PELANGI PETANG


Found at: FilesTube

Jangan lupa klik butang PLAY. Jom nyanyi sama-sama.Layannnn....

Pelangi Petang

Original Artist: Sudirman

New Artist : Def-Gab-C

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa

Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi

Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu

Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...
Pergi jua...
Pergi jua...


SUMBER PHOTO : GOOGLE






footnote: terusik jiwaku seketika, uish. Sebenarnya dah lama tak post lirik-lirik lagu di sini! Selamat berkaroeke. Jaga pitching jangan ke laut, jaga suara jangan kasik serak.


INFO
Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Untuk pelajar sekolah/ sesiapa yang tak ingat warna pelangi, kaedah mudah untuk mengingati warna-warna pelangi adalah: Micheal Jackson Keluar Hutan Bawa Ikan U

Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

SUMBER : Wikipedia


Soalan cepumas : Adakah betul tunjuk pelangi di langit dengan menggunakan jari telunjuk mendatangkan kesan? Adakah ia fakta atau auta? Rasanya macam mitos je. Kalau ada yang tahu, boleh la dikongsikan bersama :)

Post a Comment

30 Comments

  1. hehe..menyanyi dia yer...

    apapun mmg best lagu tu...

    pelangi ialah ciptaan Allah yg indah...:)

    ReplyDelete
  2. mungkin mitos
    tapi kenapa orang dulu xbagi tunjuk pelangi?

    P/S : Mahu Menonton Filem Crayon

    ReplyDelete
  3. aku rase auta jer weh. lame dh xnampak pelangi..

    ReplyDelete
  4. raso mcm komen doh entri ni.
    dop lg eh? haha.

    karok sorang je la nuar.
    wat ile tension tu. haha.

    ReplyDelete
  5. salam.

    Kawe minat lagu Allahyarham Sudirman tu. Kepercayaan karut yg dakwa boleh kudung jari kalo tunjuk ke arah pelangi.

    ReplyDelete
  6. MIRA SINGGAH SINI YA SAMBIL2 BACA ENTRY MENARIK......salam kenal dari mira ya! ^_^

    ReplyDelete
  7. rajin ye kamu baca wikipedia..hehe

    em rumusnye bukan cenggini ke.."mikel jeksen kene halau balik undia utara"

    tp yg tu pon gune jugak,hee

    p/s: lagu tuh sumpah sedih...hu

    ReplyDelete
  8. lagu nih best.
    tapi,pelangi malam ada x?
    hehehe..
    selalu gak buat entry pelangi malam ni =)

    ReplyDelete
  9. pelangi malam? kalau pernah nampak maknenye orang tu terror la..

    to tuan blog... ni lagu feveret ramai orang... touching sangat...

    ReplyDelete
  10. Wan Pai:
    dulu layan lagu mentah2, tp skang hayati lirik mmg best :)

    ReplyDelete
  11. Ummi Hanie:
    lama tak nyanyi,haha
    subhanallah, mmg indah :)

    ReplyDelete
  12. SyAmSuL AnUaR:
    tenkiu singgah bro, salam kenal

    ReplyDelete
  13. hans:
    memang mitos kot
    tu la ak masih pelik, napa tak bagi tunjuk?
    aish, katne nk cari jawapan ni,haha

    ReplyDelete
  14. darkbatman:
    aih, ramai dh ckp auta ni, sah la kot auta
    nk nampak camne bro, lama dh duk asyik ngadap laptop update blog,haha

    ReplyDelete
  15. SZ:
    tak komen pun tak apa, asal mari dengar lagu,haha

    baru lepas karok plok sepam satni
    aish, jiwa kacau

    ReplyDelete
  16. shameel Iskandar:
    wsalam
    lagu ni memang kekal lama, sejak dulu sampai loni
    hebat sungguh, kekal zaman berzaman

    tp ore tuo dulu sokmo sebut,haha
    abih konpius budok2

    ReplyDelete
  17. My MiRa:
    tenkiu mira
    salam kenal jugak

    ReplyDelete
  18. lumut:
    haha, saja bg info sambil2 ambil tahu
    ooh, byk gak formula nk hapal pelangi rupanya

    yup, lagu ni amat mengusik jiwa
    be strong cik lumut, jgn sedih2 :)
    salam kenal

    ReplyDelete
  19. MyraLove =):
    pelangi malam? haha
    ada kot, tp dalam gambor je lah

    ReplyDelete
  20. Zulkifli Bin Sa'don:
    tu pasal, klu nampak pelangi malam memang pelik,haha

    zul tenkiu singgah sini
    sah, ternyata lagu ni rmai yg suka
    ada kekuatan yg tersendiri

    ReplyDelete
  21. slalu tgk pelangi kembar
    *hehe tiba2 nk ckp..

    ReplyDelete
  22. Akma:
    oit, pelangi kembar tu camne plak akma?
    aih, macam2,hak3

    ReplyDelete
  23. Aku suka lagu ni pena, gi karaoke pun selalu gak amik lagu nih..

    emm pasal tips pendekkan entry : kalau cerita tu panjang, ko boleh jadikan dia bersiri, contoh siri 1, siri 2 dan seterusnya..

    di akhir siri, ko boleh tinggalkan dengan unsur saspen, jadik orang mesti tertunggu2 sambungannya

    selamat berkarya bro..

    ReplyDelete
  24. padin:
    haha, lagu simple, sedap didengar
    mmg layan lah klu karok

    thanks bro for the tips
    nice idea tuh, blh la nnt cuba buat utk incoming entri
    btw, thanks for the support

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete