Wednesday, September 30, 2009

SYAWAL 2009

hari ini dah start lecture..kelas seawal pukul 8pg,tutorial probability and statistic..tp,lecturer xde la plak..so, CANCEL..alhamdulillah,hehe..so,lecture kul 10pg - 12tgh hari..kls kul 12 pun CANCEL gak..huh,bahagianya hidup..tp br2 blk kampus ni,still not in a good mood..jiwa kacau..maybe mood raya + holiday tak abis lagi...kamon2,moga ia cpt kembali normal! ish,dh melalut ni..lari topic..back to the topic!nnt jd esei terpesong

Pejam celik - pejam celik, hari ni dh 30 oktober 2009 bersamaan 11 syawal..tak sedar, dh 11 hari kita beraya..tp,puasa 6?emm,blum start lg..anda bagaimana,sudahkah?herm,lama blog ni menyepi..cuti beraya katakan..tak sempat nk menulis..smpt jenguk2 komen je..berjalan ke blog2 lain, dh ada cite sal raya dan sambutannya.

RAYA?
apa itu raya
raya bagiku adalah hari yg indah,pagi yg damai dan hari yg mengenyangkan!
  • sembahyang solat sunat hari raya seawal jam 830 pg dan mendengar khutbah
  • mohon ampun maaf pada ibu dan keluarga
  • menziarah pusara ayah utk baca tahlil dan yassin
  • menziarah nenek dan sedara-mara
  • menikmati juadah yg pelbagai rupa dan rasa sampai kembung perut2
  • terima duit raya (ada ke?), bagi duit raya kat ank2 buah (ade la skit2)
  • terima kad raya (taun ni satu je,hak3..tq to gjoe)
  • terima sms raya (ni penuh inbox..tq kat semua yg anta sms and sorry klu ada yg tak direply)

raya taun ni cam biasa..sambutan alakada je..tapi makan tu tetap lebih,haha..nasib baik balik 1o ari je,klu balik 20 ari, blh naik berat badan 10kg..ish3..mkn tak igt dunia..maklumlah,mcm2 juadah yg dihidangkan dan menggoda I untuk makan..so,xnk lepas pluang, baham je la yg mana yg ada..kenyang perut bodoh jadi la...erkkk,alhamdulillah..

kat sini nk share sedikit sebanyak sekitar sambutan syawal 2009..


sebelum 1 syawal - 19 september 2009
proses membuat ketupat palas

ni mak ak ngan mak sedara aku..start ak balik smp la sebelum ak dtg balik ke utp, byk masa mereka dihabiskan dgn kegiatan ini..sebelum dan selepas raya,byk terima tempahan..sape2 yg berminat nk buat tempahan,blh la buat tempahan di talian 012-******* atau 013-******* atau di http://penaberkala.blogspot.com utk raya taun2 dpn (promosi2,huhu)

sebelum masak

selepas masak

selamat datang ke rumah terbuka VISIBLE VOICE..jemput nikmati juadah yg disediakan ni..ketupat palas je ada..sila2..aah,dh telan air liur nampak!tgk je la yer..klu nk try,next raya datang rumah di alamat KG PONDOK JAMBU MERAH, MELOR, 16400 KOTA BHARU, KELANTAN (taktik nk tambah koleksi kad raya taun depan,hak3)

malam raya

klu time kecik2 dulu,smpt gak beli mercun dan bunga api..tp, time ak dulu beli and main pun sorok2..takut mak ak marah..ms darjah 2,smpt gak kena kejar kat mak ak sbb beli mercun,haha..keliling rumah gak..tu la,sembunyi dgn cara tak betul..mestila jumpa..tp skang, zaman dah maju,dunia dh berubah..anak2 buah ak main mercun dan bunga api relax je..siap buat show la dpn rumah..supplier plak,parents diorang..untung2..ak apa lg..ambil kesempatan..join skali..lps gian masa kecik2 xleh nk main..

nenek dan cucu-cucunya (dhia dan sasha)

ni picture hari raya pertama..aih,pandai btul anak2 buah ak..bodek nk duit raya la tuh agaknya..berkepit semacam je,haha..anda nk duit raya?next raya,ari raya pertama buat la cam dak2 ni buat..konfem dapat duit raya

