


semoga Husna menunggu ummi dan abah di pintu syurga!


:::RENUNGAN:::

Allah SWT berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak: “Masuklah kalian ke dalam syurga!”
Anak-anak itu berkata: “Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk.”
Lalu mereka mendekati pintu syurga! tapi tidak mau masuk ke dalamnya. Allah berfirman lagi: “Mengapa, Aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam surga!”
Mereka menjawab: “Tetapi (bagaimana) orang tua kami?” Allah pun berfirman: “Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian.”
(Hadits Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil bin Syua’ah yang bersumber dari sahabat Nabi SAW)
Istilah “al-wildan” dalam Hadits Qudsi diatas adalah kata jama’, mufradnya (kata tunggalnya) adalah “al-walid”, artinya anak yang baru dilahirkan, iaitu bayi atau anak kecil yang belum akil baligh. Jadi maksudnya ialah anak kecil yang meninggal dunia. Hal itu diterangkan dalam Hadits lain yang diriwayatkan Ibnul-Atsir sebagai berikut:
“Anak kecil (yakni yang meninggal dunia selagi kanak-kanak atau keguguran), masuk syurga.”



berangkat ke kelantan esok, 28 Januari 2010
semoga urusanku dipermudahkan dan selamat perjalanan
amin





ABC



pernah makan tak ABC?
ABC bukan alphabet/huruf
ABC ni sejenis makanan dan lebih tepat lagi sebagai dessert
AIR BATU CAMPUR atau dikenali jugak sebagai AIS KEPAL di sesetengah lokasi
namanya tidak penting, yg penting ia sedap dimakan

disini,aku bukan nak kupas pasal topik ABC
bukan nak ajar cara-cara membuatnya kerana aku sendiri pun tidak tahu
apatah lagi nak ajar cara-cara nak makan kerana pasti semuanya sudah tahu
disini apa yg ak cuba nak sampaikan adalah satu bentuk analogi untuk keadaan semasa dari perspektif berbeza

sebut je ABC, pasti semua sudah tahu bukan
ABC adalah AIR BATU CAMPUR, ini bermakna untuk menghasilkan ABC ia memerlukan pelbagai bahan yang perlu dibuat kombinasi/dicampur bersama
selain warna yang menarik, kepelbagaian rasa juga menarik minat penggemarnya
bayangkan kalau salah satu bahan kurang untuk membuat ABC, sudah tentu rasanya kurang sedap
begitu juga kalau sirap dan susu tidak dibubuh bersama, sudah tentu tidak dapat menghasilkan kombinasi warna yang menarik
di sini, apa yang penting adalah kombinasi bahan dan warna untuk menghasilkan ABC
ini bermakna, setiap komponen yang wujud dalam ABC adalah penting untuk menghasilkan ABC yang sedap dimakan dan menyelerakan bila dipandang
setiap bahan/komponen saling melengkapi antara satu sama lain untuk manghasilkan ABC yang sempurna!



cuba bayangkan ABC sebagai negara kita MALAYSIA
bahan-bahannya/komponen di dalamnya mewakili pelbagai bangsa, agama dan etnik
mahukah kita makan ABC yang tidak sedap?
bayangkan kalau susu dan buah kabung tak ada,mana kelebihan pada ABC di pandangan pemakannya
maka, tepuklah dada, tanya minda dan galilah dengan akal!
buatlah tafsiran dengan bijak walaupun analogi ini bukanlah analogi yang hebat untuk dibuat perbandingan
apa yang penting, semoga analogi ini mudah difaham dan dapat dicerna oleh minda dengan mudah

selanjutnya,
jika kita masukkan racun/bahan-bahan pewarna yang berlebihan, sudah tentu ABC yang dimakan akan mendatangkan komplikasi kepada sesiapa saja yang memakannya
jika racun, mungkin boleh membawa maut
jika pewarna berlebihan, mungkin membawa penyakit
jika berlebihan susu, mungkin mendatangkan diabetis
jika bahan yang digunakan dalam kondisi tidak elok/ tamat tempoh, sudah tentu akan membuat kita cirit-birit

mahukah kita makan ABC yang beracun/berbahaya?
sekali lagi, fikirlah sebelum bertindak untuk mengubah komposisi asal ABC

maka di sini, apa yang hendak disampaikan adalah setiap apa jua tindakan yang kita buat dalam proses pembikinan/pembuatan ABC, akan mendatangkan 1001 kesan dan akibat
jangan pula sampai akibat tangan gatal yang menjahanamkannya, orang yang makan dan tidak bersalah menjadi mangsa!

