TAYANGAN PERDANA
Drama sebabak ini dibawakan oleh visible voice production
Di bawah arahan dan terbitan penaberkala
Setiap watak dan jalan cerita adalah rekaan semata-mata

AWAS
Untuk tontonan orang-orang yang free sahaja
Tontonan umum (U)
Kalau busy dengan exam, sila tengok lain kali di pawagam berdekatan



PREVIEW

DINNER CHEME JAN'07 telah berjaya dengan jayanya

kenangan malam minggu yg bakal daku ukir dalam memori ingatanku sampai bila-bila
semoga kita bakal bergembira lagi di lain waktu dan ketika
sungguh indah bila kita dapat bersama
makan semeja, gelak dan tawa memecahkan suasana
kisah manis aku, kamu dan mereka

penaberkala



Kisah bermula 23 October 2009..Tepat jam tangan menunjukkan pukul 730 malam, sebahagian rakyat jelata daerah Kejuruteraan Kimia Batch Jan 07 di negeri UTP di bawah pemerintahan perdana menteri Zakwan Sahak telah berkumpul ramai-ramai berhampiran Masjid An Nur di negeri tersebut.

Lebih kurang 60 orang rakyat turun padang untuk memeriahkan suasana dengan lebih kurang 10 buah jentera untuk mengangkut kesemua penduduk ke satu daerah yang bernama Cheng Ho untuk satu matlamat dan tujuan iaitu DINNER CHEME JAN '07



Beginilah suasana pada detik 800 malam sebahagian daripada rakyat jelata yang menghadirkan diri. Pelbagai ragam manusia dan pakaian yang diperagakan sempat dirakam.



Beberapa kelip kemudian, tibalah orang gagah perkasa daerah tersebut iaitu Mufti Nije.Rakyat jelata bersorak kegirangan dengan kehadiran beliau. Beliau mengenakan baju melayu lengkap hitam bersamping dan bersongkok. Mufti kelihatan lebih segak dengan mengenakan bunga hiasan di poket bajunya.Cayalah.Semua penduduk teruja dengan penampilan beliau.

Kemudian, si baju biru bersamping menerima panggilan agar semua penduduk daerah tersebut berangkat ke daerah yang ingin dituju. Di sampingnya, berdiri segak body gauard Hang Kamil dan Laksaman Dhanaraj. Hang Kamil berpakaian bertemakan nelayan moden manakala Laksamana Dhanaraj bertemakan pop moden.Kalau ada best costume, confirm Laksamana Dhanaraj yang membolotnya.

Inilah destinasi yang dituju iaitu Restoran Laksamana Cheng Ho. Tempat di mana semua rakyat jelata CHEME JAN'07 akan berkumpul dan menjamu selera. Sebelum majlis bermula, sempat jugak rakaman dibuat untuk koleksi peribadi.

Tidak cukup dengan satu, satu lagi tangkapan imej dibuat.Snap sana, snap sini, dan hasilnya sungguh lumayan.Kalau ikut kan hati, ingin diupload semua picture2 yg menarik.Namun apakan daya kekangan masa dan kemalasan memebelenggu jiwa.So, tataplah potret2 indah di bawah ini yg sempat diupload sebagai pengganti cerita yang sudah basi.


Semua rakyat jelata mengambil tempat masing-masing untuk sesi seterusnya. Di kesempatan yang ada, sebahagian rakyat jelata mengambil peluang untuk bergambar kenang-kenangan bersama Yang Dihormati, Dr Kuzilawati.Dr Ku dengan panggilan manjanya, merupakan lecturer yang sporting habis.Bukti? Buktinya beliau telah dinobatkan sebagai Most Energetic Lecturer oleh students CHEMICAL ENGINEERING untuk majlis HIGH TEA tempoh hari.Tahniah diucapkan.Bangga dapat bergambar dengan lecturer :)

Oleh kerana perut berkeroncong lagu berentak jazz dan rmb, ucapan Project Manager telah disingkatkan dan bacaan doa makan dimulakan. Sebelum itu, PM telah membuat satu gimik khas dengan menyesatkan diri dan tiba di tempat kejadian paling lambat.Malang sungguh tidak berbau, tidak cukup sekadar itu, gimik diteruskan dengan blackout. Hatta 2,3 lampu kalimantan terpadam dan PM terpaksa menjaja suara dalam ucapannya kerana mikrofon tidak berfungsi. Kalau ada lilin, jadilah CANDLE LIGHT DINNER malam tuh..Selang beberapa minit, semuanya kembali normal dan itulah MAJLIS PERASMIAN untuk dinner kami.Meriah bukan!

