Mood balik kampong kini kembali


Today is the last day in PENANG untuk tahun ni
Selamat tinggal Penang
Sayu la plak nak tinggal PENANG
Tapi tak apa, tahun depan jumpa lagi
Masih berbaki 14 hari bersamaan 2 minggu untuk bertapa di pulau ini next year


Ceit, bunyi macam lama
Tahun depan tuh
Padahal seminggu je cuti
Apapun, selamat bercuti kepada semua yang bercuti
Kepada kawan-kawan yang tak bercuti, jangan sedih-sedih
Jangan mogok lapar plak weh semata-mata mau cuti,haha


Balik kampung maksudnya susah la nak online
Tak senang duduk la sekali ni tak leh update blog
Konklusi,
Selamat tinggal FACEBOOK
Selamat tinggal TWITTER
Selamat tinggal FORMSPRING
Selamat tinggal BLOG
Tak dapat la nak update hari-hari macam sekarang
Ada masa, ruang dan peluang boleh la jenguk nanti


To all my friends, HAPPY HOLIDAY!
Especially to all readers, VISIBLE VOICE dan rakan-rakan bloggerku sayang
HAPPY NEW YEAR 2011


Ni balik kampung seminggu ke pindah rumah?

Aihh, camne nak bawak barang banyak-banyak ni. Cramp habis la kakitangan jap lagi. Cuti seminggu bagaikan cuti setaun,haha. Okla, abis intern next year tak payah punggah barang banyak-banyak buat balik. Kan sonang!


Doakan perjalanan pulangku selamat. Untuk orang-orang Penang, jumpa lagi tahun depan. Banyak lagi tempat nak kena jelajah next year.


Jam menunjukkan pukul 715malam, sudah lewat. Mau berangkat ke stesen bus.
Pergi dulu, Assalamualaikum!
BAYAN BARU, 21 OKTOBER 2010 - AMD Penang telah menerima kedatangan wakil Syarikat Redbull untuk menjayakan rangka promosi mereka di sini hari ini. Rangka promosi produk minuman yang terkenal sebagai "energy drink" berlangsung pada jam 1000 pagi dan berakhir jam 400 petang. Tapi depa bohong, pukul 200 petang air free dah habis kot tadi.

Tujuan utama rangka promosi ini adalah untuk memberi minuman percuma kepada semua warga kerja AMD sebagai sample. Barang free semua orang nak, maka objektif mereka tercapai. Berduyun-duyun pengunjung datang menziarahi booth mereka tanpa segan-silu.

Lebih menarik bilamana pihak penganjur, Redbull mengadakan permainan khas untuk semua pengunjung yang hadir. Permainan yang diberi nama Mini Golf Putter amat mendapat sambutan daripada semua pihak. Promosi minuman yang diadakan itu diselitkan dengan agenda mencungkil bakat baru dalam arena sukan Golf tanah air. Sekaligus, program ini memberi peluang kepada orang yang jakun tak pernah pegang kayu golf pun merasa pegang kayu golf dan pukul bola golf tanpa was-was.


MINI GOLF


Peserta yang berjaya memasukkan bola golf ke dalam lubang akan diberikan hadiah sebagai tanda kenang-kenangan. Terdapat dua kategori pemenang bergantung kepada kejayaan peserta memasukkan bola golf ke dalam dua saiz lubang yang berbeza. Lubang kecil akan mendapat hadiah grand manakala lubang besar akan mendapat air minuman Redbull 2 botol. Bagi peserta yang gagal, jangan sedih. Setiap peserta dapat merasa air Redbull setin seorang. Pendek kata jimat la RM1.50.

Penaja utama : REDBULL

Apa yang mencuri tumpuan bila datangnya seorang peserta tanpa segan-silu ingin mencuba untuk bermain golf. Peserta itu hanya dikenali dengan nama MR A, bukan nama sebenar. Peluang yang diberikan hanya 2 kali, sekali percubaan dan sekali lagi adalah pukulan yang sebenar. Pukulan pertama MR A meleset sama sekali, langsung tidak melalui lorong yang ditetapkan dan jauh tersasar ke bawah meja makan. Pelik bin ajaib bila pukulan ke dua MR A tak semena-mena menerjah ke lubang kecil dengan tepat dan jitu.

Hadiah utama tajaan REDBULL

Tanpa sebarang pengalaman memukul bola golf, percubaan kali ke dua MR A itu membuahkan hasil bila berjaya mendapatkan hadiah utama berupa sebatang botol minuman, 2 ketul minuman Redbull dan seutas goodie bag berjenama Redbull yang merah menyala. Semua penonton di dewan makan teruja dengan aksi tak senonoh itu.

TIGER WOOD akan bersara dan bakal digantikan dengan MR A

Lebih menjengkelkan bila pihak urusetia, 2 amoi tanpa segan-silu memohon MR A untuk posing ambil hadiah utama sambil bergambar untuk koleksi mereka. MR A agak malu dan terkesima kerana orang ramai asyik memandang dari meja makan masing-masing. Dengan slumber badaknya, MR A penuhi permintaan amoi-amoi itu untuk bergambar. Bukan apa, takut mereka kecewa je. MR A mula perasan nak jadi TIGER WOOD.



Rahsia terbesar : MR A adalah .......................



Alhamdulillah, rezeki ada di mana-mana. At least dapat peluang pegang kayu golf. Jakun sungguh! First time minum Redbull, barang free sedap tak sedap semuanya telan. Lagi 2 botol mau campak mana? Sape nak mai ambil di flat Mutiara Perdana, Blok 5.


footnote : tiba-tiba rasa nak gi main golf,haha. Beli set mini golf putter letak kat rumah pun cam best je,kah3


**Buat revision format taip BERITA, lama dah tinggal

Kelip-kelip disangka api
Kalau api mana puntungnya
Hilang ghaib disangka mati
Kalau mati mana kuburnya

 
Judul Lagu: Seribu Tahun
Penyanyi: Imran Ajmain


Rela ku menunggu mu seribu tahun lama lagi
Tapi benar kah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Rela ku mengejar mu seribu batu jauh lagi
Tapi benar kah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
Tenang lah gelombang lautan
Ku masih setia

[Chorus ]
Ada kah engkau yakin ini cinta
Ada kah engkau pasti ini tuk selama lama nya
 
Rela ku menunggu mu seribu tahun lama lagi
Tapi benar kah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan
Sedia setia



footnote: tiba-tiba dapat karok depan laptop. Bukan sebab apa, sebab final presentation internship tunda ke awal tahun depan, yezzaaaa



Dari kecil hingga besar, 
Dari muda hingga tua,
Manusia tidak akan terlepas dari merasai saat yang dinamakan PENANTIAN
penantiaan yang penuh dengan cabaran dan ujian
penantian yang penuh dengan penyeksaan
mahupun
penantian yang bakal menghadirkan sebuah kebahagiaan!
-penaberkala-



pssst : nak masuk toilet awam pun kadang-kadang perlukan PENANTIAN,inikan pula dalam KEHIDUPAN. Bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah!
Wahai rakyat jelata, mai nak kasi tau. ROCK bukan hanya untuk ROCKERS. Yang tak ROCKERS pun boleh layan ROCK jugak. Tak semestinya yang rambut cacak-cacak jatuh cicak pun mampus keras, yang rambut panjang macam REPUNZEL saja yang boleh layan ROCK. Makcik kantin dan pakcik driver teksi pun ada jugak yang layan ROCK.