1 syawal

cantik tak baju raya ak taun ni?aih,igt dh takde baju raya taun ni..nasib baik sempat gak gi beli ari sabtu sblm raya ari tuh..tak kempunan la..tidur pun lena mlm raya tuh..taun depan dh praktikal..so,takut tak sempat nk beli baju raya taun depan,bli taun ni terus.."sediakan payung sebeum hujan" katakan

KANAK-KANAK RIBENA DI AIDILFITRI

nur damia baqtisha

ahmad syafiq danish

nur anis batrishia

muhammad adam danial

nurdhia irdinna & nik nur salshadilla sabrina

muhammad najmi irfan - dhia - nurin amni qistina

tengku najwa nadzirah - damia

Sekian saja post untuk kali ini..semoga raya taun ni, aidilfitri 2009 dpt diabadikan dalam memori hidupku sampai bila2..semoga ak masih diberi kesempatan utk bertemu ramadhan dan syawal di masa akan datang,insyaAllah

juadah raya kat rumah dh puas dinikmati..skang, tiba giliran utk menikmati juadah2 di kampus plak

byk juadah yg menanti utk dijamah:
  • assignment reaction engineering
  • assignment separation process
  • lab report RO membrane
  • slides presentation
  • viva lab process safety - 8 october
  • presentation lab process instrumentation - 15 october

semoga semua juadah dapat disempurnakan dengan jayanya dan dihadam dengan baik!

SALAM AIDILFITRI!





Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum


Alhamdulillah dengan izin Allah, kita masih bernafas sehingga hari ini, 27 Ramadan bersamaan dengan 17 September. Semoga hari2 terakhir di bulan ramadan yang berbaki 3 hari ini disempurnakan sebaik mungkin. Beberapa hari saja lagi, seluruh umat islam seluruh dunia akan menyambut hari kemenangan iaitu hari raya aidilfitri
.

Alhamdulillah, saya telah selamat sampai ke kampung halaman tercinta dan selamat sampai ke pangkuan bonda dan keluarga tersayang. Semoga, Aidilfitri yg bakal disambut tidak lama lagi akan bermakna utk kami sekeluarga,insyaAllah. Mudah-mudahan kalian pun turut selamat tiba di kampong halaman masing2.

p/s:kepada rakan2 yg masih di perantauan/kat kampus lg, semoga bersabar.Best berbukak puasa bersama keluarga..hehe


Kepada anda semua terutamanya rakan2 yg akan pulang ke kampung halaman, selamat balik kampung diucapkan. Pandulah kenderaan dengan cermat dan berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang tersayang! kepada yg naik bus dan kenderaan awam, bukak lagu balik kampung dendangan sudirman..baru ada feeling balik kg utk berhari raya,hak3..Semoga semua selaamt sampai ke destinasi msg2.


Di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari, dari hujung rambut ke hujung kaki memohon seribu satu kemaafan buat kalian andai kata ada salah dan silap selama ini. Tak kira la secara langsung atau tak langsung, secara nyata atau maya..kira 0-0 la ye..halalkan segala yg terlebih dan terkurang..maafkan jika ada termaki terhamun, terlebih gurauan..

Semoga di hari lebaran ini, kita saling memaafkan antara satu sama lain. Buang yg keruh, ambillah yg jernih..Tapi lepas ni,jgn keruhkan plak apa yg sudah jernih ni..Mentang2 raya ada 2 kali staun..

Akhir kalam, terimalah post ini sebagai pengganti diri, pengganti kad raya (no budget, no time) utk kalian semua. tak kira siapa jua pun anda dan di mana jua anda berada, terimalah ucapan dari saya

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
maaf zahir dan batin

special dedication to:

  • my family
  • all my friends SK Melor
  • all my friends MRSM Jeli
  • my best friends and classmates (3A and 5A)
  • my friends UTP
  • sahabat dulu,kini dan selamanya
  • cheme jan 07
  • my housemate and roomate
  • all my friends
  • all bloggers
  • all readers
  • all the muslims around the world












Wednesday, September 16, 2009

AWESOME BLOG BUDDY


thanks to norashikin rahmat,beliamuda and his roommate,penampalposter atas permberian tagged ini..nasib baik sudah free skang, so blh la nk jwb 3 soalan cepumas di bawah walaupun dh dlm mood raya,haha.jwb tag jamak dari 3 org secara serentak!

1 - 5 fakta menarik tentang pemberi award


norashikin rahmat a.k.a ikin
  • Merupakan pelajar jurusan Pentadbiran Perniagaan Logistik dan Pengangkutan di UUM
  • Anak ke-3 dari 6 orang adik-beradik (3 lelaki dan3 perempuan)
  • Pernah menuntut di SK Tun Abdul Aziz Majid Hulu Langat(1997-1999), SK Bukit Tunggal Jementah, (1999-2001), SK Bukit Raya Cheras, (2002), MRSM Kuala Klawang, N.sembilan(2003-2005), MRSM Muar(2006), MRSM Serting (2007) dan pernah melanjutkan pelajaran ke matrikulasi dalam bidang perakaunan pada Mei 2008-April 2009.
  • on blogger since December 2008 dan merupakan blogger yg setia sebab sentiasa drop komen kat visible voice ni,hehe
  • mula menjadi kawan maya pada 1 September 2009 atas kesudian beliau drop komen kat 1 post dlm blog ni.thanx cz sudi singgah kat sini!

p/s: actually xkenal sgt pun dgn ikin ni..baru je jd rakan blogger..setiap maklumat yg ada kat atas tu celup dari profile kat blog die,haha..nasib baik ada tag ni,blh kenal ckit2

beliamuda aka hanifi or nipi

  • Kawan satu jurusan dlm Kejuruteraan Kimia di UTP dan mula berkenalan sejak dari foundation lg, tahun 2007 masa buat project Islamic Studies
  • Blogger yg aktif dan penjual topup yg tersohor dalam kalangan budak2 UTP
  • Seorang yg baik dan bijak dalam pelajaran
  • Hobinya blogging dan bermain bola keranjang
  • FAKTA YG PALING MENARIK -> still single pringles,haha..sape2 yg nk boleh cop awal..tp skang kuat jiwang ckit,hak3

penampalposter aka luqman
  • kawan satu jurusan dan satu group lecture..so, hari2 jumpa die nih,haha
  • jiran kat hostel, rumah bertentangan satu floor..
  • budak yg suka duk depan time lecture dan byk tnya soklan - good student in class
  • budak yg tidak berdisiplin sbb gi kelas pakai selipar dan pkai baju roudnet,ish3..dari ko derma kat pak guard rm30 kena saman,baik ko blnja ak makan,haha
  • seorang yg berfikiran jauh dan berterus-trang..try baca dlm blog dia..(promote2)

2- 10 fakta/hobi diri sendiri:
  • anak kampung dari kelantan dan merupakan anak ke 10 dari 10 orang adik-beradik.ada 5 org kakak, 4 org abang, 5 org abang ipar, 3 orang kakak ipar, 1 org bakal kakak ipar, sedozen anak buah yg disayangi (12 org - 9 girls dan 3 boys) dan bakal terima 3 org lagi anak buah next year,insyaAllah
  • dilahirkan pada bulan april 1989 yg jatuh pada bulan ramadhan pada tahun tersebut
  • pelajar tahun 2 dlm jurusan KEJURUTERAAN KIMIA di UTP..tak sabar nk internship next year dan bekerja.insyaAllah abis belajar tahun 2011 dan mulakan kerjaya hidup pada tahun 2012. doakan kejayaan patik!
  • suka subjek kira-mengira dan plg fobia dgn subjek yg byk membaca (byk kena hafal) sbb tu tak ambil medic
  • seorang yg pendiam dan agak perahsia , suka buat kerja last minute -> so yg ni perlukan perubahan
  • tak pandai nak senyum atau mesra dgn kawan yg kurang rapat..sebab tu ada ORANG kata SOMBONG dan GARANG..tapi seriuosly, bukan macam tu cuma PEMALU je ckit2,hak3
  • perkara plg suka waktu takde keje dan free ialah TIDUR..tak ada istilah LEBIH tidur dlm hidup,hnya ada KURANG tidur atau CUKUP tidur,haha..pemalas betul budak ni..
  • suka makan budu + telur mata + lada klu balik kelantan..kat UTP pon makan gak,hoho
  • suka mendengar radio dan baru menceburkan diri dlm dunia blogging
  • still single dan available

3- 10 penerima awards seterusnya with their description
  • bukan sekadar cakar ayam hazwan arif aka beliau..kawan satu jurusan..asal terengganu..slalu gak study skali time nk exam..salah satu blog yg menarik ak utk start blogging!
  • kerepektempe asyraf aka acab..kawan satu jurusan dan lab partner utk sem ini..asal johor..orangnya aktif dalam teater dan miming..vice president TTS..seorang yg cool!
  • coretanku aminudin aka amin baik..kawan satu kos..asal melaka..smgat kenegerian dia ni sungguh kuat..asyik promote melaka je..budak sbp..smpt gak perang logo sbp vs mrsm kat gtalk,haha..blog die agak menarik dan byk input..seorang berdedikasi..pintar dan soleh!
  • celoteh seorang pengembara masa kamil..asal pahang..lab partner last sem..seorang yg periang dan happy go lucky!dlm kelas pun smpt lg usik2 org,ish3..blog die menarik dgn kisah2 hidup..byk berceloteh..kdg2 baca smp tergelak gak sorang2..tp skang kurang ckit..maybe die busy kot
  • pelita.kecil nama die ni panjang,nk taip pun mls,haha..tp kali ni bg can..wan nur farhanim aka hanim or anem..asal ayer lanas, kelantan..pelajar nursing kat uitm shah alam..sahabat dari mrsm jeli sjk form 1 hingga form 5..classmate masa form 4 and form 5..seorang yg pendiam dan pemberontak (ponteng kelas kimia then gi library,haha)
  • side of me ++ yana from tanah merah, kelantan..satu homeroom time kat mrsm jeli..new blogger..satu jurusan tapi lain group lecture..baik dan sempoi..lucu gak die ni kdg2
  • eelleeyana yana gak nama die..tapi panggil yana madrus tkt2 tertukar dgn yana lg satu..satu sekolah sjk dari form 1..pelajar jurusan food science from UMT..asal ketereh,kelantan
  • too fast to live, too young to die hanninadia nama diberi tp panggil nida?xtau la dari mn nama ni dpt,ish3..tukar2 huruf kat nama die kot..pelajar UMT jurusan sains marin..kat blog ayik citer duk bilang microb je..plankton n ke laut,haha..sahabat dr form 1..awas,die ni garang ckit!
  • i..me..n only myself memperkenalkan my new fren, xkonfem nama apa..zyza kot..from UMT..kenal mlalui blogging gak..so,kwn maya la..salam perkenalan ye! sila jawab tag ni,haha





Sunday, September 13, 2009

AYAM

Apa yg anda tahu tentang ayam?

Sebut pasal ayam, bermacam jenis ayam

Ayam hutan

Ayam daging

Ayam belanda

Ayam api

Ayam betina

Ayam jantan

Ayam kampong

Dan banyak lagi ayam-ayam kat dunia ini


Ayam bukan sekadar sejenis binatang

Makanan pun ada juga

Nasi ayam

Telur ayam

Gulai ayam

Sup ayam

Tom yam ayam

Kerabu ayam

Murtabak ayam

Ayam goreng

Dan bermacam-macam lagi makanan berasaskan ayam


Tidak cukup sekadar itu,

Ayam juga terkenal dalam peribahasa untuk berbahasa

Kalau buat kerja tidak bersungguh2,org kata hangat2 tahi ayam

Kalau nak ajak orang makan tapi tak ikhlas, org kata ajak2 ayam

Kalau tidur yg tidak nyenyak, org kata tidur2 ayam

Kalau tak nampak dan kurang jelas penglihatan, org kata rabun ayam

Kalau tulisan buruk tak dpt dibaca, org kata cakar ayam

Kalau sesuatu berita tergempar, org kata bagaikan ayam betina bertelur sebiji tetapi heboh sekampung

Tapi kalau berjalan tanpa kasut/selipar apa ya?

Sudah tentulah kaki ayam


Post kali ini pasal kaki ayam dan berkaki ayam

Mengikut definisi kamus dewan

kaki ayam boleh diinterpretasikan sebagai 1. kaki pd ayam; 2. kaki yg tidak berkasut; 3. Sejenis kuih dr keledek;

berkaki ayam pula bererti tidak berkasut/berselipar.


Persoalannya, pernahkah anda terpaksa berkaki ayam?

Terpaksa di sini bererti bukan dengan kerelaan hati

Kalau anda tanya saya.

Ya jawapannya

Tapi kenapa?

Itulah yg ingin dikongsikan kat sini


camni la kot gayanya klu xpakai selipar


Alkisah berlaku pada 12 September 2009

Apabila selesai solat terawikh

Tup2 keluar, tgk selipar kesayangan tak ada dari pandangan

Try search sikit kat kawasan berdekatan

Alamak, tak ada la

Try search plak kat pintu utama

Hah sudah, tak ada juga

Buat relax sudah

Padahal dlm hati tuhan saja tahu

Tak ada lain yg terfikir kat benak fikiran


Hanya 2 perkara

1 – nak curi selipar mana nak bawa balik? atau

2- macam mana nak balik dgn berkaki ayam?


Lama punya fikir, end up dgn guna dua2 yg ada kat fikiran waktu tu

1- amek sepasang selipar yg bertuah kat situ

Haha,tapi awas, jangan bersangka buruk

Saya bukan pencuri

Pinjam sekejap je selipar tuh

Tapi tanpa kebenaran tuan punya la (pencuri gak ke istilah ni,haha)

2- balik dengan berkaki ayam

Sampai kat motor, suruh sahabat hantar balik kat masjid

Then, naik motor tanpa pakai selipar a.k.a berkaki ayam smp kat bilik


Perasaan masa tu bercampur baur

Bengang sebab malu tkt2 org tgk pelik naik motor tanpa selipar (senget ke apa budak ni?)

Lucu sebab tak pernah lagi jadi camni sebelum ni

Tapi kali ni kali ke-2 hilang selipar

Kali pertama kat Negeri Sembilan selepas solat jumaat

Tapi masa tu tok imam masjid kasi selipar masjid bawa balik,haha


Apepun, perkara sekecil ini kadang2 terlepas pandang

Kadang2 kita fikir selipar kita hilang, so why not kita ambil selipar yg ada kat situ

Sedangkan kalau semua org fikir macam tu, smua org jadi pencuri

Last2, tok imam yg kluar last akan balik berkaki ayam

atau

Alah, selipar je pun. Bukan makanan or minuman yg jadi darah daging

Tetapi awas, kita perlu igt, mencuri itu tetap dosa kecil

Dan kena selalu igt bahawa doa org yg teraniaya adalah makbul


Sekian utk entri kali ini

Berkaki ayam itu best (klu skali seumur hidup la..klu skali sebulan tension gak,hoho)

Hilang selipar itu yg tidak best

Sebab kena beli baru,haha



hilang selipar punya angkara
berkaki ayam tanpa kerelaan


updated on 15 september 2009

ayam,
bukan sekadar binatang, makanan dan peribahasa
lawatilah BUKAN SEKADAR CAKAR AYAM
blog yg simple dan sempoi
oleh kalampatah
bukan sekadar cakar ayam,
tetapi cakaran yg memberi input dan info


P/S: promosi sempena tema "AYAM"





Thursday, September 10, 2009

090909

090909 maksudnya 9 haribulan 9 tahun 2009
seerti dengan 9 September 2009
cantik bangat tarikh hari ni,090909
tp awas, bkn 999..tekan2 pak cik polis yg angkat atau ambulans yg datang
ingat,999 adalah talian kecemasan
dan 090909 adalah tarikh yg menarik

ini terbukti bila ramai yg letak tarikh ni dekat status gtalk
ada yg letak gambar lg
ape yg menarik tentang tarikh ini selain daripada nombor yg berpola 0 dan 9
herm..apeye?

mungkin tarikh yg cantik dan menarik sebegini sesuai utk diingati
tarikh yg sesuai utk dijadikan sejarah hidup
tarikh sesuai utk sape2 yg nk declare,bertunang,kahwin,beranak dan ape2 je yg menarik
yg pastinya sejarah utk tarikh ini pasti mudah utk dikenang dan diingati

kenapa dengan tarikh lain?
tarikh lain pun ok.tapi yg ni susah nk jumpa sbb next year tarikh ni dh tak dapat nk jumpa lagi
next year kita jumpa 101010 (mcm binari no plak)

kenapa aku excited dengan 090909?
sebab yg 123456789 ari tuh ak dh terlepas,haha
090909 ni sgt aku nantikan
sebab? tak tau la kenapa
tp bila smp waktu dan ketikanya, tiada yg menarik pun berlaku
hanya sekadar rutin harian biasa
mimpi hnya tinggal mimpi
fantasi belum jadi realiti

tetapi, yg pastinya aku akan igt detik ini, 090909 sbg hari plg sibuk utk aku.
menariknya 090909 ni sebab terletak di dalam minggu yg plg sibuk setakat ini utk semester ini di UTP terutama budak2 cheme jan07.
bilamana kami diselubungi dengan assignment, lab report, kuiz dan 3 test dalam minggu yg sama
minggu ni baru rasa masa itu emas

apepun detik 090909 ni aku penuhi dgn rutin harian yg biasa
tetapi ada sedikit kesibukannya
terasa macam masa tak cukup sekadar 24jam
perlu ditambah kepada 48 jam utk hari ini

DIARI SEORANG LELAKI

430AM bangun awal pagi sebab semalam tidur awal.bangun utk sahur dan siapkan report FIRC

630AM solat subuh dan siapkan report FIRC

800AM tutorial probstat.huh, ada assigment kena buat dlm group dan submit terus

900AM free time.blk bilik sambung rehat dan melayari internet.jenguk visible voice

1000AM lecture prosafety cancel.yahoo..blh smbg rehat

1100AM lecture probstat

1200AM lecture reaction engineering

100PM free time.gunakan masa yg berbaki 2jam utk quick revision test reaction
engineering.solat zohor

300PM TEST REACTION ENGINEERING di D2

500PM habis test terus blk bilik utk sambung kerja yg kena submit today.KPI 1 FIRC.Solat asar

630PM selesai semua tugasan.Mission accomplished! pergi beli makanan utk berbuka kat A&W (cafe Ali and Wife)

815PM Ko-Q time - playing tennis..hari ni best bila 8 orang je dtg dari 25 students,haha..so,training lebih ckit.byk yg baru blaja.dari tak boleh blast kepada boleh..feel better..keep improving.."nadal pun kidal.org kidal mmg lbh kuat klu blast the ball",kata coach..naik semangat beb..

1030PM abis ko-Q.solat..buat lab report PI and PSLP

1200AM shutdown

ceh,cam tulis diari plak post kali ni...buang tabiat ke ape?ape2 pun, yg pastinnya perjalanan sehari pada 090909 amat cukup memenatkan.alangkah best klu abis smua test..waiting for next week..free from test NOT lab report, assignment and others,huh

" Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari hari kelmarin maka dia termasuk orang yang beruntung, yang hari ini sama seperti kelmarin dia termasuk orang yang rugi dan yang hari ini lebih buruk dari kelmarin dia termasuk orang yang celaka "

SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI HARI KELMARIN,
HARI ESOK PASTIKAN LEBIH BAIK DARI HARI INI
insyaAllah

good luck utk smua kawan2 cheme jan07 yg msh berbaki 2 test:
10-09-2009 500-600pm BLOCK N PROCESS INSTRUMENTATION
11-09-2009 300-400PM D1 SEPARATION PROCESS II

BEST OF LUCK!





Tuesday, September 8, 2009

DIA

dia dah datang
alhamdulillah
lepas ni, gembira sikit hidup ak

tanpa dia,
aku rasa 1001 kesusahan
menyusahkan diri dan org lain
dengannya,
aku rasa lebih selesa

semoga aku dapat manfaatkan kehadirannya ini
sudah lama tidak bersamanya
moga kali ini aku lebih menghargainya

terima kasih kepada sahabat dan taulan
yg byk membantu selama ketiadaannya
setelah beberapa purnama lamanya
kini dia kembali
semoga aku tidak lagi membebani kalian

cuba teka gerangan DIA yg dimaksudkan
selamat mencuba!





Friday, September 4, 2009

KAWAN VS SAHABAT

Berkawan dan bersahabat
adalah sesuatu yang berbeza
dikenali dan mengenali
berlainan ertinya
berkawan hanya sekadar dikenali
bersahabat lebih mengenali,

kepercayaan hanya pada sahabat,
penghinaan hanya pada kawan,

kesusahan hanya pada sahabat,
kesenangan hanya pada kawan,

penyelesaian hanya pada sahabat,
kesalahfahaman hanya pada kawan,

bangkit hanya pada sahabat,
jatuh hanya pada kawan,

jujur hanya pada sahabat,
pura-pura hanya pada kawan,

punyai kawan hanyalah sementara,
adanya sahabat untuk selamanya.

||Good friends are hard to find, harder to leave and impossible to forget||


kadang-kadang,
orang kenal kita,tapi kita tak kenal dia
kita kenal dia,tapi dia tak kenal kita
sampaikan masing-massing tak kenal nama
tapi itu masih boleh dikatakan kawan
asalkn masing-masing dah berkenalan dan berjumpa satu sama lain pada masa lalu

kalau kita punyai 1000 kawan,itu tidak hairan
kerana dimana-mana pun mudah cari kawan
atas bus,shopping complex,pinjam pen kat mana-mana,
itupun dah jadi kawan

tetapi,
mencari sahabat tidak semudah itu,
tidak sekejap itu,
mencari dan mengenali sahabat perlukan banyak masa,
masing-masing perlu kenal hati budi,
untuk mengenali antara satu sama lain

kepercayaan vs penghinaan
dalam persahabatan, kepercayaan adalah terasnya.
dalam berkawan, kepercayaan tidak diberikan sepenuhnya,
masih ada keraguan
oleh itu,timbullah istillah 'kawan makan kawan", "kawan jadi lawan"
sahabat susah sama sekali untuk menghina sahabatnya,
kawan tidak lokek untuk menghina kawannya,
penghinaan dijadikan satu permainan
sehinggakan ada hati yg terluka tanpa rasa kekesalan

kesusahan vs kesenangan
sahabat rela bersusah-payah demi sahabatnya,
tak kira masa,tak kira ketika
kawan hanya ada utk bersenang-senangan
maka,"kawan ketika senang mudah dicari,kawan ketika susah sukar didapati"

penyelesaian vs kesalahfahaman
sahabat sentiasa ada untuk penyelasaian masalah,
kawan belum tentu ada untuk itu
sahabat akan berusaha untuk membantu
kawan berusaha untuk turut membantu,tapi ramai yang memberi alasan beribu
sahabat susah untuk salah faham terhadap sahabatnya,
kawan terlalu mudah untuk salah faham terhadap kawannya,
bila kepercayaan tiada dalam diri,macam-macam tohmahan dan syakwasangka diberi
"kesalahfahaman mengundang kebencian"

bangkit vs jatuh
sahabat sentiasa membantu sahabat untuk bangkit,
kawan belum tentu,
sahabat tidak akan pernah menjatuhkan sahabatnya,
kawan belum tentu

jujur vs pura-pura
sahabat akan jujur dengan sahabatnya
kawan ada yang jujur dan ada yang tidak
sahabat yang pura-pura sukar dicari
kawan yang pura-pura mudah dikenali
bila mudah dia ada,bila susah dia tiada
bila suka dia suka,bila duka pun dia suka

sementara vs selamanya
yang sementara itu adalah kawan
yang selamanya itu adalah sahabat
yang kenal tak kenal itu kawan
yang kenal dan mengenali itu sahabat
yang ada dan tiada macam chipsmore itu kawan
yang sentiasa ada itu sahabat
walau terpisah jarak
hati tetap dekat
sahabat tetap sahabat
kawan tetap kawan

Dengan itu,wujudlah post ini yg bertajuk,"KAWAN VS SAHABAT". Post ini bukan sempena friendship day. Hanya sekadar mengingati sahabat dan kawan yang berada jauh dan dekat.Tak kiralah apa jua TITLEnya,kawan or sahabat,semoga sama-sama kita memperbaiki diri ke arah menjadi kawan/sahabat yg terbaik

oleh itu,
berkawan biar beribu
bersahabat pun biar beribu
kerana kawan dan sahabat
adalah insan yang bergelar manusia
yang diberi hati dan perasaan
akal dan fikiran
untuk dimanfaatkan dalam kehidupan
bukan untuk kepentingan diri semata
tetapi untuk kepentingan bersama
GIVE and TAKE

bila berkawan,jadilah kawan yg baik
bila bersahabat,jadilah sahabat yg baik
kerana
kawan dan sahabat adalah org yg hampir dgn kita selepas keluarga

jangan jadikan berkawan dan bersahabat itu bermusim
ingat waktu senang sahaja,
ingat waktu nk minta pertolangan sahaja,
ingat waktu friendship day sahaja,
ingatlah mereka sentiasa,
kenanglah mereka dalam doa
semoga persahabatan dan perhubungan mendapat redha Illahi
"bertemu kerana Allah,berpisah kerana Allah"
insyaAllah





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger