Salam 1 Malaysia buat semua


Facebook
tetap juara!
Ye, banyak masa aku luangkan menghadap facebook.
Baru 1 tahun bergelumang ke kancah facebook.
Rasanya macam sudah 10 tahun, begitu besar impaknya kepada aku.
Facebook, segalanya ada.
Dari update status, tag photo sehinggalah kuiz-kuiz dan game yang menarik perhatian.
Walaupun facebook juara, tapi perkara yang lebih penting mesti tetap nombor 1 ok!


Melalui facebook,
Aku dapat jumpa rakan-rakan lama sekolah rendah yang hampir 10 tahun tidak berjumpa
Aku dapat berhubung dengan sanak-saudara terutama sekali kaum keluarga terdekat
Aku dapat rakamkan setiap detik-detik manis dengan tag photo-photo yang menarik
Aku dapat bertanya khabar dan sapa-menyapa dengan rakan-rakan dan semua kenalan


Dan semalam, tanggal 28 APRIL 2010, facebooklah tempat aku mendapat ucapan HAPPY BIRTHDAY, SELAMAT ULANGTAHUN, SELAMAT HARI LAHIR, SHENGRI KUAI LE dan seangkatan dengannya paling banyak dalam hidupku daripada semua insan yang aku kenali.
Walaupun ia satu benda yang agak kecil dan simple, ucapan-ucapan yang diterima mampu membuatkan aku senyum sampai ke telinga di sebalik kesibukan yang melanda dek kerna tugasan dan test.
Dengan berbesar hati, terima kasih diucapkan kepada semua. Sekurang-kurangnya, ucapan daripada kalian mampu buat diri ini rasa gembira, suka hati dan akhir sekali mengingati aku akan mati kerana setiap satu tahun bertambah, maka semakin dekat aku dengan mati. Semoga setiap langkahku diberkati dan diredhai olehNya,amin.


Hari ni, aku rajin sikit. Aku belek buku muka dari satu muka ke satu muka semak siapa yang buat ucapan sempena ulangtahun ke 12 aku, eh 21. Ceh, cek satu per satu kot, macam revision nak test plak dah. At last, terkeluarlah ranking seperti di bawah. Hah, apa lagi, cek la nama korang ada ke tak. Berikut merupakan senarai orang bertuah yang telah singgah ke facebook, twiter, gtalk, blog, sms mahupun direct call.



terima kasih daun keladi, taun depan wish lagi



FACEBOOK
  1. sabariah MRSM JELI 02-04
  2. nurdini MRSM JELI 02-04
  3. sharifah athirah MRSM JELI 02-04
  4. ieda MRSM JELI 02-06
  5. farhan SK MELOR 99-01
  6. cekodok basi aka zatie FIRC 09/10
  7. kameel hijjaz FOUNDATION UTP
  8. yana madrus MRSM JELI 02-06
  9. dalila ali IRCC 2010
  10. raja fitriani MRSM JELI 02-06
  11. hazwan arif CJ7
  12. ziela fadzil
  13. afiq hanafi FIRC 09/10
  14. ruby razali
  15. nurul najihah
  16. akmal syahirah MRSM JELI 02-06
  17. nurul farahin CJ7
  18. atin marzuki MRSM JELI 02-06
  19. farouk ibrahim FIRC 09/10
  20. abir abhar FIRC 09/10
  21. syahmi syazwan FIRC 09/10 -> MPP 09/10
  22. khazaidi FIRC 08/09/10
  23. rafiq hakim FIRC 09/10
  24. thiyagu FIRC 09/10
  25. half FIRC 08/09
  26. safwan anah MRSM JELI 02-06
  27. nini LEADERSHIP COURSE
  28. pipi MRSM JELI 02-06
  29. abu raihan CJ7
  30. istor FIRC 08/09/10
  31. siddiq FIRC 09/10
  32. nizamuddin MRSM JELI 02-06
  33. cikgu mey MRSM JELI 05-06
  34. fifi sophiya MRSM JELI 02-06
  35. acab CJ7
  36. musab MRSM JELI 02/06 -> UTP
  37. nowa FIRC 08/09/10
  38. filza SK MELOR 99-01
  39. hana SK MELOR 96-01
  40. firdaus SK MELOR 98-01
  41. nurliyana kamal
  42. syafika sayupi MRSM JELI 02-06
  43. kamarul arifin FIRC 09/10
  44. farsya IRCC 2010
  45. syafiq affendi MRSM JELI 02-04
  46. faris roslan CJ7
  47. aisyah ismail IRCC 2010
  48. muhamad harith CJ7
  49. wazeery LEADERSHIP COURCE
  50. hanadi MRSM JELI 02-06
  51. farah wahida MRSM JELI 04-06
  52. nik MRSM JELI 04-06
  53. ruzuraida MRSM JELI 02-06
  54. nash CJ7
  55. nurul anna
  56. syed sadiq FIRC 08/09
  57. azarudeen FIRC 08/09
  58. safwan diah CJ7
  59. fauzi khamis CJ7
  60. ikhwan ismail MRSM JELI
  61. aina mardyiah UTP
  62. norme haslida - my beloved sister
  63. asif FIRC 08/09/10
  64. alif FIRC 08/09/10
  65. haninnadia MRSM JELI 02-06
  66. dilla zamry FIRC 08/09/10
  67. haziq LEADERSHIP COURSE
  68. nur hanis FIRC 08/09
  69. fareez akmal
  70. asyeken MRSM JELI 02-06
  71. azzah zaki FIRC 09/10
  72. fatin mado CJ7
  73. dhanaraj CJ7
  74. nur laili nadia
  75. abu huzaifah CJ7
  76. nana sue - future sister-in-law
  77. atif CJ7
  78. roslaily MRSM JELI 02-06
  79. azlina MRSM JELI 02-06
  80. aizatt MRSM JELI 02-06
  81. hafiz talib FIRC 08/09
  82. nadirah SK MELOR 96-01
  83. saiful azli MRSM JELI 02-06 -> UTP
  84. faizal adam FOUNDATION UTP
  85. dharveen CJ7
  86. wafiuddin UTP
  87. tunku ozair FIRC 08/09/10
  88. zahira MRSM JELI 02-06
  89. khairulamin CJ7
  90. hafiza pija SK MELOR 98-01
  91. fazly CJ7
  92. salman FOUNDATION UTP
  93. salmiah MRSM JELI 02-06
  94. badlina MRSM JELI
  95. basharul FIRC 08/09/10
  96. akmal affendy IRCC 2010
  97. asma MRSM JELI 02-06
  98. fatihah SK MELOR 96-01
  99. jamilah MRSM JELI 02-06
  100. paan FIRC 08/09
  101. adnin FIRC 09/10
  102. mad FIRC 08/09
  103. rifdi FIRC 08/09
  104. azizul MRSM JELI 04-06
  105. saedah MRSM JELI 02-04
  106. husna SK MELOR 96-01
  107. aiza MRSM JELI 02-06
  108. shakirah MRSM JELI 02-04
  109. farhana MRSM JELI 02-04
  110. asra FIRC 08/09
  111. radhilan MRSM JELI 02-04
  112. munirah SK MELOR 97-01
  113. kak azniey
  114. kak finiey

TAG PHOTO FACEBOOK
  1. imran IRCC 2010
  2. liyana samin FIRC 09/10
  3. anis izzudin FIRC 09/10
  4. hani marzuki FIRC 08/09/10

CALL
panggilan telefon dari anak buah yang comel lotey
  1. Damia
  2. Salsha

SMS
  1. tengku hasbani - my beloved brother
  2. maryam MRSM JELI 02-06
  3. izzati CJ7
  4. atin marzuki MRSM JELI 02-06

GTALK
  1. zatie FIRC 09/10
  2. nini LEADERSHIP COURSE
  3. muzek CJ7
  4. azizi CJ7
  5. shafitra FIRC 08/09


TWITTER
  1. fazly CJ7
  2. anem MRSM JELI 02-06
  3. shahirah nabila MRSM JELI 02-06

CHEME JAN 2007 GOOGLE GROUP (CJ7)
  1. amir maliki
  2. nipi
  3. amin baek
  4. mus
  5. faris
  6. adi aizat
  7. shuhaidah
  8. bahar
  9. zaki
  10. poji
  11. faidhah
  12. aishah
  13. faiz
  14. shamsul
  15. hisham
  16. pain
  17. mayak
  18. micro
  19. sap atan
  20. acab
  21. aik
  22. muzek
  23. dayah
  24. wani
  25. harvin

BLOG
  1. tirah watif
  2. darkbatman
  3. miss havoc
  4. aus melankolik
  5. kerepektempe CJ7
  6. amirah
  7. nifi a.k.a beliamuda CJ7
  8. joegrimjow
  9. elf CJ7
  10. norashikin rahmat
  11. akuzle

Ranking tidak penting, cepat atau lambat itu tidak penting selagi ucapan yang dihulur dan disapa adalah tulus ikhlas dari hati. Terima kasih tidak terhingga kepada semua! Inilah sedikit-sebanyak kenalan yang ada selama 21 tahun aku hidup. Kalau dicampur dengan yang lain-lain kat luar sana tuh, dekat 1juta dah kot member aku,hak3. Apapun, berkawan biar 1000, bercinta biar 1. Apa yang penting, musuh jangan dicari.