Dengan ini aku isytiharkan 18 DISEMBER 2010 adalah HARI ROCK SEDUNIA. Tapi rasanya untuk aku je lah. Rasanya 1 dalam 1000 kebetulan ini boleh berlaku. Tapi, kenyataannya dan kebenarannya ia memang betul-betul wujud dan berlaku dalam hidup aku.


Walaupun aku bukan ROCKERS, walaupun aku bukan peminat muzik ROCK tegar, tapi 24jam atau sehari jugak bergelumang dengan perkataan ROCK dari pagi sampai malam. Aku rasa lepas ni, tak mungkin benda macam ni dapat diulang dalam kitaran jangka hayat aku. Peluang hanya datang sekali.



SESI PAGI : 530AM - 1100AM

ROCK TO ROCK RUN 2010 di BATU FERINGGHI

AMDers bergambar kenang-kenangan di depan booth AMD

AMD merupakan salah satu kompeni yang menjadi sponsor untuk event ni. Jadi, selaku trainee kat AMD apa lagi. Join la sekaki melibatkan diri. Padahal nak t-shirt HARD ROCK HOTEL bernilai RM78 tu je,haha. Walaupun ramai warga AMDers yang daftar, tapi yang pergi hanyalah berapa ketul saja. Apalah nasib, terkial-kial aku sorang diri kat sana. LOL


1518 berjaya menamatkan larian 5km tanpa henti sambil ditemani muzik-muzik di MP3
Multitask : Wartawan liputan dan peserta untuk marathon ROCK TO ROCK RUN. 1518 dalam kenangan! Macam nak pi ujibakat jadi penyanyi la plok. First time berlari di pagi hari berpakaian segak bergaya tanpa henti sambil layan lagu kat MP3 telefon. Jalan berbukit-bukau dan bengkang-bengkok mudah diatasi sambil menghirup udara segar dari tepi laut Batu Feringghi. Best experience!

NEXT ENTRI : LIPUTAN KHAS ROCK TO ROCK RUN 2010 | MENANG TROPHY?




SESI MALAM : 845PM - 1100PM

KONSERT GEMURUH DT oleh DiGi di TAPAK EKSPO SEBERANG JAYA


Konsert Gemuruh DT digegarkan oleh DiGi di Seberang Jaya
Suasana sekitar konsert gemuruh berlangsung. Agak meriah, agak gempak dan agak teruja. Tempat berkumpulnya peminat ROCK tanah air. SAYAP-SAYAP WINGS dan SEARCH fan club bergabung memeriahkan konsert. Ramai juga pemninat SEARCH and WINGS rupanya. Baru ku tau. Syabas diucapkan kepada LAGENDA ROCK TANAH AIR! Pakcik-pakcik pun ada ikut sama bernyayi, kagum!


Kesian, muka baik-baik pun pergi konsert ROCK. Ni, tiket FREE punya pasal,haha

Penangan daripada tiket free tempoh hari, rasa macam sayang plak tak pergi (alasan),haha. 6 tiket free, 1 tiket terlebih, hanya 5 yang pergi. Burn 1 tiket begitu saja. Ni antara muka-muka yang pergi, lagi 2 orang malu nak masuk gambar,haha. Kebenarannya, ni first time kami berlima pergi konsert. Tu pun sebab tiket free. Kalau tak, jauh panggang dari api nak pergi konsert tambah-tambah lagi yang berbayar, mahal w000. Bukan senang nak cari duit sekarang. Setakat konsert di konvofair kat kampus boleh la pergi. Kalau tak? Say sorry. So, tq to NUFFNANG dan DiGi. 


Terima kasih kepada DR ROZMEY (DDR) DR DOBI kerana telah membawa kami ke Seberang Jaya. Terima kasih juga kerana mamahamkan aku apa erti DT : DOUBLE TROUBLE, ishhhhh.


NEXT ENTRI : AURA SEARCH DAN WINGS DI KONSERT GEMURUH DT | DR DOBI? 


Kesimpulannya, ROCK bukan hanya untuk ROCKERS. Kami pun layan gak.


pstt: Baru nak download lagu-lagu SEARCH dan WINGS,haha.Layan gak. Asyik duk layan lagu tangkap leleh je mana boleh woo
Detik yang ditunggu sudahpun tiba. Sepatutnya 28 November 2010, tetapi ditunda kepada 18 Disember 2010. Apa lagi kalau bukan ROCK TO ROCK RUN 2010 yang akan berlangsung di Batu Ferringghi.

ROCK TO ROCK RUN 2010
Esok akan menyaksikan lemak yang diternak selama ni akan terbakar begitu saja. Jarak larian sejauh 5km akan menguji ketabahan, kecekalan, stamina dan jati diri peserta.


Perlumbaan akan bermula di depan Hard Rock Hotel ke Tropical Spice Garden dan patah balik ke Hard Rock Hotel. Jalan yang berliku dan berbukit-bukau, pastinya akan menduga lagi ketabahan peserta. Mintak-mintak, tak ada yang pengsan!

 
 


Selaku pemegang nombor giliran 1518, dengan ini gua berikrar akan berlari-lari anak mendaki dan menuruni cerum bukit pada esok pagi dalam ROCK TO ROCK RUN. Kalau rasa tak larat, pasti gua akan berjalan cepat. Kalau tak mampu jugak, gua akan berjalan perlahan. Kalau masih lagi tak mampu, gua masih lagi tetap akan berjalan juga sampailah tiba ke garisan penamat. Apa yang penting, gua nak tamatkan larian dalam masa kurang 1 jam. Harap-harap mampu la. Wish me luck!
  

TENTATIF

6:15am - Runner's registration
6:30am - Warm up/ vibe/ aerobic
7:00am - Race begins
8:00am - Certificate giveaway to all qualified runners
8:10am - Mock cheque presentation to Rumah Seri Cahaya
8:15am - Award Presentations
  1. Top 10 males
  2. Top 10 females 
  3. Top 10 Best dressed
8:45am - Group photography session
8:50am - Live band "Unplugged Nubbs"
9:20am - Lucky draw (first session) - 20th to 16th prizes
9:30am - Live band : Champion of 'Battle of the bands"
10:00am - Lucky draw (second session) - 15th to 11th prizes
10:10am - Live band : Nightshift
10:40am - Lucky draw (Final session) - 10th to 1st prizes
10:50am - End


Tengok tentatif, macam best je. Tengok part yang highlight merah tu agak menarik dan sedikit-sebanyak memberi harapan palsu. Banyak hadiah ditawarkan kepada semua peserta wooo. Mesti syok abis, sangkut salah satu pun ok la kan? Jom usha-usha apa yang ada


Certificate giveaway to all qualified runners
Ni kena bekerja keras untuk berlari habis-habisan sampai menangis lemak-lemak di badan. Kena berusaha tamatkan larian kurang dari 1 jam. Hopefully, mampu capai target masa yang ditetapkan dan mampu bawa balik sekeping sijil untuk tambah koleksi kat rumah 
 
Top 10 males
Part ni, memang jauh panggang dari api. Tak mampu sangat nak menyedapkan hati. Tak mampu nak tipu diri sendiri. Memang sah-sah tak dapat capai untuk kategori ni. Top 50 pun belum tentu dapat. Kalau ada keajaiban, mana tau kan? haha. super power!!!!! power root!!!!
 
Top 10 females
Part ni lagi la mustahil. Awal-awal lagi kena kick! Jadi tak payah nak jeling-jeling, apatah lagi nak taruh harapan,hak3
  
Top 10 Best dressed
Part ni ada harapan kalau kreatif. Tapi, bab-bab rock ni gua kureng sikit. Gua tak rock, pop yeh-yeh layan la gak,haha. So nak mintak tolong sape-sape yang bijak lagi kreatif untuk cadangkan pakaian apa yang sesuai untuk kelihatan seperti ROCKSTAR! Ataupun apa-apa aksesori tambahan yang sesuai untuk tema ROCK! Mana tau idea korang dapat bantu gua dapat top 10 Best Dressed, phewwwwwwittttttttttttttttt
 
Lucky draw 
Kalau semua di atas tak dapat, satu pun tak hinggap. Lucky draw la harapan gua. Dengar kata ada 20 hadiah cabutan bertuah ditawarkan. Kalau susah sangat nak dapat grand prize, dapat nombor 20 pun gua dah syukur,haha. Gila sungguh, niat dah awal-awal nak dapat lucky draw, sah-sah tak kan dapat. Kalau dapat konpem satu dunia gua akan hebahkan. Lagi la tak kan dapat, niat pun dah riak ujub dan takabbur. 


Dapat ke, tak dapat ke. Itu semua tak penting. Yang penting esok mesti berat badan akan turun paling kurang 100g. Paling banyak pun 3000g la kot. Maka, OBJEKTIF tercapai. Bersukan untuk sihatkan tubuh badan!



Apepun, belum start larian pun dah dapat hadiah. So, kalau tak menang apa-apa kategori kat atas tu esok pun tak mengapa. Hati sedikit terubat dengan pemberian cenderahati sebagai peserta, tanda kenang-kenangan.

Goodie bag


t-shirt Hard Rock Hotel bernilai RM78

Nak pakai apa biar kasik nampak ROCK, pakai TOPI KOBOI ok tak sambil lari?


Esok akan berangkat ke Batu Ferringghi seawal 530 pagi. Doakan perjalanan pergi dan balik selamat. Doakan kejayaan membawa pulang paling kurang sekeping sijil tercapai. Amin!
Minggu ni agak sibuk dan stress. Macam-macam persediaan perlu dibuat sebelum lecturer/ supervisor dari universiti datang menjengah ke host company untuk final presentation pada 23 Disember 2010 nanti. So, sekarang agak sibuk bergelumang dengan report-report dan logbook yang tertunggak.


Kadang-kadang, stress dan tekanan perasaan boleh dirawat dengan gelak ketawa. Jangan gelak sorang-sorang, jiwa namanya. Adanya kawan-kawan yang agak nakal dan sengal boleh membuat kita ketawa. At least, hilang sikit kerut di dahi, lebar sikit senyum di bibir. Walaweh, hilang stress wooo bila ada yang buat lawak dan buat onar,haha.


Hidup kita sebenarnya indah. Ada suka, duka, tawa dan tangis. Tapi, part suka itu yang best, terutama part SITCOM. Tahu apa itu SITCOM? Aku baru tau lepas tanya member aku tadi,haha


SITCOM itu maksudnya SITUATION COMEDY. Sorry la deh, ambo baru tau.

A situation comedy, often shortened to sitcom, is a genre of comedy that features recurring characters in a common environment such as a home or workplace, accompanied with jokes as part of the dialogue. Such programs originated in radio, but today, sitcoms are found almost exclusively on television as one of its dominant narrative forms.

Excited nak tau maksud sebenat SITCOM, mujur ada wikipedia. Hidup 20 taun tak tau apa maksud SITCOM, adoiiiii. Tak tau nak kata apa. Pandai sebut, gheti dengar, tak tahu maksud. Berat nanang!

A situation comedy may be recorded before a studio audience. Some also feature a laugh track.

Tapi, SITCOM aku ngan member-member tak sempat nak record-record. Mai la aku record kat sini jap. Semoga SITCOM ni dapat la aku ingat balik kalau-kalau tengah stress dan sedih,haha.

As opposed to stand up comedy and sketch comedy, a situation comedy has a storyline and ongoing characters in, essentially, a comedic drama. The situation is usually that of a family, workplace, or a group of friends.

Apa yang berlaku, bukan kami rancang.Kejadian berlaku secara spontan dan kebetulan. Dan, SITKOM kami jatuh dalam kategori GROUP OF FRIENDS.

Ok, baru INTRO. Lek lu, ni baru nak masuk cerita.



SITKOM 1 : ROTI APA?

Di TESCO X. Si A ingin membeli roti untuk sarapan keesokan harinya. Dalam proses pencarian, terjumpa sebungkus roti. Di sebelah, terdapat seorang gadis, penjual roti beruniform putih lengkap.

Si A : Ni roti apa?
Gadis : Jeling-jeling manja (bajet nak ngorat dia ke?)

Si A : Owh, ok (patut pun jeling semacam, terpampang sticker tulis roti sardin. Aiyooo. Sah-sah la minah tu bengang,adoi)

Si A mula rasa bersalah dan malu-malu kucing. Cover-cover! Jalan laju-laju nak pi bayar. Opppps, mana kaunter?

Gadis : Bayar kat depan ye!

Si A : 0ooo, bayar kat depan ye? Ok, tq. (Adoi, tersentak seketika. Sekali lagi dapat malu)

Pesanan buat semua, jangan ringan sangat mulut untuk bertanya, buruk padahya. Malu bertanya sesat jalan, tapi baik sesat dulu daripada menanggung malu free macam ni,haha


SITKOM 2 : SERBUK MANGGA YANG PEDAS

Waktu makan tengah hari, Si A bersama kawan-kawannya Si B dan Si C. Masing-masing ambil juadah untuk disantap. Si A dan Si B mengambil pencuci mulut, buah mangga dipotong halus RM1 sebungkus. Si B dan Si C mengambil tempat untuk makan.

Si A ke kaunter untuk mengambil serbuk asam boi, makan mangga dengan asam boi baru syok.
Si B : Eh, Si A buat apa tuh? Ambil apa?

Si C : Owh, dia pi ambil serbuk asam boi.
Si B : Alamak! (terkedu dan terkesima seketika)

Si A ke meja makan untuk duduk bersama menikmati makan tengah hari. Si B tiba-tiba bangun dari tempat duduk dan berlalu pergi.
Si C : Hahahaha (gelak jahat, kaw-kaw punya)

Si A : Nape weh?
Si C : Si B silap ambil serbuk letak dalam buah mangga dia. Hahaha

Si A: Hahahah. Dia ambil serbuk lada sulah? (yakin meneka)

Si C : Aah

Si A dan Si C gelak berdekah-dekah. Si B datang dengan muka slumber. Makan juga walaupun dalam terpaksa. Kesian pun ada, tapi nak buat macam mana dah nasib badan kan.

Sape-sape berminat, boleh la try lepas ni. Kombinasi baru untuk dicuba!

