Apa yang terindah?

  1. Indah bila mood nak update blog sudah datang
  2. Indah bila dapat ke Bukit Merah Lake Town Resort buat kali ke-2
  3. Indah bila first time belajar nak perap ayam untuk BBQ
  4. Indah bila dapat jumpa kawan-kawan dan lepak bersama
  5. Indah bila fikir final exam dah nak habis
  6. Indah bila fikir malam ni nak BBQ kat Teluk Batik
  7. Indah bila fikir dah nak praktikal dan tinggal di Penang selama 8 purnama
  8. Indah bila duit biasiswa dah masuk
  9. Indah bila fikir masa depan
  10. Indah bila fikir dapat bahagiakan orang tersayang

Banyak lagi kalau hendak difikirkan soal keindahan dalam hidup. Lumrah manusia, memang semua inginkan keindahan. Hakikatnya, keindahan itu bukanlah sesuatu yang dapat digapai dengan mudah sekelip mata. Ia akan hadir bilamana adanya matlamat yang nyata diiringi usaha yang tidak kenal erti putus asa.


Yang terindah, lagu tema untuk slot Akasia berjudul ADAMAYA, drama yang agak meletup tempoh hari. Bangun pagi hari ni, habiskan sisa saki-baki episod ADAMAYA yang belum ditonton. Maka, dengan rasminya drama ini habis ditonton. Sebanyak 23 episod dihabiskan dalam masa 3 hari berakhir hari ini. Hasilnya cukup memuaskan. Mesej yang padat cuba disampaikan menerusi drama tersebut untuk direnung bersama. Memang sesuai dengan judul lagu tema untuk drama ini, sesungguhnya drama inilah Yang Terindah untuk ditonton dan dijadikan teladan.

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah



Sama-sama kita mengambil intipati daripada kisah yang dipaparkan. Semoga apa yang baik dapat diambil untuk dijadikan teladan, dan yang buruk dapat dijadikan sempadan.

Sekian, selamat menonton bagi yang belum menonton!




Jangan sesekali kau melihat dengan mata kasar, kerana ia bisa membutakan matamu.
Lihatlah dengan mata hati, kerana ia pasti mampu untuk meyuluh jalan hidupmu

penaberkala

F I N A L E X A M sudahpun bermula dengan rasminya pagi tadi untuk paper pertama.

Bagaimana pula dengan paper seterusnya?

Doakan yang terbaik untuk peperiksaan kali terakhir untuk tahun ini. Lepas ni, 8 bulan tidak bertemu dengan segala kertas ujian, peperiksaan mahupun assignment. Yezzzza!

Berikut, tentatif harian sepanjang bulan ini. Tinggal 3 paper je lagi untuk merdeka.


1) TRANSPORT PHENOMENA (CAB 3033)

  • DATE : 19 MAY 2010
  • TIME : 900 AM - 1200 NOON
  • VENUE : CHANCELLOR HALL
  • STATUS : COMPLETED

2) ENGINEERING ECONOMICS (GAB 3112)
  • DATE : 21 MAY 2010
  • TIME : 300 PM - 500 PM
  • VENUE : MULTI PURPOSE HALL
  • STATUS : COMPLETED

3) CHEMICAL PROCESS DYNAMIC AND CONTROL (CAB 3014)
  • DATE : 24 MAY 2010
  • TIME : 900 AM - 1200 NOON
  • VENUE : MAIN HALL
  • STATUS : COMPLETED

4) PROCESS PLANT DESIGN (CAB 3023)
  • DATE : 2 JUNE 2010
  • TIME : 900 AM - 1200 NOON
  • VENUE : MAIN HALL
  • STATUS : COMPLETED

Nampak gaya, gap yang agak panjang antara paper ke-3 dan paper ke-4. Seminggu tuh, aih apa nak buat lama-lama nih?

Nanti bolehlah habiskan masa-masa keemasan bersama rakan-rakan sekalian. Selepas ni, 8 bulan tidak bertemu, masing-masing membawa haluan sendiri ke utara, selatan, timur mahupun barat. So, semoga masa yang ada dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.


Bertemu dan berpisah adat manusia biasa,
hilang di mata tapi di hati tidak lupa,
berdoalah kita agar aman dan sentosa,
semoga dapat kita berjumpa lagi di lain masa


Semoga panjang umur, kita dapat berjumpa lagi! InsyaAllah.



