BABY

/
12 Comments

Tanpa Agama Manusia Binasa

Tanpa Ilmu Manusia Buta

Tanpa Iman Manusia Sengsara

Tanpa Ukhwah Manusia Tersiksa


Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya?


Bu, adik cuma ingin bertanya…


Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...


Ibu ingat tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?


Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan kesetiaan ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?



Masa berlalu,
Hari ini selepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?


Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Ke mana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun bencikan kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?


Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?


adik cuma nak tanya je bu....



Renung-renungkanlah !!!

_____________________________________

emel berantai yang diterima berkali-kali dan menyinggah ke peti inbox. Monolog yang menarik untuk direnung bersama. Terdetik untuk publish monolog ini setelah kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi saban hari. Setiap hari, di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen, kes pembuangan bayi semakin rancak diperkatakan.

kalau dulu, pembuangan bayi di sekitar perumahan mahupun masjid sudah dicerca dan dihina masyarakat. Tapi hari ini, ia lebih teruk dari itu. Bukan setakat membuang bayi, malah telah maju setapak dengan membunuh bayi. Selain itu, pembuangan bayi yang tidak berdosa lebih teruk dari membuang sampah-sarap. Bayi dibuang merata-rata tidak kira tempat.

Paling menyedihkan, ada bayi yang dibuang telah menjadi santapan istimewa si binatang bergelar anjing. Adakah si pelaku itu mempunyai akal dan fikiran?

Kalau awal tahun 2010, kita dikejutkan dengan kes PEMERDAGANGAN yang melibatkan BAYI dan kanak-kanak ke luar negara. Tapi hari ini, kita sering dikejutkan dan digemparkan dengan kisah-kisah tragis pembuangan bayi yang sungguh menyayat hati dari semasa ke semasa. Siapakah pelakunya?

Apa yang hendak disampaikan, BAYI adalah bukan haiwan. Mereka tidak bersalah dan langsung tidak berdosa. Kenapa mereka sanggup berbuat sedemikian? Adakah untuk membebaskan diri dari belenggu masalah ataupun sudah tidak mampu berfikir dengan waras? Siapakah yang harus dipersalahkan? Apakah pendekatan terbaik untuk membanteras kejadian pembuangan bayi seumpama ini? Bilakah ia akan berakhir? Semua itu perlu kita jawab. Semoga perlakuan seumpama ini dijauhkan dari berlaku ke atas keluarga dan kaum keluarga kita, nauzubilla hi minzalik

Kini, lagi kes yang melibatkan bayi digembar-gemburkan. Satu topik yang sama iaitu BAYI tetapi dua keadaan yang berbeza. Nasib baik bukan berlaku di negara kita. Nak tahu? Nah, tengok kat bawah ni.


Kuatkan hati, kentalkan diri, jauhi perilaku ini!






Agaknya, dah tiada makanan lain di dunia ini yang lebih lazat dan menyeleraka untuk dimakan. Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Itulah hakikat yang perlu diterima tentang kehidupan hari ini. PELIK TAPI BENAR!

Masih tidak berasa loya? Sila klik di sini. Amacam? Pelik bukan


Sekadar pandangan. Sekadar berkongsi maklumat yang diterima melalui emel. Terima kasih kepada sesiap yang telah panjangkan emel ini. Nice info to know! Untuk kesahihan dan maklumat lanjut, bolehlah bertanya GOOGLE dan kaum kerabat untuk maklumat tambahan.


You may also like

12 comments:

  1. salam,.

    gmba atas2 tu xleh tngokla,.,


    tp,,hk bawah2 nih,.,.
    sungguh kejam dan zalim,.

    geli pon ado jgk,.

    manusio mkn manusio,.,

    dnio nk kiamatt,.,

    ReplyDelete
  2. gambar dari gmail tu, kena up balik. tak kuar kat sini.

    ReplyDelete
  3. cikTi:
    wsalam
    owh, gambar atas tuh ada masalah teknikal sikit td
    tengok la gambar hok atas2 tuh, br edit

    yup, hok bawah tuh meme zalim
    tengok pun luga
    dunia oh dunia

    ReplyDelete
  4. nifi a.k.a beliamuda:
    owh, patut pun cikti oyak tak dpt tengok
    br edit..thanx nipi

    ReplyDelete
  5. speechless.

    bukan tugas kita untuk keji apa yang diorang lakukan tu, tapi cuba fikir balik, kat mana peranan kita..

    ReplyDelete
  6. MasyaALLAH.....!!!!!
    zalim!!!
    ngeri..:((

    na'zubillahiminzalik...

    ReplyDelete
  7. norashikin rahmat:
    mmg bkn tugas kita utk keji apa yg diorang buat,
    tapi sbg manusia kita berhak utk bersuara atas tindakan yg tidak sewajarnya

    yup, yg penting kita tahu peranan kita

    ReplyDelete
  8. PENGHUNI BUMI ALLAH:
    tapi itulah hakikat hari ini

    ReplyDelete
  9. biasalah 2..dalam dunia ni mcm2 benda jahiliah berlaku cuma antara nmpk ngn xnmpk. Bila akal yang dikurniakan xdpt digunakan sebaiknya maka terjadilah perkara yang diluar batasan agama. Sayang sekali, rupa yang cantik dengan akal yang sempurna disia-siakan untuk kenikmatan dunia.

    Pendidikan seks harus diwujudkan bermula tahap sekolah rendah supaya kanak2 juga dapat mengetahui perkembangan biologi badan mereka dan lebih menghargai setiap anggota badan drpd dianiaya manusia lain

    ReplyDelete
  10. amirah:
    fuh, baguih pandangan cik amirah
    yup, harap2 kita semua tidak tergolong dlm golongan tersebut

    apepun, entri ini sekadar renungan dan perkongsian..

    "Apabila melihat kemungkaran diantara kamu, maka tegurlah dengan tangan. Kalau tidak bisa, maka tegurlah dengan lisan. Kalau tidak bisa, maka cukup dengan (membenci) dalam hati. Dan demikianlah selemah-lemah iman.”

    ReplyDelete
  11. buat ape tu potong2.2.geli haih

    ReplyDelete
  12. Cik Su:
    dia potong-potong utk jadikan bayitu sebgai makanan dan santapan, adoiii
    pelik kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...