cuba kita kaitkan apa yang berlaku di negara kita saban hari
semoga, setiap daripada kita sedar apa yang berlaku dan memikirkan inisiatif/solusi kepada permasalahan yang berlaku
langkah bijak adalah bukan provokasi, bukan jua demonstrasi
tetapi langkah sebenarnya adalah toleransi dan demokrasi
hakikatnya, ia begitu sukar
apa yang difikir tidak selari dengan tindakan yang diambil
apa yang dirancang tidak selari dengan perlaksanaan
justeru, apa yang telah berlaku jangan kita keruhkan keadaan
semoga pendekatan yang terbaik dilakukan

isu kaum/agama bukan satu gurauan
kerana ia bakal mencetuskan seribu satu permasalahan
jangan anggap ia satu permainan
kelak kita semua kerugian!



kadang-kadang apa yang berlaku membuat kita berfikir sejenak!

sila baca isu ini: apa dah jadi hari ini?

ini bukan isu ABC lagi, ini isu yang lagi sensasi!


terima kasih kepada beliamuda kerana menerbitkan artikel yang tidak seberapa ini di blog beliau!





Monday, January 25, 2010

SEMESTER JANUARY 2010

jam menunjukkan tepat 12:07 minit pagi. mata belum mengantuk untuk tidur. hari ini merupakan hari permulaan untuk meneruskan perjuangan. perjuangan yang masih berbaki 2 tahun. perjuangan yang mesti diteruskan selama 6 purnama lagi sebelum meneruskan latihan industri/praktikal (internship) pada Jun 2010 selama 8 bulan. maka, inilah semester terakhir pengajian sebelum tibanya waktu untuk praktikal/internship.

hari ini, tanggal 25 JANUARY 2010, maka dengan rasminya bermulalah perjuangan semester baru bagi sesi pengajian tahun ke-3, semester pertama (pejam celik-pejam celik dah masuk tahun ke-4 berada di bumi tronoh).

sebelum melelapkan mata, izinkan untuk mengucapkan selamat meneruskan perjuangan buat teman dan taulan di UTP! Semoga semester ini lebih baik dari sebelumnya, insyaAllah!

bermulanya esok, maka bermulalah agenda kehidupan baru sebagai pelajat tahun 3 dengan pelbagai tugasan yang bakal menanti. Resume, interview, engineering team projek, assignment, kuiz, test dan kaum kerabatnya. semoga semester ini dapat ditempuhi dengan penuh tabah, cekal dan jayanya. Mohon diberi kekuatan dan setiap langkah dipermudahkan,amin!

Doakan kejayaan aku di sini!


gambar tiada kena-mengena dengan entri
gambar tema sempena permulaan semester

picture from acab


"the past cannot be changed, but the future is still in your power!"





Friday, January 22, 2010

PENANG

Tahun baru membuka tirai
Pulau Mutiara menjadi destinasi
Impian kini sudah tercapai
untuk menjejakkan kaki, menghadirkan diri
Rasanya sungguh puas hati
Bila tempat yang dilawati
merupakan destinasi buat pertama kali



Bertolak di awal pagi
Menuju ke satu destinasi
Tak sabar rasa di hati
Untuk tiba di lokasi
Buat pertama kali
Ingin menyaksikan dengan mata sendiri
Sebuah negeri yang tidak pernah dilawati


Gurney Plaza

Pulau Pinang menjadi saksi
Selama 20 tahun dinanti
Untuk diri menjejakkan kaki
Akhirnya hajat dapat dipenuhi
Tambah pengalaman diri sendiri
Kenangan terindah disemat di hati


Pulau Pinang


Sekitar Gurney Plaza


Batu Feringgi

Desitinasi seterusnya Batu Feringgi
Pertama kali menjejakkan kaki
Keadaan sungguh sesak sekali
Terutama bila tiba malam hari
Tidak lepaskan peluang ini
Memilih dan membeli cenderahati
Buat tanda kenangan dan memori
Untuk dikenang dan diingati

Pulau Pinang
Aku pernah di sini!


