SHABU-SHABU EPISOD 2

/
16 Comments
Selesai sudah cerita untuk episod 1, nak baca klik sini -> SHABU-SHABU EPISOD 1 , kini tiba pula SHABU-SHABU EPISOD 2.

Cerita kali ini sudah pasti berbeza daripada episod yang lepas. Sudah tentu semua sudah tahu apa itu SHABU-SHABU dan apa keistimewaannya. Kali ini, sedikit maklumat tambahan mengenai RESTORAN SHABU-SHABU untuk dikongsi.
  1. Terdapat 2 bahagian di restoran tersebut : ruangan air-cond dan ruangan merokok
  2. Juga disediakan western food seperti chicken chop, fries dan anak-beranak
  3. Kuah steamboat boleh ditambah bila-bila masa tanpa sebarang extra charge
  4. Pelayan restoran beruniform tshirt merah
  5. Paling penting kena peka : Terpampang notice RM 5.00 will be charged if you waste 100g of food

Selang 3 hari dari SHABU-SHABU EPISOD 1 pada 2 April, pada tanggal 5 April 2010 sekali lagi bertandang ke RESTORAN SHABU-SHABU, MANJUNG. Walaupun tempatnya sama, makanannya pun hampir sama ditelan, tetapi, kenangan yang terpahat tetap di hati, ades. Satu tujuan, satu destinasi, satu hasrat dan satu tekad iaitu ke SHABU-SHABU untuk menjamu selera bersama teman dan taulan!



SHABU-SHABU menjadi pilihan untuk melepaskan tensi dan tekanan perasaan
di samping menjamu selera, kempiskan dompet, kembungkan perut


bersama bala tentera iaitu seli - muzek - fazly - amir
ada antara mereka yang sudah serik bertamu ke SHABU-SHABU
sebab?
mungkin ada antara mereka sampai pening dan muntah-muntah dek kerna overdose daging kambing
mungkin juga kerana ada antara mereka yang demam kekenyangan teroverdose makanan
tu la der, makan biar ingat dunia,hak3
Handphon usang tak nak melepaskan peluang untuk posing bersama mereka




Antara sebahagian kecil mangsa santapan
Steamboat kuah tom yam memang terbaik
Pekat, merah menyala, pedas membara
Fuh, layan habis




pinggan mangkuk berselerakan menandakan kemeriahan menjamu selera
Segala apa yang ada di depan mata di ngap dengan sopan dan konsisten
Bukan apa, takut kena denda RM5
Lagipun, membazir itu amalan syaitan
Makan kenyang perut membuntal
Tapi kena berhenti makan sebelum kenyang


kepelbagaian juadah yang cuba dihabiskan oleh mereka berdua
tanpa mengenal erti putus asa dan kenyang perut
mereka teruskan menelan apa yang terhidang di depan mata
usaha tangga kejayaan
makan eskelator kekenyangan


fokus dalam santapan tanpa menghiraukan orang sekeliling adalah tips terbaik untuk cepat menghabiskan juadah
ngap ngap ngap sehingga titisan peluh terakhir



senyuman lebar tanda kekenyangan
erkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
alhamdulillah

__________________________________________

notakaki: 2 entri berturut-turut pasal SHABU-SHABU. Promosi habis-habisan nih. Kalau tokey die baca ni, konpem terharu. Silap haribulan, dapat makan free gamaknya!


Selamat mengunjungi Restoran Shabu-shabu beralamat di:
No 91-93, Persiaran PM2/5,
Pusat Bandar Seri Manjung Seksyen 2,
32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan

ataupun boleh dihubungi melalui nombor talian:
012- 563 9641 ATAU 05- 688 7807


You may also like

16 comments:

  1. hohoh. harapan pada ayat terakhir tu macam besar aje kan... owner dia Muslim ke, incik penaberkala?

    Suruhlaaaaaaa dia bukak cawangan kat lembah Sintok ni haaa~ :p :P :P

    ReplyDelete
  2. haha...lawakla ayat kamu
    "fokus dalam santapan tanpa menghiraukan orang sekeliling adalah tips terbaik untuk cepat menghabiskan juadah"
    ...tip berguna..hak2

    ReplyDelete
  3. hoh sedak2..bilo lagi nih.kato nok blanjo haha

    ReplyDelete
  4. hohoho..emmmmm....
    INTERESTING!!!!!

    ReplyDelete
  5. norashikin rahmat:
    harapan yg cuma tinggal harapan je tuh,haha

    ReplyDelete
  6. amirah:
    tips berguna? boleh la amalkan ye

    ReplyDelete
  7. ELf:
    bereh2..mula kito gi plop..
    tempat lain la plop
    borim dah situ

    ReplyDelete
  8. whitedaisy:
    klu cik yana memasak mesti lg interesting
    lagi lazat kot,hoho

    ReplyDelete
  9. hamboihhh....
    mkn je korg eh...
    ;))


    waaaa....
    wndu nk blik utp...
    nk lepak2...
    hukhukhuk...

    ReplyDelete
  10. *pinky *winky *specky:
    haha, jgn jelous ye
    ni la tmpt kami nk release tension

    aik terbalik plak, budak2 sini smua tak sabar nk pi intern

    ReplyDelete
  11. I’m wondering now if we can talk about your sites statistics – search volume, etc, I’m trying to sites I can buy adspace through – let me know if we can talk about pricing and whatnot. Cheers mate you’re doing a great job though.

    ReplyDelete
  12. Mekasih Kepada semua yabg minat dgn Restoran Shabu Shabu, Manjung.Sebenarnya sekarang kami dh ada facebook diatas nama : Restoran Shabu Shabu, Manjung. Semua informasi-informasi terkini kami akan dipamerkan di facebook. Bagi pengetahuan anda, sekarang kami ada 2 promosi hebat, nak tau? tengok lah kat facebook kami .

    ReplyDelete
  13. Restoran Shabu Shabu:
    sama-sama
    oh, dah ada facebook dan blog rupanya
    semoga bisness maju jaya

    ReplyDelete
  14. Sekarang anda boleh buat online booking melalui : http://www.restoranshabushabu.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Restoran Shabu Shabu:
    ok, terima kasih untuk makluman

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...