BANCIAN

/
51 Comments

Kalau dulu, bab-bab bancian ni, orang buat dari rumah ke rumah. Bawa kertas, bawa pen, pergi ke kampung-kampung. Bagi salam, bertanya khabar, bersila lentik, pekena kopi/ teh secawan kemudian bertanya soalan bancian.

Tetapi hari ini segalanya cukup mudah. Dunia di hujung jari. Nak buat bancian, tak payah susah-susah berjalan keliling kampung, tak payah bazir kertas dan dakwat pen. Semuanya boleh dibuat menggunakan kemudahan internet. Masa jimat, duit jimat, yang paling penting tenaga pun jimat.

Maka hari ini, rasanya nak buat sedikit bancian. Bancian berkaitan topik yang dipilih untuk PERSUASIVE PRESENTATION untuk subjek PROFESSIONAL COMMUNICATION SKILL yang akan dinilai pada hari SELASA ini iaitu bersamaan 20 APRIL 2010.



Minta jasa baik tolong jawab soalan bancian ini. Jawab dengan senyuman ok, jangan paksa diri.
Kerjasama anda didahulukan dengan ucapan terima kasih banyak-banyak.


TOPIC : BLOOD DONATION / DERMA DARAH




(1) Jenis darah anda? - A, B, AB ataupun O


(2) Pernahkah anda menderma darah?

  • Ya - teruskan menjawab soalan 3, 4 dan 5
  • Tidak - teruskan menjawab soalan 6

(3) Sudah berapa kali anda menderma darah?

(4) Bila kali pertama menderma darah?

(5) Bila kali terakhir anda menderma darah?


(6) Faktor anda belum pernah menderma darah

***takut/ tidak berkesempatan/ tiada masa/ tidak cukup syarat/ ada HIV/ sebab-sebab lain


SOALAN BANCIAN TAMAT




Di atas khidmat nasihat cik anem, pembanci pun kena jawab soalan bancian sendiri:

  1. O+ jugak - golongan penderma universal (pemurah) tapi cerewet dalam menerima (O je ye, yang lain tak layan)
  2. Ya
  3. 3 kali
  4. 28 march 2008
  5. 24 februari 2010
sekian!





You may also like

51 comments:

  1. err...kena jawab satu persatu ke ni ??

    sis darah jenis O ... penderma universal

    seingat sis,xpenah lg derma2 darah ni...jenis kurang darah pun..huhuhu...

    ReplyDelete
  2. salam alaik~

    orang lain revise exam, dia pulun bancian.

    1. O +ve, universal donor, kira golongan2 pemurah la ni ^^p

    2.ya

    3. baru sekali. ^^p tiap2 kali yg lain selalu tak boleh derma sebab denggi lah, baru lepas tranfuse darah lah (semua ni kena tunggu 6bulan baru boleh derma), dan etc

    4. 9 march 2010

    5. ulang jawapan 4.

    6. ni nak jawab jugak. memang kadang2 tu rase takut jarum gak nguah2 tp tak menghalang utk derma. apa barang bai nurse takut jarum heh3

    p/s: sebab pernah menerima darah orang lain bila kita memerlukan, sedar akan rasa tanggungjawab tu lebih besar utk tolong orang lain yg memerlukan..jom sama2 derma darah!

    p/s 2: tuan penaberkala pun sila2 la jawab bancian sendiri

    ReplyDelete
  3. Darah A+.
    Tak pernah derma darah,
    sebab ambik ubat tiap2 hari.

    ReplyDelete
  4. Ummi Hanie:
    owh, kurang darah termasuk dlm golongan tak cukup syarat
    btw, terima kasih sis hanie

    ReplyDelete
  5. wanufara:
    w'salam
    tenkiu sudi korbankan sedikit masa utk jawab bancian ini

    i got your point, once we face the situation, we feel that it is a need to donate and this is our responsibility

    ok, nnt saya jawab

    ReplyDelete
  6. hai, nak jawab bancian

    1. akak darah O
    2. pernah derma
    3. 2 kali
    4. 2005
    5. 2008

    ada beberapa kali cubaan nak derma darah, tapi selalu fail sebab zat besi tak cukup. hehe

    ReplyDelete
  7. 1-AB

    2-ya

    3-2 kali atau 3? lupa.. atau 1??