Apepun yang berlaku, sekalung penghargaan diucapkan kepada PM kita, Adi Aizat kerana telah mengetuai legasi untuk mengadakan majlis sebegini rupa indahnya. Thank for make it happen this time. First time dalam 34 bulan berada di bumi Tronoh ini dapat dinner ramai-ramai bersama kawan-kawan kat luar UTP sungguh gembira sampai tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.


Perkenalkan antara classmates, International Student dalam wilayah kami.
dari depan: Amr (Egypt), Sami Saeed (Yaman). Lina (Egypt)
dari belakang: Beliau (indonesia), Jahar (brunei)

Untuk beliau dan jahar, aku amek maklumat ni dari facebook.Ak tak bersalah dalam hal ini.Untuk keterangan lanjut, sila rujuk facebook.Siapakah dalang di sebalik status kewarganegaraan anda!

Semua aksi di atas dirakam sewaktu proses mengambil makanan untuk disantap. Inilah antara juadah yang menjadi santapan pada malam itu. Pelbagai binatang telah menjadi korban untuk mengeyangkan perut kami. Lembu, ayam, ikan, sotong, udang. Bukan sekadar itu, sayur-mayur juga buah-buahan (tembikai + tembikai susu) turut menjadi mangsa.Air colour pink menjadi minuman pada malam itu.


Hasilya, setiap orang menikmati juadah yang pelbagai. Huh, air liur bergenangan di bibir mulut melihat rakyat jelata memegang juadah masing-masing. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk memenuhi tangki masing-masing termasuklah aku.Gerangan siapakah yang memegang 2 pinggan makanan untuk santapan? Herm, tapi for sure memang terbaik la menu yang dihidangkan pada malam itu.


Aksi kami di meja makan turut dirakam. Lihatlah Hang Kamil yang berpakaian ala-ala nelayan pada malam itu, memang berjasa untuk kami. Beliau sanggup turun ke lautan lauk-pauk yang dihidangkan untuk menagkap sotong,ikan dan udang kepada kami dan dibawa ke meja makan. Lantas, kami makan bersama dan kenyanglah perut masing-masing.Erkkkkk,Alhamdulillah.

Sebelum aktiviti diteruskan, MONTAJ oleh saudara Abu Huzaifah dari MAECAESTRO PRODUCTION telah menghangatkan susana.

Tangki minyak sudah diisi, so bolehlah berjalan jauh. Perjalanan pada malam itu diserikan lagi dengan aktiviti-aktiviti yang mengasyikkan, dikelolakan oleh Mr Apoi.

AKTIVITI 1: PEMBERITA BERKEPALA 3 VERSI BAHASA MELAYU
PESERTA:
1)Abu macho (kini,virus abu melanda di gtalk.so,"msg2 perlu upgrade anti-virus",kata orang2 kat status gtalk ku
2)Mayak slumber derk
3)Special appearance Dr Ku yang sporting habis


Aksi mereka bertiga mencuit hati-hati kami. Manggeletar jasad golgi. Buktinya tengoklah rakaman yang dibuat. Masing-masing ketawa dan senyum tersipu-sipu dek kerna dibius lawak mereka bertiga.


AKTIVITI 2: PEMBERITA BERKEPALA 3 VERSI BAHASA INGGERIS
PESERTA
1)Hisyam zakariah- budak Trenganu klau speaking membuat orang terpesona
2)Sami - best student from Yaman yang mahir berbahasa melayu
3)Lina - tinggi lampai


AKTIVITI 3: 10 SECONDS TO FAME
Activiti ni memerlukan setiap orang yang bertuah/terpilih melakukan pose-pose yang menarik dalam 10 seconds. Hasilnya sungguh menakjubkan. Ramai rupanya yang ada bakat terpendam sebagai model!


Antara model tersohor yang dilahirkan pada malam itu ialah Mufti Nije dan Mr Apoi. Pelbagai pose dirakam tetapi tidak dibenarkan untuk disiarkan di sini kerana tidak melepasi kelulusan oleh FINAS. Tapi 2 model ni memang paling meletup la malam tu sampai ada aksi angkat-mengangkat.Teka sape angkat sape? hak3



AKTIVITI 4: REGU
Cam biasa, seorang jadi pelakon, seorang kena teka apa yang digayakan. Hang Kamil sebagai pelakon, dan Dr Mohanad (lecturer) sebagai peneka. Macam-macam aksi yang digayakan oleh Hang Kamil yang memang betul-betul sporting. Aksi yang dibuat sungguh menggeletek dan menggamatkan suasana dengan tawa pada malam itu.Aksi untuk perkataan EXCITED memang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

Berakhirlah majlis kami pada malam itu..tetapi, majlis bergambar, snap-menyenap rancak berlangsung di daerah Restoran Laksaman Cheng Ho. Antara aksi yang sempat dirakam dan lulus untuk tontonan umum seperti berikut:

satu scene dalam drama sebabak - gang samseng kampung dusun durian

lakonan semata-mata


aksi menjulang orang oleh orang gagah perkasa Mufti Nije

Kumpulan nasyid CHEME JAN'07 bergambar kenang-kenangan

gambar kontroversi: artis mana yang diserbu peminat fanatik?

farewell..perut dah kenyang, mata dah ngantuk,jom balik ke daerah UTP
pulang ke sangkar!

Majlis selesai kira-kira pukul 1130 malam. Alhamdulillah, semuanya telah selamat pergi dan balik. Perjalanan waktu malam yg singkat yg mampu mengukir 1001 cerita di sebaliknya.
Bak kata farhan faiz, "RM 20 to carve sweet memories". Memang berbaloi-baloi.
Hope,next time buleh la buat lagi sebelum internship next sem!


Ada iras2 Tunku Abdul Rahman masa muda-muda


sekian sahaja post kali ini, sebelum itu saya ingin memohon maaf di atas segala keterlanjuran dalam cerita drama sebabak di atas. Kepada mana-mana nama dan gambar yang digunakan dalam post kali ini, seribu kemaafan dipohon kalau ada yang terkengsot hati dengan post ini. Harap masing-masing dapat senyum bila baca post kali ini. Cerita ini hanya sekadar memori untuk kita semua dan pengubat stress di kala FINAL EXAM yang bakal menjemput kita tidak lama lagi.Kalau tua, kalau rindu nk ingat balik time DINNER, bukak la kat sini,hehe.

sekian,adios
"one for all, all for one"


SEPARATION :: PENCERAIAN


tengok tittle post ni,mst ada dh yg blh agak tentang apa yg nk disampaikan..betul,mmg betul apa yg anda fikirkan (ikut la pikir apa pun)..klu beliamuda (nipi) tuh,dia mst tau pasal apa post ni..tp kalau mata berkaca,konfem dia baca ni,macam pening2 sikit,hak3

in english, SEPARATION is state of being separated : berpisah/bercerai
in malay, SEPARATION = PENCERAIAN bermaksud tidak bersatu lagi, berpisah, berpecah

sekian sesi pendefinisian..seterusnya, kita masuk ke arena penghujahan (tiba-tiba teringat zaman debat)

in real life, memang tak dapat dinafikan memang banyak sungguh kes-kes SEPARATION/DIVORCE/PENCERAIAN/PERPISAHAN dan sekutu dengannya berlaku di sekeliling pening kita..tapi, pabila ditanya, KENAPA dan MENGAPA, mereka memberi seribu satu alasan.macam2 FAKTOR dan SEBAB serta ALASAN diberikan..dari SEKECIL-KECIL KUMAN kepada SEBESAR-BESAR GAJAH isu/benda yg diungkit dan dipertikaikan..memang lumrah hidup kan,setiap pertemuan ada perpisahan..di mana ada permulaan, di situ ada pengakhirannya..tetapi, adakah satu pertemuan atau hubungan yg baik harus ditamatkan dengan benda2 gini..herm,itu yg perlu kita tanya dan jawab..tapi,penaberkala tidak mahu mengulas panjang tentang ini,sebab gerangan ini masih tidak ada perhubungan istimewa setakat ini..so, tak bimbang sangat soal2 macam ini..huhu..kalian di luar sana pun,jgn la ye amalkan benda2 gini..tak baik..ish3

back to the real topic, hari tu dah pergi date ngan X..sikit2 description pasal X ni..nk tau baca kat sini..herm,alhamdulillah,sungguh happy dgn date pada hari tuh..hari ni dh dapat feedback dari empunya badan,haha..syukur sangat2..X suka saya rupanya..tapi skang ada masalah plak, penaberkala di ambang penceraian plak dah..tp bukan dgn X..tp dengan si Y..so, hari rabu ni,kena naik mahkamah utk failkan proses penceraian kami..harap2 semuanya akan selamat..

