KB MALL

/
43 Comments
BERITA VS CERITA

"mari mano? gi tengok KB Mall rutuh ko?", sapa jiran tetangga kepada akak aku

akak aku balik dan berceloteh. Betul ke, KB Mall rutuh?
herm, aku buat layan tak layan je. Entah betul entah tidak dia nih

tok tok, tok tok (bunyi nada sms masuk - nada standard) dari telefon usangku
lantas sms dibuka dengan penuh harapan dan senyuman
alah, dari sahabat rupanya
bukak dengan perasaan biasa,hak3

Betul ke KBMall runtuh?
Sender:
Azizul Abllah
+6013902****

perasaan biasa bertukar menjadi luar biasa
aik, betul ke nih? tak sampai 15 minit sela masa, benda yang sama aku dengar. Biar betik!
lantas kami sekeluarga berbincang dengan rancaknya, masing-masing berteka-teki dan melontarkan pandangan (ala-ala persidangan dan mensyuarat agung gamaknya).

KB Mall runtuh?
sosek-sosek kami berceloteh dan berteori

lantas, telefon usang digapai untuk sms teman dan taulan
try sms saudara nifi aka beliamuda (dia ni sentiasa peka dengan apa yang terjadi, sumber rujukan aku,haha) dan nik yang tinggal dekat area KB.

dalam masa yg sama, tangan rancak bersms dgn saudara mB.
sms diterima daripada nifi
herm, pengesahan telah dibuat dan mengiakan kejadian itu
soalan lanjutan diajukan bertalu-talu
banyak jugak info yang diperoleh daripada beliau

kemudian, remote tv digapai dengan serta-merta untuk tonton berita terkini
jam menunjukkan pukul 645 petang, berita apa masa ni ye? tv mana ada memaparkan berita?
dari tak minat nak tgk brita, tiba-tiba mencari berita utk ditonton
TV1 takde berita
TV2 dan TV3 pun tak ada
ASTRO RIA dan PRIMA lagi la takde
TV7 pun takde gak
ASTRO AWANI, hah ada berita
tapi bukan berita terkini la, berita hiburan
layan gak la sementara menunggu berita lain
dapat gak banyak info pasal dunia hiburan especially pasal artis tanah air
Remi Ishak (Adam dalam Nur Kasih) dipukul oleh sekumpulan lelaki
Natasha Hudson bercerai lagi
Ninja Assassin meletup di pawagam (terpikir kalau la kat KB ada cinema,hoho)
dan macam-macam lagi

lepas maghrib, cepat-cepat bukak tv. tercongok kat depan TV3 untuk menonton BULETIN UTAMA
tungu punya tunggu, ada gak berita pasal KB Mall ni
apa yang aku dapat tahu daripada berita tu adalah:
  • kereta kuning BCL 3210 bewarna kuning melanggar dinding bahagian parking atas KB Mall dan terjunam jatuh gaya bebas kat eskalator bahagian bawah
  • kebetulan , ada beberapa orang pengunjung berada di eskalator tersebut
  • dimaklumkan kejadian meragut dua nyawa
  • 1 kematian di tempat kejadian
  • 1 lagi kematian di atas ambulans on the way ke hospital
  • 1 lagi mangsa cedera parah dan dirawat di ICU
  • dimaklumkan dalam berita tersebut kereta itu rosak dan beberapa orang di tempat kejadian tolong untuk menolak kereta itu, tiba-tiba pemandu kereta berkenaan gagal mengawal kenderaan lalu merempuh dinding bangunan dan terjadilah peristiwa tersebut
dengan berakhirnya berita tersebut, maka sedikit pertanyaan di benak fikiran aku terjawab
huh, puas kan bila tahu cerita sebenar yang kita tertanya-tanya selama ni
sepuas kita melepaskan kentut mungkin

untuk maklumat lebih lanjut, aku pun layari internet
destinasi aku pertama ke beliamuda, pastinya informasi terkini dimuatkan di sana
jangkaan aku tepat, dapatlah gambaran jelas kejadian itu dengan adanya foto-foto berikut:



lubang yang berjaya ditebuk oleh kereta kuning itu tanpa niat



kereta yang terjunam jatuh dan menghempap mangsa di tempat kejadian


tak cukup dengan maklumat itu, aku diberi informasi lagi oleh cik whitedaisy melalui ym
baru dapat tahu rupa-rupanya, pemandu kenderaan berkenaan melarikan diri dan tidak meninggal, alhamdulillah panjang lagi umur dia
pada mulanya, aku ingat pemandu yang meninggal, ye lah terjun dari tingkat 3 kot
selain itu, aku dapat tahu bahawa mangsa yang terkorban itu adalah pelajar dari Masterskill iaitu kolej kejururawatan yang berdekatan dengan KB Mall

