LIF

/
12 Comments

Untuk sape-sape yang tak kenal (ada ka? haprak betui aku ni), ni lah namanya lift,haha. Tak sempat nak pi ambil gambar lift kat flat ni, kat tempat kerje pun tak boleh bawa kamera. Jadi, pinjam kat library je, GOOGLE.

Koleksi kisahku dan lift:

SITUASI 1
Time kecik-kecik, susah nak jumpa lif. Kalau jumpa pun, di supermarket yang besar-besar, tak pun di hospital. Kalau di supermarket, paling maju pun naik eskelator, tu pun ketar-ketar lutut. Lif? Fobia sikit, sebab tengok macam menakutkan dan membahayakan, dasar budak kampung katakan. Sebab? Bimbang takut-takut sangkut dalam tuh dan terperangkap tak boleh keluar. Bila first time naik, excited dan pening-pening. Lama-lama, alah bisa tegal biasa.

SITUASI 2
Sudah dewasa, pantang tengok lif. Tangga? Pandang sebelah mata tak mahu. Dasar tak sedar diri kot. Bukan apa, penat nak naik, tambah-tambah kalau bangunan tingkat tinggi-tinggi. Jenuh la nak panjat tangga, penat dan malas membelenggu jiwa. Sekarang, kalau jumpa lif, terus tekan. Ting tong, ting tong, sampai ke destinasi. Macam masuk gua ajaib rasanya, masuk tempat lain, keluar tempat lain. Menarik, cepat dan jimat tenaga. Tapi satu keburukannya, membela lemak dan memajukan perut ke hadapan.

SITUASI 3
Setiap lif ada kapasiti tersendiri. Kalau lif besar, muatlah dalam 10-15 orang. Kalau lif kecil macam tin sardin tuh, muatlah dalam 10 orang. Nak dijadikan cerita, dalam ramai-ramai menunggu giliran untuk masuk ke dalam lif, berlaku perebutan. Kau tolak aku, aku tolak kau. Terhimpit sana-sini, masing-masing nak memboloskan diri ke dalam lif. Kalau masuk awal nasib baik. Tapi, langit tak selalunya cerah. Kadang-kadang kena gak masuk yang last-last. Masuk bukan kepalang gembiranya hati, tiba-tiba TEEEEEEETTTTTTTTT. Aih, overloaded plak dah. Terpaksalah menebalkan muka keluar tanpa perasaan dan bangga. YOU ARE ELIMINATED, TRY AGAIN!

SITUASI 4
Kadang-kadang, ada lif yang fungsinya tidak berapa betul. Lif agak besar, tapi masuk 6 orang sudah memberi siren, TEEEEETTTTT. Apa lagi, macam biasa. Dengan slumber dek, keluar terkedek-kedek.

BUDAK KECIK: Bang, hawat kluak. Lif ni memang macam ni. Mai la masuk

AKU: Owh, ye ke?

Lantas, masuk balik. Habis orang dalam lif senyum kambing. Apa lagi, kontrol malu la beb.

AKU: Biasa la dik, baru nak berkenalan dengan lif kat sini, orang baru.



SITUASI 5
Dalam lif, pelbagai orang ada. Orang nak pi kerja, nak pi hantar pizza, nak pi buang sampah. Kalau nak pi kerja pagi-pagi, berebut-rebut nak cepat. Kalau sekali dengan deliver pizza, telan air liur gulp-gulp. Kalau dengan orang yang nak pi buang sampah, sabar je lah. Tahan nafas sampai tercungap-cungap. Petang tadi, buka lif ada sampah. Haiyoo, baunya sungguh semerbak. Ada juga orang yang tidak bertanggungjawab, ish3. Terpaksa tunggu lif lagi satu, agak memakan masa. Kesian housemate, terpaksa berusaha mendaki anak tangga ke tingkat 8 kerana tidak rela menunggu.


SITUASI 6
Kes lagi teruk dalam lif adalah adanya bau toilet. Toilet? Ya, toilet. Sebab ada juga orang yang tidak bertamadun yang kencing dalam lif. Hancingnya sungguh hacccuuuuum. Tak tahulah anak siapa punya angkara. Mungkin tak tahan sangat. Tapi, musykil jugak, kenapa 2 hari berturut-turut. Pengalaman paling jijik setakat ini. Maka, mulai sekarang bertekad untuk berhati-hati menggunakan lif terutama di rumah flat. Lif terbuka, intai dulu kiri kanan, hidu dulu, kalau bebas dari sebarang kotoran dan bauan, baru boleh masuk. Bukan cerewet, tapi penting untuk kemaslahatan hidup dan kebersihan diri.


