Saturday, December 26, 2009

10

Beberapa hari lagi dah nak masuk tahun baru 2010

Sedar tak sedar esok sudah memasuki hari ke-10 dalam bulan Muharram

Maka esok merupakan 10 Muharram

Apa yang istimewa pada 10 Muharram?

Aku pun tak tahu, yang aku tahu cumalah hari pada 10 Muharram ini dipanggil HARI ASYURA

Mesti ramai yang dah tahu, kepada yang masih belum tahu, molek benarlah baca sepintas lalu sebagai pengetahuan tambahan

Apa kelebihan pada HARI ASYURA ini, 10 Muharram?

Kalau di Kelantan, tibanya bulan Muharam dan selepas HARI ASYURA, ramai yang akan sibuk mengadakan gotong-royong membuat bubur asyura (SUGHO) yang hitam pekat lagi sedap

Kalau di negeri-negeri lain mungkin mereka sibuk membuat bubur lambuk beramai-ramai

Konsepnya tetap sama, bergotong-royong untuk meraikan dan memperingati HARI ASYURA

Tetapi, ada kisah di sebalik HARI ASYURA ini, di mana pelbagai kejadian telah terjadi pada hari ini iaitu 10 Muharram. Antaranya:
  • Allah Taala menjadikan langit dan bumi
  • Allah Taala menjadikan laut
  • Allah Taala menjadikan bukit-bukau
  • Allah Taala menciptakan ADAM dan HAWA
  • Lahirnya NABI IBRAHIM
  • Allah Taala menyelamatkan NABI IBRAHIM daripada dibakar api
  • Allah S.W.T menenggelamkan FIRAUN
  • Allah S.W.T menyembuhkan NABI AYYUB
  • Allah S.W.T menerima taubat NABI ADAM
  • Allah S.W.T mengampunkan dosa NABI DAUD
  • Allah mengembalikan KERAJAAN NABI SULAIMAN
  • Akan terjadi HARI KIAMAT juga pada HARI ASYURA (wallahullam)
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk di sini kisah 10 Muharram

Jadi apa yang perlu kita buat?

Kita juga disunatkan untuk berpuasa pada HARI ASYURA dan melakukan perkara-perkara sunat yang lain

14 Perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri .
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin.
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah.
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha

4. Menunjukkan orang sesat.
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim.
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah.
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri.
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat.
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak.
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali.
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa kiil, nikmal maula wa nikmannasiir”.
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Niat Puasa - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Hah, dah niat tuh,so blh la puasa esok. Tak puasa pun dah dapat pahala sebab dah niat!
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



psst: jom puasa esok (27 Disember 2009) dan lusa (28 Disember 2009). Perlu puasa dua hari untuk membezakan ibadat puasa kita (ISLAM) dengan orang YAHUDI. Terlambat sedikit, sepatutnya kena puasa hari ini dan esok, either one!

:::::soklancepumas:::::
ada ke org yang konpius ASYURA dengan SYURA
aku pun konpius tadi, terpaksa guna dictionary check balik,haha
learning process....tuutt





Friday, December 25, 2009

CONTESTO de LOUR

Contest ke-3 untuk tahun ini selepas TOP COMMENTER CONTEST dan CANDID PHOTO CONTEST

Perkenalkan CONTESTO de LOUR. Untuk maklumat lanjut, sila klik picture yang cute kat bawah nih?

amacam, nak join? klik lah aku, meow2


HADIAH LUMAYAN MENANTI ANDA!

1st .:topup rm 50
2nd :topup rm 30
3rd :topup rm 20
saguhati : topup rm 10 (5 orang)

Tarikh tutup penyertaan 31 Disember 2009. Syarat penyertaan sila klik di sini!

Untuk contest kali ini, satu lagi gambar dalam koleksi peribadi digeledah dan disiarkan untuk tatapan umum! Hidup berani untuk mencuba



CAPTION: Klik picture untuk penjelasan. Selamat mentafsir caption!





CANDID PHOTO CONTEST

hari ini cuti sebentar, merehatkan minda dari kesibukan rutin harian
sempat juga melencong ke blog rakan-rakan
ramai blogger menyertai satu contest yang diberi nama CANDID PHOTO CONTEST
untuk keterangan lanjut, sila kunjungi blog penganjur contest tersebut!

ramai yang telah join contest ini, mungkin syaratnya terlalu mudah untuk dibuat dan tugasan yang diberi mampu menarik perhatian ramai
for sure, setiap orang mempunyai picture yg telah disnap tanpa pengetahuan diri sendiri a.k.a CANDID termasuklah diri aku sendiri

at this moment, sementara ada kelapangan, tak salah untuk aku ambil masa sekejap untuk menyertai contest ini

hasilnya, setelah pencarian dalam folder2 dari koleksi pribadi, terjumpalah beberapa picture yg tersenarai sbg CANDID PICTURE.
pemilihan dibuat dgn teliti dan rasional dicari
kerana picture yg akan dipaparkan ini bersangkut-paut dgn next entri,
so dengan berbesar hati picture yg terpilih ini inginku kongsi
sebagai penyertaan untuk contest hari ini!


CANDID PHOTO CONTEST


SYARAT PENYERTAAN
  • Mesti menjadi FOLLOWER blog penganjur
  • Tittle entri mestilah CANDID PHOTO CONTEST
  • Copy picture dari blog penganjur dan paste di dalam entri penyertaan anda serta linkkan picture tersebut ke blog penganjur
  • Upload picture candid anda (peserta) yg origonal dan bukan hak milik orang lain
  • Tinggalkan komen dan link anda sebagai tanda penyertaan di blog penganjur
  • Tarikh tutup penyertaan : 31 Disember 2009
  • Keputusan akan dumumkan pada 1 Januari 2010
SELAMAT MENCUBA!


CANDID PHOTO CONTEST

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

psst: ni second time join contest selepas contest kat blog sis hanie yg juga akan berakhir penghujung tahun ini,2009. Nak menang RM30, RM 20, RM10 atau hadiah-hadiah istimewa, bolehlah turut serta di CONTEST TOP COMMENTER



::::::::::NEXT POST : PERSEPSI::::::::::
Apakah yang anda faham tentang persepsi?
Apakah persepsi anda tentang picture di atas?





Wednesday, December 23, 2009

7 HARI = SEMINGGU

lama sudah tidak menaip entri untuk blog. bukan tak sempat nak bukak blog, tak sempat nak taip entri. bukak blog pun untuk baca-baca entri terbaru kat bloglist dan berkomen apa yang patut.

7 hari = seminggu? betul la kan. kat mana2 kita berada pun, seminggu tetap 7 hari. takde yg lebih, takde yg kurang. cukup-cukup, 1minggu = 7 hari = 168 jam = 10080 minit = 604800 saat!

pejam celik- pejam celik, dah seming€gu berada di kampus. macam-macam kerja dah buat, macam-macam ilmu dan pengalaman dah dapat dan macam-macam cerita ada.
kisah 7 hari yang agak bermakna. semoga hari esok dan seterusnya akan terus membawa makna!


15 DISEMBER 2009 SELASA
Bertolak dari KB ke TRONOH menaiki bus TRANSNASIONAL. Waktu yg tertera kat tiket bertolak pukul 900 pagi, tapi bus sampai dekat pukul 1000 pagi dah. Jenuh jugak menunggu. Dapat plak seat yg rosak part yg nk adjust tempat duduk tuh. Huh, azab gak nk tidur. Lenguh tekak, angguk-angguk geleng-geleng. Tiba di kampus tepat pukul 430 petang. Terus ambil motosikal kat post guard dan check in ke hostel

Malam pertama di kampus, MEETING untuk upcoming event. Bangga dengan ahli jawatankuasa yg pulang ke kampus seawal 4 Disember lagi untuk penambahbaikan PROPOSAL dan presentation. Alhamdulillah, mereka melakukan kerja terbaik, proposal diluluskan oleh management. Congratz to all komiti IRC Carnival 2010!


16 DISEMBER 2009 RABU
Seawal 900 pagi, gerak ke library untuk MEETING. Pembahagian tugas untuk dilaksanakan. Kali ini, aku ditugaskan untuk handle educational trip to selected universities dan institution pertengahan Januari 2010. Nampak gaya, perlu kerja keras utk menyiapkan PROPOSAL.

KFC Taman Maju kini dibuka. Agak mustahil KFC dibuka di kawasan berdekatan kampus. Nampak gaya, syurga makan budak-budak u berdekatan bertambah lagi satu selain restoran sedia ada dan maple.


17 DISEMBER 2009 KHAMIS
MEETING pembahagian tugas seterusnya untuk menyiapkan REPORT. My task : Annual General Meeting (AGM), IRC Open Day (IRC) dan Roadshow. Semua benda nih masih belum setle, dalam proses mengumpul maklumat dan mencari gambar berkaitan untuk dilampirkan. Due date: 27 Disember 2009, huh lagi 5 hari kot, adoi.