Y,kenapa ko susah sgt hah..bila tgk ko je,aku rasa semacam je..tak sama cam tgk yg lain..ko ni btul2 susah sikit kot..sbb tu la ak kena struggle utk menyelamatkan kita daripada betul2 bercarai..ak takut sgt dgn kau..aku takut kehilangan kau..tolonglah beri aku kekuatan utk menyalamatkan kau Y..apela yg perlu aku buat utk tackle balik kau ni..ish3..pusing2

RABU
28 OCTOBER 2009
400PM - 500PM
D4

apepun,nnt kita jumpa kat court..harap2,kau sudi terima aku balik..proses penceraian pertama yg lps selamat dgn jayanya..tp proses penceraian talak 2 ni agak membimbangkan

***************
abaikan segala carutan di atas..actually, this is one of my way for me to express my self..to release my tension..but, i don't have any intention to make you tension read about this post,hak3
actually,pada waktu dan ketika seperti yg tercatat di atas, ak akan menghadapi satu lagi test..test ni merupakan test terakhir sebelum final exam (tiba2 lutut menggeletar)..Y is SEPARATION PROCESS II..subjek core CHEMICAL ENGINEERING..sem lepas dh ambil SEPARATION PROCESS I.. sem ni ambil yg II plak..COURT yg dimaksudkan adalah test..berdebar jugak hati ini..tmbh2, SEPRO (nama glamornya) mmg sbjk agak critical bg ak compare other 4 subjects for this sem..hopefully, test 2 dpt backup test 1 yg tak seberapa..wish me luck!


GOOD LUCK
ALL THE BEST

BEST OF LUCK


"luck is about being prepared for those opportunities that come knocking"

this post

it is not about this


but about this


klau ikut hati,nk je karang lagi..tp masa plak jeolous..nak kena pergi meeting jap..ketemu lagi di lain waktu dan ketika..sebelum itu,sedikit preview utk next post at VISIBLE VOICE by PENABERKALA


DINNER CHEME JAN'07 telah berjaya dengan jayanya
kenangan malam minggu yg bakal daku ukir dalam memori ingatanku sampai bila-bila
semoga kita bakal bergembira lagi di lain waktu dan ketika
sungguh indah bila kita dapat bersama
makan semeja, gelak dan tawa memecahkan suasana
kisah manis aku, kamu dan mereka

to be continued.....
PRESENTED


DINNER NIGHT JAN 07 logo designed by SYAZWAN
click to get clear picture

ONE NIGHT

that gather
ONE BATCH
and
ONE PROGRAMME
in
ONE UNIVERSITY
at
ONE PLACE
under
ONE ROOF
to celebrate
ONESELF
and celebrate
ONE BIG FAMILY


DATE
23 OCTOBER 2009

TIME
530PM - 1200PM
*Typing error*

730PM - 1100PM

VENUE
RESTAURANT LAKSAMANA CHENG HO, IPOH

PARTICIPANTS

STUDENTS CHEMICAL ENGINEERING BATCH JANUARY 2007 INTAKE
CHEMICAL ENGINEERING STUDENTS (2ND YEAR 2ND SEMESTER)
FOREIGNER STUDENTS
LECTURERS

DRESS CODE
NATIONAL CLOTHES



FOOTNOTES:
good luck to all organizing committees for DINNER NIGHT CHEME JAN 07
hopefully, our dinner will run smoothly

"one for all, all for one"


p/s:masih dlm mood omputeh,biarkan ia..tak sabar nk gi dinner..lagipun ni first time dinner buat kat luar..so, thanx guys cz make it happened!harap2 menu yg terhidang sesuai dgn selera..dh lapar dah ni!

Here, I want to tell about one of my best friend for this semester
Let's my best friend mentioned above is X
We know each other since July 2009
Now, about 4 months we are friend
Everyweek, I must talk about X
If not so much, just a little
Sometimes, I forgot X at all
However, X doesn't care if I totally forget about X
But, for sure I will suffer if I do so
Tomorrow, I have second date with X
First date with X make me so happy
Hopefully, this second date will give me happiness
So nervous to face X tomorrow
Hopefully, everything will be fined
Wish me luck!

Hah, what are you thinking now?
Relax, just continue your reading
Don't judge the books by its cover
Don't easily judge news by its headline or tittle
Don't
Don't
Don't

Here, I want to reveal about X
This post is about you X
It's special for you X




Actually, X is PSLP
It's all about PSLP
Do you know what is PSLP?
For sure PSLP is an abbreviation
Do you know what PSLP stand for?
Of course you don't know if you are not chemical engineering student
Maybe you know about PSLP other than what I want to tell here
Here PSLP is not for Professional Sound and Lighting Products
It's not about Public Sector Linkages Program
Not also for Personalized Student Learning Plan
It's all about Process Safety and Loss Prevention
One of the subject for me as Chemical Engineering student, 2nd year 2nd semester in UTP
Subject with 3 credits hour
Has relationship with Health,Safety and Environment Subject (HSE is a subject taken during 1st year with 2 credits hour)
Maybe PSLP is brother/sister to HSE
However, both of them are interesting
Study about the accidents - causes and consequences
Knowing how to prevent the accidents and so on
I think it is enough to know about PSLP
Nothing to tell about this actually
Just wanna to wish best of luck to all my friends for the test 2 PSLP tomorrow


GOOD LUCK AND ALL THE BEST!

P/S:for my friends over there, wish me luck for the test tomorrow and upcoming final exam

"Being prepared for those opportunities that come knocking"


tiba-tiba jek taip kot omputeh kan?rasa cam suka pun ada sikit2..tp,bukan nak "x" ye..cuma lama dh rasanya tak mengarang kot omputeh ni..takut berkarat plak nnt...mengidam nk taip kot omputeh..idea mencurah2 ke papan keybord.jari-jemari rancak menari menekan alphabet..maka,jadilah post nih..padahal ayat tunggang langgang masuk longkang..pepehal pun,janji cuba..betul salah lain kira..apa yang penting? BELAJAR dan terus BELAJAR!


indah sungguh rupamu puteri;
sampai hati tertarik sungguh;
kalau tuan bijak bestari;
apakah kecil,hitam,berpeluh?

budak-budak bermain kotak:
bermain kotak berkain pelikat;
dalam dunia banyak kotak;
kotak apa tidak terangkat?

pergi ke kedai membeli pajeri;
untuk santapan pihak rombongan;
dia hidup kita menyanyi;
dia mati bertepuk tangan.

sakitnya kaki tersepak batu;
sengalnya rasa tidak tertahan;
empat awek berpayung satu,
kenapa mereka tidak kebasahan?

asal hamba dari kelantan;
kelantan negeri aman bertuah;
dalam negara banyak jabatan;
jabatan apa tidak dirasuah?

************************
sudah lama rasanya tidak berpantun..dikesempatan ni,rasanya molek utk berpantun..
pantun dikarang bukan sembarangan.pantun dikarang dengan hajat..hajat utk kalian menjawab
sape2 yg rasa blh jwb tuh, sila2 la ye..best jugak main teka-teki ni...selamat mencuba!

kalau ada sumur di ladang;
boleh saya menumpang mandi;
kalau pantun ni sudah dipandang;
jawablah tunggu apa lagi



SILENT MODE

Nukilan: Penaberkala


Senyap
Diam
Bisu
Sunyi
Sepi
Ia sama tapi tidak serupa
berbeza mengikut suasana
pada aku,kau dan dia
pada kami, kamu dan mereka

Senyap
kerana malu kita senyap
kerana pilu kita senyap
kerana buntu kita senyap
dalam senyap tiada cakap
dalam senyap ada harap
bila senyap perlu cekap
jangan sampai menjadi lembap

Diam
bila mulut terkunci rapat
bila bibir melekat erat
bila suara terkunci ketat
bila fikiran buntu melarat
diam perlu walau sesaat
diam-diam ubi berisi,diam-diam besi berkarat
diam-diam diri sendiri,diam jangan sampai melarat

Bisu
insan bisu diam membisu
tiada kata walaupun satu
hanya senyuman mengisi waktu
insan normal akan membisu
kerna masalah datang beribu
pabila diri menjadi lesu
jangan sampai haru-biru

Sunyi
bila tiada yang bersuara
bila tiada yang berkata
bila tiada yang ketawa
bila tiada yang bersama
bila diam seribu bahasa
bila membisu seribu kata
suka menjadi duka
duka menjadi lara
sunyi menjadi raja

Sepi
senyap,diam,bisu dan sunyi
kombinasi utama menjadi sepi
bila sepi melanda diri
jangan terlalu berfantasi
berpijaklah pada paksi realiti

Senyap,diam,bisu,sunyi dan sepi
Ibarat lima bersaudara yang terpatri
memberi corak kehidupan yang asli
benarkah ia ada pada diri?
tanyalah hati jawablah sendiri
14 Oktober 2009
Bakal menyaksikan aku menjadi kalut ribut lagi kemelut
Hari ini 2 test bakal menjemput aku
pertamanya REACTION ENGINEERING jam 200 petang
keduanya PROCESS INSTRUMENTATION jam 500 petang
Pada hari yang sama, aku perlu menghadiri satu event yg tersepit antara keduanya
Event pertama utk FIRC sessi 2009/2010 iaitu "Simposium Anak-anak Merdeka 2009" aka SAM
SAM akan berlangsung di lobby IRC (library) jam 300 petang
Dress code : Baju kebangsaan
Lepas SAM ada sedikit jamuan raya

Mana mungkin untuk aku berada pada semua tempat pada masa yang sama!
kerna perbedaan lokasi, costume dan suasana
Ibarat ditelan mati emak,diluah mati bapak
So, kemam je lah kan wlau pahit sekalipun
Aku akan membuat pilihan yg terbaik
Semoga keputusan yg kuambil tepat
memuaskan hati semua pihak
terutama hati kecilku sendiri
walaupun aku mmg pasti,
setiap satunya tersemat
seribu satu makna!

Sungguh tegang rasanya.Apepun, aku perlu tenang "Tenang dalam ketegangan". Patutlah aku meluahkan kata2 ni pun..Sebab aku pun perlu menghadapinya jua seperti yg lain2

GOOD LUCK TO ALL MY FRIENDS FOR TEST!

ALL THE BEST TO ALL COMMITTEE SAM AND FIRC!

kekeliruan yang datang bukanlah masalah
masalah yg datang bukanlah utk menyusahkan
kerna kesusahan yg dialami ini adalah cabaran
cabaran yg akan mengajar erti kehidupan
cabaran yg perlu diatasi dgn rasional dan logik
cabaran yg perlu diterima dgn hati terbuka
kerna kupercaya
setiap cabaran adalah pengajaran!

jadikan masalah sebagai cabaran
semoga aku dijadikan org yg kuat
"tenang dalam ketegangan"

"when voice become visible, muteness become readable"

penaberkala
Oh, please don't go, I need you
I'll please you, not mislead you
If you would be
My only one

Together we move slowly
I'll never leave you lonely
If you would be
My only one

If you believe
We were meant to be
Why'd you leave me alone

What happened to forever
I'll try to make things better
If you would be
My only one

Now six days since we've spoken
I'll fix you when you're broken
If you would be
My only one

If you believe
We were meant to be
Why'd you leave me alone

If you believe
We were meant to be
Why'd you leave me alone

If you love me too
Can I call you
My only one

If you say no
I won't let go
My only one

If you believe
We were meant to be
Why'd you leave me alone

If you believe
We were meant to be
Why'd you leave me alone

ARTIST : Plain White

************
In life, most of the things have two choices need to be considered
  • pass or fail
  • win or loss
  • beautiful vs ugly
  • good vs bad
  • happy vs sad
  • black vs white
  • rich vs poor
  • old vs young
  • expensive vs cheap
  • true vs false

lastly

accepted


or

rejected




Jangan bimbang, anda tidak tersalah blog. Ini bukan blog masakan, ini segmen kuih@visible voice bersama chef penaberkala.Post kali ni agak lain dari biasa..dh2 mengarut..actually,post kali ini pasal merungkai rahsia sebiji kuih yang sedap dimakan!

Sebelum meneruskan bacaan,anda dinasihatkan untuk list down jawapan anda terlebih dahulu. Kita tengok siapa yg tahu apa yg dia makan.Ini tak, makan tahu tapi nama tak tahu (cakap kat diri sendiri,klau ada yg terasa ok je). Sekadar perkongsian bg mereka yg masih tidak tahu. So, sila ambil tahu

Teka siapakah saya?


Rancangan ini dihangatkan lagi di status gtalk dan ym. Terima kasih kepada responden2 yg telah mengambil bahagian. Paling kurang, sedikit sebanyak anda tahu apa yang anda tak tahu. Dimaklumkan, ada yang siap buat research lagi pasal soalan ni. Ramai yg search di internet. Lantaran itu GOOGLE jugalah menjadi mangsa untuk talian hayat

Di bawah tertera jawapan yang diutarakan oleh responden bila status gtalk/ym berbunyi:

"sape tau apa nama kuih hijau yg ada kelapa kat bahagian atas?"

proses mencari jawapan di gtalk


proses mencari jawapan di ym


Rufaidah (coursemate)

"sebelum ni panggil kuih hijau je"

"apam puteri ayu" (setelah guna GOOGLE search engine)


Fatin (labmate)

"kuih lompang" - penang

"kasui"

antara scene yg sempat dirakam


rupa-rupanya, dia salah tafsir. Aku tanya kuih lain, dia gambarkan kuih lain. At last, letak gambar kat gtalk,dia baru sedar yg die bg nama untuk kuih lain

"seri ayu" (final answer)

die kata, mlm ni dia tahu 2 jenis kuih..erm,bagus2.tak sangka ramai gak yg tak tahu nama kuih ni..ingat ak sorang je


Wani (labmate)

"putu ayu" – Terengganu


Faiz PE

"seri ayu" – dengan penuh yakin dia cakap betul. Katanya berpengalaman sikit2 dlm fnb event


Amir Maliki (coursemate)

"hijau pak haji" – paling pelik nama kuih aku pernah dengar. Glad to know this kind of kuih

siap bagi link lagi. Tak percaya sila klik http://aisbird.com/QuickCart001/?kuih-muih,6

rasional – berbaju hijau dan berkopiah/berserban putih


Hanim (schoolmate)

"seri ayu" - dgn konfiden je dia jawab


Saufi EE

"suka makan kuih ni tapi tak tahu nama" - sama la kita,huhu


Abu Raihan

"kuih bako" -> tidak boleh dipercayai ni..dia ni ngarut sokmo,haha.suka melawak!


Yatie (Junior mrsm jeli)

"seri muka" -> salah sebab die tak clear tgk gambar kat ym.. setahu aku kuih ni ada dua lapisan iaitu pulut + bahagian manis kat atas tuh

"seri ayu" - at last,die cakap seri ayu yg btul


Hani and Aina (BIS)

"puteri mandi" –> kes tak tengok gambar ni,main hentam je mentang2 klue dia warna hijau + kelapa

last2, bila tgk gambar kat status, baru diakui kuih tu adalah "kuih tok haji serban",haha

tergelak aku menerima jawapan2 mereka. Herm,sekadar ingin mengetahui. Terima kasih sekali lg bagi mereka yg tidak lokek untuk melemparkan idea dan jawapan. At last the true answer ada banyak. Cuma hijau pak haji dan tok haji serban paling unik. Hari ini dalam sejarah bilamana aku dapat tahu kuih kat Malaysia ni ada nama yg unik seperti itu rupanya


Jawapan untuk teka kuih kali ini seperti berikut:
  • Apam seri ayu
  • Apam puteri ayu
  • Sari ayu
  • Seri ayu
  • Sri ayu

source: INTERNET – MR GOOGLE

Ada lagi ke nama dia selain dari yg disebut2 di atas? Anda tahu, anda jawab

:::::::::::::::::::::::::::::::

Thanx to all yg membantu. Akhirnya dpt gak aku tahu nama kuih ni. Setelah 20 tahun aku hidup, selalu gak makan kuih ni, namun hari ni la baru tahu namanya. Siapa kata "tak kenal maka tak cinta". Aku cinta elok2 je makan kuih ni wlau tak tahu nama,haha..Actually, aku nk tahu sgt nama kuih ni sebab nk gi tempah kat kafe, bukan suka-suka nak tahu. Tempahan utk makan pagi Sabtu ni, 10/10/2009 bagi seminar and training FIRC.

:::walau apapun namanya, ak tetap suka sebab ianya sungguh sedap!:::

GERANGANMU merupakan poem hasil nukilan time boring2 yg tak berapa nk jadik..Actually, poem ni ak anta utk satu pertandingan kat UTP pada April 2009..tp xde rejeki..dpt certiface pun dh kira OK la..by the way, this poem ak dedicate kat smua pemuda-pemudi harapan bangsa, agama dan negara especially to all my frens and readers! hopefully, whoever you are, wherever you are, whatever condition you are, don't you ever try to take THIS KIND OF THING as your final solution to solve your problem! Don't play-play haaa



GERANGANMU

Nukilan: Penaberkala


Namamu amat kusegani

Seantero dunia engkau dikenali;

Kuasamu amat kutakuti

Emosi fantasi engkau takluki;

Pengaruhmu amat kugeruni

Tak kira usia engkau miliki.


Dulu….

Engkaulah raja di hati

Pengubat penyakit segenap segi

Bidang perubatan engkaulah penyeri;

Namun kini….

Engkaulah durjana yang dibenci

Dihina…. Dicerca…. Dikeji….

Dilabelkan najis saban hari

Martabatmu kian hina, dipandangan kini.


Namamu indah bila didendang

Kodein…. Syabu…. Morfin….. Heroin…

Marijuanan… Kokain….Ice…Cannabis…. …

Berkumandang siulan di sana sini

Umpama dewa dewi memiliki sakti;

Namun hakikat engkaulah musuh

Ibarat gunting dalam lipatan

Memberi fantasi, mimpi yang tak pasti

Membunuh mangsamu tanpa peduli.


Kuasamu hebat untuk ditandingi

Umpama virus melanda diri

Sukar dihalang payah dirawat;

Tanpa iman dan jati diri

Pasti ada yang sujud padamu

Demi ganjaran AIDS dan HIV;


Pengaruhmu sungguh luar biasa;

Pertama kali untuk mencuba

Kedua kali ingin merasa

Pabila acap kali alah bisa tegal biasa jadinya;

Bila kau tiada di sisi, hidup jadi merana

Bak pungguk rindukan bulan

Ibarat cacing kepanasan

Pencintamu pasti tak keruan;

Itulah geranganmu bergelar DADAH!


Engkaulah musuh anak bangasaku,

Engkaulah musuh utama negaraku,

Bencikanmu menjadi perjuanganku,

Mencegahmu sepanjang zaman.


Wahai pemuda juga pemudi,

Ayuhlah bangkit semaikan bakti,

Bulatkan tekad kebalkan jati diri,

Padamu terletak kuasa sakti,

Mematahkan serangan si najis dadah,

Hari ini, esok dan selamanya.


“Belia benci dadah”

bebaskan diri dari belenggu DADAH!

:::nota kaki:::
ROKOK pun sejenis DADAH gak. Anda pilih, SENGSARA atau BAHAGIA? Keputusan di tangan anda. Tepuk dahi, tanya lah akal. Tak kira jenama apa pun rokok anda, bahaya tetap bahaya. Asap yg berbunga-bunga di udara bukan sekadar membahayakan si perokok sahaja, malah perokok pasif (orang sekeliling) lebih besar menerima impaknya. Kalau tak sayang diri sendiri pun, sayanglah orang di sekeliling anda.

"Don't break my heart!" Iklan tv yg cukup berkesan dalam menyampaikan mesej dan memaparkan kesan-kesan merokok di samping menyemarakkan semangat 1 Malaysia! Cina India Melayu, semuanya ada.

penaberkala starting to write

"when voice become visible, muteness become readable"





Beribu bintang di langit kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul dalam diam

Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih ku ucapkan

Izinkanku mencuri bayangan wajahmu
Izinkanku mencuri khayalan denganmu

Maafkanlah oh…
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh…
Sekadar memori kita di arena ini
Kau ilhamku…

kau ilhamku…

Izinkanku mencuri bayangan wajahmu
Izinkanku mencuri khayalan denganmu

Maafkanlah oh…
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh…
Sekadar memori kita di arena ini
Kau ilhamku…

kau ilhamku…


Artist: Man Bai






The man who has ceased to learn ought not to be allowed to wander around loose in these dangerous days
M.M.Coady


The first step to knowledge is to know that we are ignorant
Socrates (470-399 B.C)


Be more concerned with your character than with your reputation, because character is what you really are while reputation is merely what others think you are
John Wooden, coach, UCLA Bruins


Success is measured not so much by the position one has reached in life, as by the obstacles one has overcome while trying to succeed
Booker T.Washington


Why, a four-year-old child could understand this. Someone get me a four-year-old child
Groucho Marx


You can observe a lot just by watching
Yogi Berra, New York Yankees


The breakfast of champions is not cereal, it's your opposition
Nick Seitz


The next best thing to knowing something is knowing where to find it
Samuel Johnson (1790-1784)


If you can't stand the heat, get out of the kitchen
Harry S Truman


Chemical Engineers are not gentle people, they like high temperatures and high pressures
Steve LeBlanc


It isn't that they can't see the solution. It is that they can't see the problem
G.K.Chesterton


Giving up is the ultimate tragedy
Robert J.Donovan


It ain't over 'til its over
Yogi Berra


Research is to see what everybody else sees, and to think what nobody else has tought
Albert Szent-Gyorgyi


Nothing in life is to be feared. It is only to be understood
Marie Curie


Success is a journey, not a destination
Ben Sweetland


This is not the end
It is not even the beginning of the end
But it is the end of the beginning
Winston Churchill



ni orang yang kata,apa plak kata kita?
apepun jawapannya, terpulang kepada individu untuk mentafsir
lain padang,lain belalang
lain orang lain pandangan
masing2 ada prinsip dan pegangan
semoga apa yg dibaca,didengar,dilihat boleh ditafsir dengan baik!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...