SITUASI 7
Dulu, tidak tahu bagaimana keadaan bergelar penduduk rumah pangsa/flat. Sekarang, masuk minggu ke-2 mendiami flat. Sedikit sebanyak menimba pangalaman baru sebagai budak flat. Dulu, tahu jem di jalan raya dan triffic light sahaja. Tapi kini, sudah tahu kat lif pun ada jem gak. Kalau duduk tingkat paling atas, memang untung kalau nak turun guna lif. Lif sampai kosong. Tapi, kalau berada di tingkat pertengahan, nak turun menggunakan lif agak mencabar. Mungkin sudah penuh dan sebgainya. Kalau berpeluang masuk pun, proses nak turun dan sampai kat level paling bawah sekali cukup memakan masa. Mana taknya, setiap level berhenti mengangkut penumpang. Maka, tidak berani bangun lewat dan keluar rumah lewat.


SITUASI 8
Kadang-kadang, kalau tengok perempuan penuh dalam lif, rela tunggu next round. Tetapi, kadang-kadang naik gak. Peduli apa, bukan kenal pun. Tapi, agak janggal la. Kalau ada teman boleh berborak, tapi kalau sorang diri, terpaksalah tunduk dan memandang menembusi lantai. Senyap-sunyi, mulut terkunci rapi. Dalam hati, lambat weh nak sampai,hak3.


SITUASI 9
Pernah gak naik lif nak pergi level lain, tapi pada masa yang sama lif berhenti seketika di level sebelumnya. Dengan penuh keyakinan melangkah keluar. Kalau sorang diri tak menjadi masalah, boleh cover malu. Tetapi, ada tuh bersama member dan orang yang dikenali, masing-masing ingin menuju destinasi yang sama. Tiba-tiba tersalah keluar. Apa lagi, mereka panggil dan mentertawakan. Terpaksa masuk balik dengan perasaan sungguh gembira,haha. Lain kali kena tengok dulu nombor level, kemudian baru keluar. Faham?

SITUASI 10
Last sekali, lif dan pintu. Terbukanya pintu lif, semua orang berebut masuk. Lambat sikit, pintu tertutup. Automatik katakan. Bukan semua pintu lif mempunyai sensor yang berfungsi dengan baik. Kadang-kadang ada lif yang tutup tanpa menghiraukan penumpang yang tengah masuk. Hatta, terkepitlah kat situ. Dengan itu, dapatlah dua benda, malu dapat, sakit pun dapat.


_______________________________

Sekarang ni, hari-hari menggunakan lif. Kat tempat kerja, kat tempat tinggal mahupun kat shoping complex. So, banyak benda dapat diperhatikan dan dijadikan pengalaman yang dapat dikongsi. Kalau nak senarai semua, banyak kot. Mungkin ada pengalaman orang lain yang lebih menarik berkaitan dengan lif, bolehlah dikongsi bersama.

Bagaimana pula anda dan lif?


You may also like

12 comments:

  1. adeh..lawak2
    psl lif berbunyi tu mmgla mcm tu lau overload tapi xyh kuar pon xpa t lif tutup gak..hehe

    smph n bau hancing lak jrgla jmpa dlm lif tapi org yg buat semua tu boleh dikatakan org minda kelas ketiga kot..huhu

    bgs tul en khairul, sggup tggu next round sbb lif penuh dgn perempuan,,,hehe

    nice entry lif ni

    ReplyDelete
  2. hahahah!
    kelakar x hingt..
    byk kenangan ngn lif ek??
    hehehe

    ReplyDelete
  3. nice!..haha..klakau jek..

    rupanya byk cerita di sebalik lif kan?..;p

    Baru tau kalau lif overload akan berbunyi..hehe..maklumla,tak slalu naik lif.Biasanya akan jumpa dgn lif yg penuh,n selalunya lebih memilih tangga..adehh..terpaksa..~

    ReplyDelete
  4. ada orang kan..bila kita dah tolong tekan butang 'open door' lama sikit, nak tunggu dia masuk. bila dah masuk buat bodoh je..cis

    ReplyDelete
  5. amirah:
    lif kat ofis, klu bunyi tuh mmg pintu xleh tutup.
    so,nak tak nak mmg kena kua,haha

    ptg semalam ada plak kot kencing, tp naik lift lg satu..dahsyat sungguh

    ReplyDelete
  6. Jantan Keparat:
    byk la gak kenangan ngan lift
    tambah2 skang tiap2 hari naik turun dgn lift
    mcm2 ragam ada

    ReplyDelete
  7. Bintun Sazali:
    yup, byk blh berlaku bila guna lift..
    xpe, klu nak nek lift, berhati-hatilah dgn simptom-simptom kat atas tuh,hak3

    ReplyDelete
  8. Lan Bingka:
    yg tu xjumpa lg..at least lempar senyuman pun dah ok..klu baik lg, ucap la tenkiu

    ReplyDelete
  9. faiz:
    terkepit kuat kot,haha
    next time kena tangkas

    ReplyDelete
  10. haha.. serius best baca ni. kalau dah hari2 dengan lif, memang macam-macam la boleh terjadi..

    ReplyDelete
  11. nifi a.k.a beliamuda:
    tu pasal,mcm2 boleh jadi
    tp skang dah berhati-hati
    housemate plak terkena simptom2 di atas, esp kes 3,9 dan 10

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...