1 January 2010





Thursday, January 21, 2010

POTLUCK NEW YEAR 2010

cerita basi kini kembali, setelah lama diperam, agak-agaknya dah cukup haul untuk dikongsi.
pernah dengar tak POTLUCK? bukan nama binatang, bukan jua sejenis kuih mahupun nama tempat.

POTLUCK means makan seadanya..nk tahu definisi lain, sila search kat dictionary atau tnya GOOGLE. Frankly to say, first time dengar perkataan nih before celebrate new year 2010.

Alkisah bermula bila plan utk celebrate NEW YEAR 2010 di kampus. Memandangkan malas nak keluar dan nak kumpul ramai-ramai, maka tercetuslah idea utk adakan POTLUCK ni.

Prinsipnya cukup mudah, seorang perlu ada at least satu menu untuk disaji kepada yg lain.kalau lebih 1 menu tuh, lg ok la kan. Maka, bermulalah persediaan dengan pembelian bahan-bahan mentah utk dimasak dan makanan2 yg diperlukan di TESCO PANGKALAN di sebelah petangnya. Sebelah malamnya plak, persediaan utk memasak dan menyediakan juadah.



tapi masa tuh ak sibuk dengan satu contest iaitu TOP COMMENTATOR CONTEST. Setelah sebulan berhempas pulas berkomen di blog penganjur, tiba2 malam kemuncak tak boleh nak bagi komitmen penuh. So, ni lah saat2 terakhir aku tinggalkan komen sebelum bertolak ke kafe bagi menjayakan POTLUCK dengan member2 malam tuh! Result utk contest tuh mmg pasrah seadanya,haha



Inilah antara babak memasak yg sempat dirakam. Deligasi tukang masak yg diketuai oleh saudara ACAB, sedang bertungkus lumus memasak SPAGETTI. Ak tolong gak sikit2, tolong tengok dan tangkap gambar. Sambil2 tuh, reply komen utk contest tuh,haha.



AKhirnya, tepat pukul 10 malam, berkumpul di kafe untuk menjamu selera. Masing2 datang dgn menu sendiri. Suprise pun ada. Dalam sekelip mata, pelbagai juadah tersedia di atas meja untuk dibaham.




Inilah menu utama pada malam tuh, SPAGETTI hasil masakan encik ACAB..Menu yang paling laris pada malam tuh, kejap je dah licin!



Apa yg berlaku kadang2 tidak dirancang. TIba-tiba junior datang dgn membawa juadah dari KFC dan PIZZA HUT. Rezeki datang bergolek. Jemput mereka join skali dan bertukar-tukar menu. Akhirnya, kenyanglah perut ini!

Sambutan sekitar 2010 ini agak simple mimple tetapi membri satu pengalaman baru. Kadang2 benda yg simple adalah bermakna!

Antara menu yg disantap dan dibaham semasa potluck 2010:
  • spagetti
  • burger
  • ayam KFC
  • cocktail
  • pizza
  • tembikai
  • fresh oren
  • cheese cake
  • apple
  • cheezy wedges

apepun, terima kasih kepada yg menjayakan POTLUCK NEW YEAR 2010
  • asif
  • alif
  • acab
  • hani
  • nowa
dan juga kepada semua yg join di saat akhir!


kisah 31 DISEMBER 2009-1 JANUARY 2010





Sunday, January 17, 2010

TOP COMMENTATOR CONTEST

645pm: Out of the rank


822pm: top 3


948pm: adakah ia akan berkekalan sehingga pukul 1200 tengah malam?



31 DISEMBER 2009

tak sempat nak berkomen,banyak komitmen lain
ada potluck malam tuh dan persiapan ke pangkor

Selepas habis working hour di IRC, petang tuh keluar ke TESCO PENGKALAN, IPOH bagi mencari bekalan untuk dibawa ke PANGKOR dan bahan-bahan masakan untuk POTLUCK NEW YEAR!

Sambutan tahun baru 2010 agak berbeza dari yang sebelumnya. Kalau tahun sebelumnya, NEW YEAR disambut bersama ahli keluarga di rumah dan di depan TV, tapi kali ini NEW YEAR disambut bersama-sama rakan seperjuangan di kampus, keluarga FIRC dan IRCC 2010!

Selesai POTLUCK NEW YEAR, terus bergegas pulang ke bilik untuk cek result TOP COMMENTATOR CONTEST di blog sis hanie! Syukur dapat top 3 dan dapat hadiah sampingan untuk top referer!

usaha selama sebulan berkomen




thanx sis hanie sebab dah bank in hadiah ke akaun! boleh guna beli topap,huhu

contest ini mengajar erti berusaha bersungguh-sungguh dan konsisten utk mencapai kejayaan..akhirnya, dapat jugak no 3..ok la tuh..percubaan pertama join contest membuahkan hasil!

congratz to HANS dan sis IEDA masing-masing memenangai tempat pertama dan ke-2





Friday, January 15, 2010

ALHAMDULILLAH

QUICK UPDATE, melebihi had laju yg ditetapkan.

setinggi kesyukuran dipanjatkan ke-hadrat Illahi dengan limpah kurnia dan izinnya, maka berjayalah EDU-PROMO TRIP 2010 ke beberapa lokasi sasaran. Trip yang berlangsung selama 2 hari 1 malam yg semestinya memberikan banyak input kepada semua peserta.

bermula dari perancangan selama 3 minggu dari tarikh trip, kertas kerja dibuat dan dihantar kepada pihak pengurusan universiti untuk diluluskan. Sekalung penghargaan kepada saudara Asif yang banyak membantu untuk menjayakan projek ini. Terima kasih juga kepada barisan majlis tertinggi Friends of Information Resource Centre (FIRC) yang lain atas bantuan dan kerjasama kalian untuk trip kali ini. Akhir sekali, sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dalam menjayakan trip kali ini.

13 JANUARI 2010
UPSI
Petroleum Resource Centere (PRC), KLCC
Skybridge - VIP pass
SURIA KLCC

Bangilanai Hotel

14 JANUARI 2010
UNITEN
MMU
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
ONE UTAMA

Perjalanan 2 hari yang penuh informatif dan keseronakan. Bekerja sambil melancong, kill two birds by a stone, serampang dua mata, sambil menyelam minum air dan sewaktu dengannya. Alhamdulillah, semuanya telah selamat dan sudah selesai.

PESERTA
High Committee FIRC
  • Khazaidi
  • Nurwaheeda
  • Alif
  • Wan Mardhiahani
  • Asif
  • Anuar
Executive Committee FIRC
  • Syazwani
  • Adnin
  • Siddiq
  • Anis Izzuddin
  • Asyraf
  • Ayie
  • Basharul
High Committee IRCC
  • Izzati
  • Najwa
  • Luqman
  • Allea
  • Istor
Committee IRCC
  • Dilla
  • Raja Akmal
  • Farsya
  • Arif Amin
Laporan selanjutnya selepas ini! Kami selamat tiba di kampus kira-kira 12 tgh malam.

Setibanya di bilik, terus cek result exam.Alhamdulillah, ada peningkatan. Semoga kejayaan hari ini menjadi pemangkin untuk kejayaan hari esok dan seterusnya!





Monday, January 11, 2010

KELU

sudah kelu lagi membisu
ingin update, tapi tiada pun satu
ingin biarkan, tapi rasa rindu
itulah kisah blog dan aku

rasa kekok,taktau nk start dari mana
rasanya banyak post dalam draft
tapi tak sampai seru lagi untuk publish
mungkin kekangan masa
mungkin juga kemalasan melanda
apepun,biar aku peram dulu lama-lama
kisah aku dan mereka
biarkan segala memori masak ranum dalam kotak fikiran
sebelum dikongsi bersama

upcoming post:
  • TOP COMMENTATOR CONTEST 2009
  • POTLUCK NEW YEAR
  • PENANG
  • PULAU PANGKOR
  • KELANTAN
this week akan ada satu lagi trip ke KL pada 13-14 Januari 2010. Antara lokasinya adalah seperti berikut:
  • universiti pendidikan sultan idris UPSI
  • petroleum resource centre PRC, KLCC
  • universiti tenaga nasional UNITEN
  • perpustakaan negara Malaysia PNM
semoga perjalanan kami selamat pergi dan balik,amin!


::blurr::
bila lama tak taip entri di blog, jari keras untuk menekan keyboard. cari huruf tak jumpa, nak buat ayat pun tersekat-sekat.





