Thursday, May 28, 2009

PREVIEW

kami(wakil dr UTP) naik train kul 430AM, 2 JUNE kat GOPENG

kumpul kat kl sentral kul 11oo am utk bertolak ke destinasi

ni la gambaran kasar perjalanan nnt

destinasi yg dituju WELCOME to GENTING HINGLANDS

penginapan FIRST WORLD HOTEL
plan nk check in kul 300pm on 2nd June

ACTIVITIES

FIRST WORLD INDOOR THEME PARK


euro express

adult bumper car

OUTDOOR THEME PARK

cyclone

grand prix fun kart

corkscrew

bumper boat

flying dragon


rolling thunder mine train


sungai rejang flume ride

space shot

spinner


super toboggan

pirate ship

EVENT : REUNION STUDENTS SPM 06 MRSM JELI
DATE : 2-3 JUNE 2009
VENUE : GENTING HIGHLANDS
PARTICIPANTS : EX-MRSM JELI STUDENTS & FRIENDS

Jom pakat ramai2 kita pi melancong..CUTI-CUTI MALAYSIA
trip ni special tuk REUNION BATCH 05/06 MRSM JELI
Terbuka gak kpd kwn2 kat UTP ni..dan kawan kepada kawan anda (ex-mrsm jeli)

Jejom sama2 kita mmeriahkannya!Semoga gathering kali pertama ini menjadi batu lonjatan untuk next event utk taun2 yg akn dtg,InsyaAllah

REMINDER: kepada yg konfirm utk menyertai trip ni, sila buat confirmation kpd pok jak or gjoe secepat mungkin.Kerjasama anda amat diharapkan.terima kasih!

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Saudara Aizuddin Aizat
Saudara Azizul Abblah





Wednesday, May 27, 2009

MISSION ACCOMPLISH

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan he hadrat Illahi kerana dgn limpah kurniannya maka dptlah jua kita menghababiskan FINAL EXAM SEMESTER JANUARI 2009. Semoga segala usaha selama ini mendapat keberkatanNya,InsyaAllah

RENTITAN PERJALANAN

11 MAY - NUMERICAL METHODS
Alhamdulillah,diberi kesempatan utk menyiapkan semua soalan pilihan (5 out of 6).Actually, takut gak nk amek paper ni..takut tak cukup masa..sebab time test, dua2 test ak xsiap jwb..so solution of this problem, bawalah 2 kalkulator untuk exam numet...so far so good..inisiatif yg agak menjadi..walau ketika exam agak panas,berpeluh cam org lari 100 meter, tp syukur dpt jwb ngan lancar

12 MAY- CHEMICAL ENGINEERING THERMODYNAMICS
thermo?herm...sepanjang musim final exam ni,paper thermo la plg byk ak xsempat jwb..tak ckp masa..kesalahan diri sendiri sebab xpandai bahagi masa...herm,soklannye agak tough sebab pecahan markahnye kecil2..setiap sub soalan 4-6 mark..so byk la soklan utk setiap bahagian soalan utk cukupkan jd 20 mark bg setiap soalan..argh,agak bimbang ngan paper nih..moga2 dpt keputusan yg terbaik,insyaAllah

19 MAY - STRENGTH OF MATERIALS
SOM...tq kat dr faraouq..at first bimbang gak ngan final SOM.walaupun koswork agak memuaskan,tp tgk last sem nye soklan final sgt2 complicated..luckily,this sem soalan quite simple..alhamdulillah..smuanya berjalan lancar..

22 MAY - SEPARATION PROCESS 1
subjek ni ak plg suka utk sem ni..lecturer, DR TM yg baik hati..cara ajar cukup2 memuaskan hati smua pihak..Alhamdulillah, dgn revision yg agak ckp dan latihan yg menepati sasaran,dpt la jwb soklan final dgn jayanya..paper plg syok jwb utk sem ni..

25 MAY - PROCESS HEAT TRANSFERS
sape tak takut ngan PHT?erm,klu lecture, sbjk ni plg ak kuat ponteng..klu tutorial pun xpegi sangat..assignment plak xpernah skali buat sendiri..smua ak pinjam n copy bulat2 dr member.frankly to say, apa yg ak salin ak pon xpaham smp ke akhir sem..herm,ape nk jadi?ptt la markah test sbjk ni plg truk utk spnjg hdp ak bergelar student..7/40?tp tu lah keputusan yg memadai ngan usaha ak..so,final exam utk paper ni ak plg gerun..kwn2 pun rmai yg ckp camtuh..aish..tgk soklan, try nk jwb xleh..at last,ak amek text book bc je contoh2 yg ada solution..so,alhamdulillah,dpt gak jwb ms final..puas hati gak sbb smpt siap..alhamdulillah sgt2...