Mangga bersama lada sulah dan serbuk asam boi


SITKOM 3 : HAI JAMILAH!

Si A, Si B dan Si C pulang dari kerja. Singgah sebentar di KFC untuk dinner bersama sebelum pulang ke rumah.

Boring-boring tunggu giliran ketika beratur, terbitlah perbualan sengal antara mereka

Si A : Sampai kat kaunter, ko cakap Hye Jamilah

Si C : Mana kau tau nama dia?

Si A : Tu, ada kat skrin. (Cuba imagine kat kaunter KFC, tengok skrin kat mesin cashier: I'm Jamilah!)

I'm Jamilah
Agak-agak, apa rasional dia letak nama cashier?

Si C gelak terpaksa. Sengal jugak kawan Si C rupanya. Si B asyik leka melihat papan iklan menu. Konfius nak X-meal ke meal biasa.

Sekian!


Banyak lagi nak taip, tapi masa tidak mengizinkan. Simpan tenaga untuk taip report dan logbook. Esok mau submit,hoho. Dalam busy nak siapkan report dan logbook pun, sempat lagi update blog, adeii. Apa nak jadi? ish3. Kena pi tutup switch modem internet jap.


Kisah bermula di suatu hari
Bukak akaun Nuffnang terbaca satu entri
Konsert Gemuruh DT anjuran DiGi
Gandingan hebat rockstar Amy dan Awie


DiGi : Terima kasih untuk 4 BE yang diberi

Konsert Gemuruh DT Digegarkan Oleh DiGi



Syarat diberi cukup mudah
Tiitipkan kata sebagai wadah
Dua tiket bakal diserah
Itupun kalaulah ada tuah




KOMEN BERNILAI RM140


Berikan saya satu peluang untuk menyaksikan Konsert Gemuruh DT Pulau Pinang secara LIVE buat pertama kali di dalam hidup bagi menyaksikan dua bintang rock tanah air, AMY SEARCH dan AWIE WINGS beraksi di pentas.

Lagu yang paling diminati:
1)Search : Fantasia Bulan Madu
2)Wings : Taman Rashidah Utama

Kedua-dua lagu ini mempunyai kekuatan yang tersendiri, walaupun keduanya bertemakan CINTA namun pembawaannya cukup berbeza. Bagi pandangan peribadi saya sendiri,dari dulu sampai sekarang, dari kecil hingga dewasa,lagu mereka tidak jemu didengar bila didendang untuk dijadikan sebagai halwa telinga.

Bagi saya, Search dan Wings merupakan lagenda rock tanah air kerana mereka merupakan rockers tanah air yang sukar dicari ganti dan gah bertapak di dalam industri dari dulu hingga kini. Walaupun telah lama bertapak di persada seni tanah air, namun kehadiran mereka tetap menjadi sanjungan peminat tidak kira usia. Selayaknya, mereka digelar lagenda kerana hadirnya mereka bagaikan mutiara yang sukar dicari ganti walaupun kini ratusan artis baru yang muncul. Mereka tetap gah berdiri!

“Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan” Begitulah yang dapat dinyatakan tentang lagu-lagu daripada WINGS dan SEARCH sehinggakan setiap bait-bait lirik lagu mereka mampu dinyanyikan oleh peminat seluruh negara tak kira usia, dari sekecil usia 3-4 tahun sehinggalah selewat usia 50-60 an.

Magis rockers lagenda tanah air : WINGS dan SEARCH tetap di hati.
Walaupun “patah tumbuh hilang berganti”, namun sukar untuk dicari dan didapati rockers sehebat mereka!


Gila panjang esei macam jawab paper BM SPM,haha


Tangan menjalar di papan kekunci
Komen ditaip tanpa henti
Panjang berjela tidak peduli
Asalkan dapat kepuasan diri



First time dapat tiket free :)

Tawaran diberi untuk dua lokasi
Pulau Pinang menjadi pilihan hati
Mujurlah Nuffnang baik hati
Kasi tiker free yang tak mampu dibeli


Northam Tower


Pejabat Nuffnang bukan terletak di Northam Tower sebaliknya bersebelehan dengan Northam Tower iaitu bangunan hotel. Untuk mana-mana bloggers yang nak pi ambil tiket, singgahlah di bangunan berwarna emas yang ada pejabat Maxis. Bukan apa, takut tersesat macam kami,haha


Pejabat Nuffnang : S-20-G&H


Masuk je lobi berdekatan degan Pejabat Maxis, terus cari lif. Tak payah pening-pening, tekan lif laju-laju ke tingkat 20. Cari pintu yang ada tulis S-20-G&H. Kalau kunci jangan panik, bukan office tutup tapi dikunci. Cari loceng sebelah kanan, tekan-tekan biar dapat.


tiket free, sape yang tak suka?


Excited gak la dapat tiket free ni. Kalau beli, RM70 satu. Kalau tak dapat free, memang tak pergi la konsert ni. RM70 boleh buat makan seminggu kot. Kalau 2 tiket, RM140 yang bersamaan dengan wang saku untu k 2 minggu, ish3. Nasib baik dapat free. Tu pun tak tau sempat pergi ke tak.


6 tiket free = RM 420


Sape-sape lagi dapat tiket free? Ke semua yang komen kat entri tu dapat? haha. Macam semua je orang dapat. Apapun, terima kasih la kepada Nuffnang dan DiGi sebab bagi tiket free. Tak sangka plak, komen je dapat tiket free. Lain kali boleh join lagi ni,haha


INFO DARI NUFFNANG

Anda peminat Search dan Wings? Ingin berjumpa dan bergambar bersama Search dan Wings? Jangan tinggalkan peluang anda kerana 2 Sesi Berjumpa Peminat bakal diadakan di 2 lokasi berikut;

The Summit, Bukit Mertajam
Tarikh : 16 Disember, 2010
Masa : 5.00pm hingga 6.30pm


Sunway Pyramid
Tarikh : 23 Disember, 2010
Masa : 5.00pm hingga 6.30pm


Jumpa di sana!

Jika anda pengguna DiGi, ini berita baik untuk anda. Nikmati 30% diskaun apabila anda membeli tiket Konsert Gemuruh DT. Cukup mudah, hanya tunjukkan skrin telefon bimbit anda yang memaparkan DiGi dan anda akan menikmati diskaun tersebut!


BUFFERED EARNING FASA 5

Nokia Application Workshop SS

Taylors University Open Day SS

Taylors University Design School SS

Masih ada rezeki dapat 3 BE terbaru semalam, 13 Disember 2010. Haha, excited masih lagi terasa walaupun tidak sebegitu lumayan. Sedikit tetapi bermakna!

::KOLEKSI PERIBADI::

BE FASA 1-2-3

KENAPA BLOGGERS SUKA NUFFNANG? KENAPA BLOGGERS NAK SANGAT BUFFERED EARNING?

BE FASA 4

BLOGGER : BAGAIMANA NAK TAHU DAPAT BUFFERED EARNING (BE)?

