HIBURAN SEMPENA MAAL HIJRAH

/
29 Comments


HIBURAN

Sambutan MAAL HIJRAH juga mempunyai hiburan tersendiri. Tidak sama dengan sambutan TAHUN BARU yang dimeriahkan dengan letupan bunga api dan mercun, namun sambutan MAAL HIJRAH dimulakan dengan bacaan DOA AKHIR TAHUN (selepas Asar) dan AWAL TAHUN (selepas Maghrib).




Antara hiburan yang cukup popular suatu masa dulu bersempena sambutan MAAL HIJRAH adalah NASYID. Kemeriahan sambutan MAAL HIJRAH dapat dirasa seawal usia 7-12 tahun sewaktu di bangku sekolah rendah. Pelbagai acara dan aktiviti berteraskan hiburan berkonsepkan sambutan MAAL HIJRAH dikelolakan oleh pihak sekolah dan jawatankuasa tertentu. Antaranya seperti:
  1. Nasyid
  2. Hafazan
  3. Tilawah
  4. Bercerita Kisah Al-Quran

Berbicara soal NASYID, masihkah anda ingat dengan lagu NASYID berjudul 1 MUHARRAM? Lagu yang paling popular sewaktu zaman 90-an. Acap kali akan didendangkan oleh kumpulan-kumpulan Nasyid sekolah tidak kira untuk persembahan sambutan MAAL HIJRAH mahupun pertandingan peringkat QIT, PPD, DAERAH, NEGERI mahupun peringkat KEBANGSAAN. Lagu ini menitikberatkan teras-teras dalam skop penghijrahan.


Lagu Tema : 1 Muharram
Kumpulan: Al Ajiba


Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 

Kalau lupa tempo, boleh klik sini : 1 MUHARRAM Jom bernasyid sama-sama!


Seterusnya, lagu NASYID yang cukup popular pada waktu itu adalah lagu MAAL HIJRAH. Lagu ini menceritakan sedikit sebanyak mengenai penghijrahan Rasulullah dari Kota Makkah ke Kota Madinah, halangan dan dugaan baginda sepanjang penghijrahan tersebut. Sambil berhibur, sambil berfikir. Keseluruhan lagu ini sedikit-sebanyak menceritakan sejarah penghijrahan baginda dan diselitkan nasihat kepada kita selaku ummat baginda agar mengenangnya sebagai iktibar dan panduan hidup.

 
Lagu tema : Maal Hijrah

Maal Hijrah menyingkap sejarah
Kisah perpindahan Nabi Muhammad
Dari Kota Makkah menuju ke Kota Madinah
Untuk menyelamatkan Islam dari di tindas

Di tengah malam Rosul berjalan
Bersama Abu Bakar menjadi teman
Di dalam Gua Tsur mereka bersembunyi
Musuh mencarinya tiada berjumpa

Tiba di Madinah disambut dengan meriah
Seluruh mukmin bersyukur dan gembira
Selamatlah islam dari kekejaman
Terus berkembang mebena sebuah empayar

Hijrah rosul suatu hikmah
Dunia yang kelam bertukar cerah
Segala kekejaman kini lenyaplah sudah
Tenda agama islam peroleh kemenangan

Hijrah rosul mari renungkan
Ambillah ia menjadi panduan
Agar hidup kita tidak dalam kesesatan
Dalam kita menempuh ranjau kehidupan
Agar hidup kita tidak dalam kesesatan
Dalam kita menempuh ranjau kehidupan 
 
Jom sama-sama menghayati lagu Maal Hijrah di sini : MAAL HIJRAH


KUMPULAN NASYID SK MELOR 1999-2001
 
Sebenarnya kedua-dua lagu NASYID ini mengenangkanku tentang kenangan silam sewaktu di bangku sekolah rendah. Kami (Farhan, Sayuti, Akmal, Zulhazwar, Najmuddin, Rushdi Ariff, Syafiq, Firdaus dan lain-lain) merupakan pelopor kumpulan nasyid lelaki di SK MELOR kerana sebelum itu didominasi oleh kaum hawa. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1999.


Penyertaan pertama kami mewakili sekolah adalah pada tahun 1999 bertempat di dewan SEKOLAH KEBANGSAAN KETEREH. Solo kumpulan pada waktu itu tidak lain dan tidak bukan adalah Akmal dan Zulhazwar. Aku hanyalah sebagai tukang sajak. Meremang bulu roma bila sewaktu mendeklamasikan sajak sewaktu pertandingan NASYID, mata terpana ke arah ibu tercinta di sudut pintu belakang dewan bersama kakakku, Norme yang turut datang memberi sokongan. Alhamdulillah, penyertaan pertama kami agar memuaskan bila dinobatkan sebagai NAIB JOHAN.


Penyertaan ke-2 adalah pada tahun 2000 iaitu bertempat di dewan SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH. Sewaktu itu, solo kumpulan kami masih dikekalkan dengan orang yang sama. Tapi pada waktu itu, kami gagal meraih sebarang tempat. Masih ingat, pada masa itu juga aku diberi mandat dan tanggungjawab untuk mewakili sekolah dalam acara BERCERITA KISAH AL-QURAN. Tidak menghampakan bila dinobatkan selaku JOHAN dalam penampilan buat kulung kalinya dengan kisah berjudul : NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA. Kejayaan itu membawa aku mewakili sekolah sehingga ke peringkat NEGERI KELANTAN mewakili PPD KOTA BHARU. The most valuable experience that I ever had during my primary school! Terima kasih kepada pembimbing, USTAZAH FILZAH. Till now I still remembered every single things. Thanks a lot!


Penampilan terakhir kumpulan NASYID ini adalah pada tahun 2001, di mana SK MELOR sendiri menjadi tuan rumah. Tapi pada tahun itu, aku tidak terlibat dengan NASYID kerana perlu memberi tumpuan lebih untuk mengekalkan kejuaraan dalam acara BERCERITA KISAH AL-QURAN buat kali ke-dua. Alhamdulillah, masih lagi berjaya meraih JOHAN dengan membawakan kisah berjudul NABI IBRAHIM DAN ANAKNYA. Namun, nasib kurang menyebelahi pada tahun 2001 kerana tumpas di peringkat PPD KOTA BHARU, hanya menduduki tempat ke-3.


Itulah sedikit-sebanyak kenangan dan pengalaman sekitar sambutan MAAL HIJRAH beberapa tahun yang lalu. Semoga aktiviti sebegitu rupa masih diteruskan untuk anak-anak seawal usia di bangku sekolah rendah. Mudah-mudahan, minda mereka terdidik sejak kecil, "melentur buluh, biarlah dari rebungnya"


Itu kisah dulu, sudah menjadi sejarah, Apa yang penting, tentang kehidupab hari ini. Dunia realiti yang perlu kita tempuhi. Masih lagi berbicara soal hiburan, tetapi ini melibatkan stesen televisyen negara dengan produk terbaru mereka iaitu saluran TV ALHIJRAH. Rasanya, ini adalah satu usaha murni ke arah memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan penonton televisyen tanah air. Syabas diucapkan!

TV ALHIJRAH



  • TV Alhijrah muncul sebagai signifikan kepada penghijrahan penonton Malaysia daripada rancangan hiburan semta-mata kepada rancangan yang lebih berbentuk Islamik. Namun, konsep kontemporari dan penyampaian interaktif masih lagi dikekalkan
  • Beridentitikan gaya hidup Islam, ruang yang lebih luas diberikan kepada rancangan berbentuk keagamaan
  • Memberi tumpuan kepada kandungan yang dapat memberi manfaat kepada penonton sekaligus menarik minat golongan sasaran
  • Setakat ini, 60% program merupakan terbitan tempatan manakala 40% lagi dari luar negara
  • TV Alhijrah pula menerbitkan 30% daripada keseluruhan kandungan
  • Sasaran : Golongan muda / remaja / kanak-kanak
  • Kandungan pelbagai genre : Pengembaraan / drama / sejarah / dokumentari
  • Rancangan menarik dan terbaik dari seluruh dunia yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dipilih untuk memenuhi selera moden masyarakat Malaysia. Antaranya:
  1. Last Queen of The Earth dari Iran
  2. Bila Cinta Bertasbih dari Indonesia
  3. Dua buah filem dari Jepun : The Memoirs of Tomorrow dan Half of Confession
  4. Leaps and Bounds dari Turki 
  5. Winky Horse dari Belanda.
  • Drama-drama yang akan disiarkan oleh TV Alhijrah:
  1. Drama bersiri terbitan KL Motion Sdn. Bhd. : Alauddin -  yang berkisar di zaman Kesultanan Melayu Melaka dan usaha pemerintah ketika itu dalam menyebarkan Islam di rantau Melayu.
  2. Drama adaptasi dari sejarah nabi-nabi
  3. Tidak Dihalalkan Epal Itu terbitan Zeel Production Sdn. Bhd
  4. Drama yang mengangkat mutu drama bersiri di Malaysia dengan penggunaan Imej Janaan Komputer (CGI), efek khas dan kostum yang menarik
  5. Drama bersiri animasi kanak-kanak : Pada Zaman Dahulu terbitan Les Copaque
  6. Rancangan Hamparan Rezeki dengan penggunaan boneka yang unik bakal menarik penonton kanak-kanak untuk mendekati Islam di usia muda.
  • Rancangan berbentuk hiburan:
  1. Teman-Teman (d) Al Hijrah terbitan ManjaFilm Sdn. Bhd : nyanyian syair-syair, puisi-puisi dan lagu-lagu rakyat yang akan disampaikan secara kontemporari. 
  2. Nak ke Mana Kita? : travelog yang mengisahkan perjalanan di tempat-tempat menarik seluruh Malaysia. Produk terbitan Ezar Sdn. Bhd. ini akan memaparkan homestay yang terdapat di Malaysia. 
  • Rancangan Bicara Hati terbitan Wayang Studios Intl : membicarakan keilmuan Islam dalam bentuk ceramah untuk renungan golongan muda-mudi.
  • Produk terbitan TV Alhijrah sendiri:
  1. Sinar Baru : membicarakan dakwah kemanusiaan 
  2. Rancangan gaya hidup : Menu Alam 
  3. Rancangan majalah wanita : Mata Al-Zahra
  • Turut serta menyiarkan berita dalam dan luar negara dengan mengetengahkan muka-muka baru.

TV Alhijrah boleh ditonton secara percuma bermula dengan siaran percubaan bermula 1 November dengan waktu siaran bermula dari pukul 3 petang hingga 12 tengah malam. 

Siaran hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad pula dari pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Siaran TV Alhijrah setakat ini hanya boleh diikuti dengan penggunaan antena bagi mencari frekuensi siarannya di lima negeri sahaja iaitu:
  1. Lembah Klang
  2. Terengganu
  3. Johor
  4. Sabah
  5. Sarawak. 
 
TV Alhijrah dijangka memulakan siaran penuh menerusi saluran yang akan ditentukan di Astro mulai 1 Disember 2010. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila layari laman sesawang di www.tvalhijrah.com.


Sudahkah anda berpeluang menonton saluran
TV ALHIJRAH?

APA KOMEN ANDA?


SALAM MAAL HIJRAH 1432H



You may also like

29 comments:

  1. Giler ah bro, panjangnya entry but nice info...he3

    ReplyDelete
  2. lagu yg first tu mmg selalu nyanyi ler yg lagi satu tu tak tau hehehe

    ReplyDelete
  3. tv al-hijrah tu tak ada dkt utara lagi
    sob sob sob

    selamat tahun baru

    P/S : Review Filem : Aku Tak Bodoh Memang Tak Bodoh! Love F.A.M.I.L.Y!