Apapun, fokus untuk habiskan final exam terlebih dahulu walaupun mood study sudah ke laut. Masing-masing dah tak sabar untuk menempuhi alam kehidupan yang baru. Maka, dirasakan semester ini agak kurang semangatnya untuk duduki peperiksaan. Berlaku konflik dalaman mungkin!


monolog dalaman yang sering melanda jiwa


Apapun, teruskan perjuangan yang berbaki 3 paper lagi. Buat sehabis baik dan enjoy menduduki peperiksaan terakhir tahun ini.


Aal izz well



kepada yang masih ada paper final exam, good luck untuk semua.

kepada yang dah cuti, selamat bercuti buat semua. Jaga diri elok-elok!


soalan cepumas : pernah dengar tak ada orang ambil exam sejak dari kecil, di bangku sekolah sehingga masuk universiti tidak pernah keluar ke tandas sewaktu peperiksaan berlangsung? Rasa-rasa wujud tak manusia seperti itu?
INSAN TERISTIMEWA

Dedikasi khas buat insan teristimewa,

Insan mulia yang banyak berjasa


Mengerah keringat menabur bakti,

Melahirkan anak bangsa yang berpekerti


Mengasuh mendidik penuh usaha,

Tanpa kenal erti putus asa

Patah tumbuh hilang berganti,

Namamu tetap terpahat di hati!


penaberkala


Kepada semua warga pendidik, SELAMAT HARI GURU diucapkan. Hanya ucapan pengganti diri, tanda ingatan tulus dari hati. Khas buat semua guru-guruku tercinta!


Kepada insan-insan yang telah menabur budi, mengerah tenaga dan banyak berjasa, ingatlah kalian sentiasa di hati. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Tanpa anda, siapalah kami.


Di kesempatan yang ada, diberi ruang dan peluang untuk merakamkan jutaan terima kasih tanda penghargaan. Tika ini, hanya mampu menobatkan nama kalian untuk diingati di sini sampai bila-bila. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu kalian di ingatan.



TADIKA SERI INTAN, KUBANG TIN (1994-1995)
  1. Puan Faridah


SEKOLAH KEBANGSAAN MELOR (1996-2001)



  1. Encik Shahrul Amin
  2. Encik Busra
  3. Encik Raja
  4. Encik Sidi
  5. Encik Abdul Halim
  6. Encik Zaini
  7. Encik Nazri
  8. Encik Rosli
  9. Encik Amali
  10. Encik Nawi
  11. Encik Suhaimi
  12. Puan Haslimah
  13. Puan Normizan
  14. Puan Junita
  15. Puan Noraini Daud
  16. Puan Junadah
  17. Puan Filzah
  18. Arwah Puan Mazlifah
  19. Puan Hashimah
  20. Puan Norlida
  21. Puan Wan Besah
  22. Puan Fatimah
  23. Puan Saudah
  24. Puan Ramlah

Dedikasi khas buat semua warga pendidik SK MELOR terutama tenaga pengajar 1 MAWAR, 2 BESTARI, 3 BESTARI, 4 BESTARI, 5 BESTARI dan 6 BESTARI bagi sesi 1996-2001.



MAKTAB RENDAH SAINS MARA JELI (2002-2006)



  1. Encik Zaki
  2. Encik Muhamad
  3. Encik Shahrullazwar
  4. Encik Senusi
  5. Encik Anuar
  6. Encik Khalid
  7. Encik Marzuki
  8. Encik Shamsul
  9. Encik Hanif
  10. Encik Hanapi
  11. Encik Arfan
  12. Encik Nawawi
  13. Encik Nasir
  14. Encik Dzulkiphli
  15. Encik Ghazali
  16. Encik Rozali
  17. Encik Ali
  18. Encik Hanafiah
  19. Encik Jusoh
  20. Encik Firdaus
  21. Encik Khairi
  22. Encik Zabidi
  23. Encik Sabri
  24. Encik Maswan
  25. Encik Zaifuddin
  26. Encik Jasmin
  27. Encik Sukri
  28. Encik Zulkifli
  29. Encik Johan
  30. Encik Zainol Arif
  31. Encik Safardin
  32. Encik Nasir
  33. Encik Hairurazip
  34. Encik Rozaiman
  35. Encik Meikil
  36. Encik Abdul Halim
  37. Puan Dayang Rohaya
  38. Puan Nik Roslina
  39. Puan Nasliza
  40. Puan Siti Khalijah
  41. Puan Rhyna
  42. Puan Zunida
  43. Puan Rohaya
  44. Puan Mawarnee
  45. Puan Asleeza
  46. Puan Aslinda
  47. Puan Sarina
  48. Puan Nasliza
  49. Puan Surya Hanim
  50. Puan Badrunissa
  51. Puan Rosinasuria
  52. Puan Arian
  53. Puan Suhaila
  54. Puan Suhaizan
  55. Puan Mimi
  56. Puan Saidah
  57. Puan Rosidah
  58. Puan Zanafina
  59. Puan Yusrilinda
  60. Puan Rohaya
  61. Puan Siti Noor
  62. Puan Alwani
  63. Puan Roziah
  64. Puan Hayati
  65. Puan Siti Roslina
  66. Puan Zainon
  67. Cik Marsita
  68. Cik Salawati
  69. Cik Hazreen
  70. Cik Samsunnisha Begum
  71. Cik Fazilawati

Dedikasi istimewa buat semua warga pendidik MRSM JELI terutama semua tenaga pengajar tingkatan 1 AMANAH, 2 AMANAH, 3 AMANAH, 4 AMANAH, dan 5 AMANAH bagi sesi 2002-2006


Tidak lupa juga kepada semua warga pendidik di Malaysia, di mana jua anda berada. Selamat Hari Guru diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang bakal menjadi warga pendidik. Selamat menabur bakti kepada anak bangsa.

____________________




psssst: semalaman mengerah memori ingatan untuk mengingati semua guru-guru yang pernah menjadi tenaga pengajar di sekolah-sekolah lama. Lama gak nak recall balik nama-nama cikgu ni, mujur ada bantuan rakan-rakan. Kalau bukan hari ini untuk mengingati nama-nama mereka, bila lagi? Walaupun sudah pasti ada nama yang tertinggal, inilah barisan-barisan tenaga pengajar yang pernah berbakti yang mampu disenaraikan setakat ini.


TERIMA KASIH SEMUA




Lyrics for theme song WORLDCUP 2010

Give me freedom, give me fire, give me reason, take me higher
See the champions, take the field now, you define us, make us feel proud
In the streets are, exaliftin , as we lose our inhabition,
Celebration its around us, every nation, all around us

Singin forever young, singin songs underneath that sun
Lets rejoice in the beautiful game.
And together at the end of the day.

WE ALL SAY

When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom Just like a wavin’ flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back

When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom
Just like a wavin’ flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes

Oooooooooooooh woooooooooohh hohoho

Give you freedom, give you fire, give you reason, take you higher
See the champions, take the field now, you define us, make us feel proud
In the streets are, exaliftin, every loser in ambition,
Celebration, its around us, every nations, all around us

Singin forever young, singin songs underneath that sun
Lets rejoice in the beautiful game.
And together at the end of the day.

WE ALL SAY

When I get older, I will be stronger
They’ll call me freedom
Just like a wavin’ flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back

When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom
Just like a wavin’ flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes

Wooooooooo Ohohohoooooooo ! OOOoooooh Wooooooooo

WE ALL SAY !

When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom
Just like a wavin’ flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back

When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom
Just like a wavin’ flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes

Wooo hooooo hohohohoooooo

And everybody will be singinit

Wooooooooo ohohohooooo

And we are all singinit


------------------------------

Amacam, best kan lagu nih. Semangat nak tengok worldcup sudah bermula walaupun final exam belum bermula. Apa lagi, jom download lagu ni.

Demam exam, demam bola, nasib baik demam aku dah sembuh, badan kembali sihat, alhamdulillah. Semoga kesihatan sentiasa baik sepanjang peperiksaan berlangsung.Amin

Liga Malaysia, Kelantan menang lawan Terengganu,hoho.Go THE RED WARRIORS!

KELANTAN 3 : TERENGGANU 0

nak study jap, bye!
Baru habis bercuti di kampung selama lebih kurang 3 hari 2 malam. Percutian yang sebentar tetapi cukup memuaskan. Sedikit sebanyak dapat mengubat rindu pada bonda tercinta, abang-abang dan kakak-kakak yang dikasihi, serta anak-anak buah yang dirindui.

SELAMAT HARI IBU!

Masih tidak terlewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua insan yang bergelar ibu tidak kira di mana jua anda berada. Kali ini, aku berkesempatan untuk pulang ke desa tercinta, untuk bersama ibu tersayang. Jadi, tidak sempat meluahkan isi hati di ruangan yang sekakangkang kera ini. Kalau tahun lepas, aku tidak berkesempatan dan tidak berpeluang untuk balik ke kampung, jadi di sinilah tempat meluahkan isi hati.