Di kesempatan ini, ku pohon maaf kalau ada salah silap selama 21 tahun menjalani kehidupan ini. Tidak mustahil kalau ada yang terasa hati atau tersimpan dendam selama ini. Maka, maafkanlah kalau ada terkasar bahasa, terguris rasa, terpukul tak tentu hala ataupun terumpat/terkata. Halalkan segala makan minum selama ini. Doakan kejayaan aku di sini!



Adeh, letih dah taip nama sorang-sorang. Bukan apa, sekadar nak simpan dalam memori lipatan sejarah dan sekadar sekelumit penghargaan buat kalian.

pssst: thank you kat muzek belanja mcD semalam. thanx also to amir, fazly dan acab yg join skali. sedih, takde hadiah tahun ni,haha..at least dapat gak satu malam tadi. Thanks for the CUDBURY okey!


TERIMA KASIH

SALAM SAYANG BUAT SEMUA


Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis


28 APRIL 1989
alhamadulillah

masih dikurniakan umur yang panjang

kesihatan yang baik

nikmat kebahagiaan

kedamaian dan kesejahteraan

di celah-celah kesibukan

di sepanjang perjalanan

hidup seorang insan

yang diberi nama

mkamh

28 APRIL 2010
adei, pejam celik-pejam celik sudah 21 tahun rupanya aku hidup
apapun, perjuangan mesti diteruskan
semoga matlamat hidup dapat dicapai
insyaAllah





SELAGI ADA RINDU
Nyanyian: Pak Long




________________

Selagi Ada Bulan Mentari
Selagi Ada Berkasihani
Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Selagi Ada Berkasih Sayang
Selagi Ada Ombak Dan Laut
Selagi Hatiku Terpaut
Selagi Ada Turunnya Hujan
Selagi Ada Rahmat Tuhan
Selagi Ada Langit Dan Bumi
Selagi Cintaku Bersemi

Selagi Ada Waktu
Selagi Ada Rindu
Biar Beribu Batu
Ingin Aku Bertemu
Oh Kasih (Oh Kasih)
Damailah (Damailah)
Engkau Disana
Ku Berdoa (Ku Berdoa)
Pada Tuhan (Pada Tuhan)
Agar Kau Bahagia

_________________

jom karok sama-sama selagi ada rindu






____________________________________

Life ends;
when you stop Dreaming,

Hope ends;
when you stop Believing,

Love ends;
when you stop Caring,

And

Friendship ends;
when you stop Sharing!!!

____________________________________




hebatnya kuasa mata

tak percaya?

benda tak bernyawa boleh bergerak rupanya

tidak perlu guna bateri untuk jana kuasa

hanya perlu guna mata kita

cuba tenung lama-lama

mata anda mampu menjadi suis bernyawa

kalau berkelip-kelip, maka berputarlah gambar tersebut seperti roda

kalau anda tidak berkelip, berhenti memandang dan pause kerdipan mata, maka gambar bulatan akan menjadi statik sahaja

tidak percaya?

cuba anda lihat dan buat dengan kadar segera

klik untuk besarkan imej untuk mendapatkan hasil yang optimum

awas, jangan tengok lama-lama, nanti anda pening dan pitam

inilah yang dinamakan kuasa mata

dengan istilah saintifiknya, ILUSI OPTIK namanya!




mana satu pilihan anda?
mata yang melihat
otak yang mentafsir





kita yakin dan tahu gajah berkaki 4,
tetapi kita tetap keliru berapa kaki gajah dalam gambar di atas
mungkin kita celaru untuk menentukan yang mana satu kaki gajah yang sebenar-benarnya!


oleh itu, berhati-hati dengan pandangan mata
kadang-kadang kita mudah tertipu dan terpedaya
apa yang dilihat seringkali tidak betul pada asasnya
apa yang difikir mungkin salah tafsirannya

fikir-fikirkan




cuba tenung lama-lama
apa yang dapat dilihat?
keliru bukan?



"when voice become visible, muteness become readable"

penaberkala



Kalau dulu, bab-bab bancian ni, orang buat dari rumah ke rumah. Bawa kertas, bawa pen, pergi ke kampung-kampung. Bagi salam, bertanya khabar, bersila lentik, pekena kopi/ teh secawan kemudian bertanya soalan bancian.

Tetapi hari ini segalanya cukup mudah. Dunia di hujung jari. Nak buat bancian, tak payah susah-susah berjalan keliling kampung, tak payah bazir kertas dan dakwat pen. Semuanya boleh dibuat menggunakan kemudahan internet. Masa jimat, duit jimat, yang paling penting tenaga pun jimat.

Maka hari ini, rasanya nak buat sedikit bancian. Bancian berkaitan topik yang dipilih untuk PERSUASIVE PRESENTATION untuk subjek PROFESSIONAL COMMUNICATION SKILL yang akan dinilai pada hari SELASA ini iaitu bersamaan 20 APRIL 2010.



Minta jasa baik tolong jawab soalan bancian ini. Jawab dengan senyuman ok, jangan paksa diri.
Kerjasama anda didahulukan dengan ucapan terima kasih banyak-banyak.


TOPIC : BLOOD DONATION / DERMA DARAH




(1) Jenis darah anda? - A, B, AB ataupun O


(2) Pernahkah anda menderma darah?

  • Ya - teruskan menjawab soalan 3, 4 dan 5
  • Tidak - teruskan menjawab soalan 6

(3) Sudah berapa kali anda menderma darah?

(4) Bila kali pertama menderma darah?

(5) Bila kali terakhir anda menderma darah?


(6) Faktor anda belum pernah menderma darah

***takut/ tidak berkesempatan/ tiada masa/ tidak cukup syarat/ ada HIV/ sebab-sebab lain


SOALAN BANCIAN TAMAT




Di atas khidmat nasihat cik anem, pembanci pun kena jawab soalan bancian sendiri:

  1. O+ jugak - golongan penderma universal (pemurah) tapi cerewet dalam menerima (O je ye, yang lain tak layan)
  2. Ya
  3. 3 kali
  4. 28 march 2008
  5. 24 februari 2010
sekian!



it is all about spectacles

different type
different color
different function
definitely for different view



kita selalu mahu tampak bergaya,
namun hakikatnya kita tidak mampu melihat dengan nyata


Memandangkan tajuk entri adalah CONTEST SPECTACULAR SPECKY,
maka sudah tentu perlu pilih picture yang menarik


Sebab?
Contest tuh adalah pertandingan
Spectacular plak bermaksud yang mengajaibkan, yang sangat menarik perhatian
Specky?
Tak jumpa plak dalam dictionary apakah maksudnya


Apapun, inilah antara gambar eksklusif bersama kacamata
Walaupun ini kacamata biasa, tapi ia berfungsi secara luar biasa

Kerana apa?
Tanpanya mana mungkin aku dapat melihat apa yang ada di depan mata dengan jelas dan nyata



INFO
  • Mula dikenal pasti rabun sewaktu berusia 17 tahun
  • Faktor utama kerabunan kemungkinan besar disebabkan menghadap komputer terlalu lama untuk bermain game
  • Kacamata pertama pada tahun 2006 - patah akibat terpijak
  • Mula aktif pakai kacamata pada hari pertama peperiksaan SPM, kemudian susah untuk ditanggalkan kerana tidak selesa dan berasa pening-pening lalat
  • Kacamata ke-2 pada tahun 2009 - sekarang
  • Berkuasa 275 di sebelah kiri dan kanan
  • Pemeriksaan terkini : Kuasa kerabunan mata telah meningkat ke paras 300


Picture berikut merupakan hasil candid photographer bertauliah yang berbakat:
PIC 1: Di atas van sewaktu perjalanan pulang dari Pangkor Island
PIC 2: Hujung minggu di Chancellor Complex


kadang-kala, kita perlu menoleh ke belakang



walaupun hakikatnya kita perlu sentiasa maju ke hadapan



credit to photographer : acabond



entri sempena contest yang dianjurkan oleh cik paro
jom join!
___________________________

besar sungguh kuasa mata
melihat
merenung
memandang

lebih berkuasa bila ia melibatkan soal hati dan perasaan
dari mata turun ke hati

____________________________

3 IDIOTS?

NOT YOU

NOT ME



NOT US



BUT

THEM


YES



THEY ARE

THE 3 IDIOTS

______________________________________


3 IDIOTS merupakan satu filem bollywood yang cukup menarik untuk ditonton. Berkisarkan kisah 3 sahabat karib yang menuntut di universiti dalam jurusan kejuruteraan. Kisah hidup Rancho, Raju dan Farhan dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar kejuruteraan. Walaupun mereka digelar IDIOTS, tapi sebenarnya mereka bukan seperti apa yang disangkakan. Untuk sinopsis lanjut, bolehlah rujuk di sini, preview


Filem ini mengetengahkan banyak mesej di sebalik penyampaian dalam bentuk bersahaja dan lawak jenaka. Cerita yang penuh jenaka tetapi terselit 1001 maksud yang mendalam untuk difikirkan bersama. Jalan ceritanya cukup kuat dan berkait rapat dengan kehidupan kita seharian. Lebih menarik, cerita ini mampu membuat emosi kita terusik apabila penceritaannya memaparkan kisah sahabat sejati yang sanggup susah dan senang bersama. Persahabatan mereka cukup unik, tidak kira suka atau duka, mereka tetap bersama.


Mungkin kerana keunikan filem ini, 3 IDIOTS mendapat sambutan di India dan mendapa BOX OFFICE. Selain itu, sambutan di Malaysia pun tidak kurang hebatnya. Antara kejayaan filem 3 IDIOTS, selain memecahkan rekod, filem ini layak dilabelkan sebagai filem popular


Agak ketinggalan sebab baru berkesempatan untuk menonton. Tapi cukup berpuas hati dengan jalan cerita. Sape-sape yg belum tengok, bolehlah cari filem ini untuk ditonton. I believe that, you will enjoy watching this movie!



AAL IZZ WELL
itulah prinsip dan motto hidup mereka
  • Lakonan Aamir Khan, Kareena Kapoor, John Abraham, Madhavan, Sharman Joshi, Boman Irani dan ramai lagi di bawah.
  • Filem arahan Rajkumar Hirani


muzek-amir-anuar
kami berbeza, tapi kami ada banyak persamaan
paling jelas : kami bermata 4

apa kaitan kami dengan 3 IDIOTS?
harap-harap kami pun akan berjaya macam mereka
semoga kami mendapat semangat seperti mereka untuk berjaya

ini lah muka member-member baikku sejak foundation lagi
harap persahabatan kekal selamanya

________________________________

notakaki: filem yang mampu memotivasikan diriku di kala semangat kian menghilang! AAL IZZ WELL! kamon-kamon, do the best!

Tanpa Agama Manusia Binasa

Tanpa Ilmu Manusia Buta

Tanpa Iman Manusia Sengsara

Tanpa Ukhwah Manusia Tersiksa


Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya?


Bu, adik cuma ingin bertanya…


Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...


Ibu ingat tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?


Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan kesetiaan ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?



Masa berlalu,
Hari ini selepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?


Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Ke mana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun bencikan kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?


Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?


adik cuma nak tanya je bu....



Renung-renungkanlah !!!

_____________________________________

emel berantai yang diterima berkali-kali dan menyinggah ke peti inbox. Monolog yang menarik untuk direnung bersama. Terdetik untuk publish monolog ini setelah kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi saban hari. Setiap hari, di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen, kes pembuangan bayi semakin rancak diperkatakan.

kalau dulu, pembuangan bayi di sekitar perumahan mahupun masjid sudah dicerca dan dihina masyarakat. Tapi hari ini, ia lebih teruk dari itu. Bukan setakat membuang bayi, malah telah maju setapak dengan membunuh bayi. Selain itu, pembuangan bayi yang tidak berdosa lebih teruk dari membuang sampah-sarap. Bayi dibuang merata-rata tidak kira tempat.

Paling menyedihkan, ada bayi yang dibuang telah menjadi santapan istimewa si binatang bergelar anjing. Adakah si pelaku itu mempunyai akal dan fikiran?

Kalau awal tahun 2010, kita dikejutkan dengan kes PEMERDAGANGAN yang melibatkan BAYI dan kanak-kanak ke luar negara. Tapi hari ini, kita sering dikejutkan dan digemparkan dengan kisah-kisah tragis pembuangan bayi yang sungguh menyayat hati dari semasa ke semasa. Siapakah pelakunya?

Apa yang hendak disampaikan, BAYI adalah bukan haiwan. Mereka tidak bersalah dan langsung tidak berdosa. Kenapa mereka sanggup berbuat sedemikian? Adakah untuk membebaskan diri dari belenggu masalah ataupun sudah tidak mampu berfikir dengan waras? Siapakah yang harus dipersalahkan? Apakah pendekatan terbaik untuk membanteras kejadian pembuangan bayi seumpama ini? Bilakah ia akan berakhir? Semua itu perlu kita jawab. Semoga perlakuan seumpama ini dijauhkan dari berlaku ke atas keluarga dan kaum keluarga kita, nauzubilla hi minzalik

Kini, lagi kes yang melibatkan bayi digembar-gemburkan. Satu topik yang sama iaitu BAYI tetapi dua keadaan yang berbeza. Nasib baik bukan berlaku di negara kita. Nak tahu? Nah, tengok kat bawah ni.


Kuatkan hati, kentalkan diri, jauhi perilaku ini!






Agaknya, dah tiada makanan lain di dunia ini yang lebih lazat dan menyeleraka untuk dimakan. Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Itulah hakikat yang perlu diterima tentang kehidupan hari ini. PELIK TAPI BENAR!

Masih tidak berasa loya? Sila klik di sini. Amacam? Pelik bukan


Sekadar pandangan. Sekadar berkongsi maklumat yang diterima melalui emel. Terima kasih kepada sesiap yang telah panjangkan emel ini. Nice info to know! Untuk kesahihan dan maklumat lanjut, bolehlah bertanya GOOGLE dan kaum kerabat untuk maklumat tambahan.
Entri ini ditulis sebaik sahaja mendapat satu kejutan. Debaran di dada masih tidak hilang. Feeling nak bercerita kian mendadak, jari-jemari pantas menekan papan kekunci.

Berapi...
Berasap...
Hangit...

Nasib baik tiada kebakaran dan kemalangan jiwa berlaku.. Guess what?

Jeng..jeng..jeng

Owh, tidak mungkin..
Charger handphon aku sudah meletup
Bunga api terpercik ke muka, ades pedih
Asap macam bakar ayam bbq
Hangit tidak terkata

Banyak dugaan betul, ish3..Sabor je lah yer duhai hati

Back to the topic

Apakah tanda-tanda ini semua?
  1. Charger telefon baru je meletup
  2. Telefon rosak
  3. Tali jam tangan hampir putus
  4. Tayar motor bahagian depan bocor
  5. Esok kena pergi bayar yuran hostel sebab nak ambil slip exam
  6. Syampu dah habis
  7. Ubat gigi pun dah nak habis
  8. Stok minuman dalam peti ais dah takde
  9. Buah-buahan dalam peti pun dah licin
  10. Maggi dalam locker ada 1 pack je lagi
Ades, dari no 1 sampai ke 10, semua perlukan fulus. Apa mau buat. Serta-merta rasa nak buat part-time job,hak3. Tak pun, kalaulah ada orang tersalah bank in duit ke akaun aku, fuh masyuk! Sudah berangan, back to the reality! BERJIMAT-CERMAT amalan mulia.


Persoalannya, adakah ini semua tanda-tanda aku hampir BANKRUPT?

____________________________

cek simcard kat telefon yg rosak, ada no pejabat yang tak dikenali membuat panggilan (miscall) pada pukul 230 ptg, 13 April 2010. Adakah dari kompeni internku? Tanda-tanya dan debaran terasa.
Selesai sudah cerita untuk episod 1, nak baca klik sini -> SHABU-SHABU EPISOD 1 , kini tiba pula SHABU-SHABU EPISOD 2.

Cerita kali ini sudah pasti berbeza daripada episod yang lepas. Sudah tentu semua sudah tahu apa itu SHABU-SHABU dan apa keistimewaannya. Kali ini, sedikit maklumat tambahan mengenai RESTORAN SHABU-SHABU untuk dikongsi.
  1. Terdapat 2 bahagian di restoran tersebut : ruangan air-cond dan ruangan merokok
  2. Juga disediakan western food seperti chicken chop, fries dan anak-beranak
  3. Kuah steamboat boleh ditambah bila-bila masa tanpa sebarang extra charge
  4. Pelayan restoran beruniform tshirt merah
  5. Paling penting kena peka : Terpampang notice RM 5.00 will be charged if you waste 100g of food

Selang 3 hari dari SHABU-SHABU EPISOD 1 pada 2 April, pada tanggal 5 April 2010 sekali lagi bertandang ke RESTORAN SHABU-SHABU, MANJUNG. Walaupun tempatnya sama, makanannya pun hampir sama ditelan, tetapi, kenangan yang terpahat tetap di hati, ades. Satu tujuan, satu destinasi, satu hasrat dan satu tekad iaitu ke SHABU-SHABU untuk menjamu selera bersama teman dan taulan!



SHABU-SHABU menjadi pilihan untuk melepaskan tensi dan tekanan perasaan
di samping menjamu selera, kempiskan dompet, kembungkan perut


bersama bala tentera iaitu seli - muzek - fazly - amir
ada antara mereka yang sudah serik bertamu ke SHABU-SHABU
sebab?
mungkin ada antara mereka sampai pening dan muntah-muntah dek kerna overdose daging kambing
mungkin juga kerana ada antara mereka yang demam kekenyangan teroverdose makanan
tu la der, makan biar ingat dunia,hak3
Handphon usang tak nak melepaskan peluang untuk posing bersama mereka




Antara sebahagian kecil mangsa santapan
Steamboat kuah tom yam memang terbaik
Pekat, merah menyala, pedas membara
Fuh, layan habis




pinggan mangkuk berselerakan menandakan kemeriahan menjamu selera
Segala apa yang ada di depan mata di ngap dengan sopan dan konsisten
Bukan apa, takut kena denda RM5
Lagipun, membazir itu amalan syaitan
Makan kenyang perut membuntal
Tapi kena berhenti makan sebelum kenyang


kepelbagaian juadah yang cuba dihabiskan oleh mereka berdua
tanpa mengenal erti putus asa dan kenyang perut
mereka teruskan menelan apa yang terhidang di depan mata
usaha tangga kejayaan
makan eskelator kekenyangan


fokus dalam santapan tanpa menghiraukan orang sekeliling adalah tips terbaik untuk cepat menghabiskan juadah
ngap ngap ngap sehingga titisan peluh terakhir



senyuman lebar tanda kekenyangan
erkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
alhamdulillah

__________________________________________

notakaki: 2 entri berturut-turut pasal SHABU-SHABU. Promosi habis-habisan nih. Kalau tokey die baca ni, konpem terharu. Silap haribulan, dapat makan free gamaknya!


Selamat mengunjungi Restoran Shabu-shabu beralamat di:
No 91-93, Persiaran PM2/5,
Pusat Bandar Seri Manjung Seksyen 2,
32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan

ataupun boleh dihubungi melalui nombor talian:
012- 563 9641 ATAU 05- 688 7807
Kalau sebut shabu-shabu jangan pula salah faham.
Kalau shabu tuh, memang la sejenis dadah
Tapi, kalau shabu-shabu bukan bermakna bergembira dengan dadah mahupun usaha untuk mengusha shabu
Shabu-shabu adalah nama restoran yang terletak di Manjung, Perak.

Apa keistimewaan shabu-shabu?
Shabu-shabu adalah restoran steamboat. Uniknya, bukan setakat steamboat yang ada, segala jenis juadah disediakan.
Hanya dengan harga serendah RM 17.30, anda mampu membuat perut anda yang kempis menjadi bulat membuntal serta merta.

Kerana apa?
Kerana, tiadan catuan makanan di sana, tiada order khas diperlukan. Anda hanya perlu melayan diri dan melayan selera anda sebaik mungkin. Jika tidak, sudah pasti anda akan overloaded dan kemungkinan mampu muntah hijau.

Apa menu yang ada?
Kalau nak sebut satu persatu, memang tidak tersebut. Nak tau lebih lanjut, bolehlah berkunjung sendiri ke Restoran Shabu-shabu, Manjung.
Apa yang ingat, kat sana ada menu seperti berikut:
  1. BBQ - ayam, daging, udang, sotong, kambing, sosej
  2. Steamboat - kuah tomyam, sup tulang, sup ayam, sup herba
  3. Nasi goreng , mee goreng, maggi goreng, bihun goreng
  4. Ice cream - pelbagai perasa seperti coklat, kopi, mangga, jagung, durian, vanilla
  5. Kuih-muih - kek gulung, agar-agar
  6. Pencucuci mulut - tembikai, epal, oren
  7. Air - sirap, anggur, teh
  8. Makanan basah : ketam, udang, kepah, sotong, daging, ayam, sayur-sayuran
  9. Pelbagai aneka bahan untuk steamboat - pelbagai warna, pelbagai bentuk, pelbagai saiz
Pendek kata, kat sana kepelbagaian dan variasi makanan tersedia untuk di ngap!
Panjang kata, memang kenyanglah perut anda

Memang berbaloi untuk dikunjung untuk makan bersama rakan-rakan. Kepuasan menikmati makanan tanpa sempadan. Tapi awas, makan memang takde had. Tapi kena selalu ingat, berhenti sebelum kenyang. Nanti tak pasal-pasal balik jadi pening dan muntah dek kerna kekenyangan.


Sekadar berkongsi pengalaman kali pertama mengunjungi restoran shabu-shabu bersama taulan FIRC pada 2 April yang lepas. Credit to all of them : Asif, Alif, Ozair, Habil, Farouk, Hani, Nowa dan Azzah.


first round : 1 pinggan kongsi 3 bersama Alif dan Hasif


second round: ambil menu BBQ bersama Habil dan Farouk


third round : steamboat



fourth round: habiskan sisa-sisa yang belum habis



final round: cuci mulut, kenyang perut suka hati



selingan : ice cream
rekod peribadi : 3 mangkuk



kat belakang tu casher die yang baik hati. Bayar RM50, tapi bagi balance RM37.70. Terlebih RM5, niat nak sedekah ke apa. Nasib baik tak ambil, klu tak free-free dpt RM5 percuma. Makan dapat, kenyang pun dapat, duit plak dapat,hak3


Sekian saja jalan-jalan cari makan ke RESTORAN SHABU-SHABU MANJUNG EPISOD 1

EPISOD 1? Yup, kerana akan bersambung EPISOD 2 tidak lama lagi.


p/s: entri ini menjawab segala persoalan cik ikin terutamanya yang sering bertanya apakah itu SHABU-SHABU melalui twitter mahupun formspring. sudah jelas?
Pasey windows media player, pahtu tibo-tibo jah.......
Nengung meta tringat ghumoh

Apa kaitan windows media player ngan budu?

Nok royak bari, sbenanyo gini
Duk ralek-ralek denga lagu, laye jugok lagu-lagu pagi hari nih
Pastu tibo-tibo jah ado so lagu dikir barat
Gapo lagi, denga jah la
Lamo doh dekpun dop denga dikir
Telan air liur gok-gok denga lagu tuh
Nok tau dop tajuk gapo?
Tajuk lagu : budu
Nyanyian : Mat glamour nga Abe Jali

Nak dengar, gi cari kat GOOGLE. Trai donlod, pahtu denga. Nak bedikir pun buleh jugok, hoh lirik duk bawoh ni:

___________________________________________

Budu
Mat Glamour & Abe Jali



klik, dengar dan baca lirik dengan teliti
sambil berhibur, sambil belajar loghat Qlate :)

muluk raso lecah, makey tok lalu
Gula kunyik kuah, semakuk budu
penyek lado pedah celo pucuk ubi kayu
peroh asey lima suak laju slalu

budu….budu…..jelironyo aku

muluk raso lecah, makey tok lalu
Gula kunyik kuah, semakuk budu
penyek lado pedah celo pucuk ubi kayu
peroh asey lima suak laju slalu

budu….budu…..jelironyo aku

Sebut kato budu…soho rato rato
kalu makey tok lalu…budu buko selero..oooo

duduk anok menatu, sapa ke tok tuo
makey nasik denge budu…nyo kenye tok braso
nyo kenye tok braso

muluk raso lecah, makey tok lalu
Gula kunyik kuah, semakuk budu
penyek lado pedah celo pucuk ubi kayu
peroh asey lima suak laju slalu

budu….budu…..jelironyo aku

sedaknyo wei budu, demo buleh raso
celo pucuk kayu, capo kacey boto…oooo

slero naik slalu, air liur tu gak belenjo
tageh nasik budu, nok tido tok nero
nok tido tok nero

muluk raso lecah, makey tok lalu
Gula kunyik kuah, semakuk budu
penyek lado pedah celo pucuk ubi kayu
peroh asey lima suak laju slalu

budu….budu…..jelironyo aku

ado ore make budu, capur poyok derie
kalu demo tok tahu, cubo tera lah makey…oooo

tapi ingak pokteh pakcu,budu derie panah daley
jange hirup denge sudu, keno petak jarey jarey
petak jarey jarey

muluk raso lecah, makey tok lalu
Gula kunyik kuah, semakuk budu
penyek lado pedah celo pucuk ubi kayu
peroh asey lima suak laju slalu

budu….budu…..jelironyo aku

budu uley peta, tamboh pucuk kayu
baka ikey tawa, anok sepak anok puyu..oo

perut raso lapa, tringak ko budu
hungga keta gega, nok makey selalu
nok makey selalu

muluk raso lecah, makey tok lalu
Gula kunyik kuah, semakuk budu
penyek lado pedah celo pucuk ubi kayu
peroh asey lima suak laju slalu

budu….budu…..jelironyo aku

makey nasi uley, adonyo budu
uley pucuk terey, celur pucuk paku..oo

kalu makey sore, tok brapo lalu
keno ajok orey bujey, kenye denga tok tahu
kenye denga tok tahu

muluk raso lecah, makey tok lalu
Gula kunyik kuah, semakuk budu
penyek lado pedah celo pucuk ubi kayu
peroh asey lima suak laju slalu

budu….budu…..jelironyo aku


_____________________________

klu duk ghumoh ni, hari jumaat make ramai-ramai anok-branok
mugo pakat cuti, tok kijo tu gak
make biaso-biaso jah, tapi abih jugok 2,3 pingge

tamboh-tamboh klu ado budu ngan telor mato kuba
nok sedap lagi, kenyek lado, irih bawe meroh sikit, kenyek asey lima
hoh, celup mucung la kawe gak
jari abih meroh pun xpo asal nyakut
2 pingge nasik tuh tok saket
xdop lauk laen, asal ado budu nga telur mato kuba pun xpo doh

bo bo lah, lapa doh segho
napok gayo, keno gi beli budu kalih pahni
ado ko perok ni?



banyok jugok gamba budu kat GOOGLE
sohor jugok dih budu
ado ko ore tok kenal budu?
tenung la puoh gambo tuh
klu nok try pun buleh
roger ambo, ambo blanjo sbotol untuk try
RM1.20 jah tu gak sbotol
xdop hal
LOL



:::puah hati buleh taip dan skipping loghat qlate, bau budu benga-benga:::

demo pehe dop blakow?
Hok bukan ore Qlate tu, ada faham?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...