Dalam masa yg sama, calling UNITEN utk trip dan accomodation. Then, siapkan list name utk tempah COSTER bagi tujuan trip tersebut.

Kempunan nak gi dinner kat KFC baru bukak tapi penuh la plak. Maple kat sebelah KFC pun jadik lah, ambil bau dah cukup. Maple tuh pun baru bukak gak. Ok la tuh


18 DISEMBER 2009 JUMAAT
Salam Maal Hijrah. Sekitar sambutan Maal Hijrah, meraikan tahun baru Hijrah, so off dari bekerja. FREE TIME to relax for a while. Ambil masa untuk rest dan buat kerja sendiri-sendiri


19 DISEMBER 2009 SABTU
Weekend time. Sebelah pagi dan petang buat kerja sikit-sikit. Selepas Isya', bertolak ke Ipoh ramai-ramai untuk RELEASE. Tujuan utama, BOWLING. Tujuan sampingan, makan-makan.
Objektif tercapai, mcD - bowling - mcD = pokai


20 DISEMBER 2009 AHAD
Kerja-kerja utk siapkan PROPOSAL trip dan PROPOSAL corporate short giat dijalankan. CONTACT NUMBER dan TENTATIVE PROGRAMME rancak disiapkan.

hari nih, 20 Dis maka genaplah setaun usia anak buahku, Danish. Semoga kesihatan dia sentiasa baik dan cepat2 buleh bertatih!


21 DISEMBER 2009 ISNIN
Semua kerja-kerja tertangguh disiapkan. Calling diteruskan dan recheck PROPOSAL by advisor. Tentative dihantar untuk tempahan COSTER. Semoga pengangkutan berjaya diperoleh, amin.

Selesai tugasan, sekali lagi bergegas ke Ipoh bersama barisan rakan seperjuangan. Tujuan utama, tengok MOVIE. Tujuan sampingan, makan-makan. Konflik berlaku dlm pemilihan MOVIE sebab AVATAR full. Frust menunggeng! Hasrat diteruskan jua dgn pemilihan cerita lain. At last, suara majoriti nak tonton BODYGUARDS AND THE ASSASSINS. Layan gak la cite ni walaupun dia patriotik sikit. Aksi dia ok gak, real di pandangan mata kasar. Sebelum layan MOVIE, sempat gak main BOWLING satu game dan membaham donut kat BIG APPLE. On the way balik plak, makan lagi skali. Sebab ada yg nk makan prosperity burger, so aku follow lah,haha. Dah 5 ketul dah setakat nih baham prosperity. Kenapala best sgt, klu murah siket konpem lagi best kot.


22 DISEMBER 2009 SELASA
Pukul 930 pagi ke library untuk pengesahan PROPOSAL. Selepas proses check-mengecheck dan edit-mengedit selesai oleh advisor, baru blh print PROPOSAL. Huh, ambil masa gak. Selanjutnya, proses untuk APPROVAL PROPOSAL oleh management. Terketar-ketar dan seram-sejuk gak nak present PROPOSAL untuk diluluskan oleh MANAGER. MEETING kira-kira 45 minit, alhamdulillah PROPOSAL diluluskan. So, projek EDUCATIONAL TRIP dan CORPORATE SHIRT berjaya untuk dilaksanakan. Satu kejayaan yg agak mengembirakan. Thanx a lots kepada rakan seperjuangan yg turut membantu.

Sebaik PROPOSAL diluluskan, kerja-kerja untuk menghubungi universiti/institusi berkaitan diteruskan. Satu lagi pengalaman ditimba untuk berhubung dengan pihak luar secara rasmi. Terkehel gak lidah-lidah.

Sebelah malam diteruskan untuk proses menyiapkan MEMORANDUM dan finalize PROPOSAL untuk dihantar kepada pihak management. Hopefully everything will be ok tomorrow, insayAllah.


TOMORROW: 23 DISEMBER 2009 RABU

Settlekan semua calling, emel formal letter dan fax formal letter ke semua institusi dan universiti berkaitan. Then, submit proposal. Lastly, ke IPOH lagi sekali utk proses tempahan CORPORATE SHIRT. Hopefully, everything will be settle down!





Hah, dah terjawab kenapa lama aku tak buat entri. Sekali buat, abis semua benda nk cerita. Jadik cam diari dah plak. Apepun, perjalanan dalam 7 hari nih amat bermakna. Berbaloi-baloi korbankan masa cuti untuk berseronok kat rumah demi mendapatkan something new kat sini.

Setiap orang ada cerita tersendiri, di sebalik cerita pastinya pelbagai benda dipelajari.
Tidak kiralah pelajaran dan pengajaran itu berlaku secara langsung ataupun tidak disedari. Namun apa yang penting, setiap yang berlaku itu perlulah dilalui dengan terbuka hati
Agar setiap satunya nanti mampu diperbaiki dari semasa ke semasa untuk kebaikan diri sendiri!


triple L : long life learning
learning is everywhere
learning something for everything





Thursday, December 17, 2009

TAHUN BARU

Sebut pasal tahun baru, mesti ramai terpikir-pikir pasal 2010.
Aku pun, pikir camgitu dulu. Hakikatnya, orang Islam sambut tahun baru lebih awal. Tahun ni aku alert sikit nak sambut tahun baru Hijrah sebab ada baca kat blog sis hanie pasal nih masa rancak berkomen untuk contest yang beliau anjurkan.

Dalam sedar atau tidak sedar, kita seakan-akan melupakan kalendar Islam.
Masing-masing sibuk menghafal kalendar omputeh. Anak-anak diajar menghafal nama bulan dari JANUARI hingga DISEMBER sehinggakan ada yang terlupa untuk mengajar anak-anak tentang nama bulan-bulan dalam kalendar Islam yang bermula daripada MUHARAM ke ZULHIJJAH. Kalau yang ingat pun time MUHARAM (tahun baru), RAMADHAN (bulan puasa), SYAWAL (raya sakan) dan ZULHIJJAH (musim makan daging lembu korban). Bulan-bulan lain, kena rujuk kalendar lah, bahagian petak, tulisan kecik sikit bawah tarikh dalam kalendar harian. Inilah realiti dan bukannya omongan kosong semata-mata!

Kalau disuruh sebutkana bulan-bulan omputeh dalam setahun, kompem berduyun-duyun boleh jawab. Sambil kenyit-kenyit mata dan senyum lebar. Tetapi sayangnya, cuba suruh bilang bulan-bulan dalam kalendar Islam, hah ramai yang kantoi tak tahu. Pastuh, klu ustazah/ustaz soal dalam kelas (waktu skolah), mulalah gatal kepala, dahi berkerut, dan cuit org sebelah. Aku pun ingat sebab dengar nasyid time kecik-kecik dulu,haha. Bahang pembangunan dan arus permodenan, perkiraan hari, bulan dan tahun rancak dikira mengikut standard antarabangsa.

Hari ni kompem semua dah tahu kan bila kita sambut tahun baru Hijrah?
Tak kiralah yg tahu ke, yang tak tahu ke, jom sama-sama ambil tahu.
Kepada yang tahu, sila ambil peluang bagitahu kepada mereka yang belum tahu

Mengikut perkiraan bulan Islam iaitu tahun Hijrah, 1 Muharram iaitu jatuh pada 18 DISEMBER 2009 merupakan hari pertama dalam tahun baru Islam, iaitu TAHUN 1431 HIJRIAH. Maka hari ini iaitu, 30 ZULHIJJAH 1430HIJRIAH bersamaan dengan 17 DISEMBER 2009 merupakan hari terakhir dalam kalendar Islam.

Sempena tahun baru Hijrah ini, aku nak ambil kesempatana nak mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah 1431H buat semua pelawat ke sini tak kira sahabat, kawan lama, kawan baru, kawan nyata, kawan alam maya, kaum keluarga dan saudara-mara seagama, Islam!

SALAM MAAL HIJRAH

Sempena Maal Hijrah ini, sama-sama renung-renungkan kisah penghijrahan Rasulullah S.A.W dan para sahabat dan recall balik sejarah Islam. Semoga, apa yang dibaca boleh difahami dan dipraktikkan untuk kita berhijrah dari semasa ke semasa, amin! Penghijrahan zaman moden bukanlah dari aspek luaran semata-mata (berpindah-randah), tapi perlulah juga dituruti dengan penghijrahan dalaman (aspek-aspek dalaman, oputeh panggil inner side)

Kejap lagi dah nak Asar, so lepas Asar nih boleh lah baca doa akhir tahun untuk mendapat keberkatan. Doa akhir tahun dibaca selepas waktu Asar dan sebelum masuknnya waktu Maghrib.

Selepas Maghrib plak, jom ramai-ramai kita baca doa awal tahun. Semoga tahun baru yang mendatang ini sentiasa mendapat keberkatan daripadaNya, amin! Selepas Maghrib, maka bermulalah perjuangan kita di tahun baru 1431H.






:::::kotakmemori:::::
tiba-tiba teringat zaman skolah rendah dulu, time maal hijrah la ada byk pertandingan antara skolah-skolah. pertandingan nasyid, bercerita, tilawah, hafazan dan lain-lain lagi. aku pun aktif join benda-benda gini dolu-dolu dari darjah 4 hingga ke darjah 6,hak3. nice experience! nnt next post story pasal nih time budak-budak dulu sekitar sambutan maal hijrah, kenangan sepanjang hayat,muah





Wednesday, December 16, 2009

HOLIDAY

sudah lama tidak update blog,
dulu aku tinggalkan blog dengan kepeningan,
kini aku kembali dengan senyuman, fewwitt

ke mana aku pergi?
pergi mencipta satu memori
pengalaman indah yang tidak dijual mahupun boleh dibeli di pasaraya berdekatan ataupun stokis-stokis berhampiran

cuti semester ni merupakan cuti terpendek kerana perlu pulang ke kampus terchenta awal atas urusan tertentu (skang dah di kampus). selain tu, cuti ini merupakan cuti semester yg terakhir bagiku kerana untuk sesi pembelajaran next year, no more semester break (long holiday). sebab? perlu kerja untuk timba pengalaman, aplikasikan apa yg dipelajari selama ini, praktikkan segala ilmu yg ada di dada dan cari duit lebih. semua ni orang panggil LATIHAN INDUSTRI aka INTERNSHIP or INDUSTRIAL TRAINING! so 8 bulan, start JUN 2010 - JAN 2011 kita keje puas-puas sampai naik muak. Lagi 6 bulan belajar, sabaw2! Keep focusing on goal.

so, di kesempatan yang ada nih, apa lagi
cuti yang diberikan digunakan sebaik mungkin dan dimanfaatkan sepenuhnya
selain aktiviti rutin yg sentiasa diamalkan semasa cuti2 yg sudah iaitu RTM bak kata beliamuda iaitu REHAT, TIDUR, MAKAN, cuti kali ini dimeriahkan lagi dgn aktiviti yg best2
bolim + futsal + layan movie + camping + picnic


HOLIDAY EPISOD 1

holiday bersama teman dan taulan satu batch waktu sekolah menengah dolu2
lokasi di Pantai Melawi pada tanggal 11-12 Disember 2009
Cerita ini sudah basi, tapi masih segar dalam fikiran
Byk benda yang menghalang untuk post entri ni
akhirnya.....


upacara menghidupkan bara api


apa yang penting? kerjasama


inilah mangsa malam tuh, ayam bakar. macam2 rupa ada, perang keemasan, kuning kelangsatan dan jugak hitam kearangan! rupa tak penting, yang penting perut kenyang dan rasa sedap


kali pertama pergi camping ada yang bawak desktop. memang canggih manggih la. aku respek member aku sorang ni, amir yg susah payah bawak desktop ke tapak camping. at least ada hiburan masa BBQ dan peneman waktu berjaga malam. ada yang tak tidur sampai pagi sebab asyik bermain PES2010. sambil berBBQ, ada gak yg buat tournament PES. Ini adalah sebahagian scene2 yg penuh kekusyukan


sedang asyik bermain PES, ada yang diserang hendap. plurp, buyi yang cukup syahdu. rupa-rupanya sebijik telur ayam dilenyek ke atas kepala saudara pokjatt,hak3. semua yg ada bertempiaran lari dan ada gak yg kena mangsa tepung seperti di atas! perang bermula menghangatkan suasana malam hari dan berakhir dengan mandi-manda di pantai di malam buta


dalam peperangan itu, ada gak pihak yg berkecuali. tipsnya mudah saja, duduk atas tilam utk selamatkan diri daripada serangan hendap. sekali tengok 3 orang nih macam DO RE MI pun ada, ZAM ZAM ALA KAZAM..bawa kami ke PASIR BERDENGUNG


setelah perut kekenyangan, peperangan diisytiharkan tamat, upacara memasang khemah pun bermula utk tidur time. 3 khemah berjaya dipasang dan diatur dengan penuh sistematik. syok gak tidur dalam khemah tepi pantai, first time. nice experience! ada yg tidur awal, ada yg layan movie 2012, ada yg tak tidur lepas tuh sebab asyik bermain PES


jam loceng berbunyi menandakan masa tidur telah tamat dan subuh perlu ditunaikan. mata segar-bugar melihat ketenangan pantai dan kesyahduan alunan ombak. mata yag dicelik, tak terpejam dah. klu kat rumah, konpem smbg tidur balik lepas solat. tp, di kesempatan nih ambil masa utk ronda2 tepi pantai smabil melihat matahari terbit,ceewah


dalam perjalanan jumpa sebuah ISTANA. mungkin ini peninggalan nenek moyang agaknya,hak3. rupa-rupanya, ISTANA PASIR nih adalah hasil penat lelah adik-adik yg menginap kat resort berhampiran. kreatif gak budak2 nih


ada yg meronda-ronda, ada gak yg tak puas-puas lagi main game. kali ni, game fighting plak dah. adoi, hantu game rupanya budak2 nih


tak ronda, tak main game, mana selebihnya? sambung tidur la. syok apa tidur tepi pantai pagi-pagi. angin sepoi-sepoi bahasa, alunan ombak plak lemah-gemalai. lena lagi skali la jawabnya!


dalam ronda-ronda di tepian pantai, menunggu nak snap picture matahari naik, kamera sudah di tangan,apa lagi jari pun galak menekan butang. snap-menyenap berlaku dengan rancaknya. ni beberapa koleksi yang mampu dirakam dalam memori kamera.











akhirnya, dapatlah snap matahari terbit. biasanya, bangun tidur matahari dah tercacak kat atas kepala,hak3



balik ronda-ronda, layan plak PES. Pastu layan plak video yg world record pasal weird-weird things tuh. macam2 ragam manusia ada, yg manusia nak jadi binatang, bercucuk sini-sana, manusia berbulu, rambut terpanjang, kuku terpanjang, orang tergemuk, macam-macam lagi ada sementara nak tunggu breakfast. breakfast cukup mudah, beli nasi bungkus kat warung berdekatan jek. syok gak nasi kerabu, nasi lemak, nasi berlauk di tepi pantai



perut kenyang, masa nak packing plak. ada yang amek peluang nak mandi-manda buat kali terakhir sebelum pulang. lepas tuh, khemah diturunkan menandakan waktu tidur sudah berakhir dgn rasminya. selepas selesai semuanya, semua bersiap sedia utk pulang ke destinasi masing-masing. tapi, pukul 130ptg ada futsal plak kat REAL 7. Tapi, aku terpaksa berundur lebih awal sebab ada sambungan holiday episod ke 2. sorry kawan2, aku tak sempat pergi main futsal!

thanx to Iqbal yg handle camping nih dan semua yg hadir. semoga utk masa mendatang, pelbagai aktiviti lagi dapat kita jalankan selain futsal dan match bola sepak yg sudah menjadi rutin!

proud to be BATCH SPM06 MRSM JELI
walau dah 3 taun bawa haluan masing-masing, namun ukhwah yg terbina tetap gah terjalin
semoga persahabatan berkekalan hingga akhir hayat


TRULY GREAT FRIENDS ARE HARD TO FIND, DIFFICULT TO LEAVE AND IMPOSSIBLE TO FORGET



HOLIDAY EPISOD 2


Percutian diteruskan ke Pantai Irama, Bachok. Sebab itu, terpaksa tinggalkan teman dan taulan lebih awal kerana ada temu janji yang penting.


picnic bersama kaum keluarga. time kecik-kecik dulu, selalu gak datang sini. tapi, dah besar ni, jarang plak picnic-picnic bersama family. so, peluang yg ada nih, rugi plak tak join untuk meraikan dan bergembira bersama anak-anak buah tersayang


kasik can kat mereka yang nak kenal erti kemasinan air ombak. gelak gak aku bila tengok reaksi muka mereka bila tertelan air laut. kesian lagi bila masuk air laut dlm mata, menjerit kepedihan,hak3. haru-biru bila main baling pasir smp masuk mata.adoi, mcm2 la budak2 nih


antara penemuan di tepian pantai. apakah ini? rupa-rupanya, inilah gerangan OBOR-OBOR. raut wajahnya tak ubah seperti plastik yg cair terbakar. namun, di sebalik rupanyan itu, terselit 1001 bahaya. klu kena tuh, tak tahu lah apa jadi


sekian saja coretan percutian kali ini
kini percutian berakhir
great holidaay for this time!


perjuangan mesti diteruskan,
amanah mesti dilaksanakan,
tanggungjawab mesti dipikul,
pengalaman mesti diraih,
ilmu mesti ditimba,
new day, new spirit
go for it!







Friday, December 11, 2009

MEMORI


minda kita tidak berhenti untuk berfikir dan terus berfikir
dalam fikiran, penuh dengan ilham, masalah, imiginasi dan sejarah lampau
dengan fikiran, pelbagai benda ditafsir dan diproses untuk diinterpretasi
kadang-kadang, setiap apa yang difikir diterjemah dalam bentuk kata-kata dan gerak kerja
begitulah kuasa akal fikiran yang dikurniakan oleh yang maha Esa
indahnya, bila kita mampu mengingati sejarah lampau berbelas-belas tahun yang lampau
walaupun kita masih kecil dan belum matang untuk berfikir ketika itu
itulah kekuatan kotak memori insan bergelar manusia
alhamdulillah!


semenjak dua menjak, kepala aku sedikit pusing
mungkin kerana terlalu kuat berfikir
mungkin jua banyak benda berserabut di benak fikiran
kadang-kadang, tekanan membuat kita pening
kadang-kadang, masalah membuat kita pening
kadang-kadang, kebosanan membuat kita pening
kadang-kadang, memikirkan benda akan datang membuat kita pening


argh, persetankan kepeningan itu
aku harus tenang
aku mahu pergi bertenang
aku mahu pergi berehat
aku mahu pergi bercuti
aku mahu pergi bergembira
bersama teman dan juga taulan
jumpa lagi lusa
bye!


MEMORI 1
kecik-kecik dulu- menonjolkan kecomelan sewaktu kecil


MEMORI 2
bersama arwah atuk dan nenek terchenta
kecomelan terserlah dengan pipi gebu dan montel


MEMORI 3kenangan bersama abang dan sepupu
pulang dari Airport
tshirt kegemaran - baju bergambar power rangers
tapi, baju yang dipakai tuh, tak siap kot
tak siap colour picture kat baju



::mode::
  • kepeningan - mau berangkat jap lagi untuk menenangkan fikiran
  • nostalgia - sedang bertungkus-lumus scan koleksi picture-picture lama untuk santapan kemudian hari dan mengerah memori untuk mengingat kembali

"sejarah lampau itu penting untuk memotivasikan diri ke arah memacu kejayaan akan datang"





Tuesday, December 8, 2009

KAD PENGENALAN

Hari ni, 8 Disember 2009, telah terlaksana satu tanggungjawab kecil selaku WARGANEGARA MALAYSIA. Untuk keterangan lanjut, sila paksa diri untuk baca entri ini!

Kad pengenalan?
Sape yang tak tahu pasal kad pengenalan? konpem smua orang tahu kan.
Rasanya bukan setakat tahu, kalau berumur 12 tahun dan ke atas tuh konpem setiap orang ada satu kad pengenalan kecuali Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Ada ke orang ada 2 kad pengenalan?

Sebut pasal kad pengenalan nih, di kesempatan ni nak story siket pasal kad pengenalan dan info-info yang berkaitan dengannya.
Kad pengenalan dengan nama omputehnya Identification Card dan nicknamenya IC amat penting untuk individu yang bergelar WARGA MALAYSIA (negara lain pun penting benda alah ni).
Siapa pun kita tak kira bangsa, agama mahupun warna kulit sekalipun perlu ada IC sendiri setelah memenuhi syarat yg telah ditetapkan iaitu 12 tahun dan ke atas.
IC ni merupakan kad paling penting untuk di bawa ke mana jua kita berada.
Silap hari bulan, kalau takde IC dan ditahan pihak berkuasa, parah jawabnya.
Aku tak tahu la apa akibatnya sebab takde pengalaman lagi, klu ada dah cite kat sini.

Ok, sebelum lalutan dan karutan menjadi lebih berjela-jela dan panjang lebar, eloklah aku berterus terang.
Actually, hari ni aku telah pergi memohon untuk IC aku yang ke-3.
Tahu sebab apa sampai ada 3?
Yang pertama hilang, pastu buat yang ke-2 masa form 1. Melayang duit RM30, hambek ko.
Pastu, jumpa balik. Ada jodoh lagi ngan IC pertama tuh.
So, selama 6 tahun aku mempunyai 2 IC. Satu tinggal kat rumah (mak aku yg pengang) dan yang terbaru aku yang pegang.
Tapi, jodoh kami tak panjang bila IC pertama aku tadi hilang plak buat kali ke-2
Kehilangan kali ni memang takkan dapat balik dah.
Tahu sebab apa? Sebab handbag mak aku kena ragut pada 1 Mac 2008.
Maka, hilanglah segala macam harta yang ada dalam tuh termasuk IC aku.
Huh, aku sumpah peragut itu hidup tak aman dan ditimpa kecelakaan atas perbuatannya itu!
Nanti sambung lagi story pasal nih next time.
Dan hari ini, aku pohon IC ke-3, tapi bukan sebab hilang,sebab lain.
Sebab, IC tuh dah expired. Picture kat IC pun still budak2 lagi.
So, ikut undang2 kena tukar IC baru selepas mencapai usia 18 taun.
Proses mendapatkan IC baru adalah 1 bulan!


siapakah beliau?

Pernah tengok tak IC di atas? Tak kira la kat mana2 pun especially kat facebook.
First time aku tgk kat facebook. Malam ni terjumpa lagi skali. Famous gak picture nih.
Dalam enak aku search info pasal IC kat GOOGLE, tiba-tiba byk plak kua picture nih. So apa lagi, aku pun download dan tempek kat sini.

Sekian saja cerita aku untuk kali ini, sebenarnya just nak inform kat remaja di luar sana yang telah mencapai usia 18 tahun, sila tukar IC anda yang lama (gambar budak darjah 6 tuh) kepada IC yang mature sikit. RM 10 je pun, nnt klu lebih usia 25 taun, lagi byk kena bayar denda/kompaun.

Kat bawah ni info pasal IC dan JPN. Klu rajin bacalah!
Kepada sesiapa yang belum tukar lagi tuh, dan memang tak tahu pun pasal nih, pergi tukar la ye.
Klu tak tukar, tengoklah akibatnya dalam table kat bawah skali dlm entri nih.
JPN cawangan byk kot skang kat negeri-negeri di Malaysia ni. Kat Kelantan dulu ada kat KB je. Tapi skang dah ada kat Kok Lanas dan Bachok. So, takdelah sesak sangat. 20 minit je tadi, dah siap.

::soklancepumas::
ada lagi orang yg suruh mak bapak diorang pegang IC mereka?
pelik betul, pergi merata tanpa IC tanpa rasa bersalah
setahu aku masih ada yang macamtuh,hak3


PENGENALAN

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

  • Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri
  • Bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian
  • Bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak
  • Ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Dharurat (Kawasan - kawasan Pendaftaran) 1948 dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan yang memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun ke atas
  • Diberi fungsi tambahan iaitu untuk mendaftarkan semua peristiwa penting yang merangkumi pendaftaran kelahiran, kematian, anak angkat, perkahwinan, perceraian dan kewarganegaraan
  • Semenjak penubuhannya, Jabatan ini telah berpindah ke beberapa buah bangunan di Kuala Lumpur dan Selangor. Pada awalnya, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara terletak di Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Pada 1958, Ibu Pejabat ini telah berpindah ke Bangunan Persekutuan Petaling Jaya untuk menampung pertambahan rekod-rekod, dokumen dan kakitangan yang meningkat.Selepas beberapa tahun, Ibu Pejabat JPN sekali lagi berpindah ke Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan kekal di sini sehingga sekarang. Mulai Disember 2004, Ibu Pejabat JPN ini telah beroperasi di Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya
NOTE: yang bold tuh, aku masih belum buat dan tiada pengalaman


SEJARAH
  • 1807 - Piagam Keadilan 1807 (Piagam Pertama) telah menubuhkan undang-undang Inggeris yang dikenali sebagai Lex Loci (law of the land) di Pulau Pinang

  • 26.11.1826 - Piagam Keadilan 1826 (Piagam Kedua) pula telah menubuhkan undang-undang Inggeris yang dikenali sebagai Lex Loci (law of the land) di Singapura dan Melaka walaupun undang-undang tersebut bukanlah per se menggantikan undang-undang adat. Hasilnya, kes undang-undang dan adat-adat tempatan ini dipinda kepada undang-undang Inggeris.

  • 1867 – Negeri-negeri Selat (Straits Settlements) telah dipisahkan dari Kerajaan di India (oleh operasi kerajaan di bawah Akta Negeri-negeri Selat 1866) iaitu di bawah kuasa perundangan.

  • 4.2.1867 - Selaras dengan Surat Kurnia, kuasa perundangan di dalam tanah jajahan telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat (Legislative Council The Straits Settlements).

  • 1874 - 1899 - Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) menjadi negeri naungan Great Britain dari ancaman musuh.

  • 13.7.1889 – Digabungkan menjadi Persekutuan Tanah Melayu.

  • 1895 - Sebelum tahun 1895, Persekutuan Tanah Melayu beroperasi secara berasingan, sehinggalah satu undang-undang digubal supaya pengasingan dibuat untuk undang-undang berkaitan dengan pendaftaran kelahiran, kematian, pengebumian, perkahwinan dan perceraian. Pada tahun 1895, ianya beroperasi di bawah Majlis Persekutuan.

  • Rekod-rekod kelahiran dan kematian yang telah direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia masih lagi dipelihara sejak hampir 150 tahun yang lalu.

  • Dalam tahun 1948, kad pengenalan pertama telah dikeluarkan semasa waktu darurat (Kawasan-kawasan Pendaftaran). Peraturan-peraturan 1948 telah diperluaskan melalui Ordinan Darurat 1948.

  • Kad pengenalan untuk Persekutuan Tanah Melayu telah dikeluarkan pada 2 Ogos 1960.
    Urusan kelahiran, kematian, pengangkatan, kewarganegaraan dan perkahwinan pada awalnya diletakkan di bawah kerajaan negeri sehingga undang-undang persekutuan dibentuk untuk memberikan perkhidmatan kepada orang awam mengenai perkara-perkara berkaitan pendaftaran. Jabatan Pendaftaran Negara Tanah Melayu telah dibentuk untuk mentadbir akta untuk Parlimen sehingga ke hari ini.


:::UNDANG-UNDANG:::
Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.


Untuk pertanyaan lanjut, sila kunjungi soalan lazim

SUMBER : JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN)


GANTIAN KAD PENGENALAN 18 TAHUN

SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon mestilah telah berumur genap 18 tahun tetapi belum mencapai umur 25 tahun

  • Pemohon mesti hadir


PROSEDUR PERMOHONAN

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen sokongan (asal dan salinan)

BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK

Warganegara RM 10.00 manakala bukan warganegara bayarannya berbeza

Jika lewat memohon (telah melebihi umur 25 tahun), rujuk Jadual Pembayaran di bawah:



BAYARAN PERMOHONAN PENUKARAN KPP/KPT KE MYKAD DI BAWAH PERATURAN 18

(WARGANEGARA)

Permohonan yang melewati mendaftar semula selepas mencapai umur 18 tahun sehingga 25 tahun akan dikenakan kompaun

klik picture untuk tumbesaran





Monday, December 7, 2009

KB MALL

BERITA VS CERITA

"mari mano? gi tengok KB Mall rutuh ko?", sapa jiran tetangga kepada akak aku

akak aku balik dan berceloteh. Betul ke, KB Mall rutuh?
herm, aku buat layan tak layan je. Entah betul entah tidak dia nih

tok tok, tok tok (bunyi nada sms masuk - nada standard) dari telefon usangku
lantas sms dibuka dengan penuh harapan dan senyuman
alah, dari sahabat rupanya
bukak dengan perasaan biasa,hak3

Betul ke KBMall runtuh?
Sender:
Azizul Abllah
+6013902****

perasaan biasa bertukar menjadi luar biasa
aik, betul ke nih? tak sampai 15 minit sela masa, benda yang sama aku dengar. Biar betik!
lantas kami sekeluarga berbincang dengan rancaknya, masing-masing berteka-teki dan melontarkan pandangan (ala-ala persidangan dan mensyuarat agung gamaknya).

KB Mall runtuh?
sosek-sosek kami berceloteh dan berteori

lantas, telefon usang digapai untuk sms teman dan taulan
try sms saudara nifi aka beliamuda (dia ni sentiasa peka dengan apa yang terjadi, sumber rujukan aku,haha) dan nik yang tinggal dekat area KB.

dalam masa yg sama, tangan rancak bersms dgn saudara mB.
sms diterima daripada nifi
herm, pengesahan telah dibuat dan mengiakan kejadian itu
soalan lanjutan diajukan bertalu-talu
banyak jugak info yang diperoleh daripada beliau

kemudian, remote tv digapai dengan serta-merta untuk tonton berita terkini
jam menunjukkan pukul 645 petang, berita apa masa ni ye? tv mana ada memaparkan berita?
dari tak minat nak tgk brita, tiba-tiba mencari berita utk ditonton
TV1 takde berita
TV2 dan TV3 pun tak ada
ASTRO RIA dan PRIMA lagi la takde
TV7 pun takde gak
ASTRO AWANI, hah ada berita
tapi bukan berita terkini la, berita hiburan
layan gak la sementara menunggu berita lain
dapat gak banyak info pasal dunia hiburan especially pasal artis tanah air
Remi Ishak (Adam dalam Nur Kasih) dipukul oleh sekumpulan lelaki
Natasha Hudson bercerai lagi
Ninja Assassin meletup di pawagam (terpikir kalau la kat KB ada cinema,hoho)
dan macam-macam lagi

lepas maghrib, cepat-cepat bukak tv. tercongok kat depan TV3 untuk menonton BULETIN UTAMA
tungu punya tunggu, ada gak berita pasal KB Mall ni
apa yang aku dapat tahu daripada berita tu adalah:
  • kereta kuning BCL 3210 bewarna kuning melanggar dinding bahagian parking atas KB Mall dan terjunam jatuh gaya bebas kat eskalator bahagian bawah
  • kebetulan , ada beberapa orang pengunjung berada di eskalator tersebut
  • dimaklumkan kejadian meragut dua nyawa
  • 1 kematian di tempat kejadian
  • 1 lagi kematian di atas ambulans on the way ke hospital
  • 1 lagi mangsa cedera parah dan dirawat di ICU
  • dimaklumkan dalam berita tersebut kereta itu rosak dan beberapa orang di tempat kejadian tolong untuk menolak kereta itu, tiba-tiba pemandu kereta berkenaan gagal mengawal kenderaan lalu merempuh dinding bangunan dan terjadilah peristiwa tersebut
dengan berakhirnya berita tersebut, maka sedikit pertanyaan di benak fikiran aku terjawab
huh, puas kan bila tahu cerita sebenar yang kita tertanya-tanya selama ni
sepuas kita melepaskan kentut mungkin

untuk maklumat lebih lanjut, aku pun layari internet
destinasi aku pertama ke beliamuda, pastinya informasi terkini dimuatkan di sana
jangkaan aku tepat, dapatlah gambaran jelas kejadian itu dengan adanya foto-foto berikut:



lubang yang berjaya ditebuk oleh kereta kuning itu tanpa niat



kereta yang terjunam jatuh dan menghempap mangsa di tempat kejadian


tak cukup dengan maklumat itu, aku diberi informasi lagi oleh cik whitedaisy melalui ym
baru dapat tahu rupa-rupanya, pemandu kenderaan berkenaan melarikan diri dan tidak meninggal, alhamdulillah panjang lagi umur dia
pada mulanya, aku ingat pemandu yang meninggal, ye lah terjun dari tingkat 3 kot
selain itu, aku dapat tahu bahawa mangsa yang terkorban itu adalah pelajar dari Masterskill iaitu kolej kejururawatan yang berdekatan dengan KB Mall

untuk pengesahan lanjut, tambah-tambah semangat ingin tahu aku mebuak-buak (inkuiri), aku terus menerjah laman sesawang
tanpa segan silu aku mintak pertolongan incik GOOGLE anak-branak membantuku
dengan kata kunci KB Mall pelbagai informasi dapat dikumpul dengan detail sekali dengan pelbagai skill dan teknik penceritaan

itu semua tidak penting, apa yang nak aku rumuskan dan simpulkan kat sini, biarlah hanya berita pokok yang kita tahu dan angka kematian yang sahih sahaja
aku pening gak bila baca banyak berita dan informasi di internet
masing-masing membuat huraian dan olahan masing-masing
apa yang aku baca di internet sungguh jauh bezanya dengan apa yang aku lihat dan dengar di kaca televisyen
perbezaan ketara yang aku detect adalah mengenai kereta dan pemandunya
di TV3 mangatakan kereta rosak, di INTERNET mengatakan pemandu baru belajar kereta
di INTERNET jugak banyak lagi versi-versi cerita yang berbeza-beza
tidak sampai 5 jam kejadian berlaku, macam-macam berita keluar
aku pun pening nak percaya yang mana satu
so, ak pun malas nak pikir banyak dan yang penting aku tahu apa yang dah berlaku pun dah cukup bagus

kesimpulannya, kejadian hari ini adalah
  1. kereta langgar dinding dan jatuh atas eskalator di KB Mall
  2. 2 kematian dicatatkan dan 1 cedera parah
tahu pasal 2 benda nih dah cukup kan
sebab musabab dan salasilahnya biarlah saksi-saksi kejadian sahaja yang tahu
aku tak berani nak cakap takut banyak aku tokok-tambah jadi plak cerita dongengan

untuk keterangan lanjut, sila hubungi mangsa di tempat kejadian, saksi berdekatan ataupun layari internet untuk berita lengkap dan tepat

sekian melaporkan berita untuk visible voice oleh wartawan liputan penaberkala

kat bawah ni aku summarizekan keratan berita dari salah satu sumber yang aku baca di internet
  • 2 orang pelajar perempuan masterskill maut dan seorang lagi parah
  • kejadian berlaku akibat sebuah kereta dari tingkat tiga (3) pasaraya KB Mall terjunam sebelum menghempap mangsa
  • kejadian berlaku jam 540 petang waktu tempatan
  • menurut saksi di tempat kejadian, pemandu kereta jenis MAZDA dan 2 penumpang kesemuanya dipercayai perempuan sedang belajar memandu di tempat letak kenderaan
  • kereta yang dipandu gagal dikawal dan merempuh bumbung sebelum terjunam ke eskalator di tingkat 2
  • mangsa yang terlibat dan berada di eskalator ketika kejadian berlaku:
  1. SITI NOR AMIRA SAMSUDDIN 19 (cedera parah di bahagian kepala dan meninggal di tempat kejadian)
  2. SITI NOR DIANA AZMAN 18 (mati dalam perjalanan ke hospital akibat pendarahan teruk di bahagian kepala)
  3. RASHIDAH AHMAD LUTFI 24 (cedera parah dan dirawat di unit bahagian rapi di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu)
  • pemandu dan penumpang dipercayai melarikan diri
  • pasaraya KB Mall ditutup kepada orang ramai sehingga selesai siasatan
source dari http://ntvirus.wordpress.com


untuk menyelami hati dan perasaan mangsa dan saksi di tempat kejadian, boleh tengok video ini:
video di tempat kejadian


MATI

nukilan: Penaberkala

mati itu sudah pasti
tidak kira usia dan lokasi
cuma tidak tahu bila dan siapa
mungkin dia,aku,kau atau mereka!
mungkin hari ini, esok atau bila-bila!

maka, beringatlah kita senantiasa
bila ajal maut datang menjemput kita
tiada siapa boleh menghalangnya
tidak kira pangkat, darjat mahupun harta
pasti semua akan tunduk kepada yang maha kuasa!



:::katahati:::
Begitu mudah hendak mati, tidak perlu berperang atau serangan berani mati. Di shopping complex berhawa dingin dan di tangga bergerak sendiri pun boleh jadi. Subhanallah, sungguh besar kuasa Illahi.Mungkin kejadian hari ini mengingatkan aku tentang mati!

takziah kepada keluarga mangsa dan al-fatihah kepada arwah





Sunday, December 6, 2009

KHAZANAH CINTA

Akhirnya, mentari kini kembali. Beraksi untuk menyinari bumi dengan cahaya berseri. Setelah sekian lama mentari menyepi, kini ia kembali. Mungkin hujan berhenti beradu dek kerna kepenatan membasahi bumi bertalu-talu tanpa henti.

Kusangka panas sampai keesokannya, rupa-rupanya hujan di tengah malam. Apa nak dikata, mungkin ini musimnya. Maka, biarlah ia berbakti kepada bumi yang pasti kehausan. Dahagakan air dari langit mungkin. Mungkin juga dapat melepaskan azab awan yang terseksa mengandungkannya. Tak larat untuk dikendong ke hulu dan ke hilir. Lebih elok dicurahakan daripada terseksa sehinggakan wajah langit gelap-gumpita. Dengan gugurnya titisan-titisan jernih berkaca, mungkin langit kembali cerah dan bumi kembali segar-bugar!

Huh,intro untuk ambil mood jiwang karat aku yang sudah lama berkarat
First time kat blog ni ak berbicara pasal cinta. Boring-boring tadi, sempat gak explore telefon usang yang telah berkhidmat 5 tahun untuk aku. Explore punya explore, terbukak kat mutimedia message. Kemudian, try bukak kat save items. Fulamak, banyak gak puisi yang puitis yang aku karang time muda-mudi dulu. Ye la, dulu tak de blog. So, telepon la jadi mangsa untuk bermadah dan bermonolog. Tapi skang, nk berpuitis je ak datang sini!

Kat dalam folder tuh, ada tiga karya nukilan yang entah hape-hape. Huh, ak tergelak tergolek-golek bila baca,hak3. Jiwang tahap cinpanzi masa tuh. Rasa nak share gak kat sini koleksi KHAZANAH CINTA aku dolu-dolu. Jom la layan, mana tahu karya aku ni diiktiraf untuk dimasukkan ke dalam ANTOLOGI SEHIJAU WARNA DAUN ke untuk budak-budak skolah. Klu rasa meluat nk termuntah tuh, bawak-bawak bersabar. Klu tak tahan sangat, boleh la slow2 mencari butang merah putih dan berpangkah untuk klik,bimbang ia melarat. Selamat berjuang dan berjiwang!




KOLEKSI 1

CINTA VS KENTUT

Cinta ibarat kentut
Ditahan sakit dilepas malu

Inginku tahan namun tidak terdaya
Inginku lepas namun tak tahu kepada siapa

Kini, ku tunggu siapa geranganmu
Buat menemani kesepian hatiku

Ku pasti suatu masa kau pasti tiba
Menemani aku si pencari cinta

Tiada ku harap cantik rupawan
Asalkan cinta kita berkekalan
Tiada ku harap gadis hartawan
Asalkan ada budi santunan

Tiada apa yang ku harapkan
melainkan keikhlasan dan kesetiaan
serta kejujuran dalam hubungan

Jika dikau yang telah direncana
Inginku abadi kan di dalam jiwa

Jika dikau yang ku temui
Pasti ku pahat di dalam hati

Sedih, kecewa lagi merana
Akanku lempar nun jauh di sana
Suka, gembira lagi bahagia
Akanku beri seluruh jiwa dan raga

Akan ku benci gaduh telagah
Apakan lagi kita berpisah

Ini saja coretan hati
Buat melepaskan kesunyian diri

Ingin mencari insan istimewa
yang ku impi dalam mimpi dan jaga

Dikau yang ku tunggu
Akan ku cari sampai ketemu

Milik siapakah hatiku ini?
Semuanya pasti ketentuan Illahi!

Saved:
12:46:50am

21-May-2007



KOLEKSI 2

CINTA?

Apa erti cinta yang sebenar?

Bagiku, definisi cinta amat diskrit untuk diungkapkan

Interpretasi cinta bergantung kepada si penterjemah

Bagiku, CINTA adalah satu cerita

C Ceritera yang indah, pahit, manis, suka dan duka yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata

I Intisari yang sukar diramal oleh setiap insan kerana penghujungnya yang tidak pasti

N Nostalgia yang sukar dipadam dalam memori ingatan bagi mereka yang menaklukinya

T Tragis yang sukar dihapuskan bagi mereka yang tewas

A Antalogi fantastik dan realistik yang penuh dramatik

Saved:
04:03:22am
8-Nov-2007

KOLEKSI 3

SOALNYA SIAPA?

Setiap detik ku terfikir
Siapakah pemilik hatiku ini?
Ku punyai ramai teman
Namun ku keliru yang mana satu pencuri hatiku
Inginku pilih
Namun tak tahu siapa yang menyukai ku
Ingin saja aku menyerah pada takdir
Namun hatiku sangsi dan berbelah-bagi
Ku punya teman
Ramai datang ramai pergi
Ku hampir berputus asa dalam memilih di antara kamu
Hadirlah duhai si buah hati
Mengubat kesepian hatiku ini
Bahagiakanlah jiwaku ini dengan kasih sayangmu
Hargailah aku dengan cinta sejatimu!


Saved:
03:20:19am
13-Nov-2007

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

  • semua koleksi di atas adalah nukilan sendiri yang lahir dari lubuk hati yang paling dalam pada tahun 2007 (dah berusia 2 tahun)
  • bila ditatap dan dihayati dengan penuh kusyuk, aku suka koleksi no 2. Tak sangka dalam definisi tuh ada betulnya. Sepanjang pemerhatian aku bergelar insan bernama manusia, memang macam-macam cerita aku dengar dan lihat. Ada antaranya yang tergolong dalam baris-baris ayat tersebut
  • aku paling menyampah baca koleksi no 3. huh, gila bayang ke hape time tuh. tak tau lah masa tuh tengah angau dengan sape. rasanya konpem tengah frust kot. apepun, jadikan ia koleksi peribadi. tunjuk kat anak cucu nanti. ni karya atuk time bujang-bujang,hak3
  • Antara 3 nukilan yang terpampang kat atas, koleksi mana paling menarik? (jawab dengan jujur. Mana tau kan, nukilan yg menarik tuh akanku baca kat bakal pasangan aku nnt,hak3)

mode: jiwang dan angau



penaberkala starting to write

"when voice become visible, muteness become readable"





Friday, December 4, 2009

2 in 1

Sementara ada kelapangan, jom isi masa terluang dengan menjawab tag-tag yang terkumpul. Tag ni umpama assignment la dalam dunia blogging. Chantek la buat tag-tag ni time kebosanan time cuti panjang. Nak post entri, takde modal lagi. So layan je lah tag ni dulu sebelum entri-entri lain akan menyusul tidak lama lagi.


Setakat ini, ada 2 keping je tag terkumpul. Tag pertama datangnya daripada Cik Anem, dan tag ke-dua datangnya daripada CikTi. Sebelum menyelesaikan tag ni, jom berkenalan dulu sedikit tak banyak dengan pengetag2 handalan ini.

Siapa Cik Anem?
Wan Nur Farhanim Radziah (nama pnjg berjela-jela, tp sweet kn?) atau lebih dikenali dengan Anem
Bila kenal?
time muda-mudi dulu lagi, dari form1-form5. Kenal kat skolah lama,MRSM UK (Ulu Kelantan, Jeli) dan merangkap classmate time form4-form5.


Siapa cikTi?
cikTi ni orang Qlate gak, satu negeri ngan aku. Tapi tak tau la nama sebenar beliau hape. Panggil Cik Ti sudey. Tak sempat nak berkenalan lagi
Bila kenal?
tak kenal pun. cuma baru berkawan melalui blog. orang kata kawan alam maya la. alkisah bermula bila beliau drop satu komen kat sini pada 30 November yang lalu (siap bagi tarikh lagi tuh). Slamat berkenalan ye cikTi.

ASSIGNMENT 1

Tag daripada Cik Anem, 20 November 2009 lagi. Klu makanan dah expired kot. Skang baru ada masa nak buat. Sorry ye Cik Anem!

Actually, ni second time buat tag ni, sebijik sama macam ni. Bukti? nah tengok sini. Tapi, tak nak mengecewakan kawan lama, kenalah buat untuk kali ke-2. Takut nanti dia frust aku tak buat tag ni sampai hantuk-hantuk kepala kat dinding,hehe

1.Adakah anda terasa anda hot?
klu jawab ye, konpem kena cop prasan. Lebih baik ak jawab tak, selamat!
Lagipun, kondisi skang cukup cool, hujan memanjang. so tak sesuai nak jawab hot

2. Upload gambar kegemaran anda

with my sis and my beloved mother!


3. Kenapa anda suka gambar ini?
Sebab ini lah saat yang mengembirakan untuk aku setelah 5 tahun berhempas-pulas menghabiskan pengajian di sekolah menengah, berbaloi-baloi

4. Bila kali terakhir makan pizza?
29 September 2009

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
pakai buang oleh stacy menerusi klip video di Astro Ria

6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
tengok tv dan dengar lagu

7. Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
buleh blako nak panggil apa pun, asal ada kaitan dan bau-bau bachang
Nak senaraikan nama2 glamor setakat ni:
  • anuar/nuar/wa - oleh family,kawan2 dan masyarakat setempat
  • khairul - time skolah rendah terutamanya oleh kawan2 dan cikgu-cikgi
  • ayah su - panggilan oleh anak-anak buah
  • adik - panggilan kakak2 dan abang2 time nak membodek ak,haha
  • MoKA - nama dalam facebook
  • penaberkala - nama dalam dunia blogging

8. Tag lagi 6
  1. mataberkaca
  2. sabaria
  3. beliamuda
  4. cikTi
  5. Hans
  6. cik zatil

9. Sapa No 1 pd anda?
sahabat time susah dan senang

10. Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa?
ehem2, ada la. kena tanya tuan empunya badan

11. Kata sesuatu berkenaan dengan orang nombor 5.
blogger yang hebat, kawan baru aku kat dunia siber nih (jgn kembang-kempis ye hans)

12. Bagaimana pulak dengan orang nombor 4?
kawan alam maya. sila jawab tag ni ye, balas dendam! haha

13. Siapakah orang nombor 2?
kawan lama, tp skang dah ada blog baru. entah ke mana hilangnya "MY SMALL WORLD". tengah belajar kat japang

14. Bagi pesanan pada orang nombor 6?
sila jawab tag ni ye,jgn malas2. tag ni umpama penghargaan kat kawan2 baru


ASSIGNMENT 2

Tag daripada CikTi, bertarikh 3 Disember 2009. Tag ni baru je dapat, tp perlu buat memandangkan tag terkumpul dah 2. Simpan lama-lama pun takut terlupa plak

Tag seumpama ini first time dapat. Tag ni pasal "meja peribadi anda". Memandangkan aku ni lelaki, dan alat make-up pun takde, so takde lah meja peribadi sgt. Klu pompuan tuh,blh la capture2 pic meja solek.Aku? Tunggu dan lihat saje. Kat bawah ni, rules untuk tag ni dan penyelesaiannya. Jom layan

RULES:

1.Amik gambar barang2 atas meja peribadi/make up

SEBELUM

Ni lah rupa meja peribadi aku merangkap meja study, meja alat solek dan meja multipurpose!
Jangan terkejut, ni bukan rupa dia yang sebenar. Ni time tuannya tengah weng dan busy memanjang, so tak sempat nak kemas-kemas. Kanapa upload picture meja bersepah? Sebab, time meja bersepahlah ada segala jenis barang. Dari alat untuk belajar sehinggalah bahan untuk mengalas perut, macam-macam ada. So, objektif untuk tag ni tecapai!

SELEPAS

Hah, ni la rupanya selepas dikemas dan didandan dengan penuh kasih sayang dan istiqamah! Tersusun rapi kan? Huh, nak dapat mood nak kemas meja punyala lama. Dah kemas, sonang hati, Tapi, kalau nak sepahkan balik, herm kejap je. Bersepah seminggu, kemas sehari je. Bertuah betul!


2.Edit/listdown barang2 tersebut
Memandangkan malas nak edit-mengedit, so jalan terbaik adalah listdownkan benda alah yang ada kat atas meja tuh

SEBELUM
  • laptop
  • cooler
  • buku teks
  • buku latihan
  • telefon bimbit
  • mouse
  • pencil case
  • pen biru
  • kalkulator
  • balang
  • KOPIKO
  • POLO
  • punch
  • stapler
  • marker
  • USB port
  • kurma
SELEPAS
  • Printer
  • headphone
  • lens spray
  • deadorant
  • body spray
3.ceritakan kenapa korang pakai benda2 tersebut
  • laptop - teman setia sepanjang masa, banyak berjasa dalam menuntut ilmu (study, online quiz, course registration, assignment, project, lab report, etc) dan melagho (chat, blogging, fb, fs, tagged, gg, movie, dengar lagu, game, etc)
  • cooler - pendingin laptop sewaktu penat bekerja sehari-hari
  • buku teks - rujukan untuk assigment, test dan final exam je, klu tak, tak sentuh pun. makin tinggi blaja, makin sikit buku teks. sebab? tak beli pun, men fotostat je
  • buku latihan - tempat tercurahnya nota2 time lecture dan tempat conteng2 time ngantuk dalam lecture hall
  • telefon bimbit - nokia 6610i (dari form4 lagi) dan mobile dari china (tv utk tengok Nur Kasih dan cite2 best time keboringan) selain dari fungsi2 utama iaitu calling2 dan sms
  • mouse - klik2 ke blog orang dan kerja2 klik-mengklik yg lain
  • pencil case - tempat simpan segala jenis alat tulis utk ke lecture dan exam hall. tapi skang dah tinggal arwah, tertinggal kat exam hall time exam hari tuh, nyanyuk betul. setelah 5 tahun bersama, kini kita terpisah akhirnya. bye2
  • pen biru - menconteng kat kertas2 soklan tutorial dan nota2
  • kalkulator - kerja kira-mengira, amat berjasa time exam!
  • balang - tempat simpan gula2 dan kacang butir
  • KOPIKO - teman untuk study tgh malam
  • POLO - gula-gula berlubang! gula-gula berangin yang dapat membantu aku stay up smp pagi
  • punch - kerja tebuk-menebuk lubang utk binding paper work dan assignment
  • stapler - kacip-mengacip kertas2 soklan, tutorial dan nota2
  • whiteboard marker - paling penting time exam week untuk menjadi cikgu
  • USB port - memberi cahaya warna-warni yang pastinya meriah selain menyediakan lubang untuk devices seperti pendrive, mp3, etc
  • kurma - makan kurma cerah hati. Picture ni diambil masa bulan puasa arituh, sbb tuh ada kurma atas meja. Kurma yusuff Taiyoob best abis!
  • Printer - kerja print, photostat dan scan serahlah padanya. konpem terbaik punye
  • headphone - time layan lagu jiwang2 (takut roomate dengar) dan time layan movie
  • lens spray - pencuci cermin mata dari habuk dan kotoran
  • deadorant - ubat ketiak, supaya ada orang yang akan mendampingi
  • body spray - pemikat untuk menjadi lebih wangi dan menarik,hak3
4.tag 5 blogger lain
  1. mataberkaca
  2. sabaria
  3. beliamuda
  4. Hans
  5. cik zatil


:::::pesanan penaja:::::
  • kepada blogger yang ditag, sila jawab ye, jangan hampakan aku. pilihlah mana satu tugasan yang disediakan. klu terlebih rajin, jawab dua2 pun tak apa
  • pemilihan blogger yang ditag bukan atas dasar pilih kasih, pemilihan dibuat secara rawak lagi rambang. mencuba nasib untuk melihat siapa antara mereka yang akan menjawab secara paksa rela,haha
  • tag ni juga terbuka kepada sesiapa saja yg rasa nak buat. ambil masa, cari picture, buatlah tag ni dengan hati gumbira
  • dengan tag ni, bolehlah bermanja-manja dengan kawan blogger yg lain sambil2 mempromosikan blog mereka
  • akhir sekali, selamat mengetag dan happy doing this kind of stuff!
mode: happy kegirangan selesai hutang tag,wakaka





Thursday, December 3, 2009

KENAPA JARI MANIS?

Aih, dah masuk bulan Disember kan. Lagi sebulan nak masuk tahun baru, 2010.Kini, hujan makin rancak membasahi bumi Kelantan dan Terengganu. Air depan rumah pun dah mula pandai melintas jalan,tak tengok kiri, kanan dan kiri pun. Bangun pagi tadi, tengok-tengok depan rumah jadi cam Sungai Kelantan dah (ayat hiperbola, jangan percaya. Air kat paras betis je)


Musim ni lah ramai yang nak buat kenduri kahwin, bertunang dan seangkatan dengannya. Ye lah, time cuti sekolah, mudah nak kumpul anak-beranak-pinak. Tapi, kalau kat Kelantan, paham-paham je lah musim nih. Hujan dan banjir pasti meriahkan lagi suasana. Orang kata, kalau time kahwin hujan,tu sebab banyak makan budu. Tu dialog lawak-lawak je, jangan percaya plak. Takut lps ni ramai yang takut nak makan budu dan lebih parah lagi takut ada yang salah faham kata org Kelantan ni khurafat. Aku pun suka makan budu, tapi harap-harap tak hujan la ye nanti.


Nasib baik 1 Disember tak hujan sangat. Cuaca yang mendung, gelap-gumpita dan hujan renyai-renyai manja mengizinkanku keluar ke KB untuk ketemu dengan rakan dan taulan lama. Sempat gak berbolim 2 game dan membaham prosperity burger bersama.


1 Disember 2009


Almaklumlah, kes lama tak jumpa, macam-macam topik dibualkan. Dari topik kehidupan masing-masing di kampus yang berbeza, sejarah masa lampau, hints ****, sehinggalah topik pasangan hidup. Umur dah 20, masing-masing dah sibuk nak cari pasangan ye,ish3. Blaja pun tak abis lagi. Ak bagi can kat korang dulu la, ak perlu menstabilkan ekonomi diri dulu dan blaja apa yang patut untuk kemaslahatan hidup di masa akan datang,haha


Teman dan taulan


Alang-alang dah bincang topik ni, tiba-tiba teringat kat satu isu pasal cincin dan jari manis. So, di kesempitan dan kesempatan yang ada nih, molek benar lah kita bincang sal isu nih. Kepada sape yang dah tau, buat-buat tak tau. Kepada sape-sape yang belum tau, sila ambil tahu. Bagi kaum adam yang nak propose pasangan hidup tuh,jangan plak korang sarung cincin kat ibu jari atau jari-jari yang tak sepatutnya dek kerna gelabah.


Hari ni, nak share sedikit sebanyak info pasal cincin dan jari manis. Tahukah anda, mengapa orang pakaikan cincin kat pasangan (kekasih/tunang/suami/isteri) kat jari manis? Jom merungkai rasional di sebalik trend ini!


Pastikan anda mempunyai 1o jari


Untuk meneruskan aktiviti kita hari ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
  • Tunjukkan telapak tangan anda dan tekukkan jari tengah (jari hantu) ke dalam. Sila rujuk gambar yang dilampirkan untuk gambaran yang lebih jelas
  • Empat (4) jari yang lain dipertemukan jodoh antara satu sama lain dan hujung jari bersentuhan dengan pasangannya seperti gambar tersebut
  • Permainan dimulakan untuk memisahkan jari-jari yang bersentuhan tadi kecuali jari tengah sebab dia hantu. Hantu kat kubur, so biarkan dia senyap kat tengah-tengah tu tanpa sebarang gangguan (abaikan carutan ini)
  • Mula-mula cuba pisahkan ibu jari untuk kenal pasti sama ada boleh dipisahkan atau tidak. Selepas itu, kembalikan kepada bentuk asal seperti dalam gambar.
  • Seterusnya, cuba pisahkan jari telunjuk. Sape2 yang tak tahu mana satu jari telunjuk tuh, sila tanya orang berdekatan. Ulangi langkah yang sama
  • Kemudian, cuba pisahkan jari kelingking (jari yang paling pendek bagi mereka yang tidak tahu)
  • Akhir sekali, cuba pisahkan jari manis. Jari manis tuh jari yang selain daripada 4 jari yang disebutkan tadi. Cuba rasa, manis tak?
Selesai sudah aktiviti regangan tangan setelah seharian menekan-nekan keyboard. Tapi, aktiviti ini ada rasionalnya tersendiri, Jom, kita buat postmortem dan kaji sedikit-sebanyak rasional di sebaliknya


Jari ibu mewakili ibu bapa kita
Jari ibu boleh dipisahkan. Rasionalnya, apabila kita besar dan dewasa, kita akan berpisah dengan kedua ibu bapa kita dan membawa haluan masing-masing. Tambahan lagi, apabila kita masing-masing berumahtangga dan berkeluarga, kita akan tinggal berjauhan dengan ibu bapa. Ajal dan maut sudah pasti di tangan tuhan, maka sudah pasti mereka akan kembali menghadap Illahi suatu hari nanti. Cepat atau lambat, mereka pasti akan pergi. Begitu juga dengan kita!


Jari telunjuk mewakili adik-beradik kita
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua. Memang betul tuh, hubungan kita adik-beradik memang tidak dapat dipisahkan. Di mana jua kita berada, setinggi mana pun kedudukan kita, sehebat mana pun kita, sekaya mana pun harta-benda kita, darah yang mengalir di dalam badan kita adalah darah yang sama. Air yang dicincang tak akan putus. Namun, apabila masing-masing dah berumahtangga, tanggungjawab untuk menjaga keluarga sendiri lebih utama. Oleh itu, kita dan adik-beradik akan masing-masing perlu berdikari untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, jari telunjuk boleh dipisahkan bukan. Rasionalnya, adik-beradik pun tidak akan berada di sisi kita setiap masa dan ketika. Masing-masing akan membawa haluan sendiri.


Jari kelingking mewakili anak- anak kita
Setiap pasangan yang mendirikan masjid sudah pasti akan dikurniakan cahaya mata sebagai pelengkap rumahtangga dan penyeri kehidupan dengan izin Allah. Lambat atau cepat, mereka akan membesar dan menjadi dewasa. Akhirnya, mereka jua akan membawa diri ke destinasi masing-masing. Seperti kisah ibu jari, kisah kelingking juga sama. Perbezaannya cuma watak yang dipegang oleh kita. Kalau kisah ibu jari kita menjadi anak, untuk kisah kelingking ini plak, kita menjadi ibubapa. Rasional jari kelingking juga boleh dipisahkan kerana sebab-sebab yang dinyatakan tadi. Apabila anak-anak mempunyai kehidupan masing-masng, sudah pasti mereka tidak akan berada di sisi kita sepanjang masa.


Jari manis mewakili kita dan pasangan kita
Akhir sekali, tiba plak giliran si jari manis tanpa gula. Inilah kisah yang agak berbeza. Walaupun kita cuba untuk pisahkan kedua-dua jari manis ini, ia susah bukan. Boleh tu boleh, tapi susah la. Kalau boleh pun, sikit je kan. Salah langkah, terkentut nak pisahkan mereka ni ataupun terpeleot jari-jemari lain. Rasionalnya? Mudah je, jari manis ni mewakili kita dan pasangan kita. Susah nak pisahkan tu bermaksud, kalau diizinkan tuhan, akan kekal berdua sampai akhir hayat la.

Lumrah kehidupan, setiap insan akan hidup berpasang-pasangan. Siapapun mereka, terimalah dengan seadanya. Pasangan hiduplah yang akan setia berada di sisi dalam susah, senang, suka, duka, kecewa, sengsara, lapar, dahaga dan bermacam ragam lagi. Siapa yang mahu dia dan pasangan hidup bersama sementara je dan berpisah di tengah jalan? kalau boleh, mesti tak nak kan. Oleh itu, cincin perkahwinan/pertunangan dan seerti dengannya ditarukkan ke jari manis pasangan hidup. Semoga, jalinan yang tercipta akan berkekalan hingga akhir hayat dengan izin Allah. Itulah rasional kenapa jari manis dipilih untuk sebentuk cincin yang penuh makna!

::kisah pb::
  • First time mengetahui tentang info ini, time cuti raya Aidilfitri. Tiba-tiba terbukak TV9 dekat di hati,haha. Klu tak silap rancangan Semanis Kurma ke hape, lupa. Ketinggalan zaman btul aku, konpem orang lain dah tahu lama dah pasal ni.
  • Kebanyakan orang tak tahu pun rasional cincin dipakai di jari manis. Mak dan kakak aku yang dah kahwin pun tak tahu. Mereka sengih je bila aku explain,hehe





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger