ROCK TO ROCK RUN 2010

/
24 Comments
Detik yang ditunggu sudahpun tiba. Sepatutnya 28 November 2010, tetapi ditunda kepada 18 Disember 2010. Apa lagi kalau bukan ROCK TO ROCK RUN 2010 yang akan berlangsung di Batu Ferringghi.

ROCK TO ROCK RUN 2010
Esok akan menyaksikan lemak yang diternak selama ni akan terbakar begitu saja. Jarak larian sejauh 5km akan menguji ketabahan, kecekalan, stamina dan jati diri peserta.


Perlumbaan akan bermula di depan Hard Rock Hotel ke Tropical Spice Garden dan patah balik ke Hard Rock Hotel. Jalan yang berliku dan berbukit-bukau, pastinya akan menduga lagi ketabahan peserta. Mintak-mintak, tak ada yang pengsan!

 
 


Selaku pemegang nombor giliran 1518, dengan ini gua berikrar akan berlari-lari anak mendaki dan menuruni cerum bukit pada esok pagi dalam ROCK TO ROCK RUN. Kalau rasa tak larat, pasti gua akan berjalan cepat. Kalau tak mampu jugak, gua akan berjalan perlahan. Kalau masih lagi tak mampu, gua masih lagi tetap akan berjalan juga sampailah tiba ke garisan penamat. Apa yang penting, gua nak tamatkan larian dalam masa kurang 1 jam. Harap-harap mampu la. Wish me luck!
  

TENTATIF

6:15am - Runner's registration
6:30am - Warm up/ vibe/ aerobic
7:00am - Race begins
8:00am - Certificate giveaway to all qualified runners
8:10am - Mock cheque presentation to Rumah Seri Cahaya
8:15am - Award Presentations
  1. Top 10 males
  2. Top 10 females 
  3. Top 10 Best dressed
8:45am - Group photography session
8:50am - Live band "Unplugged Nubbs"
9:20am - Lucky draw (first session) - 20th to 16th prizes
9:30am - Live band : Champion of 'Battle of the bands"
10:00am - Lucky draw (second session) - 15th to 11th prizes
10:10am - Live band : Nightshift
10:40am - Lucky draw (Final session) - 10th to 1st prizes
10:50am - End


Tengok tentatif, macam best je. Tengok part yang highlight merah tu agak menarik dan sedikit-sebanyak memberi harapan palsu. Banyak hadiah ditawarkan kepada semua peserta wooo. Mesti syok abis, sangkut salah satu pun ok la kan? Jom usha-usha apa yang ada


Certificate giveaway to all qualified runners
Ni kena bekerja keras untuk berlari habis-habisan sampai menangis lemak-lemak di badan. Kena berusaha tamatkan larian kurang dari 1 jam. Hopefully, mampu capai target masa yang ditetapkan dan mampu bawa balik sekeping sijil untuk tambah koleksi kat rumah 
 
Top 10 males
Part ni, memang jauh panggang dari api. Tak mampu sangat nak menyedapkan hati. Tak mampu nak tipu diri sendiri. Memang sah-sah tak dapat capai untuk kategori ni. Top 50 pun belum tentu dapat. Kalau ada keajaiban, mana tau kan? haha. super power!!!!! power root!!!!
 
Top 10 females
Part ni lagi la mustahil. Awal-awal lagi kena kick! Jadi tak payah nak jeling-jeling, apatah lagi nak taruh harapan,hak3
  
Top 10 Best dressed
Part ni ada harapan kalau kreatif. Tapi, bab-bab rock ni gua kureng sikit. Gua tak rock, pop yeh-yeh layan la gak,haha. So nak mintak tolong sape-sape yang bijak lagi kreatif untuk cadangkan pakaian apa yang sesuai untuk kelihatan seperti ROCKSTAR! Ataupun apa-apa aksesori tambahan yang sesuai untuk tema ROCK! Mana tau idea korang dapat bantu gua dapat top 10 Best Dressed, phewwwwwwittttttttttttttttt
 
Lucky draw 
Kalau semua di atas tak dapat, satu pun tak hinggap. Lucky draw la harapan gua. Dengar kata ada 20 hadiah cabutan bertuah ditawarkan. Kalau susah sangat nak dapat grand prize, dapat nombor 20 pun gua dah syukur,haha. Gila sungguh, niat dah awal-awal nak dapat lucky draw, sah-sah tak kan dapat. Kalau dapat konpem satu dunia gua akan hebahkan. Lagi la tak kan dapat, niat pun dah riak ujub dan takabbur. 


Dapat ke, tak dapat ke. Itu semua tak penting. Yang penting esok mesti berat badan akan turun paling kurang 100g. Paling banyak pun 3000g la kot. Maka, OBJEKTIF tercapai. Bersukan untuk sihatkan tubuh badan!



Apepun, belum start larian pun dah dapat hadiah. So, kalau tak menang apa-apa kategori kat atas tu esok pun tak mengapa. Hati sedikit terubat dengan pemberian cenderahati sebagai peserta, tanda kenang-kenangan.

Goodie bag


t-shirt Hard Rock Hotel bernilai RM78

Nak pakai apa biar kasik nampak ROCK, pakai TOPI KOBOI ok tak sambil lari?


Esok akan berangkat ke Batu Ferringghi seawal 530 pagi. Doakan perjalanan pergi dan balik selamat. Doakan kejayaan membawa pulang paling kurang sekeping sijil tercapai. Amin!


You may also like

24 comments:

  1. cadanga semasa: pakai baju boria penang, mau terpacak mata juri kat en penaberkala..hak2

    ReplyDelete
  2. amirah:
    adoi, tak sempat dh nak pi beli baju boria penang
    terpacak mata juri xpe, takut pengsan terus tgk style rock camtu,haha

    ReplyDelete
  3. wah.. best nyer..
    good luck yer bro.. :)
    boleh minta baju hard rock lebih? huhuh

    ReplyDelete
  4. naik kereta, lalu jalan bengkang bengkok, memang akan terasa nak muntah. tapi kalau jalan kaki, ok kot. kat nak naik bukit nanti, berusahala ek.

    ReplyDelete
  5. Kena tengok pada bentuk fizikal dan gaya rambut jugak. :)
    Awak selesa pakai baju plain or checkers?
    Either checkers or plain white singlet, awak padankan dengan black leather jacket.
    Kalau ada wallet chain, pakai wallet chain. Seluar, jeans dah memadai. Kalau baju inner yang awak pakai tue boleh dipandankan dengan fedora, pakai fedora yang agak gelap.
    =)

    ReplyDelete
  6. Alamak, rocker slalu atas pentas, skrg atas jln plk..he3

    ReplyDelete
  7. hang pakai la kasut boot
    eh,kalau dapat key-chain bagi aku yer(hehehe..xmalu tapi aku xkisah)

    P/S : Seronok Kan Bila Kena Prank Dengan Kawan Sendiri?

    ReplyDelete
  8. wah berlari2 ye...bagusss

    sis baru blk dr batu ferringhi..best ;)

    ReplyDelete
  9. pena kan kreatif.. mesti ade idea punya nak pakai ape.. betul dak??

    ReplyDelete
  10. sop:
    thanks bro
    sory, baju ada sehelai je, haha
    nk suruh tolong beli boleh la

    ReplyDelete
  11. NHAR:
    best woo lari jalan berbukit
    dah la tepi laut, nyaman abes

    ReplyDelete
  12. ♥ Juliana Violet:
    owh, last minute tak sempat nk cari semua tu
    pkai mana yg patut je,haha
    btw, thanks vee for the suggestion
    boleh guna tips ni next time,hehe

    ReplyDelete
  13. deCrewz:
    haha, tu pasal
    hari ini dalam sejarah kot tengok rockerz lari-lari di jalanan
    malam ni br nk tgk rockerz atas pentas

    ReplyDelete
  14. hans:
    ades, kasut boot takde la bro
    klu ada ak dah taram dah
    keychain xsempat beli td, br tgk komen ko

    ReplyDelete
  15. Ummi Hanie:
    yup, berlari-lari
    saja join sbb host kompeni internship jai sponsor

    owh, sis pi beach carnival ke
    x sempat pi td, penat

    ReplyDelete
  16. Cik Su:
    kreatif? haha
    tp bab-bab fesyen ni mmg fail la ciksu
    buta fesyen sikit

    ReplyDelete
  17. fuh!!
    niat hati gue nak join..
    tapi ada majlis plak hari tu..
    tension!!

    ReplyDelete
  18. gudluck bro..hehee..
    smgat waja woo..bgs2

    ReplyDelete
  19. hans:
    jangan sedih weh, buat ak rasa bersalah,kah3

    ReplyDelete
  20. k e r e p e k t e m p e :
    tertinggal cream rambut smalam, adoi
    rosak plan,haha

    ReplyDelete
  21. mie:
    dah lepas bro, join next year plak,haha

    ReplyDelete
  22. darkbatman:
    tenkiu bro
    semuanya sudah selesai

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...