Hakikatnya, bukan hanya pada hari Ibu akanku mengingatimu. Tetapi, setiap detik dan saatku akan ku kenang dikau selalu, kerana dirimu begitu berharga.


Bondaku tercinta, engkaulah juara di hatiku!

____________________________________


Kini, hangat berlangsung kejohanan Badminton Piala Thomas dan Piala Uber. Masing-masing berentap untuk merangkul kejuaraan dan menjulang piala pusingan. Kalau CPL 2010, CHEMICAL ASSESSMENT telah dinobatkan sebagai juara, EPL 2009/2010 pula telah menyaksikan CHELSEA dinobatkan sebagai juara, namun untuk kejuaraan badminton PIALA THOMAS dan PIALA UBER ini, masing-masing dalam teka-teki dan penuh dengan tanda tanya.


Siapakah yang bakal menjadi JUARA untuk Piala Thomas dan juga Piala Uber.




Inilah keputusan di peringkat kumpulan menyaksikan pertembungan antara Malaysia dan Jepun. Pelbagai andaian di atas kertas dibuat, percaturan hebat dibuat, namun segalanya meleset sama sekali sewaktu perlawanan mengambil tempat.


Kejayaan di peringkat awal, memungut 2 mata berturut-turut, masih lagi dapat disangkal kemenangan dan kemaraan pasukan Malaysia untuk bergelar juara kumpulan oleh pasukan lawan. Kejaran berjaya dilakukan untuk mengikat kedudukan 2-2. Sehingga segala bebanan terpikul di bahu pemain perseorangan terakhir iaitu Hafiz Hashim.


Menurut perkiraan rekod peribadi dan pencapaian selama ini, Hafiz mempunyai kelebihan berbanding lawannya dari Jepun. Namun, kejayaan yang lepas tidak menjamin kejayaan hari ini. Akhirnya, Hafiz ditentang hebat dan terpaksa tunduk dan terima kekalahan terhadap lawannya. Semoga kekalahan ini dapat memberi pengajaran kapada skuad negara untuk bekerja lebih keras di peringkat seterusnya, iaitu suku akhir yang akan bermula esok untuk menentang DENMARK!


Begitu juga dengan nasib pasukan wanita untuk Piala Uber, pasukan negara dibelasah hebat 5-0 oleh pasukan China. Namun, kegagalan hari ini bukan bererti Malaysia tidak layak lagi untuk bersaing merebut piala di pusingan suku akhir yang akan bermula esok menentang INDONESIA.


Berikut merupakan undian yang dibuat untuk menentukan kumpulan bagi peringkat suku akhir. Laluan Malaysia tampaknya begitu sukar, namun dengan iltizam, kesungguhan dan semangat juang yang tinggi segalanya boleh berlaku.


PIALA UBER


PIALA THOMAS


Kejuaraan hanya ditentukan dalam durasi lebih kurang 1 jam. Segala penat lelah sepanjang tempoh latihan akan ditentukan habuannya hanya selepas mendapat keputusan dalam setiap perlawanan. Bagaimana nasib pasukan tuan rumah, iaitu skuad tanah air, MALAYSIA?


Semoga Malaysia dapat merangkul kejuaraan!

Siapakah juara pilihan anda?

_____________________________


Sekarang, berlangsungnya study week. Maka tidak lama lagi akan berlangsungnya peperiksaan akhir semester Januari 2010. Selepas ini, 8 bulan akan merindui kertas-kertas ujian, peperiksaan, kuiz, assignment, projek dan segala macam.


Daripada 6 subjek yang diambil, hanya 4 kertas peperiksaan akhir yang akan diduduki. Semoga berjalan lancar dan dapat ditempuhi dengan tenang dan penuh kesediaan.


MINGGU 1



MINGGU 2



MINGGU 3


Segala apa yang dipelajari dan dituntut selama ini selama hampir 5 purnama akan diuji dalam durasi 2-3 jam sahaja. Mendoakan yang terbaik untuk peperiksaan kali ini. Berusaha ke arah kejuaraan kerana kejayaan yang lepas sedikitpun tidak mampu membantu untuk kejayaan hari ini dan akan datang.


Jadilah JUARA untuk diri sendiri!


GOOD LUCK to all CJ7
GOOD LUCK to all FIRC
GOOD LUCK to all UTPian


TRONOH: CHEME JAN'07 PREMIER LEAGUE 2010 (CPL 2010) telah berjaya dilangsungkan di Gelanggang Futsal Kolej Kediaman 5, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Perak Darul Redzuan pada 6 May 2010. CPL 2010 merupakan edisi ke-2 pertandingan futsal antara pelajar jurusan kejuruteraan kimia pengambilan Januari 2007 universiti terbabit. Rentitan daripada kejayaan sulung CPL 2009 pada tahun lalu, maka CPL 2010 wajar diteruskan pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang. CPL 2010 kali ini masih lagi di bawah kelolaan orang yang sama iaitu Zaki Saeed Ahmed Bahakim iaitu pelajar yang berasal dari Yaman.


CPL 2010 merupakan acara kemuncak sebelum bermulanya minggu peperiksaan akhir bagi pelajar-pelajar kejuruteraan kimia tahun 3 semester 1. Kali ini CPL 2010 telah dilangsungkan di lokasi yang berbeza berbanding edisi sulung. Tambahan, CPL 2010 kali ini menampilkan aksi-aksi yang penuh dramatik, di luar jangkaan dan penuh debaran dengan penampilan-penampilan hebat pemain dari jurusan berkenaan.


CPL 2010 telah disertai oleh 6 kumpulan berbanding 7 kumpulan tahun lalu. Antara kumpulan yang mengambil bahagian pada tahun ini adalah kumpulan yang telah berentak untuk edisi CPL 2009 iaitu OREO selaku juara liga CPL 2009, THE NERDS selaku naib juara, FARAMEL yang terdiri daripada barisan pemain luar negara iaitu Egypt, India dan Yaman, GANTAN yang memperoleh pemain baru dari Johor dan menggelarkan diri mereka JOGANTAN pada tahun ini, CHEMICAL ASSESSEMENT iaitu kumpulan yang menukar nama kumpulan daripada V3A-S4, dan tidak kurang hebatnya penampilan kumpulan baru yang penuh kejutan iaitu PEJAMBUBEH.


Format pertandingan untuk CPL 2010 masih dikekalkan, cuma masa perlawanan disingkatkan kepada 10 minit. Pertandingan dilangsungkan secara liga di mana semua kumpulan perlu melalui lima perlawanan utama untuk menentukan mata keseluruhan. Pertandingan bermula seawal 830 pagi dan berakhir kira-kira pukul 1100 pagi selepas selasainya upacara penyampaian piala kejuaraan kepada pemenang.


Kesimpulannya, objektif CPL 2010 berjaya dicapai sekali lagi dengan mengumpul kebanyakan pelajar jurusan terbabit untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain sekaligus melepaskan tekanan sebelum bermulanya musim peperiksaan akhir. Apa yang lebih menarik, penampilan hebat pensyarah sebagai pamain jemputan kumpulan THE NERDS iaitu DOCTOR NURUL HASAN sekaligus dapat merapatkan jurang antara pensyarah dan pelajar.

MAJULAH SUKAN UNTUK CJ7


Untuk keterangan lanjut tentang sejarah CPL, bolehlah layari IMBASAN CPL 2009



CPL 2010




barisan pemain sebelum sepak mula bermula



OBJEKTIF CPL
  • Merapatkan jurang antara kaum keluarga CJ7
  • Melepaskan tekanan perasaan setelah penat menuntut ilmu
  • Menyihatkan tubuh badan
  • Membakar lemak yang semakin bermaharajalela
  • Memupuk persaingan sihat untuk merangkul kejuaraan liga berprestij CJ7


PENYERTAAN CPL

2009
  1. OREO
  2. THE NERDS
  3. GANTAN
  4. KEREPEK
  5. RING DING DONG
  6. FARAMEL
  7. V3A-S4

2010
  1. OREO
  2. THE NERDS
  3. JOGANTAN
  4. CHEMICAL ASSESSMENT
  5. FARAMEL
  6. PEJAMBUBEH


PENGENALAN

Bagi CPL 2010, 6 kumpulan telah mendaftarkan diri untuk bertanding. Setiap kumpulan diberi nama khas dan mempunyai warna tema kumpulan masing-masing. Antara peserta yang mengambil bahagian dalam CPL 201o adalah seperti berikut:


















URUSETIA CPL 2010




organizer dijulang simbolik kepada penghargaan di atas kerja keras menjayakan CPL 2010




tekun dan gigih dalam menentukan keputusan akhir CPL 2010




Wartawan CJ7 merangkap jurukamera sepanjang perlawanan berlangsung



SENARIO PERLAWANAN


Tiada kata-kata mahupun penulisan yang dapat menggambarkan kemeriahan dan kegembiraan sepanjang CPL 2010. Hanya mampu merakam detik-detik yang mencemaskan dan aksi penuh makna buat tatapan. Tidak kurang hebatnya tempik sorak yang menggegarkan bumi Tronoh tanda sokongan padu.

















KEPUTUSAN

Menang kalah adat bertanding. Bola itu bulat, sekali tendang belum tentu tepat menerjah gawangnya. Sekali juara, belum tentu menjadi juara selama-lamanya. Sekali kalah, bukan bererti akan kalah buat selama-lamanya. Apapun keputusannya, terima seadanya dengan hati terbuka. Ada masa, cuba lagi di lain waktu dan ketika.

Keputusan penuh CPL 2010 adalah seperti berikut:



golden boot award : 9 goals




best player




champion CPL 2010 : CHEMICAL ASSESSMENT


Ranking CPL 2010
  1. CHEMICAL ASSESSMENT
  2. FARAMEL
  3. THE NERDS
  4. PEJAMBUBEH
  5. JOGATAN
  6. OREO

Juara liga 2009, OREO jatuh merudum, bukan beerti mereka tidak akan bangkit untuk CPL 2011.

JOGATAN masih lagi di takuk lama, bukan bererti akan kekal di situ selama-lamanya.

PEJAMBUBEH beraksi di luar jangkaan dan membuat kejutan walaupun pertama kali menampilakan diri.

THE NERDS hilang taring, mungkin kerna tidak cukup pemain asal, namun cukup menyerlah dengan kedatangan pemain jemputan.

Faramel terus mengorak langkah, manaiki tangga liga, mungkin nanti bakal juara.

Chemical Assessemnt, juara CPL 2010, mungkin akan kekalkan takhtanya di CPL 2011!


keputusan akhir



PENUTUP


Maka, berakhirnya CPL 2010. Chemical Asssessment dinoabtkan selaku juara CPL 2010. Tahniah buat juara, tahniah juga kepada bukan juara. Sampai ketemu lagi di CPL 2011 akan datang.


CHEMICAL ASSESSMENT : kembalikan memori lama, mencipta sejarah baru


AWAS! JOGANTAN akan kembali beraksi di CPL 2011



See you in the next session!


CERITA MENARIK


Lihatlah bagaimana perasaan bilamana lecturer sanggup bermain futsal bersama pelajar, bersama pasukan the nerds

Ketahuilah sejarah penubuhan juara baru CPL 2010 di sejarah team chemical assessment

Bersama selami perasaan anggota kumpulan juara CPL 2010 dari kumpulan CHEMICAL ASSESSMENT iaitu kamil dan aminbaek

Kejatuhan OREO secara mendadak, membuat satu kejutan besar buat warga CJ7, tetapi berilah peluang dan kesempatan untuk oreo membela diri

Sekian laporan untuk CPL 2010, sampai ketemu lagi di CPL 2011!



kenangan terindah sebelum internship
berpisah selama 8 bulan, masing-masing membawa diri ke destinasi masing-masing
CJ7 is the best!

Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama barisan urusetia dan peserta CPL 2010!

MEMORI NASI LEMAK AYAM GOLEK

pertama kali cuba merasa
nasi sedikit diminta tambah

bersila lentik amatlah selesa

di bawah pondok beratapkan nipah




nasi lemak ayam golek menu utama
tidak dilupa mencuba tomyam
jus gelas besar dinikmati bersama
kek istimewa dirai berenam





jus oren jus lobak
bersama mereka pasti tergelak




kek indah berwarna-warni
terpahat nama kanan dan kiri




kek kecil sama berbahagi
ada masa ketemu lagi




kami rakan sejawat

juga teman dan sahabat

_________________________

dedikasi teristimewa buat semua teman
  • khazaidi
  • waheeda
  • alif
  • hani
  • asif


psst: sedikit terharu, first time sambut birthday ada kek,haha. Sedih kan bunyi, tapi tu lah hakikat hidup 21 tahun. Terima kasih tidak terhingga. Akan kuselit kenangan semalam, memori nasi lemak ayam panggang, dalam kotak fikiran dan memori ingatan! Gembira dikurniakan teman seperjuangan yang memahami, adik-adik yang amat mengerti seperti kalian! Pasti susah untuk dicari ganti. Semoga ukhwah yang terjalin tersimpul rapi.



sape-sape nak try nasi lemak ayam golek, jom datang perak. Try sepinggan konpem tak cukup, paling kurang 2 pinggan. Pekena plak jus buah gelas besar. Betul-betul hao liao,hak3
PART 1 : WARKAH BERLAGU PILU

Kerana kemalasan dan keliatan untuk ke kelas, tidur diperam. Akhirnya terlajak sehingga pukul 800 pagi. Sepatutnya kelas bermula pukul 800 pagi. Di minggu-minggu terakhir lecture ni, konfius mula berlaku. Nak pergi kelas ke tak? Tak nak pergi ke nak? Nak ke tak? Next week dah nak study week. Minggu ni last lecture week. Baik pergi ke tidak? Aih, susah-susah. Nak pergi kelas pun liat.


Apepun mandi dulu, siap-siap baru fikir balik nak pergi ke tak. Tanya-tanya member, macam ramai je tak pergi. Aih, jam dah pukul 820 pagi. Baru 20 minit kan lewat. Kalau pergi konfem dapat ilmu. Tak banyak, sikit pun jadi. Okey, dengan penuh TEKAD dan ILTIZAM, melangkah ke luar bilik dengan kelam-kabut meluru ke kelas.


Dalam perjalanan, otak merewang-rewang. Mesti ramai ni tak pergi kelas. Cis, ada lagi niat malas nak pergi kelas, haha. Alamak, kad matrik tertinggal la plak. Kalau pak cik baju biru (SECURITY) nampak, konpem dapat warkah berlagu pilu (saman), nanti rugi RM30. Tengok jam, dah pukul 830 pagi. Ahh, lantakla. Dah lewat ni, nak patah balik pun dah lewat.


Langkahan kecil dibesarkan, hasrat murni diteruskan.


Tiba-tiba



Ambek kau, kan dah ada tercegat kat sana. Monolog dalaman berlaku. Dah cuak. Nak lari ke tak? Tengok macam dah ada kena tahan tuh. Buku saman ada kat tangan tuh. Nak cabut ke tak nih? Ades, hari ni penuh dengan kekonfiusan. Sambil maju ke depan, sambil fikir alasan. Tapi, dalam benak fikiran dah bimbang takut melayang duit RM30. Kalau beli chicken chop dah boleh 6 set kan. Argh, pergi je lah. Kelas dah lewat ni.


Akhirnya


PAK GUARD : mana kad matrik?

BUDAK LEWAT : maaf pak cik. saya tertinggal kad matrik hari ni sebab nak cepat. kelas pukul 8, sekarang dah pukul 830. saya dah lewat, terlupa nak bawa kad matrik.

PAK GUARD: pak cik bukan apa dik, kalau saman RM30. Banyak tuh

BUDAK LEWAT: maaf pak cik, saya betul-betul terlupa hari ni. nak cepat tadi

PAK GUARD: oklah macam tu, lain kali pakai

BUDAK LEWAT: terima kasih pak cik.


Fuh, alhamdulillah selamat duit RM30 aku. Jimat kan? Apa lagi, cepat-cepat pergi kelas. Masuk kelas, nasib baik belum start belajar,haha. Duk isi-isi evaluation form je. Selamat!!!!! Sesi pembelajaran diteruskan, angguk sana angguk sini.




PART 2 : TENDANG BOLA MASUK GOL

Hari ini juga, pihak Garnier Men buat promosi kat kampus. Semua jejaka-jejaka kacak disogok dengan satu produk sample free. Isi nama, emel, berapa kali cuci muka sehari, dapat satu sample free. Alang-alang kena tahan oleh amoi-amoi, isi je lah. Kesian diorang berdiri di bawah bahang matahari yang panas terik.


Hasilnya

Dapatlah benda ni free, 15ml je. Ok apa, boleh tahan 2 minggu, kalau beli RM2 kot,haha. Jimat-jimat! Barang free, apa salahnya mencuba kan? Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.


Lepas tuh, pergi kelas Professional Communication Skill (PCS), kelas terakhir untuk semester ini. Habis pukul 300 petang. Berjalan pulang ke kolej kediaman. Sekali lagi melalui kawasan promosi Garnier Men. Adeh, promosi habis-habisan nampak. Apa lagi, participate la sikit-sikit. Time tuh, ada 1 to 1 futsal challenge. Siapa menang, dapat produk Garnier free.


Dengan sengalnya, aku join. Lawan plak dengan pemain terbaik futsal. Berpeluh-peluh nak jaringkan gol. Pelbagai aksi ditunjukkan. Tendang, libas, sepak dan rembat (hiperbola je, jangan percaya). Akhirnya, GOOOOLLLLLLLL. Aku jaringkan gol dengan mudah sebab sebenarnya kitorang dah pakat. Acab kasi can aku menang,haha. Terbaik la kawan. Nanti kita share ye hadiah,hak3


Habuannya



Apakah ini? Owh, rupanya benda alah yang pakai kat bawah mata. Aiyakk, tak pernah terlintas kat kepala lutut, eh kepala otak nak pakai benda-benda gini. Barang free apa lagi, sekali lagi, rembat je lah. RM 25 kot satu kalau beli. So, sekali lagi jimat di hari Isnin yang mulia ini. Hari berjimat-cermat sedunia la hari ni,haha.



Ni lah rupanya benda alah tu. Tak reti nak guna weh. Perlu ke pakai benda alah ni. Silap haribulan, aku pakai buat diodorant,haha. Acab, nanti ko nak guna datanglah ambil. Kita share la ye. Mana tau hilangf sikit kan lebam-lebam bawah mata kita.


Belum cuba belum tahu. Mana tahu jadi kacak macam ni



Pasni, ramai lah budak kat kampus ni guna produk Garnier Men. Semua jadi macho macam brother Fahrin Ahmad,haha. Pastinya akan menggugat kedudukan Abu Hensem


Kesimpulannya, hari ini hari jimat sedunia
Bebas daripada saman RM30
Sample 15 ml Garnier Men RM 2
Garnier Men Aquafuel RM25
Total penjimatan RM 57

pssst: terima kasih juga kepada semua yang terlibat untuk prank birthday yang sudah lapuk. Best makan bersama di bawah bangsal buruk, pekena nasi lemak ayam golek, jus gelas besar, tom yam dan kek special!
“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”

“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”

"Fuck Nik Aziz!!!!!!!!!"


Kalau ada yang berkata sebegini rupa, apa pandangan anda?

Ini bukan satu sandiwara politik, ini bukan permainan fitnah, ini satu kenyataan, kepastian yang lengkap dengan bukti.



Itulah antara kata-kata kesat yang diterjemahkan dalam bentuk penulisan oleh seorang pemuda Melayu dan Islam kepada Menteri Besar Kelantan.


Siapa yang patut dipersalahkan?


Sudah terang lagi bersuluh, sudah pasti orang yang telah berani bertindak tanpa memikirkan kesan dan akibatnya



Pertama kali aku menyentuh isu politik di ruangan ini. Aku mengaku, aku kurang arif tentang isu politik. Ini bukan bermakna aku tiada hak untuk berbicara soal politik. Tapi, hakikatnya aku memang kurang minat sikit nak berbicara soal politik. Habistu, ini apa?


Ini memang soal politik. Tapi masalahnya, kes ini telah melampaui batas. Rasanya tidak salah untuk aku berbicara soal ini. Sedikit teruja untuk memberi sedikit pandangan terutama kes tersebut bersangkut-paut dengan pemimpin Kelantan.


Sedikit pandangan, apa yang telah berlaku tuh, sila jadikan pengajaran kepada semua. Bukan sekadar politik, apapun jua cabang kehidupan kita. Jangan sesekali berani bertindak membabi buta tanpa memikirkan kesan dan akibat.


Apapun pegagangan parti politik, jangan sesekali bertindak melampaui batas. Jangan sesekali mahu tunjuk hebat dan jangan sesekali terlalu taksub. Berpada-pada sudah ler!


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa

Terlajak taip kat facebook?
Kan tak pasal-pasal account facebook dah tak activate
Kan tak pasal-pasal dah kecoh satu negara
Kan tak pasal-pasal dah kena buru sekarang

Maklumat lanjut:
laporan polis

Oh! Tidak


Adeii, parah-parah. Dah kecoh isu ini, lepas ni isu apa plak ye. Sudah banyak kes melibatkan facebook nih. Dulu kes artis ugut nak bunuh wartawan, kali ini pemuda nak bunuh menteri besar plak. Semua gara-gara facebook, bak kata orang dunia di hujung jari. Mudah kan, dengan hujung jari je kita dapat meggemparkan dunia. Kalau berani, cubalah buat.


Nasihat daripada penaja, berhati-hati di alam maya aka dunia siber/ internet. Jangan taip ikut suka hati.


psst: aish, umur dah cukup..belum daftar lagi untuk mengundi..nak undi dacing ke, bulan ke, bulan sabit ke, roket ke, payung ke. konpius-konpius..jadi pemerhati politik boleh tak, tak payah mengundi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...