    4-time PLKN

    5-xingat.

    jwpn bancian tamat

    ReplyDelete
  8. 1. Jenis darah, 'O'
    2. Belum pernah menderma darah
    6. Tak cukup berat badan.

    ReplyDelete
  9. 1) darah B

    2) tak pernah derma darah

    6) Tak cukup syarat-kurang berat badan

    * teruja dan teringin nak derma darah

    ReplyDelete
  10. asilahkassim:
    terima kasih akak
    dapat satu lagi point
    at least, bila kita menderma darah, kita boleh tahu tahap kesihatan kita terkini!

    ReplyDelete
  11. cik pingu:
    tq sudi jawab
    darah AB? suka menerima nih, semua jenis darah die boleh terima
    Penerima universal!


    statistik terkini:
    0 = 5
    AB= 1

    ReplyDelete
  12. norashikin rahmat:
    owh, tak cukup berat badan
    xpe, boleh cuba len kali
    naikkan berat badan,hak3
    selamat menderma darah!

    ReplyDelete
  13. cik pingu, darah ab orang yg kedekut hihi~ boleh derma sesama ahli je, kire kesetiaan tak berbelah bagilah ni ^^p

    ReplyDelete
  14. Nak jawab juga..!..haha..tuk kongsi pengalaman yg sedih..adehh..:(

    1. Darah A
    2. Tidak..:(
    6. Tidak cukup syarat!..haemoglobin kurang..darah cair..:((..sedih jek..da la sedang berkobar-kobar time tu,nak menderma..huhu~

    sabau je la..~

    ReplyDelete
  15. darah 0 (+ve)

    x pernah derma darah

    sbb xderma darah
    -x bkesempatan
    -agk takut2.,
    -kurang kesedaran

    ReplyDelete
  16. 1. Darah O neutral (ade ke yg neutral?)
    2. Ya
    3. 3 kali
    4. tarikh x ingat tp yg 1st time tu ngan encik pena la..

    Jangan takut nk derma..anda x rugi 1 sen pom.malah dapat selamat kan duit ramai orang.haha. duit untuk persiapan kenduri jenazah aisey... :P

    akhir kalam,mendermalah... MAJULAH DERMA DARAH UNTUK ENCIK PENA..

    sekian..

    :P

    ReplyDelete
  17. 1. B kot...haha.. ;b

    2. tidak!!

    3. takut...haha...sgt2 takut sampai penah pitam maser kat matrik maser wat amali ujian darah.. ;b

    ReplyDelete
  18. eh komen saya tiada?
    emm k2 jawab utk kali ke 2

    1) jenis B

    2) tak pernah

    6) tak cukup syarat-berat xckup

    *teruja dan sgt teringin menderma darah
    en khairul anuar pernah derma darah?

    ReplyDelete
  19. wanufara:
    haha, betul tuh
    darah AB untuk mereka aje

    ReplyDelete
  20. اِسمِي نَادِيَة:
    xpe, asal semangat nk derma dh ada
    klu x cuba nk derma, konpem tak tahu hemoglobin darah tak cukup

    ReplyDelete
  21. cikTi:
    pengakuan jujur dan ikhlas dari cikti
    harap2 lps ni dpt kesedaran,hak3
    derma la cikti, darah O ni semua org perlu

    ReplyDelete
  22. ELf:
    darah O neutral, dari planet mana ni? haha
    kita serupa, 3 kali
    bila plak next?

    ReplyDelete
  23. cik madu ♥ :
    ish3, kena atasi tuh fobia takut darah
    acu cuba try test len kali
    kalau pitam lg, xpayah la, kesian

    ReplyDelete
  24. amirah:
    sori2, komen cik amirah tersangkut tadi,hak3
    tq sbb jwb kali ke-2

    sy pernah derma darah, utk penjelasan tgk kat entri

    ReplyDelete
  25. Alynn Notnot:
    tq sudi singgah dan jwb bancian
    takpe, keadaan tidak mengizinkan la tuh

    ReplyDelete
  26. bukan takut darah..tapi takut dicucuk untuk ambik darah...sakitnyer...
    xm02... (-__-)

    ReplyDelete
  27. penah nak pegi derma,tp asyik kene reject je..hohoho, ada je halangan.. nak derma darah pun mmg banyak syaratnya...