untuk pengesahan lanjut, tambah-tambah semangat ingin tahu aku mebuak-buak (inkuiri), aku terus menerjah laman sesawang
tanpa segan silu aku mintak pertolongan incik GOOGLE anak-branak membantuku
dengan kata kunci KB Mall pelbagai informasi dapat dikumpul dengan detail sekali dengan pelbagai skill dan teknik penceritaan

itu semua tidak penting, apa yang nak aku rumuskan dan simpulkan kat sini, biarlah hanya berita pokok yang kita tahu dan angka kematian yang sahih sahaja
aku pening gak bila baca banyak berita dan informasi di internet
masing-masing membuat huraian dan olahan masing-masing
apa yang aku baca di internet sungguh jauh bezanya dengan apa yang aku lihat dan dengar di kaca televisyen
perbezaan ketara yang aku detect adalah mengenai kereta dan pemandunya
di TV3 mangatakan kereta rosak, di INTERNET mengatakan pemandu baru belajar kereta
di INTERNET jugak banyak lagi versi-versi cerita yang berbeza-beza
tidak sampai 5 jam kejadian berlaku, macam-macam berita keluar
aku pun pening nak percaya yang mana satu
so, ak pun malas nak pikir banyak dan yang penting aku tahu apa yang dah berlaku pun dah cukup bagus

kesimpulannya, kejadian hari ini adalah
  1. kereta langgar dinding dan jatuh atas eskalator di KB Mall
  2. 2 kematian dicatatkan dan 1 cedera parah
tahu pasal 2 benda nih dah cukup kan
sebab musabab dan salasilahnya biarlah saksi-saksi kejadian sahaja yang tahu
aku tak berani nak cakap takut banyak aku tokok-tambah jadi plak cerita dongengan

untuk keterangan lanjut, sila hubungi mangsa di tempat kejadian, saksi berdekatan ataupun layari internet untuk berita lengkap dan tepat

sekian melaporkan berita untuk visible voice oleh wartawan liputan penaberkala

kat bawah ni aku summarizekan keratan berita dari salah satu sumber yang aku baca di internet
  • 2 orang pelajar perempuan masterskill maut dan seorang lagi parah
  • kejadian berlaku akibat sebuah kereta dari tingkat tiga (3) pasaraya KB Mall terjunam sebelum menghempap mangsa
  • kejadian berlaku jam 540 petang waktu tempatan
  • menurut saksi di tempat kejadian, pemandu kereta jenis MAZDA dan 2 penumpang kesemuanya dipercayai perempuan sedang belajar memandu di tempat letak kenderaan
  • kereta yang dipandu gagal dikawal dan merempuh bumbung sebelum terjunam ke eskalator di tingkat 2
  • mangsa yang terlibat dan berada di eskalator ketika kejadian berlaku:
  1. SITI NOR AMIRA SAMSUDDIN 19 (cedera parah di bahagian kepala dan meninggal di tempat kejadian)
  2. SITI NOR DIANA AZMAN 18 (mati dalam perjalanan ke hospital akibat pendarahan teruk di bahagian kepala)
  3. RASHIDAH AHMAD LUTFI 24 (cedera parah dan dirawat di unit bahagian rapi di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu)
  • pemandu dan penumpang dipercayai melarikan diri
  • pasaraya KB Mall ditutup kepada orang ramai sehingga selesai siasatan
source dari http://ntvirus.wordpress.com


untuk menyelami hati dan perasaan mangsa dan saksi di tempat kejadian, boleh tengok video ini:
video di tempat kejadian


MATI

nukilan: Penaberkala

mati itu sudah pasti
tidak kira usia dan lokasi
cuma tidak tahu bila dan siapa
mungkin dia,aku,kau atau mereka!
mungkin hari ini, esok atau bila-bila!

maka, beringatlah kita senantiasa
bila ajal maut datang menjemput kita
tiada siapa boleh menghalangnya
tidak kira pangkat, darjat mahupun harta
pasti semua akan tunduk kepada yang maha kuasa!



:::katahati:::
Begitu mudah hendak mati, tidak perlu berperang atau serangan berani mati. Di shopping complex berhawa dingin dan di tangga bergerak sendiri pun boleh jadi. Subhanallah, sungguh besar kuasa Illahi.Mungkin kejadian hari ini mengingatkan aku tentang mati!

takziah kepada keluarga mangsa dan al-fatihah kepada arwah


You may also like

43 comments:

  1. Owh, antara blog yg mengulas dengan lengkap pasal KB Mall...
    kalau betul diorang belajar kereta dkt parking diorang memang salah besar

    ReplyDelete
  2. mati sesuatu yang pasti hidup ni je yang tak pasti..

    takziah untuk keluarga mangsa..

    tak sangka sangat-sangat benda mcm ni terjadi..

    mungkin semalam mereka masih sempat bergelak ketawa, dan hari ini semua tawa itu hilang...

    sedih lak neh..

    erm..

    ReplyDelete
  3. emmmmm...
    akhirnye dpt bce juga info sal kbmall ni kt blog pB..hehe..

    tp ada 1 crte yg ak dgr, smpt ag ada yg mencuri time org dk sibuk nk bersih tmpt kejadian n siasat kes nie...
    xpatut btoi...

    insiden ini juga mengingatkn kita kpd mati...
    btw, takziah kpd keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  4. innalillah...
    tgk tu..maut xkiratmpt..tgh dok jln dlm mall pu buleh kne hempap keta ;(

    ReplyDelete
  5. hans:
    yg tuh ak tak dpt pastikan la
    tahu pun melalui berita dan tenet je

    p/s: sempat gak ko komen kat sini eh? igt duk serbu sana je,hak3

    ReplyDelete
  6. cik zatil:
    kdg2 benda yg tak disangka la akan berlaku
    tak tau la camne keluarga mangsa terima hakikat ni, parah gak

    jgn sedih2 cik zatil, apa yg berlaku tu ada hikmahnya (ayat motibasi)

    ReplyDelete
  7. whitedaisy:
    tiba2 rasa nak post entri
    ada topic, go on je lah

    tq for the info ye
    pencuri ada di mana2 skang
    kat masjid pun ada lagi
    ambil kesempatan di kesempitan yg ada

    yup,supaya kita sentiasa igt dan tidak alpa

    ReplyDelete
  8. Ummi Hanie:
    thanx sis atas kunjungan kat sini
    btul tuh, tmpt tak disangka pun terdedah kepada bahaya
    klu pk logik, mmg xlogik kan

    ReplyDelete
  9. tak tercapai dek akal yg waras kereta terjun gaya bebas dlm shupin complex.. nasib baiklah tak meletop ke ape kereta tu kan.. kalaulah.. haishhhh~

    yup.. bnyk betul versi pasal ceritera kb mall ni.. btw, thanx utk sharing the info ya :)

    ReplyDelete
  10. al fatihah....

    innalillah, kesian kepada orang yang xbersalah, jadi mangsa, tapi semua tue dah qada' n qadar kan?
    semua yer ketentuan Allah SWT...

    jadikan iktibar untuk kita, ajal maut ketentuan Yang Maha Pencipta...

    ReplyDelete
  11. salam,.
    ore pon kejut gop.
    ingt kak maen2.
    upo2nyo sngguh..,

    tkziah kpd mngsa2,
    arp2 sjarah x berulang.,.
    sma2 bdoa,.,

    ReplyDelete
  12. insyaAllah, sama2 kita doakan, dan jadikan kejadian itu satu iktibar bagi kita!!! bersyukurlah!!

    ReplyDelete
  13. kejut rase bile tgk tajuk..dop bce lg tp kejut dh..smlm tgk berite gtu2 je..ingt ke kt mne..sbb smbil lalu tgk..bile bce post ni, dup dup dap jantung..mcm lari olahraga je..sian plk, nk wt gane mati care gtu..ajal die dh..mtk2 roh di tempatkan di kalangan org beriman..

    ReplyDelete
  14. millalara:
    tu pasal, klu org ckp kereta terjun kat shopim complex tanpa bukti, mampus tak percaya
    tp benda dh jadi, so terbukti mmg blh berlaku

    byk versi bila byk saksi yg ada kat tmpt kejadian membuat liputan

    ReplyDelete
  15. nifi a.k.a beliamuda:
    tq ya for the info

    ReplyDelete
  16. atinmarzuki:
    aah, btul tuh atin
    ye lah, kejadian ni mcm kita brada kat jalan raya la
    klu kita berhati2 skalipun, klu org lain tak, eksiden berlaku gak
    tp, lbh baik berwaspada senantiasa

    ReplyDelete
  17. yup~~setuju nuar <3
    hehehe, mmg lah kena sntiasa berwaspada xkira kat mna2 pun..
    :)

    ReplyDelete
  18. armouris:
    sah ke nk bersms, nk dgr radio pun gerun
    takut lalai dan khayal plak,haha

    ReplyDelete
  19. hahaha..gempak gak berita ni kan?!
    hahaha...ala2 WTC runtuh dh..

    ReplyDelete
  20. cikTi:
    tu lah, mintak2 jauh la
    macam tragedi dh berlaku skang
    yg logik, yg tak ada jah sokmo

    ReplyDelete
  21. atinmarzuki:
    insyaAllah, doakan kita semua selamat dari malapetaka dan bencana
    amin

    ReplyDelete
  22. aina.mardyiah:
    haha, dup dap dup dap nah bunyi, adoi
    tu la,mula2 tau brita ni, bunyi gitu gak kot

    doakan roh mereka dicucuri rahmat hendaknya! amin

    ReplyDelete
  23. aku_niruri:
    agak gempak la
    gerun gak dengar
    nasib baik ak xde kat tmpt kejadian jer,syukur

    ReplyDelete
  24. INFO TERKINI
    BULETIN 130@TV3
    -kereta dipandu oleh seorang budak perempuan berusian 19 tahun
    -penumpang kereta seorang lelaki dan seorang lagi perempuan
    -kereta dilaporkan rosak lalu ditolak dan hilang kawalan lalu merempuh dinding
    -siasatan lanjut sedang dibuat

    ReplyDelete
  25. gerun r.. mcm final destination plk..

    ReplyDelete
  26. sabariah:
    tu pasal, klu dulu kes gini kat obesi je
    loni, kat tanah air sdiri ado doh

    ReplyDelete
  27. Apa yang kita mampu buat adalah sama-sama berdoa untuk mereka..

    Memang besar kuasa tuhan,
    Kalau dah digariskan kita akan mati maka tetap akan terjadi walau dimana kita berada..

    ReplyDelete
  28. mmg terkejut sgt tgk berita nie..tahu pub dr kawan2 blog..tgk ramai yg post entry pasal ni smalam..then tgk you tub yg kawan bg link..tgk pompuan yg langgar tu duk nangis2...kecian dia n lg kecian pada mangsa tu..papepun..sedekah al-fatihah..

    ReplyDelete
  29. tekey weh kbmol tutup
    (gaya xdok perasaan)

    aa.terkedu sebok dan segalanya.baru duk maen gi mari gi mari area tu on saturday.

    isk.

    ReplyDelete
  30. aku tak paham dengan yang lari tu.

    macam lah police tak boleh trace dorang.

    kalau nak ikutkan drg takdalah bersalah sgt, sbb keta tu yg ada masalah teknikal.

    yang lagi aku tak faham, camna adik driver kereta yg cedera parah tu ikut sama lari. dia tak kesian ke kat kakak dia dalam keta tu? aduhhh.

    ReplyDelete
  31. KizZ:
    yup, btul tu kizz
    thanx for the reminder!

    ReplyDelete
  32. ~AmyLiana8886~:
    tgk video tu pun dh dpt agak situasi sebenar camne
    seram gak main mati dgn ngeri nih
    apepun, semoga yg msh hidup tuh cepat sembuh

    ReplyDelete
  33. pisey:
    haha,tu pasal
    baru hajat nk gi beli brg2 deknuh
    nasib baik tak gi ari kejadian

    ReplyDelete
  34. YobSumo:
    berita terkini, 2 org yg lari sudah ditahan untuk siasatan lanjut
    sorang lagi tuh, perempuan 19 taun yg drive kete cedera dan di hospital

    mereka lari sebab cuak dan panik kot

    actually, sorang je atas kete tuh, yg drive kete
    dia cedera dan kat hospital
    2 org lg tuh,budak pompuan 14 taun (adik driver) dan sorang lg laki umur 27 tahun yg tolak kete
    lps kejadian, mereka berdua tuh belah

    ReplyDelete
  35. wanufara:
    cacing bertukar jadik naga?
    Apekah? tak paham dong

    ReplyDelete
  36. Cik Biol:
    Betul tuh, kat mana2 pun klu dah ajal, mati gak

    ReplyDelete
  37. innalillah... simpati aku kepada mangsa... kejadian ni mengingatkan aku kes kakak aku langgar dinding rumah mase raya aidil fitri pertama tahun ni. moral of the story... tak pandai bawak jgn gatal2 nak bawak.. kang padle minyak disangke brake... clutch ke mana... ape ke mana... langsung ke dinding....

    ReplyDelete
  38. SM Banjamin:
    al-fatihah buat arwah yg terlibat
    genap setahun pemergian mereka

    nasib baik langgar dinding rumah klu langgar org kan nanya
    haha,betul tuh
    klu tak pandai jgn cuba terutama di tempat yg tak sesuai, kat padang bola boleh la

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...