    ReplyDelete
  4. DeCrewz:
    haha, kekalkan dgn style tersendiri EPPB = entri panjang-panjang blake
    kasik muntah sikit readers yg baca

    ReplyDelete
  5. tomatokering :):
    terima kasih
    salam maal hijrah jugak :)
    semoga tahun baru lebih baik hendaknya,amin

    ReplyDelete
  6. Miss:
    tu pasal, sampai ke arini igt lirik lagu nih
    lagu ke-2 tu pi la cuba dgr kat internet, best gak

    salam maal hijrah :)

    ReplyDelete
  7. hans:
    kat internet dh ada sikit2 video promo
    jangan lupa saksikan MAJLIS PERASMIAN TV ALHIJRAH sempena 1 MUHARRAM

    Slamat taun baru gak bro
    smoga sukses slalu

    ReplyDelete
  8. salam maal hijrah bro.. haha tu la zaman sekolah tu nasyid tu memang tak bole lupa la, sampai sekarang.. hee

    ReplyDelete
  9. banyak aktiviti sempena maal hijrah, bagus macam ni..:)
    Selamat menyambut maal hijrah bro..
    semoga kita dapat berhijrah lebih baik dari sebelum..:)

    ReplyDelete
  10. haah2.. lagu yg first tu pun kteorg nyanyi wktu prsmbhn nasyid kat skolah dulu. :)

    ReplyDelete
  11. salam maal hijrah!!!
    ingat lagi lagu 1 muharam..
    ehheeee

    ReplyDelete
  12. Salam maal hijrah kembali...

    lagu tu cam smgt kan.. best2

    ReplyDelete
  13. insyaallah
    thanks u too
    alah,tgok tenet xbest ahh
    nak tgok dkt tv
    hohoho

    P/S : 5 Gaya Rambut Mengikut Zaman

    ReplyDelete
  14. minda bawah sedar aku ni pun terus recall zaman-zaman kecil dulu. masuk team nasyid sekolah. indahnya. lepas menyanyi nasyid mesti dapat makan2 pulak... hmm sedapnye...

    ReplyDelete
  15. darkbatman:
    salam maal hijrah
    semoga tahun baru 1432H lebih baik hendaknya, amin

    ReplyDelete
  16. padin:
    salam maal hijrah bro padin
    antara lagu nasyid yg rata-rata orang akan ingat, ni la kot

    ReplyDelete
  17. LiFe KaMi:
    trima kasih KaMi
    salam maal hijrah
    selamat menyambut kedatangan orang baru
    semoga tahun baru ini lebih baik dan meriah

    ReplyDelete
  18. A.D.A.M.:
    tu pasal, semua sekolah guna lagu ni kot utk buat persembahan
    kalau bukan lagu 1 MUHARRAM, lagu MAAL HIJRAH
    dua-dua best

    ReplyDelete
  19. mie:
    trima kasih mie
    salam maal hijrah
    jom bernasyid,haha

    ReplyDelete
  20. Faris Al-Muhandisu:
    lagu yg mudah utk diingati
    sedap untuk didengar

    ReplyDelete
  21. hans:
    kat penang pun tak blh tengok lg
    tunggu kluar kat astro la baru blh tgk
    arini baru buat perasmian rasmi TV ALHIJRAH

    ReplyDelete
  22. SM Banjamin:
    kenangan masa lalu itu indah bila dikenang
    tp skang, nak bernasyid pun malas,haha
    layan lagu maher zain je

    ReplyDelete
  23. hans:
    harap-harap, akan dapat sambutan lah dari rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  24. Cik Su:
    aah, at least ada inisiatif baru
    sempena maal hijrah mmg sesuai

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...