Tuesday, January 5, 2010

20

usia 20 tahun yang bermakna!


jom blaja matematik
RM1 X 20 tahun = ?
ada ke orang menabung RM1 setaun
bunyi macam tak logik jek
tapi itulah realiti
pabila RM20 dihabiskan untuk mendapatkan sesuatu pengalaman yg baru
walaupun bunyinya agak biasa
namun, itu semua aku tolak ke tepi
aku ibaratkan ini adalah pengalaman yg luar biasa
kerna kupercaya, setiap orang tidak mempunyai peluang yang sama
jika hari kelmarin, orang lain sudah dapat merasa, namun peluangku masih belum tiba
jika hari ini aku mendapat peluang ini, tidak mustahil esok lusa orang lain pula yang akan merasa
konklusinya, nasib manusia berbeza-beza
mungkin korang lebih bernasib baik daripada aku ataupun sebaliknya!


RM1 X 20 tahun = RM 20
boleh diibaratkan aku invest RM1 setiap tahun selama ini
sebelum berakhirnya tahun 2009, ketika usia menjangkau pengakhiran 20 tahun, sempat juga merasa berlumba di litar go-kart
setelah hidup 20 tahun,barulah dapat merasa pengalaman seumpama ini
mungkin ada yang lain di luar sana lebih advance!
apa yang penting, pengalaman tersebut cukup bermakna untuk dipahat di dalam lipatan memori ingatan
mungkin juga boleh dijadikan sebagai hobi yang baru!


bertolak jam 1000 malam, setibanya pukul 1100 malam di litar go-kart Manjung
umpama tiba di dunia yang berbeza
kelihatan pelbagai lapisan umur tidak mengira jantina di setiap sudut
menunggu tibanya giliran masing-masing
selang-seli deruman enjin generator kereta berdaung kuat dari litar
berlumba bersungguh-sungguh dengan penuh semangat dan emosi
umpama satu rekreasi keluarga di malam hari
satu aktiviti yang mampu merapatkan hubungan kekeluargaan
sempat kulihat satu family berlumba walau berbeza usia dan jantina
namun ia cukup bermakna dan mengembirakan


tetapi, kami lain
berlapan bergerak dalam dua kelompok kecil
tengok orang racing, aku mula cuak
terketar-ketar lutut, mula nak terkucil


apepun, experience ke go-kart memang best
mungkin ada peluang, sekali lagi akan berkunjung ke sana
klu ada umur yang panjang dan murah razeki, boleh berkunjung lagi di lain masa


anda sudah pernah merasainya?
cubalah untuk sesuatu yang baru,konpem barbaloi-baloi!


KEPUTUSAN
aku dapat no 4,hebat la tuh
pergi 8 orang,tp race dapat no 4
sekali terbabas, sekali meronta-ronta di tengah litar
hasilnya,
dapat no last sebab 1 race 4 orang je,hoho


TEAM A : ISTOR - RAFIQ - AZIZI - OZAIR


TEAM B: NUAR - ALIF - ASIF - ACAB


MENANG KALAH ADAT BERTANDING
PENGALAMAN LEBIH BERHARGA DARI SEGALANYA


25 Disember 2009





Friday, January 1, 2010

2010

HAPPY NEW YEAR 2010

selamat tahun baru diucapkan kepada semua
semoga tahun baru yang mendatang akan memberi seribu satu makna
memori tahun lalu diabadikan dan disemat di dalam jiwa
apa yang dilalui dikenang dan diingati sampai bila-bila

jadikan yang baik itu sebagai teladan,yang buruk sebagai sempadan
jadikan lembaran baru sebagai satu titik permulaan
permulaan untuk terus mencapai setiap kejayaan
apa yang diimpi dijadikan kenyataan
apa yang difikir diselarikan dengan tindakan


selamat tahun baru
biarlah yang lepas pergi berlalu
biarlah yang baru datang bertamu

azam tahun baru 2010: nak cari satu!
apa azam baru korang?





CONTEST @ [Ekspresi] Dot Com

STICKY MODE : SCROLL DOWN FOR NEW ENTRI

MOD MELEKIT : GULUNG KE BAWAH UNTUK ENTRI BARU

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Julung-julung kalinya penaberkala menyertai contest dalam dunia blogging ini.
Pada awalnya, hati ini tertarik untuk menyertai contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, namun memandangkan hadiah terlalu lumayan dan syarat sedikit rumit, so hasrat terbatal dengan sendirinya.
Berpegang kepada prinsip ingin mencuba, terdetik rasanya untuk join contest dan menganjurkan contest setelah hampir setahun bertapak dalam arena blogging.
Maka, dengan peluang yang ada ini, contest pertama telah disertai. Anda bagaimana?


Setelah dinilai dan dibuat tafsiran, satu-satunya contest yang agak mudah dan simple mimple, maka blog sis hanie diterjah dan diserbu tanpa segan silu, maka wujudlah entri ini sebagai pelengkap kepada syarat-syaratnya! Dia dah bising dah kat entri dia cakap aku tak cukup syarat. Untuk mengelakkan daripada disqualified, so terhasillah post ini dalam mod melekat-lekat aka sticky mode! Post terbaru menyusul di bawah entri ini, harap maklum.
Sory ye sis hanie sebab lewat post entri ni.


Untuk keterangan lanjut, sila baca syarat-syarat yang disertakan:


PETIKAN DARIPADA BLOG SIS HANIE


Ya , Ummi Hanie akhirnya menganjurkan sebuah contest buat julung2 kalinya .
Contestnya amatlah mudah .
Anda hanya perlu komen , komen dan komen sebanyak mungkin untuk merangkul kejuaraan pingat Top Commenter blog [Ekspresi] Dot Com bagi bulan Disember '09 . Mungkin juga menyambut ulangtahun kedua yg bakal menyusul Januari 2010 nanti.


Berikut ialah hadiah yg saya tawarkan ;


TEMPAT PERTAMA : RM 30 TUNAI

TEMPAT KEDUA : RM 20 TUNAI

TEMPAT KETIGA : RM10 TUNAI

TEMPAT KE-4 HINGGA 10 : SAGUHATI

contest ini bermula 1 Disember - 31 Disember jam 11.59 PM


SYARAT2 ;
  1. Follow ATAU Linkkan blog ini dgn blog anda . (pilih salah satu ye)

  2. Buat entri ringkas tentang contest ni beserta STICKY MODE .

  3. Jika nama anda tersenarai dalam senarai Top 10 Commenter tetapi anda tidak memiliki blog , maka penyertaan anda TIDAK DIKIRA . Harap maaf .

  4. Komen2 berunsur NEGATIF tidak akan diambilkira . Kritikan membina dibenarkan . Sila beri komen dengan sopan .

SEKIAN


macam ni lah, sedikit sebanyak info daripada blog sis hanie. Klu nak dapatkan maklumat lebih lanjut, sila kunjungi blog beliau!


Bagi aku, contest ni tak susah dan tak mudah. feel free to drop your comment. Apa yang menarik dalam contest ni adalah info-info dan fakta menarik di blog beliau. Tak percaya, cuba jenguk dan baca. Korek-korek kat sana konpem dapat byk ilmu. Rupa-rupanya, byk gak benda yang aku tak tahu, ,kini menjadi tahu. Niat nak menang hadiah je, skang dapat ilmu plak. Bonus la kan? huhu


KELEBIHAN MENYERTAI CONTEST ANJURAN SIS HANIE:
  • berkenalan dengan sis hanie yang pastinya
  • merebut hadiah yang ditawarkan
  • tidak lupa untuk menimba ilmu daripada entri-entri di blog beliau
  • saling berdiskusi tentang topik yang diperbincangkan
  • menambahkan ilmu pengetahuan
  • menambah kenalan dengan blogger-bloger lain

Hah amacam, mudah kan? so, apa lagi yang ditunggu, join je lah contest ni.
Tiada yuran pendaftaran dikenakan, borang penyertaan pun tak payah, just drop your comment everytime you are free! But, komen mesti berkaitan dengan entri, kalau tak beliau akan delete.


Ada minat nampak, apa lagi. Klik je kat sini
Dulu 3 orang jek yang aktif join, tapi skang dah ramai sikit. Kalau nak tersenarai dalam top 10 tak mustahil, masa masih panjang. Tak percaya tengok laporan daripada beliau, update 1 dan update 2 untuk contest nih.


Selamat mencuba dan selamat maju jaya!










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger