ROCK BUKAN HANYA UNTUK ROCKERS

/
28 Comments
Wahai rakyat jelata, mai nak kasi tau. ROCK bukan hanya untuk ROCKERS. Yang tak ROCKERS pun boleh layan ROCK jugak. Tak semestinya yang rambut cacak-cacak jatuh cicak pun mampus keras, yang rambut panjang macam REPUNZEL saja yang boleh layan ROCK. Makcik kantin dan pakcik driver teksi pun ada jugak yang layan ROCK.


Dengan ini aku isytiharkan 18 DISEMBER 2010 adalah HARI ROCK SEDUNIA. Tapi rasanya untuk aku je lah. Rasanya 1 dalam 1000 kebetulan ini boleh berlaku. Tapi, kenyataannya dan kebenarannya ia memang betul-betul wujud dan berlaku dalam hidup aku.


Walaupun aku bukan ROCKERS, walaupun aku bukan peminat muzik ROCK tegar, tapi 24jam atau sehari jugak bergelumang dengan perkataan ROCK dari pagi sampai malam. Aku rasa lepas ni, tak mungkin benda macam ni dapat diulang dalam kitaran jangka hayat aku. Peluang hanya datang sekali.



SESI PAGI : 530AM - 1100AM

ROCK TO ROCK RUN 2010 di BATU FERINGGHI

AMDers bergambar kenang-kenangan di depan booth AMD

AMD merupakan salah satu kompeni yang menjadi sponsor untuk event ni. Jadi, selaku trainee kat AMD apa lagi. Join la sekaki melibatkan diri. Padahal nak t-shirt HARD ROCK HOTEL bernilai RM78 tu je,haha. Walaupun ramai warga AMDers yang daftar, tapi yang pergi hanyalah berapa ketul saja. Apalah nasib, terkial-kial aku sorang diri kat sana. LOL


1518 berjaya menamatkan larian 5km tanpa henti sambil ditemani muzik-muzik di MP3
Multitask : Wartawan liputan dan peserta untuk marathon ROCK TO ROCK RUN. 1518 dalam kenangan! Macam nak pi ujibakat jadi penyanyi la plok. First time berlari di pagi hari berpakaian segak bergaya tanpa henti sambil layan lagu kat MP3 telefon. Jalan berbukit-bukau dan bengkang-bengkok mudah diatasi sambil menghirup udara segar dari tepi laut Batu Feringghi. Best experience!

NEXT ENTRI : LIPUTAN KHAS ROCK TO ROCK RUN 2010 | MENANG TROPHY?




SESI MALAM : 845PM - 1100PM

KONSERT GEMURUH DT oleh DiGi di TAPAK EKSPO SEBERANG JAYA


Konsert Gemuruh DT digegarkan oleh DiGi di Seberang Jaya
Suasana sekitar konsert gemuruh berlangsung. Agak meriah, agak gempak dan agak teruja. Tempat berkumpulnya peminat ROCK tanah air. SAYAP-SAYAP WINGS dan SEARCH fan club bergabung memeriahkan konsert. Ramai juga pemninat SEARCH and WINGS rupanya. Baru ku tau. Syabas diucapkan kepada LAGENDA ROCK TANAH AIR! Pakcik-pakcik pun ada ikut sama bernyayi, kagum!


Kesian, muka baik-baik pun pergi konsert ROCK. Ni, tiket FREE punya pasal,haha

Penangan daripada tiket free tempoh hari, rasa macam sayang plak tak pergi (alasan),haha. 6 tiket free, 1 tiket terlebih, hanya 5 yang pergi. Burn 1 tiket begitu saja. Ni antara muka-muka yang pergi, lagi 2 orang malu nak masuk gambar,haha. Kebenarannya, ni first time kami berlima pergi konsert. Tu pun sebab tiket free. Kalau tak, jauh panggang dari api nak pergi konsert tambah-tambah lagi yang berbayar, mahal w000. Bukan senang nak cari duit sekarang. Setakat konsert di konvofair kat kampus boleh la pergi. Kalau tak? Say sorry. So, tq to NUFFNANG dan DiGi. 


Terima kasih kepada DR ROZMEY (DDR) DR DOBI kerana telah membawa kami ke Seberang Jaya. Terima kasih juga kerana mamahamkan aku apa erti DT : DOUBLE TROUBLE, ishhhhh.


NEXT ENTRI : AURA SEARCH DAN WINGS DI KONSERT GEMURUH DT | DR DOBI? 


Kesimpulannya, ROCK bukan hanya untuk ROCKERS. Kami pun layan gak.


pstt: Baru nak download lagu-lagu SEARCH dan WINGS,haha.Layan gak. Asyik duk layan lagu tangkap leleh je mana boleh woo


You may also like

28 comments:

  1. perkataan 1 tiker terlebih tuh skt tol ati aku baca..dem2..haha..aaaa..tensen2

    ReplyDelete
  2. sy plg xleh blah dgn lagu2 rock! sakit tlinga n sakit ati kalo ade sape bukak lagu rock kuat2.hehe

    tshirt hrd rock yg pkai time lari tu ke rege 78henggit?mhlnyueee~

    ReplyDelete
  3. lagu rock yg ganas sgt tu memang boleh memecahkan hati juga jiwa raga tahu?

    tapi ada juga lagu rock yang sedap kedengaran di telinga..ha yang tu i suka..

    hee

    ReplyDelete
  4. asal sorang tu g konsert dengan muka sedih tue.. ahaha. kelakar

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah,

    Tetiba tengok gambar set mung serupa dengan kawe aku. nico nama dio, tapi aku rasa ore lain kut.

    Salam kelate.

    ReplyDelete
  6. ala..lagu rock pon banyak jenis gak taw..hehe..ade rock kapak, ade rock jiwang..feez minat rock jiwang..haha..rock gak kann :) layannn

    ReplyDelete
  7. salam ziarah

    makcik suka rock, terutama rock kapak.

    ReplyDelete
  8. tiket lebih?awat x ajak cek..

    seyes 3 3 muka bek.haha

    ReplyDelete
  9. layan konsert brader sorg ni..hehehe...sesekala yer

    ReplyDelete
  10. sekali sekala tukar angin xpe. =D

    ReplyDelete
  11. rockouuuu...sakit tlinga aku mlm tu

    ReplyDelete
  12. lipanboy:
    Sorry bro, ak paham perasaan ko
    nak buat camne dah clash 2 benda sekaligus dlm satu masa
    jgn frust, chill yop

    ReplyDelete
  13. Semarak Api:
    haha, mmg pun
    klu hard rock punya muzik mmg sakit telinga
    malam konsert pun, ada lagu yg tak dpt faham, telinga tak tune lg kot dgn muzik rock,haha

    yup, harga asal RM78. Tapi, registration RM30 saja, dpt baju free

    ReplyDelete
  14. butterflyana:
    tau2, boleh kasik bingit telinga dan gegar kepala hotak,haha
    tp ada gak rock kapak yg best
    rock jiwang tu xyah ckp la, mmg best

    tq singgah dan komen

    ReplyDelete
  15. Cik Su Life Cycle:
    sedih tringat kat awek kot,haha

    ReplyDelete
  16. Khairi:
    salam ziarah bro
    timo kasih singgah sini, salam kenal
    bangga penulis novel drop komen

    nico? hok mana so tuh

    ReplyDelete
  17. FeeZ~Hafizah~cucuatokaji:
    stuju, rock pun banyak aliran
    ada rock kapak, rock jiwang, rock n roll pun best
    tapi hard rock kureng sikit, metal rock lagi lah, pecah gegendang telinga,haha

    ReplyDelete
  18. hans:
    relax la bro, first time ak join benda-benda gini
    kasik can la sikit,haha

    ReplyDelete
  19. Cik Ina minat Do do Cheng:
    salam ziarah
    terima kasih singgah dan komen
    salam kenal

    tu dia, peminat rock rupanya

    ReplyDelete
  20. amirah:
    yup, lebih satu
    nk ajak camne, takut hang plak tak mau pi
    tu cek tak ajak

    muka baik? haha
    kembang-kempis sorang-sorang bila baca komen cik mirah

    ReplyDelete
  21. Ummi Hanie:
    tiket free dan destinasi yg dekat
    tu boleh join, klu tak hampeh
    bukan sesekala sis, first time kot,haha

    ReplyDelete
  22. A.D.A.M.:
    first time
    saja nk cari pengalaman baru, lepas ni xtau bila plak dpt can mcm ni
    takde dh kot

    ReplyDelete
  23. Hazwan Arif:
    sakit telinga dan sakit tekak,haha

    ReplyDelete
  24. hehe. tambah2 dpt free ea. Org kata rezeki jgn ditolak.=P

    ReplyDelete
  25. A.D.A.M.:
    tu pasal. klu tak free, sah-sah tak pergi
    rela layan kat mp3 je lah dari bersesak ke konsert,haha

    ReplyDelete
  26. Hahahaa. Duit blh buat mkn ek. =P

    ReplyDelete
  27. A.D.A.M.:
    tau takpe
    rm70 boleh pakai utk makan mcD sampai kembung perut kot,haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...