    ReplyDelete
  28. (1) A

    (2) Ya!!

    (3) 2 kali. [kali ke-3 tak lepas,sebab tak cukup iron.wuwu]

    (4) 28.08.2008. Tarikh bermakna tuu.

    (5) Lebih kurang setahun kemudian.

    Tak sakit pun sebenarnya derma darah ni. Pengalaman pertama derma darah, rasa puas, sebab rasa macam dapat tolong orang.

    ReplyDelete
  29. 1. A+
    2. Tidak
    6. Xcukup syarat.Tidor kurg 8 jam. So,tekanan darah xsesuai utk menderma. (average tido 4-5 jam sehari.huhu)

    ReplyDelete
  30. 1)jenis darah A
    2)neva2
    6)bila nak derma je jadi nervous.

    Dah jwb dah =D

    ReplyDelete
  31. oh kamu darah o
    nasihat saya kamu kena jaga darah kamu elok2, jgn bg tumpah byk t ssh mo ganti..hehe

    ReplyDelete
  32. 1. darah saya jenis B, tepatnya B-, macam subject2 plak kan? pelik aq, hahah

    6. bukan takot, aq g cek nak derma, pahtu dr tanye ade penyakit x? aq jawab r ade je, asma, trus dia kate xyah derma, hohoho

    ReplyDelete
  33. aku nak jawab pun aku xtahu darah aku jenis apa

    ReplyDelete
  34. cik madu ♥:
    tak sakit pun la, kerengga gigit lg sakit
    tak cuba tak tahu

    ReplyDelete
  35. rossoneri:
    owh, mcm tu ke..cuba lg len kali.
    betul lah, nk derma drh ni bkn kes main2..byk benda kena ditimbang-tara

    ReplyDelete
  36. f is fikah:
    thanx sudi jwb survey ni
    okla dh ada pengalaman
    next time blh derma lg

    ReplyDelete
  37. Nash:
    tq nash share info kat sini
    ak pernah gak derma skali time tak cukup tidur
    nasib baik tak jadi apa2

    ReplyDelete
  38. ~kuyam~:
    haha, nervous jd penghalang
    next time kena try tuh
    cari pengalaman, skali pun jadi,hak3

    ReplyDelete
  39. amirah:
    yup, darah O
    tq utk nasihat tuh
    xpe, klu ada apa2 kontek je org2 yg komen kat atas tuh,hak3
    rmai je yg ckp darah O

    ReplyDelete
  40. KaiZeN SHiNoBi:
    owh, mcam tu ke..maybe die takut ada komplikasi kesihatan kot..
    btw, thanx for sharing info

    ReplyDelete
  41. hans:
    haha, biar btol bro ko tak tau darah apa
    kena gi cek tuh, kena O- susah nk cari nnt

    ReplyDelete
  42. bagi yg takut2 ni, belom cobe belom tawu kan penaberkala ^_^

    nasihat kesihatan:
    ~bg yg kurg hemoglobin sile2lah mkn organ hati, bayam etc utk iron, skali check xckup hemo, xbermakna selamanya xckup =)

    kasihanilah orang2 yg mmerlukan, islam kan bersaudara ^________^

    ReplyDelete
  43. wanufara:
    terima kasih atas nasihat dan perkongsian ilmu
    mmg pun, tak cuba tak tahu

    nasihat kesihatan dari nurse bertauliah,haha

    ReplyDelete
  44. 1)B

    2)PENAH

    3)2 TIMES

    4)25 APRIL 09

    5)17 APRIL 10

    ReplyDelete
  45. sYazana zen saferdin:
    orite, tenkiu
    teruskan menderma april 2011 akan dtg

    ReplyDelete
  46. terry bogart:
    orite, thanx
    2010, bila nk derma?

    ReplyDelete
  47. wanufara:
    x present lg, postpone plak
    next week kot

    ReplyDelete
  48. thanx to all respondants
    presentation done!!!

    ReplyDelete
  49. Pembetulan:bukan kurang darah tapi kurang hemoglobin dalam darah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...