Statistik terkini

Koleksi BE = 14
BE bernyawa = 8
BE bangkai (ME) = 6

TERIMA KASIH kepada semua yang telah membaca cerpen TAKDIR

Segala komen/kritikan/pendapat amat dihargai

"Keterbatasan dimensi dilangkau dalam kesamaran waktu"


psssst : Sape yang baca habis cerpen TAKDIR angkat tangan. Anda memang sporting abis sebab baca sampai tamat walaupun panjang berjela mengalahkan buku teks sejarah.Kalau tak abis baca, baik pi sambung baca,haha.Nanti akan ada kuiz pembaca setia. Terima kasih daun keladi, lain kali baca lagi


  T   A   K   D   I   R  
N u k i l a n : P e n a b e r k a l a

* 
11:30 PM

Jam tepat menunjukkan pukul 1130 malam. Angin sepoi-sepoi bahasa menderu dan membelai rambutku. Berderai bulu roma dek kesejukan malam yang melanda. Tiupan angin semakin kencang, bulan sudah tidak kelihatan, diikuti rintik-rintik jernih mula turun membasahi bumi. Kesejukan kian terasa sehingga mencucuk-cucuk sampai ke sum-sum tulang.

Masanya sudah tiba untuk melabuhkan diri di tilam empuk, bertemankan bantal dan selimut busuk. Disaksikan guruh dan kilat sambar-menyambar, hujan kian menjadi lebat. Cukup nyaman, sungguh selesa untuk beradu dan baring-baring sambil termenung dan mengelamun. Arghhh, bunyi cicak pula yang datang mengganggu!

Di saat mata melilau memandang ke ruangan atap, fikiran mula melayang-layang. Terkenang memori masa silam, 10 tahun yang sudah berlalu. Ketika masih di bangku sekolah rendah, kenangan bersama sahabat handai 4 sekawan : Syafiq Danish, Danial, Ain Zulaikha dan Nurin Qistina. Kami berempat bagai aur dan tebing, bagai isi dengan kuku. Sentiasa bersama sejak dari darjah 1 sehinggalah menamatkan pengajian di darjah 6. Berkongsi kisah suka dan duka, berjanji sumpah setia, berkawan sampai bila-bila, susah senang mesti bersama.

Tak kira masa, tempat dan ketika, kami kerap-kali akan bersama. Belajar, bergurau-senda dan beriadah bersama. Umpama kembar 4, tapi hakikatnya berlainan ibu dan bapa. Keakraban kami tak tumpah seperti adik-beradik.Tetapi, keakraban itu cuma sekejap, hanya untuk 6 tahun. Selepas usai menduduki UPSR dan mendapatkan keputusan, kami membawa haluan masing-masing. Menuju ke sekolah berasingan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah menengah. Ada yang ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), ada yang ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), ada yang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan aku? Hanya di sekolah menengah harian biasa.


Life ends;
when you stop Dreaming,
Hope ends;
when you stop Believing,
Love ends;
when you stop Caring,
And
Friendship ends;
when you stop Sharing!!!
 Ikhlas dari : Ain Zulaikha


Sebelum berpisah, masing-masing bertukar-tukar nasihat, saling memberi kata-kata semangat, hadiah mahupun pesanan terakhir. Apa yang masih melekat di benak fikiranku sehingga hari ini adalah kata-kata yang ditulis rapi oleh Ain Zulaikha di atas sekeping bookmark yang diagihkan kepada kami bertiga sebagai cenderamata 10 tahun yang lalu.

Arghhhh, sudah jauh aku mengelamun. Itu semua adalah sejarah, sudah menjadi memorial. Kini 2010, pastinya masing-masing sedang menuntut di alam universiti. Tak sabar rasanya untuk ketemu kembali setelah sekian lama terpisah. Selagi jasad dikandung badan, selagi ada rindu, selagi itulah ingatanku pada mereka tak akan pudar.
*


**
SIAPAKAH AKU?

Sudah panjang aku mengalamun. Ya, ini sememangnya aku. Syafiq Danish diberi nama dan lebih dikenali sebagai Danish oleh kawan-kawan. Inilah hakikat sebenar diriku, seorang insan yang suka mengelamun dan berfikir, sejak kecil sehingga kini. 


Sewaktu zaman kanak-kanak, aku seorang yang agak nakal. Berkepala botak, suka mengusik dan suka melawak. Itulah identiti aku di pandangan mata kawan-kawan seangkatanku terutama sahabatku, Danial, Ain Zulaikha dan Nurin Qistina. Namun, itu dulu. Kini, aku jauh berbeza. Aku yakin dan percaya, mereka juga turut berubah, tidak kira dari segi penampilan, perangai mahupun perbuatan. Tapi, hanya satu yang aku pinta, semoga persahabatan kami akan kekal sampai bila-bila. Walaupun sudah lama terpisah, semoga suatu hari nanti kami akan ditakdirkan untuk bertemu kembali.
**

***
ALBUM LAMA

Semakin aku berfikir, semakin aku berkhayal, semakin aku mengelamun, semakin hilang rasa mengantuk. Mata kembali cerah, semakin luas terbeliak. Lantas, aku menapak ke almari di ruang tamu untuk mencapai sebuah album. Sebuah album lama yang tersimpan 1001 memori. Pelbagai kisah dan kenangan tersimpan, tersimpul rapi di dalam sebuah album usang. Walaupun usang, koyak-rabak dimamah anai-anai dan semut hitam, hakikatnya, nilai yang ada padanya tetap tinggi di pandanganku.
 
Kisah 4 sekawan

Dari muka depan, aku susuli ke muka seterusnya. Dari gambar ke gambar aku jelajahi dengan penuh teliti. Senyuman kian terukir tanpa dirancang. Ingatan kembali segar mengimbau kenangan. Terpana seketika pada sekeping foto, gelagat kami berempat. Indahnya nilai persahabatan dan setiakawan pada waktu itu. Tapi kini, masing-masing membawa haluan sendiri, jarak dan masa telah memisahkan kami.
***

****
KISAH K.A.M.I

Kisah pengembaraan : Susah senang bersama


Di saat tangan asyik membelek helaian album, terimbau gelagat mereka. Kisah suka dan duka kian menerpa ke benak fikiran. Antara yang paling aku ingat akan mereka adalah perwatakan dan penampilan.

Seorang yang manja, terlalu fanatik dengan warna merah jambu dan sangat sayang akan kucing. Seorang yang agak pendiam antara kami berempat tetapi sangat garang dan tegas. Pernah sekali mencabar aku untuk memakai baju t-shirt berwarna merah jambu suatu ketika dahulu, namun cabarannya itu masih belum sempat disahut sehingga ke hari ini.

Seorang yang agak rock dengan rambut kerinting tetapi merupakan seorang kawan yang baik hati dan penyayang. Sentiasa menghulurkan bantuan jika diperlukan terutamanya dalam pelajaran kerana beliau adalah seorang yang bijak pandai di dalam kelas kami sejak dari darjah 1 hinggalah darjah 6.

Seorang kawan yang ringan tulang dan mengambil berat. Suka mengusik Nurin Qistina sehinggakan ramai antara kami di sekolah memadankan beliau dengan Nurin Qistina. Gosip cinta kanak-kanak, sungguh lucu dan geli hati bila dikenangkan kembali.

Itulah gelagat dan kisah mereka yang masih aku ingat sampai ke hari ini. Semuanya adalah memori. Realiti hari ini? Aku tidak pasti kerana pastinya waktu dan ketika telah mematangkan kami semua. Mungkin banyak perubahan mereka, mungkin juga banyak perubahan dalam diri aku sendiri. Takdir yang telah menemukan kami, takdir juga yang memisahkan kami, dan tentunya takdir jua yang akan menemukan kami kembali. Cuma bila, dengan siapa dan di mana yang menjadi persoalan. Aku yakin detik itu akan tiba!
****

*****
SMS

Sedang asyik merenung foto-foto yang ada di depan mata, lamunan tersentak seketika. Bunyi nada telefon bimbit dari arah bilik menerpa ke gegendang telinga. Lantasku berkejaran untuk mendapatkannya. "Siapakah yang hantar SMS malam-malam buta ni?", detak hati kecilku.

Pesanan ringkas dari sahabat lama, Danial

Kekunci telefon dipicit-picit untuk menyemak Inbox. Hasilnya, tertera satu pesanan ringkas daripada nombor yang tidak dikenali:

"weh, share kredit dengan aku"
SENDER: 01012410

Lagak gayanya macam orang yang aku kenal. Telefon usang Nokia 3315 yang digunapakai sebagai telefon ke-dua digapai untuk menyemak nombor telefon itu. Rupa-rupanya, SMS itu datangnya daripada sahabat lama, Danial. Kebetulan atau suratan? Baru sebentar tadi teringat akan mereka, tiba-tiba sudah hadir menyampaikan sepatah dua kata.

Dengan rela hati, prosedur share a top up diteruskan. Kemudian, balas-membalas SMS kami mulakan.
Danish : Aku dah share kat ko, tapi RM 1 je lah
Danial : Kedekut tahi hidung masin la ko nih. Ni ke kawan?
Danish : Aku share pun ko patut bersyukur weh. Aku pun takde kredit (alasan),haha
Danial : Owh, ok. Tq bro
Danish : No hal. Aku tak kisah pun. Ada emergency ke ko mintak share top up ni?
Danial : Takde emergency pun, cuma penting. Pasal reunion sekolah rendah. Kau nak join?
Danish : Reunion? Bila? Mestila nak join, lama kot aku tak jumpa kau dan kawan-kawan.
Danial : Minggu depan. Kumpul kat Pekan Permata . Bagus la ko nak join, meriah sikit. Lama dah aku tak dengar ko melawak,haha


Tidak berpuas hati dengan jawapan dari balasan SMS Danial, aku cuba menghubunginya untuk mendapatkan kepastian yang lebih jelas. Kadang-kadang, SMS tidak dapat menjawab setiap persoalan yang perlukan penerangan yang terperinci. Maka, calling adalah penyelesaiannya.

Danish : Assalamualaikum
Danial : Waalaikumussalam
Danish : Weh, betul ke nak buat reunion ni?
Danial : Betul la, tak kan aku nak main-main plak. Kenapa ko ni macam serius je?
Danish : Bukan serius la, cuma excited sikit-sikit,haha. Kat mana nanti, pukul berapa?
Danial : Kat Restoran Bintang Hatiku milik Pak Cik Dollah dan Mak Cik Bedah. Jumpa pukul 10:00 pagi hari Ahad minggu depan.
Danish : Ooo, ok. Nasib baik aku free hari tuh. Boleh la join. Tapi, siapa lagi akan join?
Danial : Yang tu kau tak perlu risau. Aku dah jemput semua kawan-kawan kita. Cuma, kau perlu datang je. Ok?
Danish : Ok bos. Kalau macam tu, jumpa minggu depan. Ada apa-apa jangan lupa contact aku. Top up siap-siap,haha.
Danial : Ceit, sempat lagi ko kenakan aku,haha. Okla, cakap takde kredit tadi? Assalamualaikum
Danish : Alasan je weh tadi,haha.Ok-ok, Waalaikumussalam


Perbualan ringkas ditamatkan, talian diputuskan. Jam sudahpun menunjukkan pukul 1:23 pagi, mulut mula menganga. Menguap-nguap bagaikan harimau sedang mengaum kelaparan. Mata pula mula terasa berat, kuyu dan layu. Lalu langkahan untuk kembali ke kamar diteruskan bagi mendapatkan rehat yang cukup. Tidur sebelum terlambat kerana esok perlu bangun cepat.
*****

Seminggu kemudian.....
******
INSIDEN

Seminggu sudahpun berlalu, hari Ahad yang dinantikan kini kunjung tiba. Seperti yang dirancang dan dijanjikan, reunion bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Mutiara Hati akan mengambil tempat di Pekan Permata tepat pukul 10:00 pagi ini. Hati mula berdebar-debar, jantung mula berdegup kencang. Pelbagai monolog dalaman dilontarkan dengan tiba-tiba. 

Siapakah yang akan hadir ke reunion nanti? 

Adakah mereka masih kenal aku?


Hujan di pagi hari memaksa aku membatalkan niat untuk menunggang motosikal ke Pekan Permata. Untuk mengelakkan kelewatan, awal-awal pagi lagi aku turun dari rumah bertemankan sepasang raincoat. Terpaksa menunggu teksi yang lalu-lalang untuk berhenti. 20 minit kemudian, barulah muncul sebuah teksi di depan mata. Perjalanan bermula menuju ke destinasi. Cuaca mula cerah dan mentari mula terbit memancarkan sinarnya.

Tragedi: Malang tidak berbau

Hampir 200 meter untuk sampai di Pekan Permata, tiba-tiba pemandu teksi menekan hon yang panjang. Tanda protes dan marah. Kereta diberhentikan dengan mengejut. Sambil menjengah muka ke luar tingkap, kata-kata yang agak kesat dilontarkan tanpa berfikir panjang.

"Woii, buta ke apa? Tak nampak ke kereta tengah laju? Dah tak nak hidup ke?"

Gertak pemandu teksi itu dengan penuh emosional tanpa memikirkan sebarang rasional dengan apa yang diperkatakan. Aku cuba menenangkan pemandu teksi itu.  Keadaan agak reda seketika. Kami keluar daripada kereta. Kulihat kelibat gadis bertudung merah jambu tercegat kaku dengan muka yang agak pucat dek kerna terkejut. Aku cuba untuk menenangkan keadaan. Pemandu teksi itu mula berlembut, memohon maaf dan memberi nasihat kepada gadis bertudung merah jambu agar lebih berhati-hati di lain kali. Tiba-tiba, muncul seekor kucing kelabu keluar dari arah bawah kereta dengan kaki terhincut-hincut. Rupanya, kucing itu telah terlanggar oleh teksi yang kami naiki. Si gadis bertudung merah jambu cuba mendapatkan kucing itu dan membawanya ke tepian jalan. 

Jam hampir menunjukkan pukul 10:00 pagi, aku perlu cepat untuk menghadiri reunion. Makanya, aku terpaksa meninggalkan si gadis bertudung merah jambu seorang diri untuk menguruskan kucing itu. Setelah membantu apa yang patut, selepas bermohon diri, aku terus berlalu pergi menaiki kereta menuju ke Pekan Permata. Siapakah si gadis bertudung merah jambu itu? Aku pun tidak pasti gerangannya.
******

*******
REUNION

Setibanya di Pekan Permata, aku terus meluru laju ke Restoran Bintang Hatiku milik Pak Cik Dollah dan Mak Cik Bedah. Pak Cik Dollah dan Mak Cik Bedah adalah bapa dan ibu saudara kepada Ain Zulaikha. Mereka telah membuka restoran itu sejak kami di bangku sekolah rendah lagi. Sehingga ke hari ini, restoran itu tetap gah berdiri dan terkenal dengan menu istimewanya iaitu Nasi Ayam Panggang.

REUNION : Pertemuan pertama setelah 10 tahun terpisah

Menolak daun pintu restoran, keadaan agak meriah dengan gelak tawa dan perbualan mereka. Disambut mesra oleh pemilik restoran, iaitu Pak Cik Dollah dan Mak Cik Bedah. Agak terpinga-pinga bila ramai yang memandang ke arahku. Masing-masing lama tidak ketemu, pastinya masing-masing sukar untuk mengenali antara satu sama lain. Tapi, raut wajah Danial, sahabatku tetap sama. Tak tumpah seperti 10 tahun yang lalu. Cuma kini bermisai dan berjanggut Kami bersalaman dan berpelukan melepaskan rindu setelah sekian lama tidak bertemu. Itulah ukhwah yang terjalain antara kami.

Di sudut meja makan, sudah ramai yang duduk menunggu. Ada yang cam,ada yang tidak cam. Ada yang ingat nama, ada yang ingat-ingat lupa. Biasalah, 10 tahun bukanlah tempoh yang sekejap. Agak lama untuk mengingati kembali kawan-kawan lain kecuali Danial dan Nurin Qistina. Ada bersama kami ketika itu adalah Amir, Azhar, Amin, Nadim, Jamal, Qaseh, Puteri, Balqis dan Nora. Walaupun tidak semua yang hadir, namun ia cukup meriah. Anehnya, kelibat Ain Zulaikha tidak kelihatan.

Menu istimewa di Restoran Bintang Hatiku : Nasi Ayam Panggang + Coke

Menu yang ditempah sudahpun sampai ke meja makan. Apa lagi kalau bukan menu istimewa iaitu Nasi Ayam Panggang dan air percuma, Coca-cola. Sementara menunggu Ain Zulaikha tiba, kami berborak panjang. Usik-megusik juga mengambil tempat tidak terkecuali.

"Kenapa kau pakai macam ni?", soal Danial sambil gelak terbahak-bahak

"Saja je aku nak tunaikan cabaran 10 tahun yang lepas", balasku dengan spontan

"Gila ah sanggup jadi jambu batu, jambu air semata-mata nak sahut cabaran. Wa salute sama lu bro!", sambung Danial sambil menepuk-nepuk bahuku

Habis tergelak semua kawan-kawan yang hadir, aku cuma mampu tersenyum. Suasana kian meriah.Perbualan diteruskan dari kisah silam sewaktu sekolah rendah sehinggalah kisah di alam universiti. Masing-masing ada kisah tersendiri yang menarik untuk dikongsi. Celoteh, hilai dan tawa menjadi halwa telinga.
*******

********
JEJAK KASIH

Inilah yang dinamakan jejak kasih. Setelah sekian lama terpisah, akhirnya kami ditakdirkan untuk bertemu kembali. Walaupun sudah lama terpisah, nyata masing-masing tidak kekok untuk bersembang dan bergelak ketawa seperti 10 tahun yang sudah. Mungkin inilah persahabatan sejati dan setiakawan yang ada dalam diri.

Dalam kerancakan berborak, tiba-tiba semua terdiam kaku. Mata mula terpaku pada pintu depan Restoran Bintang Hatiku. Tercegak seorang gadis berbaju kurung kuning dan bertudung merah jambu. Aku melirik memandang dengan ekor mata.

Aku terkejut, dia terkejut. Dia tersenyum, aku tersenyum. Soalnya siapa? 

"Kenapa Ain lewat sampai? Kawan-kawan sudah lama tunggu?" tegur Pak Cik Dollah kepada anak saudaranya.

"Ain ada hal sikit tadi Pak Ngah. Sebab tu lewat sikit" , balas Ain dengan senyuman
 
Jejak kasih : Jatuh cinta pandang pertama

Sambil tersenyum ke arahnya, hatiku mula berbisik, Oh, inilah dia Ain Zulaikha. Sangat ketara perubahannya, kalau tak tahu nama sudah tentu aku fikir dia bukan kawan yang pernah aku kenal dulu. Kenapa kami sedondon harini? Sah, memang tabiat yang satu ni dia tak berubah, memang tetap suka warna merah jambu.

Ain Zulaikha menapak ke meja kami berkumpul sambil tersipiu-sipu malu. Mereka bersalam-salaman, cium pipi ke pipi. Tapi awas, perempuan dengan perempuan, bukan perempuan dengan lelaki atau sebaliknya. Ternyata, mereka saling merindui antara satu sama lain. Kami kaum adam hanya mampu tersenyum menonton aksi jejak kasih mereka.

Reunion berakhir kira-kira pukul 3:00 petang. Di kesempatan yang ada, kami tidak lepaskan peluang untuk bertukar-tukar nombor telefon. Pelbagai pesanan yang didengar sebelum berpisah agar kami tidak lost contact, antaranya:

" Jangan lupa add facebook ok? Tag la foto-foto nanti"

" Nanti ada masa, tweet-tweet la ye"

"Ada masa nanti, kita chatting la. Skype ke, YM ke, tak pun Gtalk"

"Nanti aku update blog pasal reunion kita ni. Jangan lupa baca blog aku, klik iklan Nuff sekali, jangan banyak kali nanti dikira click fraud,haha"

"Gambar-gambar reunion ni kalau korang nak, boleh la tengok kat flickr aku"


Akhirnya, kami bersurai dengan pelbagai pesanan diterima. Bibit-bibit pertemuan yang melakar sejarah baru pastinya menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan oleh kami semua. Itulah kenangan yang terindah buat kami semua. Kehadiran mereka di reunion umpama pelangi petang. Apa yang penting, aku berharapa agar kami keep in touch selalu. Semoga persahabatan kami akan kekal sampai bila-bila.
********

Setahun kemudian.....

*********
CINTA KANAK-KANAK

Selepas pertemuan sewaktu reunion tempoh hari, kami sentiasa bertemu dan berhubung antara satu sama lain. Paling penting, kami 4 sekawan kembali rapat seperti dulu. Mungkin inilah makna persahabatan sebenar, dari dulu sehingga kini, tetap bersama. Tak terduga perkenalan seawal usia kanak-kanak, sesingkat 6 tahun bersama mampu mengikat persahabatan kami sehingga sekarang.

Kini, setahun berganjak. Memasuki tahun baru 2011. Lebih menarik, bila aku mendapat sekeping kad undangan perkahwinan dari sahabtku Danial. Sudah sampai seru nampaknya sahabat aku yang ni. Mulanya agak tertanya-tanya, siapakah gadis idaman yang dipilih untuk dijadikan isteri nanti. Semuanya terjawab di atas sekeping kad undangan.

Selamat Pengantin Baru istimewa buat sahabat : Danial dan Nurin Qistina

Akhirnya, Danial dan Nurin Qistina akan diijabkabulkan. Mereka akan mendirikan masjid tidak lama lagi. Dengan restu daripada ibu bapa kedua-dua belah pihak, maka mereka bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan di hujung tahun 2011. Inilah yang dinamakan jodoh. Manusia hanya mampu merancang, tetapi segalanya akan ditentukan olehNya kerana Dialah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua.

Cinta kanak-kanak, gosip mainan, kini sudah bertukar menjadi realiti yang pasti. Semoga Danial dan Nurin Qistina akan hidup bahagia hingga ke akhir hayat.
*********

**********
 CINTA PANDANG PERTAMA

DULU dan KINI, SAMA tapi TAK SERUPA

Sejak dari pertemuan di jalan raya sewaktu insiden dengan pemandu teksi dan selepas pertemuan di reunion, aku dan Ain Zulaikha kerap berhubung dan bertanya khabar. Seperti berhubung dengan merpati dua sejoli yang sudahpun melangsungkan perkahwinannya baru-baru ini : Danial dan Nurin Qistina, begitulah juga aku berhubung dengan Ain Zulaikha.

Perkahwinan mereka sungguh meriah dengan kehadiran kawan-kawan lama. Puteri dan Balqis dijemput khas untuk ditugaskan menjadi pengapit. Qaseh yang merupakan seorang jurufoto sambilan, berkhidmat secara percuma untuk merakamkan detik-detik manis persandingan Danial dan Nurin Qistina. Detik penuh gilang-gemilang itu menemukan kami kembali buat kesekian kalinya.

Dulu dan kini memang berbeza. Dulu, kami masih solo tetapi kini 2 antara kami sudahpun mendirikan rumah tangga. Dulu, aku dan Ain Zulaikha hanyalah sahabat baik tetapi kini kami ke arah hubungan yang lebih serius. Makanya hidup kami kini sama seperti dulu, tetapi tidak serupa. Sama dari konsep persahabatan tetapi tidak serupa dari segi perhubungan. Mungkin ikatan yang kini terjalin lebih erat dan kukuh jika dibandingkan dengan 10 tahun yang lalu.
**********

***********
 TAKDIR

Semua yang berlaku adalah takdir. Suratan mahupun kebetulan, semuanya bergantung kepada takdir dan ketentuanNya. Selaku makhluknya, kita perlulah sentiasa menerimanya dengan hati yang lapang dan terbuka.

Perkenalan dan pertemuan kami sejak di bangku sekolah rendah, berpisahnya kami hampir 10 tahun lamanya, bertemunya kami kembali di reunion setelah 10 tahun berlalu, dan terjalinnya hubungan kami hari ini semuanya kerana takdir dan ketentuanNya.

Ain Zulaikha

Takdir juga akan menentukan sama ada Ain Zulaikha menjadi milik Syafiq Danish yang sah ataupun tidak. Sempatkah Syafiq Danish menyarungkan cincin ke jari manis Ain Zulaikha? Sesungguhnya, ajal maut dan jodoh pertemuan segalanya di tangan yang Maha Esa.

Bool

Bercerita soal jodoh, pertemuan, ajal dan maut. Ia juga telah ditakdirkan buat Bool, kucing kesayangan Ain Zulaikha. Bool telah selamat dari kecelakaan setahun yang lalu di jalanan bila hampir dilanggar oleh pemandu teksi.Mereka ditakdirkan bertemu di jalanan, dengan kaki Bool yang terhincut-hincut memaksa Ain Zulaikha lewat menghadiri reunion pada waktu itu. Akhirnya kini, Bool menjadi belaan kesayangan Ain Zulaikha.

Dengan takdirNya jua,akhirnya kami bersama. Kehadiran Bool sedikit-sebanyak dapat menggembirakan Ain Zulaikha yang sememangnya suka akan kucing sejak dari kecil lagi. Ternyata, Ain Zulaikha bukan hanya seorang pencinta yang sejati kepada Syafiq Danish, bahkan pencinta kepada haiwan belaannya iaitu Bool.

Hidup kami 4 sekawan belum berakhir di sini, tetapi baru saja bermula! Semoga bahtera pelayaran yang kami naiki akan sampai ke destinasi masing-masing.
***********

kadang-kadang Allah sembunyikan kita matahari
Dia datangkan pula kilat dan guruh
kita tertanya-tanya ke mana menghilangnya matahari
rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi


Jika ianya sebuah cinta...

jika ia sebuah cinta...
ia tidak mendengar...
namun sentiasa bergetar....

jika ia sebuah cinta...
ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa..

jika ia sebuah cinta...
ia tidak menyeksa
namun sentiasa menguji

jika ia sebuah cinta...
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha...

jika ia sebuah cinta...
ia tidak cantik
namun sentiasa menarik...

jika ia sebuah cinta...
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati...

jika ia sebuah cinta...
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata..

jika ia sebuah cinta...
ia tidak hanya berjanji..
namun sentiasa cuba memenangi..

jika ia sebuah cinta...
ia mungkin tidak suci..
namun sentiasa harmoni...

jika ia sebuah cinta...
ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan...

jika ia sebuah cinta...
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan...
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan...

Sumber : Sufeenan

TAMAT


_________________________

Cerpen : Percubaan pertama Penaberkala sempena Contest Cerpen Sesedap Rasa yang dianjurkan oleh Ain Zulaikha. Cerpen ini diberi judul : TAKDIR


Syarat-syarat penyertaan


Untuk menyertai contest ini, ikuti setiap syarat yang telah dinyatakan. Paling penting, guna 4 gambar yang bertulis ainzulaikha.blogspot.com dalam cerpen anda dan rujuk di sini : Contest Cerpen Sesedap Rasa untuk keterangan lanjut.


Untuk syarat terakhir iaitu tag blogger. Dengan ini, aku menjemput semua yang telah terpilih untuk menjayakan setiap watak dalam cerpen ini menyertai kontest yang dianjurkan terutama bagi sesiapa yang masih belum join. Tiada paksaan, kalau berminat boleh la join. Kalau join, mana tau ada peluang nak dapat hadiah yang telah ditawarkan seperti berikut:

Hadiah menanti pemenang bertuah

Jom, sama-sama memeriahkan Contest Cerpen Sesedap Rasa.

Percubaan pertama dalam menulis cerpen. Jom sertai Contest Cerpen Sesedap Rasa

Akhir kata, semoga terhibur dengan cerpen garapan pertama Penaberkala di Visible Voice. Apa-apa komen atau pandangan, bolehlah lontarkan di ruangan komen. Tidak dilupakan, ucapan terima kasih tidak terhingga kepada anda semua yang turut menjayakan dan menjadi sebahagian daripada cerpen ini.


Thanks for reading!
Semoga cerpen yang dikarang sesedap rasa ini dapat menerbitkan sesedap rasa di mata dan di hati semua pembaca!


:::DISCLAIMER:::
Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tiada sebarang konspirasi mahupun kontroversi antara blogger-blogger yang memegang watak dalam cerpen ini. Idea asal dan jalan cerita adalah milik penaberkala dan tiada unsur plagiat melainkan dinyatakan sumbernya. 


p/s : Semoga lepas ni, kalian semua berkenalanlah antara satu sama lain,hahaha. Best jugak berimiginasi mengarut-ngarut macam ni :) Enjoy writing when I'm feel so bored! Agak-agak wujud tak kisah benar macam ni? Kalau ada. boleh la share kat sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...