27 MAY - MANDARIN
wo de peng you!camne paper mandarin?erm,subjek ni byk kena hapal..
*character
*hanyun pinyin
*meaning
huh,byk la words kena hapal..sampai xterhapal..igt satu,yg satu lg lupa..igt plak yg lain, yg tuh plak lupa..cuak melanda diri hingga memaksa tidur jam 4am..tp,cuba gak sedaya upaya nk igt smua words..ni la slh satu usaha

dinding bilik jd sasaran

waktu exam td,byk jwpn yg ak copy n paste je..bkn dr org berdekatan.."COPPYING IS SERIOUS OFFENCE!" tp dr words2 kat dlm question booklet..hoho..xpe la lmbt pon utk siapkan..hrp2 dpt skor yg sehabis baik walau dh terang lg bersuluh sah2 xakn dpt A..koswork nye pasal la ni..

*************************************************************************************

Dengan ini,dengan rasminya maka tamatlah sessi pengajian SEMESTER JANUARI 2009

ALHAMDULILLAH!

best of luck for upcoming result






Sunday, May 24, 2009

AKAN TIBA



Hey hati ku..
Selalu
mendambakan cinta namun tak kunjung tiba

Hatimu itu
Seperti apa yang ku mahu selama ini
Ertikanlah pagi ku yang kaku tanpa kamu

C/O
Kau ku cinta
Engkaulah yang ku puja
Tertunggu selama ini takku jumpa
Dengan mu ku di lamun indah
Ku harap cinta kan tiba di hati kita..

Lihat kamu
Tak ku sedari
Waktu dh mulai tinggalkan ku

Kau kau kau
Buatku lupa mengapa ku disini pada mulanya..
Ertikanlah malam ku yang sayu dingin tanpamu

Kau ku cinta
Engkaulah yang ku puja
Tertunggu selama ini takku jumpa
Dengan mu ku di lamun indah
Ku harap cinta kan tiba di hati kita..

Kau ku cinta
Engkaulah yang ku puja
Tertunggu selama ini takku jumpa
Dengan mu ku di lamun indah
Ku harap cinta kan tiba di hati kita..

Hingga hari esok kembali lagi

Artist : Alif OIAM
Written By : Amylea
Lyrics By : Amylea







Friday, May 15, 2009

TERIMA KASIH

********************************************************************************

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bica
ra
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “CIKGU” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

********************************************************************************

Sempena sambutan HARI GURU/ TEACHER'S DAY 16 May 2009

Nukilan Usman Awang ini ditujukan kepada semua guru-guru yang banyak berkorban mengajar dan mendidik diri ini hingga pandai tulis dan baca

Tanpamu siapalah aku! Kau umpama cahaya yang menerangi kegelapan

SELAMAT HARI GURU/HAPPY TEACHER'S DAY buat semua guru-guruku tak kira dimana jua berada

TADIKA SERI INTAN, KUBANG TIN (1994-1995)

SEKOLAH KEBANGSAAN MELOR (1996-2001)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MELOR (JAN 2002-MAC 2002)

MAKTAB RENDAH SAINS MARA JELI (MAC 2002- NOV 2006)

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (2007-NOW)

"JASAMU DIKENANG HINGGA AKHIR HAYAT"

Tak lupa juga ucapan ini didedikasikan kepada semua insan mulia yang bergelar seorang guru dan teman-teman seperjuangan yang bakal menjadi guru (jadilah cikgu yg baik2)

TERIMA KASIH CIKGU!






Monday, May 11, 2009

KICK-START

dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, diisytiharkan maka bermulalah PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI 2009

GOOD LUCK AND ALL THE BEST !





Sunday, May 10, 2009

UNTUKMU IBU



luahan rasa sempena hari ibu 10 May 2009
untukmu ibu tercinta Puan Sebariah Bt Che Cob
terima kasih untuk segalanya
tanpamu disisi,tak mungkin daku dapat gagah berdiri seperti hari ini
alhamdulillah kerana aku dikurniakan seorang ibu yang penyabar (nama lg sebariah) dan tabah
semoga doamu sentiasa mengiringi pejuangan hidupku

*************************************************************************************

20 tahun yg lalu
ku tak tahu keperitan hidupmu menjalani kehidupan sebelum kelahiranku
tak dapat daku bayangkan susah payahmu selama sembilan bulan mengandungkanku
tak dapat daku rasai keperitanmu mempertaruhkan nyawa demi melahirkanku

pabilaku dilahirkan
tak lelap mata engkau berjaga
tak kira siang mahupun malam
pantang berbunyi teriakan kecilku
lantas kau bangun mendapatkanku
terus mententeramkan anak kecilmu
menyusuku bimbang daku kelaparan
membelai daku sampai ketiduran
menukar lampin dan segala macam

tika usiaku makin meningkat
diasuh dididik dengan penuh kasih sayang
tanpa kenal erti putus asa
dari sekecil tapak tangan hingga daku dewasa
kenakalan dan kerenahku menguji kesabaranmu
cubit dan rotan sebagai pengajar
marah dan leteran sebagai nasihat
demi mejadikanku seorang insan

terima kasih ibu
kau sentiasa berada disisi
terus membesarkanku tanpa kenal erti penat lelah
seusiaku 5 tahun
diberikanku pendidikan
dari tadika hingga ke sekolah rendah
diberi apa yg ku mahu
diajar apa yg ku tak tahu
sehinggalah aku mencapai kejayaan
mendapat tempat di sekolah berasrama

seawal usiaku 13 tahun
kita mula dipisahkan oleh jarak
kau merelakan pemergianku
untuk berjuang demi sebuah kejayaan
daku jua akur untuk berpisah denganmu
walau hati amat berat
kutetap teruskan langkahku
walau terpisah jarak, namun kau sentiasa dekat dihati
demi menghadiahkanmu sebuah kejayaan
satu-satunya pengubat jerih payahmu selama ini
alhamdulillah
berkat doamu ibu
sebuah kejayaan telahku tempa
sekuntum senyuman dapat ku ukir diwajahmu
air mata kegembiraanmu berlinang di kelopak mata
umpama permata yang berkilau memancarkan sinarnya

kini
aku berjaya ke manara gading
tertunai sudah impian kecilmu
walau kita semakin jauh terpisah
namun kasih sayangmu tak berubah
begitu jua kasihku padamu ibu
setiap kali daku kesusahan
engkaulah tempatku mangadu
setiap kali daku beroleh kejayaan
engkaulah tempatku berkongsi kegembiraan
doamu sering kupinta untuk kejayaanku
alhamdulillah
berkat doamu mengiringi usahaku selama ini
daku masih gagah meneruskan perjuanganku
semoga aku sentiasa kuat dan bersemangat
untuk mengejar cita-cita
demi segulung ijazah buatmu ibu tercinta

begitu besar pengorbananmu
seorang insan bergelar ibu
tak terkira budi dan jasamu
tak terbalas jasamu ibu
walau dengan segunung permata
berlegar-legar di benak fikiranku
mampukah aku membalas jasamu ibu?

kini
tinggal selangkah untuk daku mara
ke alam bekerjaya
apa yang kuharap doamu ibu
mengiringi daku setiap waktu
kuharap kau sabar menunggu
untukku berbakti kepadamu
moga kau dikurniakan kesihatan yang baik
dipanjangkan umur dimurahkan rezeki
insyaAllah

*************************************************************************************

ibu...
engkaulah pembimbingku
engkaulah teman karibku
engkaulah tempatku mangadu
engkaulah pengubat hatiku
engkaulah penyeri hariku
engkaulah ratu hatiku

ibu...
engkaulah segalanya

HAPPY MOTHER'S DAY
SELAMAT HARI IBU

"wo hen ai wo de mama"

nukilan rasa: penaberkala







Wednesday, May 6, 2009

TAGGED

first time kena tagged..teruja la gak,hak3..tp bz ckit nk buat..
btw,tenkiu kat sap perform yg tagged ak..baru blaja bende2 nih..

1.Adakah anda terasa anda hot?
xrasa pon..skang duk bawah kipas

2. Upload gambar kegemaran anda



3. Kenapa anda suka gambar ini?
nampak menarik dekpon..pic ni captured dr tingkap blk waktu senja..subhanallah, cantik sungguh ciptaan Allah!

4. Bila kali terakhir makan pizza?
last year..ujung taun 2008

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
akan tiba by alif satar

6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
duk dgr lagu

7. Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
xdo namo samaran..klu buke nuar ore panggil kerol jah..xdop namo plep2

8. Tag lagi 6
abu raihan
nash
fazli
atin marzuki
(4 sudoh..malah nk carik)

9. Sapa No 1 pd anda?
coursemate plg slumber...ko gano abu?

10. Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa?
xtau la..tp tgk gambar nga awek cun ari tuh..makwe die la tuh agaknya

11. Kata sesuatu berkenaan dengan orang nombor 5.
org ke-5 xwujud

12. Bagaimana pulak dengan orang nombor 4?
my ex-classmate..homeroom skali dl..klu soklan no 7 dio ada jawapan,hak3..sowy atin

13. Siapakah orang nombor 2?
nash- coursemate ak yg perform..rajin nih die ni

14. Bagi pesanan pada orang nombor 6?
anda x wujud buat waktu ini








Sunday, May 3, 2009

EXAM

::study week bermula::
2May - 10 May 2009

::final exam timetable::
11May 230pm-530pm NUMERICAL METHODS
12May 230pm-530pm CHEMICAL ENGINEERING THERMODYNAMICS
19May 900am-1100am STRENGTH OF MATERIALS
22May 900am-1200pm SEPARATION PROCESS 1
25May 900am-1200pm PROCESS HEAT TRANSFERS
27May 900am-1200pm MANDARIN

GOOD LUCK AND ALL THE BEST!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger