Memaknakan Aidiladha


Seperti sedia maklum, 10 Zulhijjah setiap tahun, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau dengan nama glamornya,Hari Raya Korban kerna adanya ibadah korban time perayaan ni ataupun Hari Raya Haji sebab musim orang buat haji time ni.


Tarikh ni, iaitu 10 Zulhijjah setiap tahun tak akan berubah walaupun seribu tahun akan datang lagi untuk sambutan seumpama ini,ingat tuh. Cuma yang berbezanya tarikh dan hari dalam kalendar Masihi je. Tahun ni ianya jatuh pada tanggal 27 November 2009. Tahun depan? Haa, rajin-rajinlah cek kalendar 2010.


Sambutan Aidiladha sekitar perkampungan aku masih lagi meriah. Ramai yang buat korban dan mengambil bahagian dalam ibadah ini. Tapi tahun ni, aku tidak berkesempatan untuk menonton ibadah korban secara live! Sempat makan2 je,hehe. Klau tak, blh gak snap-mensnap gambar lembu disembelih untuk tambah koleksi. Apepun, sambutan kali ini cukup bermakna. Alhamdulillah, kami di pantai timur ni diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah korban kali ini dengan cuaca yang agak cerah dan tidak hujan.Tapi hari ni, hujan dah start balik.Huh, sejuk2!


KOLEKSI KISAH KORBAN

Koleksi masam-masin sepanjang 3 hari raya korban ni. tiada pengorbanan yang besar-besar pun. Hnya pengorbanan entah hape2 yang memenuhi diari hidupku.
Semoga pengorbanan sebenar bakal ku temui suatu hari nanti,pergh!


KORBAN 1


Solat sunat aidiladha
Bangun pagi, gosok gigi, sejuk woo mandi awal pagi. Satu pengorbanan kecil maybe,haha. Jam kul 815pagi dh turun dari rumah untuk ke masjid berdekatan, takde selera nk bersarapan. Sampai2 kat masjid, guess what? Huh, tok imam dah angkat takbir. Rasa dh awal turun dari rumah,hak3. Nasib baik aku tak mudah give up, terus meluru masuk ke masjid. Hah, sempat gak solat sunat Aidiladha. Klu tak kempunan nk tunggu next year plak. Entah jumpa, entah tidak dengan Aidiladha akan datang. Apepun, tahun ni dh sempat. Klu lewat sikit je lagi, konfem melepas!

Korban sebenar Aidiladha
Sebaik saje selesai solat sunat Aidiladha, upacara sembelihan diadakan. Tahun ni, 2 org abang aku dan sorang kakak aku amek bahagian di lokasi berbeza. Tapi, aku duk kat rumah je,huhu. Kali ini, aku jadi penunggu rumah! Tapi, kat sini takde lah sampai ada lembu yg terlepas dan kena kejar,hak3. Tapi abang aku yg korban kat Rantau Panjang famous jap. Malam tuh, muka dia terpampang kat tv. Masuk berita Astro Awani dan TV3. Untung gak korban dalam banjir, msk tv free2,haha.

Nur kasih
Huh, malam tuh lepas maghrib gi rumah nenek. Kenduri akiqah anak saudara aku, Adam Danial. Jam hampir pukul 9, kakak aku ajak balik. Masing-masing bawa diri untuk pulang ke rumah. Tepat jam 9 malam, semua tercongok depan tv. Fuh, punctual plak ye bab-bab camni. Ni, Nur Kasih punya penangan. Abis terlompong depan tv. Satu famili lagi, hebat-hebat. Credit to Khabir Bhatia. Aku pun tertarik ngan cite die. Pendekatan baru yg digunakan dlm cite melayu. Nice story, nice presentation! Sape-sape yang tak tgk cite ni, ayuh tengok cepat2. Best gak jalan cite die. Ape kaitan ngan hari raya korban? adala unsur2 pengorbanan di situ. herm, besar kan pengorbanan Nur untuk Adam serta pengorbanan Aidil untuk adikya Adam.


Ahmad Adam Danial


KORBAN 2

Akiqah
Hari raya ke-2, buat makan2 sikit sempena akiqah anak buah. Akiqah lagi? Kali ni untuk Syafiq Danish plak. Ye lah, time cuti lah nak kumpul rmai2 untuk buat makan2. Byk menu yg terhidang menggoda selera I,huh. Sambal bilis pedas kow2, daging masak kicap, sup gear box, daging gulai, telur masin, sup perut (orang johor panggil babat, baru tau), ulam + budu, papadom, kek span, puding roti, dah2, glup2 telan air liur ni,hak3. Hatta, nasi 3 kali kot ari tuh,haha. Sory ye cik anem, tak sampai hati nk upload picture, takut u kempunan nnt! sape suruh tak balik raya kn,haha


Ahmad Syafiq Danish


Kunjungan sahabat
Berbesar hati sebenarnya terima kunjungan sahabat lama, kawan time skolah menengah (classmates) ke teratak kecil ni. Thanx kat mB, cik madu dan nick adik-beradik sbb sudi datang jauh2. Kat mB, bsr sungguh pengorbananmu, dari Pasir Mas lagi tuh. Sampai pancit tayar motor, kesian2. Nick and da geng plak, sampai terperangkap dek kerna jam di jalanan. Berkat kegigihan mereka, akhirnya sampai gak! Lain kali datang plak, jangan serik,hoho


cik madu - mB - nick


KORBAN 3

Futsal
hari raya ke-3, memang dah takde mood raya. Korban pun dah takde. Kat Kelantan ni, hari raya pertama je kebanyakannya buat korban. Hari-hari lain just buat makan-makan je. So, aktiviti seterusnya adalah futsal bersama kengkawan skolah menengah dulu. Oleh kerana semua kawan-kawan dari seluruh jajahan di Kelantan ni turun, Pasir Puteh, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pengkalan Chepa, aku pun turun skali la. Ambil kesempatan nk jumpa kengkawan lama. Pejam celik, pejam celik, dah 3 tahun kami berpisah dari skolah lama dan membawa haluan msg2. Wlau tak pandai main, ak buat pandai je. Rembat je bola yg datang kat kaki,hak3. Bukan susah pun kan.

terima kasih kepada organizer encik mB kita. terima kasih gak kepada yang datang:
gjoe-payeh-mamat-pecak-amir-mat jek-limi-padil-amiruddin-nije-syahir-miyuk-pijie-iqbal-mat yo-najib-dll (tak igt dh sape lg)


sekian saja coretan 3 hari di hari raya korban. mood skang kenyang perut lepas pekene nasi sepinggan, air secawan. hujan-hujan ni, mood makan naik mendadak,huhu. Esok nak pi main boling plak. mintak2 cuaca cerah dan mengizinkan untuk keluar ke KB. Hujan oh hujan, rehat jap esok sehari! Izinkan aku merayap jap esok


:::soklancepumas:::
kenapa time-time hujan cam gini perut asyik lapar jew? adoi, mulut punya pasal, perut kenyang membutal,kesian kat usus kena keje overtime nak hadam segala jenis macam makanan yang dilantak! apepun, yang penting perut kenyang suka hati


future drummer maybe?

Bila hari raya aidilfitri?
herm, konfem budak tadika pun tau nak jawab. sebelum start bulan puasa (Ramadhan), dah siap-siaga nak sambut raya. Mak-mak dan bapak-bapak budak pun tak ada kurangnya

Bila hari raya aidiladha?
herm, tak taulah.bila eh? jap nak tengok kalendar. hanya orang2 tertentu je yang igt. rmai jugak yg buat tak kisah.

Begitulah situasi kehidupan kita hari ini. makin lama, makin pudar semangat nak sambut hari raya korban (aidiladha). mintak2, tak ada lah ye yang tidak tahu apa itu aidil adha dan apa itu hari raya korban

Mai nak cite sikit pasal kelebihan raya Aidiladha:
  • bukan hanya disambut pada 10 Zulhijjah, bahkan berlanjutan pada hari ke-11,12 dan 13 dan dikenali sebagai hari-hari tasyrik
  • umat islam diharamkan berpuasa pada hari tasyrik. jangan plak rajin2 nak puasa 6 macam hari raya aidilfitri
  • keistimewaannya terletak pada ibadat korban yang dilakukan dalam 4 hari iaitu bermula dari selepas selesai khatib membaca khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah
  • kelebihan ibadat korban:
  1. satu cara untuk mendekatkan dan mengabdikan diri kita kepada Allah
  2. satu peluang kepada umat Islam untuk menyucikan diri daripada sebarang penyakit hati dan dosa yang ada di jiwa
  3. medium yang cukup baik dalam mempereratkan lagi jalinan kemesraan dan kasih sayang sesama ahli keluarga dan masyarakat setempat
  4. bagi mereka yang mampu melakukan korban, mereka berkemampuan untuk mengagih-agihkan sebahagian daging korban kepada golongan fakir miskin
  5. manifestasi dari makna kesyukuran ke hadrat Allah di atas segala kurniaan nikmat yang tidak terhitung

SEJARAH IBADAT KORBAN

jom kita recall balik sirah pengorbanan yang kita belajar time skolah rendah lagi agar tidak pernah lupa untuk diceritakan untuk anak-anak dan cucu-cucu

Ibadat korban di Aidiladha merupakan simbolik dan tanda memeperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang sanggup untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail demi tuntutan Allah yang Maha Esa. Nabi Ibrahim diberi gelaran KhalilUllah, yang bermaksud "Sahabat Allah". Subhanallah, besar sungguh pengorbanan mereka.



PERSOALAN

pernahkan anda melakukan korban di aidiladha?
aku pernah la masa form 3 dulu lepas dapat result PMR. insyaAllah, kalau ada rezeki lebih, nak buat korban untuk Aidiladha akan datang. anda bagaimana?

apa erti pengorbanan sebenar?
bagi aku, pegorbanan sungguh besar ertinya. cuma, terpulang kepada individu untuk mentafsirkannya. jangan plak korang berkorban apa yg tak patut ye! ingat tuh..sendiri mau ingat la ye


::pesanan dari PB::
berkorbanlah apa saja, harta atapun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia, hak3
sesungguhnya, "tiada kejayaan semanis madu, tanpa pengorbanan sepahit hempedu"
jangan sesekali menjadi korban keadaan, tetapi buatlah pengorbanan di jalan yang betul!
fikit dulu sebelum buat!


:::::to be continue:::::



penantian satu penyeksaan

memang betul, betul2 terseksa nak tunggu final exam melabuhkan tirai
mana tak nya, setelah diserang paper final exam bertubi-tubi, 11,13,15,16 Nov, diberi pulak tempoh recovery utk otak kembali normal hampir 8 hari.sempat lg berfutsal dan berpicnic!
last paper petang tadi, 25 Nov. Bila mood study dh blk kampung, otak jadi beku, tangan kaku nk menulis, pergh sungguh mencabar nk ambil last paper
alhamdulillah, setelah digantung tidak bertali selama seminggu, akhirnya kemerdekaan jiwa dari belenggu paper final exam berjaya dicapai


pahit manis final exam
  • semester ini, 5 subjek menjadi korban. macam2 berlaku sepanjang final exam semester ini
  • tiada study week buat kali pertama sepanjang 3 tahun berada di sini cukup mencabar
  • tiada soalan pilihan - wajib jawab smua 5 soalan.kalau dlu blh pilih 5 daripada 6. so skang, wajib jwb smua 5 soklan. org kata, wajib telan smua walaupun pahit!
  • esok exam, malam tuh kelam-kabut study group
  • pagi exam, mesti jadi sakit perut. tandas jadi tumpuan utama setiap pagi. tak sah klu tak bertapa kat tandas sblm gi exam hall.tabiat ke hape?
  • waktu exam, ada la 1 paper tu tertinggal kalkulator. adoi, ade ke patut. nasib baik jiran kat sebelah tuh baik hati lagi dermawan.kasi pinjam kalkulator sbb dia bawa 2 biji
  • lps tu, ada gak exam hall yg sejuk macam peti ais.tambah2, ada seat exam tu guna meja besi. huh,kebas tangan2 nk letak atas meja tambah2 tak pakai sweater. menggeletar tak tentu pasal cam org kena parkinson
  • gelabah dalam exam hall - ketua pengawas srh letak slip dan matrix kad sebelah kiri, ak letak sblh kanan. padahal ak dh letak sblh kiri pun. malu kena tegur kat jiran sebelah.bahlol je rasa time tuh
  • time exam rasa sakit perut.tapi tak sanggup nk keluar sbb bimbang tak cukup masa.blaja lama2, time exam 3 jam tiba2 gi toilet,tak berbaloibaloi..nasib baik tak terkentut dlm hall..so, rekod sepanjang hayat masih terjaga, tak pernah pergi toilet time exam, dari kecik sampai duk uni.
  • last paper liat sikit nak study sebab gap lama sangat. mood study dh berlalu pergi. tengok parking lot byk kosong. roomate plak dh balik kampung. ades, memang dugaan

tragedi last paper
  • kes 1: sebab lama sgt gap, ada org letak status kat gtalk, last paper exam kul 9am - 1200pm. smpai jadual exam tak igt, padahal kul 230pm-430pm. sempat gak ak tegur.klu tak, tak pasal2 ada org tercegat sorang2 kat exam hall
  • kes 2: kes ni lagi parah.ada org dtg kejut aku kul 8pg lg ajak gi exam. ni kes excited atau cuak tak tau lah,hak3.tergelak gak ak tadi. padahal exam kul 230 ptg kot. tp, at least die prepare lbh sikit dari ak.klu tak silap, tak tido malam kot study. syabas!
fuh, lega cam lepas hutang 1 juta. alhmadulillah, berakhir jugak final exam semester ni. walaupun mcm2 yg berlaku sepanjang exam week ni, tp ak suka exam kali ni. pelik dari yg lain. result? herm, tak tau la tuh. harap2 ok lah. usaha sudah, skang doa dan tawakal je. semoga kejayaan milik kita bersama, amin!

esok pagi, dh nk balik kampung, negeri cik siti wan kembang. dengar kata banjir kat sana. mintak2 tiada jalan yg ditutup dek kerna banjir dan semoga selamat smpai ke pangkuan bonda terchenta! musim hujan2 camni, syok abis makan nasi ngan budu. tambah lada sikit cicah ngan ulam-ulam dan telur mata.pergh,meleleh!


salam terakhir




dikesempatan ni, nk ucapkan SELAMAT secara COMBO terus:
  1. selamat bercuti kpd semua kengkawan
  2. selamat hari raya aidil adha
  3. selamat berintern kat member2
  4. selamat pengantin baru (sape yg dirikan masjid,time cuti2 ni byk kenduri kahwin)
  5. selamat hari jadi (sape2 yg sambut birthday)


maka dengan ini, berakhirlah pengajian 2nd year, 2nd semester. taun depan dh jadi 3rd year student. huh, dh tua bangka rupanya. so, cuti ni merupakan cuti semester terakhir sbb next sem dh takde cuti panjang. sem depan kita tukar dunia jap, dunia internship (praktikal). justeru, manfaatkan cuti yg ada ini bersama org tersyaang, pewwittt!



sekian, sehingga berjumpa lagi di taun depan. semoga kita dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yg baik. jaga diri elok2 time cuti nih. jgn nak merempit tak tentu hala. musim2 banjir ni, jgn snorkeling lebih2..nnt lain plak jadinya.
di saat tangan menjajah wilayah keyboard,
bibir mengukir sekuntum senyuman,

awas! tetapi aku bukan gila,

senyuman terukir dek terimbau kenangan manis,

tika bercanda di tepian pantai,

ini bukan kisah cinta,
ini kisah kami sekeluarga

"CJ7"

Tiba-tiba, byk je event yg telah berjaya dilaksanakan oleh budak2 CHEMEJAN07 (CJ7). Tahun ini, dan semester ini khususnya mmg lain dari biasa. Byk memori dan kenangan indah telah berputik dan berseri dengan mekarnya (ceewah,ayat jiwang xleh blah)..Apepun, frankly to say, i'm proud to be CJ7..syukur dikurniakan sahabat handai yg happy go lucky..

Tapi sayang, tahun ke-3 ak berada di sini baru ak tahu nikmat kebahagian berada dlm kelompok manusia bergelar CJ7. Klu dulu, classmates sendiri susah nk kenal, tp hari ini satu persatu aku mampu kenal. Semoga ak msh berpeluang utk mengenali mereka dlm tempoh yg berbaki 2 tahun ini. Semoga pertemuan ini merupakan pertemuan plg bermakna dalam hidup! (out of topic..nnt smbg lg di entri lain khas utk dak2 CJ7)

Byk sudah entry (baru 2 kot) pasal kejayaan event kami CJ7.Antaranya:
Kali ini, satu lg kenangan terindah telah tercipta. Boleh dikatakan elemen2 dlm event terdahulu digabung dan diadun secukup rasa menjadi satu di lokasi yg agak berbeza. Ada makan2, ada main2, tapi kali ini lebih kepada santai2 ditemani desiran ombak dan hembusan angin sepoi2 bahasa.


logo designed by acab


Tanggal 20 November 2009, CJ7 PICNIC ke Teluk Senangin telah berjaya diadakan dengan meriahnya. Bertolak seawal 730 pagi menuju ke destinasi. Tiba di lokasi kira2 pukul 900 pagi. Kedamaian laut yg cukup menenangkan kadang-kala dipecahkan dengan gelak ketawa dan jeritan "woi, syp sikit", "hey, dengar sini" oleh pihak urus setia. Banyak aktiviti dijalankan. Aktiviti simple mimple tapi cukup menyeronokkan. CJ7 PICNIC berakhir tepat jam 1200 tgh hari kerna memberi laluan kepada solat Jumaat.


CJ7 book of record : first time sarapan ramai2 di tepi pantai



mendengar taklimat untuk memulakan permainan


hero-hero kacak CJ7


heroin-heroin chantek CJ7


bersedia untuk game pertama - mencari gula2 di dalam pasir


game ke-2 diteruskan dengan game mengisi air ke dalam botol tanpa menggunakan sebarang alatan bantuan selain anggota badan. Hasilnya? dua kaedah telah dijumpai:

1) kaedah 1 - teknik menggunakan tangan
teknik selamat tetapi tidak berkesan
air berciciran di tengah jalan, sampai kat botol tinggal beberapa titik je

2) kaedah 2 - teknik menggunakan mulut
kaedah kamikaze - menuntut pengorbanan dan jati diri
klu tertelan air laut tu, redha je lah,hak3


seterusnya: sambung tali kasi panjang

permainan diteruskan dengan permainan ke-3 iaitu sambung tali kasi panjang. Habis sampah-sarap dan tumbuhan menjalar menjadi mangsa. Tapi, objektif tercapai bila smua CJ7 telah merelakan diri gotong-royong membersihkan kwsn tepi pantai slps tamat permainan. khidmat bakti siswa - kawasan teluk senangin menjadi bersih!

sebanyak 7 kumpulan bertanding utk game2 yg nakal tersebut. smua jadi kanak2 girang dan bergelak ketawa sesuka hati. ak pun byk gelak dek kerna aksi2 mereka yg melucukan..ish, konfem hati jadi keras +kua abis segala ilmu, hak3. permainan diteruskan dengan game2 lasak seperti galah panajang, bola tampar, bola sepak, polo air.


GROUP 5
faiz - sami - syaz - nuar - bella


inilah sebahagian besar keluarga CJ7


kami memang suka melompat


CJ7 PICNIC 2009 - TELUK SENANGIN - 20 NOVEMBER 2009

konklusi di sini, CJ7 memang happening. tp satu je penyakit kami semua, SINDROM KAMERA. klu ada kamera je, konpem kena serbu,hak3. byk lg picture2 menarik di facebook utk ditatap di hari tua. semoga aktiviti yg lbh menarik bakal kunjung tiba. jom gi genting plak ramai2!

sekian saja coretan untuk kali ini



NOTAKAKIKU
PI -> picnic interesting vs PI -> process instrumentation
picnic2 gak, paper final exam ada satu lg..adoi, mood exam dah down sbb gap lama sgt
jom study PI plak.one more to go on 25 Nov. pastu, baru MERDEKA
GOOD LUCK and ALL THE BEST buat semua!

WARNING!

Berita ini panjang untuk dihayati
Sediakan pop-corn dan minuman ringan untuk dinikmati
Keluaran khas edisi NOVEMBER
Limited edition - sekali sepanjang hayat

T
RONOH: CHEMEJAN07 PREMIER LEAGUE (CPL) 2009/2010 telah berjaya dilangsungkan di Sport Complex, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Perak Darul Redzuan pada 17 November 2009. CPL ini telah dianjurkan oleh pelajar-pelajar jurusan Kejuruteraan Kimia universiti tersebut yang diketuai oleh Zaki Saeed Ahmed Bahakim iaitu pelajar yang berasal dari Yaman.

CPL 2009/2010 merupakan acara julung kali diadakan pada tahun ini khas untuk pelajar-pelajar Kejuruteraan Kimia Tahun 2 Semester 2. Sebelum ini, perlawanan futsal hanya diadakan secara kecil-kecilan di Gelanggang Futsal Menglembu, Ipoh. Namun kali ini, satu revolusi telah tercipta bilamana CPL 2009/2010 telah berjaya diadakan di tempat sendiri iaitu di UTP. Tambahan lagi, CPL diadakan ketika pelajar-pelajar lain sedang sibuk menduduki peperiksaan akhir semester Julai 2009.

CPL 2009/2010 kali ini berjaya mendapat penyertaan daripada 7 kumpulan yang handal-handal belaka seperti THE NERDS, OREO, RING DING DANG, GANTAN, V3A-S4, KEREPEK and FARAMEL. Pertandingan futsal kali ini dijalankan secara liga di mana setiap pasukan perlu menghabiskan kesemua enam perlawanan yang telah ditetapkan.

Menurut pengarah projek CPL 2009/2010, Zaki Saeed Ahmed Bahakim, ada juga satu kumpulan yang hanya bermain untuk 4 perlawanan sahaja dan berbaki 2 perlawanan lagi. Hal ini kerana kumpulan tersebut ingin memberi peluang kepada kumpulan lain untuk memenangi CPL kali ini. Kumpulan-kumpulan lain berjaya bermain sehingga tamat semua perlawanan yang telah ditetapkan.

Keseluruhan perlawanan berjalan dengan lancar walaupun beberapa peserta mengalami kecederaan dan kekejangan. Perlawanan berakhir kira-kira jam 1 tengah hari selepas berakhirnya majlis penutupan, penyampaian hadiah kepada pemenang dan sesi fotographi. "Rata-rata peserta berpuas hati dengan perlawanan yang telah dilangsungkan terutama sekali dengan kehadiran 2 orang pengadil yang bertauliah", ujar Zaki Saeed Ahmed Bahakim.

Kesimpulannya, objektif CPL 2009/2010 berjaya dicapai dengan mengumpul kebanyakan pelajar jurusan terbabit untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain sekaligus melepaskan tekanan sempena berakhirnya musim peperiksaan akhir yang baru selesai.

Sekian saja berita surat khabar untuk kali ini. Berita selanjutnya adalah berita bergambar melaporkan kejadian-kejadian sepanjang CPL 2009/2010.


LOKASI CPL 2009/2010

kumpulan pertama yang tiba di tempat pertandingan asal


lokasi asal perlawanan : court futsal village 5


masalah teknikal yang berlaku menyebabkan CPL 2009/2010 terpaksa mengubah lokasi perlawanan ke Sport Complex. Habis tiang gol bertebaran dan berselerakan dek kerna tendangan bola pelajar UTP yang kencang sekuat taufan.


lokasi CPL 2009/2010 : Sport Complex, UTP


PENYERTAAN CPL 2009/2010

OREO
dibintangi oleh
dari kiri: Loh Madthing (Thai), Aik, Abu Torres (Kapten), Azhari, Fahmie


THE NERDS
dibintangi oleh
berdir dari kiri: Mus (pemain import dari KEREPEK), Dharveen, Mayak, Apis Micro
dari kiri duduk: kerol, nije


V3A-S4
dibintangi oleh
Dari kiri: Azfar, zack sahak, aminbaik, nashhunter, adi aizat, syazwan, safwan


FARAMEL
dibintangi oleh
Berdiri dari kiri: Atif (India), Amr (Egypt)
Duduk dari kiri: Raj (Labuan), Sami Saeed Ahmed Bahakim (Yaman), Abughali (Egypt)


GAN-TAN
dibintangi oleh
Berdiri dari kiri: amir, jak, mamat (manager import from team KEREPEK), nuar,amin
Duduk dari kiri: pehe, jahar


RING DING DONG
dibintangi oleh
Berdiri dari kiri: luqman, aseng, sap perform, kamil, zack fauzan
Duduk seorang diri: syafiq rxz


KEREPEK
dibintangi oleh
Duduk bahagian belakang dari kiri: faris, mus (export to THE NERDS)
Duduk bahagian depan dari kiri: hamzah, umair, mamat (export to GAN-TAN as manager), faidhah


AKSI PERLAWANAN

FARAMEL VS KEREPEK


GAN-TAN VS V3A-S4


THE NERDS VS KEREPEK


the best referee in this world Zaki Saeed Ahmed Bahakim


Faris - the first red car awarded by the referee
Proses menenangkan mangsa kad merah pertama CPL 2009/2010


KECEDERAAN

aminbaik from V3A-S4


syazwan from V3A-S4


proses penambahbaikan kaki yang kekejangan


DI SEBALIK TABIR

mengatur strategi


"kami team KEREPEK tidak bermaya hari ini kerana kelaparan", ujar mamat


KEPUTUSAN CPL 2009/2010

"kami sedang menjalankan proses pengiraan mata dan pemilihan pemain terbaik dan top scorer", kata poji dan zaki


ANUGERAH KHAS


the best player CPL 2009/2010
goes to

mayak from THE NERDS


The golden boot award (top scorer)
goes to

aik from OREO (9 GOALS)



CHAMPION OF THE CPL 2009/2010

The champion goes to

the OREO team


we are one big family, CHEMEJAN 07


ANALISIS CPL 2009/2010

2

1- V3A-S4

2-GANTAN

1

1

3-Ring ding dong

4-The nerds

3

2

5-Kerepek

6-Faramel

3

3

7-Oreo

1- V3A-S4

2

5

2-GANTAN

3-Ring ding dong

1

4

4-The nerds

5-Kerepek

0

3

6-Faramel

7-Oreo

2

2

1- V3A-S4

3-Ring ding dong

1

0

2-GANTAN

4-The nerds

2

0

5-Kerepek

7-Oreo

4

0

6-Faramel

1- V3A-S4

1

6

2-GANTAN

5-Kerepek

2

0

4-The nerds

7-Oreo

4

1

3-Ring ding dong

6-Faramel

2

3

1- V3A-S4

5-Kerepek

0

2

2-GANTAN

7-Oreo

4

2

6-Faramel

4-The nerds

4

3

3-Ring ding dong

5-Kerepek

0

0

1- V3A-S4

4-The nerds

1

2

2-GANTAN

6-Faramel

4

0

3-Ring ding dong

7-Oreo

2



Team

Win

Lose

GF

GA

Points

1-Oreo

5

1

19

7

15

2-The nerds

5

1

14

7

15

3- V3A-S4

4

2

10

6

12

4-Faramel

4

2

14

12

12

5-GANTAN

2

4

16

15

6

6-Ring ding dong

1

5

7

14

3

7-Kerepek

0

6

4

21

0


Sekian, melaporlan untuk CPL 2009/2010. Semoga berjumpa lagi di CPL 2010/2011 pada tahun hadapan

"MAJULAH SUKAN UNTUK DIRI SENDIRI"

SUMBER:
Analisis CPL 2009/2010 : Zaki Saeed Ahmed Bahakim
Jurukamera dan wartawan liputan : Hanifi




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...