AYAH


Masa:
11:30 malam 

Tarikh:
27 Ogos 2006 (Ahad) 

Lokasi: 
Dewan Selera MRSM Jeli 


Waktu entri ini dikarang sama seperti waktu yang tercatat di atas. Cuma yang berbeza adalah tahun, hari dan lokasi. Dulu tahun 2006, kini sudahpun 2009. Kalau dulu pada tarikh yang sama jatuh pada hari Ahad, tapi hari ini hari Khamis. Dulu di Dewan Selera (DS) MRSM Jeli, tapi kini di depan laptop di dalam bilik kat Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Huh, cepat betul masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah genap 3 tahun. Masih segar dalam ingatan apa yang berlaku. Macam baru je terjadi. Ini bukan cerita pasal declare dengan awek, bukan jugak clash dengan awek. Ini cerita aku, kisah benar yang paling tak dapat aku lupakan hingga ke akhir hayatku yang pernah aku lalui. Artikel hari ini hanyalah sekadar perkongsian pengalaman hidup dan moga-moga menjadi renungan sebagai persediaan untuk kalian semua untuk menghadapi saat-saat seumpama ini.


DEWAN SELERA MRSM JELI

Untuk dipendekkan cerita, masa, waktu dan lokasi di atas merujuk kepada kisah aku dan classmates (Tingkatan 5 Amanah) iaitu Ediamin, Najib dan beberapa orang lagi sedang berkumpul untuk study group di Dewan Selera (DS). Macam biasa, selepas habis kelas prep pukul 11:00 malam dan selesai makan supper, kami akan ke DS untuk sambung study. Tambahan lagi, masa tu dah dekat sangat dah untuk Exam Trial SPM MARA. Lebih tepat, lebih kurang 1 week before exam. 

Normally, kami tidur lewat malam. At least dalam pukul 2:30 pagi baru naik ke hostel. Tapi, pada malam itu, pukul 12:00 tengah malam aku dah start mengantuk. Biasanya, aku akan baca buku, malangnya pada malam itu, gayanya buku je asyik baca aku. Huh, tak tahan. Ngantuk memang tak macam biasa. Sampai terlena kat meja di DS tuh, terlena atas buku. Oleh kerana aku rasa sangat-sangat mengantuk dan tak tahan lagi dah untuk teruskan usaha murni itu, lalu aku ambil keputusan untuk naik tidur di hostel. Tapi yang peliknya, masa aku naik tu, ak bawa diri je. Ngantuk sangat punya pasal. Semua buku dan alat tulis ditinggalkan kat atas meja di DS, iaitu tempat kami study tu. Thank you kat member yang tolong ambil semua barang-barang aku dan bawak naik ke hostel.


HOSTEL 

Sampai kat bilik, terus melabuhkan tubuh di atas katil dan pejam mata. Tidur dengan telefon bimbit Nokia 3315 di atas dada. Dalam pukul 4:30 pagi, telefon berdering dan vibrate. Malangnya, pada masa tuh aku tidur dengan nyenyak. Walaupun banyak kali call yang menyinggah masuk, aku tetap tidur mati sampai tak terangkat semua panggilan yang masuk. Hanya singgah sekadar "missed call". Sedar macam tak sedar je waktu tu. Then, pukul 5:30 pagi , lagi sekali call masuk ke telefon bimbit Nokia 3315 aku. Nasib baik, kali ni aku dah betul-betul sedar dari tidur lena. So, lantas aku pick up the phone. Aku dapat call dari abang ipar aku, Abang Nusi. Dia cakap, dia dah sampai kat asrama dan suruh aku siap-siap untuk balik rumah.

Aku tak bertanya banyak walaupun terpinga-pinga waktu tu. Tambahan lagi tengah mamai masa tu. Lepas letak phone tu, baru aku check phone balik. Terkejut! Tengok-tengok sudah banyak "Missed Call" kat telefon. Kalau tak silap, dekat 10 kali panggilan yang tak terjawab dari nombor kakak aku, Norme. Masa tu agak pelik, kenapa call pukul 4:30 pagi? 

Tanpa berlengah lagi, aku start packing. Amek beg sandang, baju dan seluar sehelai sepinggang dan sempat jugak aku capai sebuah buku rujukan Biologi dari atas locker. Lantas, aku terus keluar dari bilik menuju ke rumah warden aras bawah sekali. Bila aku sampai je, tengok dua orang abang ipar aku iaitu Abang Nusi  dan Abang Adi sudah ada di kereta berhampiran foyer asrama. Tapi aku masih buntu! Tak tanya kenapa datang nak ambil aku untuk dibawa pulang waktu awal pagi macam ni. 

Then, aku kena settlekan untuk dapatkan kad outing untuk di“sign” oleh warden sebelum balik kampung. Mula-mula, try ketuk rumah warden di aras 1, Ustaz Zul tapi ketukan tidak terjawab. Tanpa melengahkan masa, terus aku bergegas ke rumah ketua warden, Cikgu Zaki. Namun, ketukan pintu kali ini jugak tak terjawab. Aku cuba call pon tak berjawab. Ya Allah, dah kalut dah time tu. Lepas tu, aku meluru ke hostel balik untuk cari warden-warden lain. Try cari kat surau, takut-takut Ustaz atau mana-mana warden ada. Tapi tak jumpa jugak. On the way balik ke hostel, jumpa Fahmi. Sempat dia bertanya kenapa. Aku menjawab dengan keadaan yang tergesa-gesa, "Nak sign kad outing untuk balik kampung. Abang datang nak ambil". Hakikatnya, aku masih tak tahu kenapa aku perlu balik. So, terus ke rumah Ustaz Zul sekali lagi. Kali ni, Alhamdulillah beliau dah ada kat rumah. 

Aku pun bagi kad outing untuk di"sign". Ustaz bertanya kenapa? Dan aku masih tak tahu apa nak jawab. Nak tak nak, aku terpaksa panggil abang ipar aku untuk bercakap sendiri dengan ustaz. Masa tu, baru aku tau ada yang tak kena. Dari jauh, aku tengok mereka berbisik-bisik dengan nada yang perlahan. Lepas sign kad, aku ambil kad outing tadi dan tengok ustaz tulis di kotak bahagian "Sebab pulang bermalam" perkataan KEMATIAN. Huh, tiba-tiba rasa seram sejuk seluruh badan. Can you imagine? Perasaan aku masa tu macam mana? Berdebar beb! Gemuruh dalam jiwa.

Selepas usai solat subuh, kami bertolak pulang ke rumah yang terletak di Melor. Dalam dingin Subuh, kami bertolak pulang lebih kurang pada pukul 6:30 pagi dari Jeli .


KERETA

Naik je atas kereta, otak aku start berkerja untuk berfikir dan berteka-teki. Macam-macam datang masa tuh kat benak fikiran aku. Berlaku la monolog dalaman. First, aku balik sebab kematian. Persoalannya, aku tak tau pun siapa yang meninggal. Masa tu, aku fikir nenek aku. Next, parents aku. Then, adik-beradik aku. Anak-anak saudara aku. Ataupun saudara-mara terdekat? Tapi siapa yang meninggal sebenarnya? Buntu! On the way pulang tuh, aku tak cakap sepatah kata pun. Aku tak berani untuk bertanyakan siapakah yang meninggal? Dalam masa yang sama, abang-abang ipar aku pun langsung tak keluarkan kata-kata dan tak inform aku apa-apa.

Cuba bayangkan, dalam tempoh hampir 2-3 jam dalam kereta, aku hanya paksa diri aku untuk bertenang dan keep thinking. Honestly, masa tuh aku menggigil. Tambah-tambah lagi suasana sejuk di pagi hari, campur dengan perasaan cuak dan gelabah. Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku time tuh. 


KAMPUNG

Aku dah makin berdebar. Nak tahu jugak kereta yang aku naik ni menuju ke rumah siapa? Namun, nampak gayanya kereta ni masuk ikut jalan ke rumah aku sendiri. Masa tuh, frankly speaking naluri hati aku mengatakan ahli family aku terdekat yang meninggal. AllahuAkbar. Mampukah aku terima kenyataan ini? Antara ayah, mak atau kakak aku? Itu je so far yang terlintas dalam fikiran aku masa tuh. Then, bila sampai di satu lokasi kat kampung aku, kira-kira 200 meter dari rumah, lebih spesifik lagi di depan rumah Kak Nik Ma dan Abe Lie di kawasan jambatan tu, aku terdengar perbualan antara abang ipar aku.

“Motor dah ambil ke belum?”

Dari situ, aku dapat tangkap dan buat gambaran yang kematian ini pastinya ada kaitan dengan kemalangan motosikal. Jangkaan aku tadi makin kuat. Antara ayah, mak atau kakak aku? Sebabnya, memang tiga orang ni selalu bawa motor kalau nak ke mana-mana. Aku semakin berdebar dan takut untuk terima jawapan dan kenyataan selepas ni. Memang tak boleh nak gambarkan perasaan aku dengan kata-kata masa tu. Sampai sekarang bila aku kenang balik cerita ni, memang rasa sebak. Sepertinya aku boleh rasakan degupan jantung sewaktu itu. Dan aku tak percaya, aku survive dalam kawal emosi yang membuak-buak dengan penuh ketenangan. Walhal, dalam hati berdebar bagai genderang mau perang.


RUMAH

Masuk je cabang ke rumah aku, aku sudah dapat tengok ada banyak kereta dan motor kat depan rumah. Orang pun dah mulai ramai. Paling menyayat hati, bila aku tengok yang lelaki berkopiah manakala yang perempuan berbaju kurung dan bertudung. Ya Allah, dugaan apa yang kau berikan kepada aku kali ni. Kuatkanlah hatiku! 

Tapi dalam masa yang sama, aku still tak keluarkan kata-kata. Membisu seribu bahasa. Sungguh berat mulut aku untuk bertanya pada saat itu. Apatah lagi untuk berkata-kata. Pendam, aku pendam sendiri. Diam, aku diam membisu. Mungkin aku fikir aku tak dapat nak terima kenyataan atau jawapan yang bakal diberikan pada masa itu. Jadi, aku ambil keputusan untuk berdiam diri. 

Sampai je di halaman rumah, once kereta stop aku terus bukak pintu dan meluru ke tangga rumah. Berlari-lari jugaklah aku sewaktu itu. Orang pertama yang aku nampak masa tu adalah mak aku. Dia berdiri kat tangga rumah, tengah bersalaman dengan orang yang datang menziarah. Alhamdulillah. Lega! Aku terus peluk dan cium mak aku. Then, aku terus naik ke atas rumah. Pada masa yang sama, fikiran aku masa tu hanya ingat pada ayah je. Mana kelibat ayah? Takde nampak pun di halaman rumah atau di tangga? 

Sampai je atas rumah, aku tengok sekujur tubuh. Mak aku datang dan peluk aku. Lalu beliau berbisik kepada aku agar bersabar dan katanya, "Ayoh takdo doh! Allah lebih sayangkan ayah". Bisikan itu cuba menenangkan aku. Pada saat tu jugak, air mata aku terus mengalir laju. Memang tak boleh nak tahan. Automatik je air mata menitis tak terkawal. Walaupun ada yang berpesan sebelum ini, kematian tak patut diratapi atau ditangisi. Tapi, percayalah. Pada saat itu, detik itu, memang semuanya tak terkawal. Air mata aku laju mengalir tanpa henti. Terkejut dan sedih bercampur-baur. Mungkin aku tak setabah orang lain. Perasaan memang sedih tak terungkap. Dalam masa yang sama, aku cukup berbangga dengan mak aku sebab beliau sangat tabah pada masa itu. Cukup menenangkan. Walaupun hakikatnya, dari lirik matanya, kesedihan beliau turut terpancar jelas. 

Aku meluru ke jenazah ayah. Aku kaku! Aku menatapi sekujur badan yang dulunya masih bernyawa setiap kali aku pulang. Tetapi hari ini, kaku tak bergerak lagi. Subhanallah! Tak sanggup nak tengok masa tu. Sebak, sedih, kecewa, semua ada. Kakak aku, Kak Lah datang menenangkan aku. Aku memang tak berhenti menitiskan air mata masa itu. Memang susah. Tak pernah expect benda ni akan jadi kat aku terlalu awal. Lagi aku tak expect bila 2 hari lepas (Sabtu, 26 Ogos 2006 - Cuti hujung minggu dan balik bermalam), aku baru je bersalam dengan ayah sebelum berangkat balik ke MRSM Jeli. Tengok tubuh badan masih sihat masa tu. Lagipun, ayah tak pernah ada penyakit apa-apa. Itulah sebabnya aku terkejut dan tak bersedia untuk terima kenyataan macam ni pada saat itu. Segalanya berlaku terlalu pantas dan terlampau mengejut. Apa yang aku kesal time tu, aku tak sempat nak tunaikan janji aku selepas gagal capai 8A dalam PMR kat ayah. Lepas balik ambil result PMR 2004, time tu aku dapat 7A 1B, aku pernah janji nak tebus balik untuk score betul-betul dalam SPM nanti.. Sedihnya, dia tak sempat nak tengok kejayaan aku dalam SPM mahupun trial yang bakal aku duduki beberapa hari sahaja lagi. Belum sempat aku duduki SPM, ayah dah pergi buat selamanya. Aku tekad, aku kena kuat!

Alhamdulillah, walaupun ujian ini amat hebat bagi aku especially beberapa hari sebelum menduduki Exam Trial SPM, tapi bila dikenang kembali apa yang dah berlaku ni buat aku rasa bersyukur. Sebabnya dalam keadaan yang genting, Dia masih anugerahkan dan kurniakan aku keputusan cemerlang. Sekaligus, dapat merealisasikan janji dan impian aku untuk mak dan arwah Ayah. Aku redha dengan segala ketentuanNya yang telahpun berlaku. Dari situ, aku belajar erti redha, erti sabar dan erti tabah! Dengan apa yang berlaku juga, buat aku menjadi seorang yang lebih kuat untuk menempuh hari-hari yang mendatang.


MANDIKAN JENAZAH

Jenazah dihantar ke rumah dari hospital USM Kubang Kerian pada pukul 7;15 pagi. iaitu sebelum aku sampai di rumah lagi. Lepas aku sampai kat rumah dan abang-abang aku yang lain semua balik, kami mandikan jenazah. Aku sempat untuk mandikan jenazah buat kali terakhir. Aku riba jenazah. Dalam lubuk hati, terpahat rasa hiba. Selepas selesai urusan mandikan jenazah, jenazah dikafankan. Sebelum itu, sempat jugaklah aku bacakan ayat suci al-Quran buat ayah untuk kali terakhir sebelum dikebumikan. Memang tak berganjak aku masa tu. Memang rasa tak nak lepaskan sisa masa yang tinggal itu bersama ayah. 

Malangnya, abang aku, Faizal yang bertugas di Sarawak tiada tiket untuk terbang pulang. So, jenazah dikafankan dan dikebumikn tanpa menunggu beliau. Antara kami 3 beradik yang membesar bersama, dia lah yang paling akrab dan rapat dengan arwah ayah. Sebelum jenazah dikafankan sepenuhnya, kami adik-beradik yang ada sempat mencium wajah ayah buat kali terakhir. Pada saat ini, perasaan memang hiba. Kami terpaksa menahan air mata dari menitis ke wajah arwah. Bila diingat kembali, ramai juga sanak-saudara dan rakan taulan arwah ayah datang malawat buat kali terakhir. Ternyata, ayah  ni jenis setiakawan dan suka berkawan. Ramai betul kenalan dan kawannya yang datang termasuklah yang dari Kedah sanggup bergegas pulang.


PENGKEBUMIAN

Atas permintaan nenek (ibu kepada ayah), ayah dikebumikan di tanah perkuburan di kampungnya, Kampung Tegayong. Terletak kira-kira 500 meter dari rumah kami. Tanah perkuburan yang sama dengan arwah atuk. Alhamdulillah, urusan pengkebumian semua berjalan lancar. Arwah ayah dikebumikan selepas waktu Asar. Doa kami hanya satu, semoga roh arwah ayah sentiasa dicucuri rahmat, amin.


MALAM

Selepas tahlil dibuat malam itu, kami sekeluarga berkumpul. Mak, abang-abang dan kakak-kakak aku menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. So, pada malam tu aku baru tahu kisah yang sebenar apa yang berlaku sepanjang aku takde kat kampung.


27 Ogos 2006 (Ahad)

Petang Ahad, ayah menunggang motosikal. Biasalah naik motosikal dalam kampung, memang tak pakai helmet sebab dekat je dari rumah, kira-kira 200 meter. Malang tak berbau, ayah dilanggar oleh budak sekolah yang menunggang motosikal dengan laju. Masa tu waktu tengah hari. Orang kampung kata, budak tu ponteng sekolah dan mabuk (minum tuak masam). Akibat dirempuh laju dari arah belakang, ayah melambung jatuh dan mengakibatkan kepala terhentak kuat di atas jalan tar. Darah keluar ikut telinga tanpa henti. Dari pertolongan orang kampung, ayah dihantar ke hospital USM untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Ayah dimasukkan ke hospital kira-kira jam 3:30 petang.


28 Ogos 2006 (Isnin)

Kira-kira jam 3:30 pagi, ayah telah disahkan meninggal dunia. Doktor informed ayah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.. 


Semua peristiwa di atas di luar pengetahuan aku. Atas dasar masa yang tidak sesuai, 1 minggu sebelum peperiksaan percubaan SPM MARA, mak aku terpaksa rahsiakan apa yang berlaku di peringkat awal pada hari Ahad tu. Sebabnya, hari Sabtu (26 Ogos 2009) tu, aku baru habis bercuti di kampung dan kembali ke MRSM Jeli selepas 2 hari bercuti di kampung sempena weekend. Selepas dengar apa yang diceritakan, aku rasa agak sedih. Kalau lah aku tau awal, at least dapat jumpa dengan ayah buat kali terakhir. Tapi, apakan daya. Semua berlaku terlalu cepat. Pada masa yang sama, aku cukup bangga dengan mak aku yang sentiasa fikirkan yang terbaik untuk anaknya.

Rasional kenapa aku tidak diberitahu tentang kematian siapa sewaktu dalam perjalanan dari Jeli ke Melor?

Abang-abang ipar aku takut aku tak boleh terima kenyataan. Mereka bimbang takut-takut aku akan bertindak gila di luar kawalan apabila mengetahui hal sebenar especially time on the way, dan pada masa tu dalam kereta. Rasional? Mereka khuatir aku bertindak terjun dari kereta. Bunyinya agak lucu dan tidak munasabah kan? Tapi, ada relevan jugak di sebaliknya. Bayangkan kalau aku tak mampu control diri in certain case especially bila terima berita mengejut macam ni? Siapa tahu benda yang disangkal tak masuk akal itu benar-benar terjadi pada masa itu. So, baik beringat sebelum terkena! Ada hikmah di sebaliknya.


FLASHBACK

Saat-saat terakhir bersama ayah

Memang agak bertuah sebab aku diberi gerak hati untuk balik bermalam walaupun cuti weekend 2 hari je waktu tu. Aku masih ingat bila aku bertekad untuk stay kat MRSM Jeli atas alasan nak prepare untuk trial exam. Atas nasihat mak menerusi panggilan telefon pujuk untuk balik, Alhamdulillah aku dilembutkan hati untuk pulang. At least, pemergian ayah pada saat itu tidak ada yang perlu dikesali kerana sempat bertemu ayah sewaktu cuti hujung minggu. Moral of the story, sesibuk mana pun kita atas dunia, bila ada masa terluang atau cuti, carilah peluang untuk balik kampung untuk bertemu mak dan ayah. 

24 Ogos 2006 (Khamis)

Dibenarkan pulang ke rumah untuk balik bermalam sempena cuti hujung minggu. Perjalanan 4-5 jam menaiki bus dari MRSM Jeli > Tanah Merah > Pasir Mas > Kota Bharu > Melor sudah jadi biasa untuk kami yang belajar jauh dari family.


25 Ogos 2006 (Jumaat)

Malam tuh, aku ke rumah nenek bersama ayah. Selepas tu, pergi ke majlis tahlil di rumah saudara Ayah. Pada masa tu, aku ingat lagi bila aku nampak raut wajah ayah termenung sewaktu majlis tahlil dengan kepala tersandar di tepi dinding. Mata dipejam dan kepala didongak ke atas sambil mulut terkumat-kamit melafazkan tahlil. Dalam perjalanan balik, sekali lagi ayah singgah di rumah nenek. Biasanya, aku jarang ikut ayah kalau nak ke mana-mana. The reason is ayah kalau gi mana-mana atau kalau singgah kat mana-mana mesti lama. Tapi, nak dijadikan cerita pada malam tu, aku rasa ok je. Maybe sebab segala kerja sekolah sudah siap, hanya tinggal ulangkaji untuk exam saja. Lagipun, bukan singgah tempat lain. Kami just singgah kat rumah nenek, lagilah ok. Malam tuh, balik dah lewat malam. 


26 Ogos 2006 (Sabtu)

Macam biasa, bila hari Sabtu aku rasa liat sikit. Biasalah perasaan budak hostel kena balik ke MRSM Jeli. Keesokan harinya (Ahad) dah start sekolah. Tapi, hari tuh rasa macam malas je nak balik ke MRSM. Selalunya, pukul 12 tengah hari atau lepas solat Zohor dah bertolak ke Stesen Bas Kota Bharu. Kemudian, nak kena naik bus dari KB ke Tanah Merah dan dari Tanah Merah ke Jeli. Fuh, penat weh. Sebab tu la rasa malas menjadi-jadi.

Nak dijadikan cerita, dah pukul 3 petang aku masih dekat rumah. Liat dan malas membuak-buak. Lagipun, ayah masih tak balik lagi dari bendang. So, boleh lah guna alasan nak tunggu ayah balik dulu baru nak gerak pergi. Mak aku macam biasa, dah start enjin membebel takut aku sampai lewat kat MRSM, nanti bas takde susah pulak. At last, jam 3:30 petang aku baru nak bertolak. Syukur, kebetulan ayah balik pada masa tu  Memang kena timing!

Jadi, sempatlah aku kucup tangan ayah sebelum bertolak pergi. Memandangkan dah lewat, kali ni memang tak boleh naik bus untuk ke KB. Mintak tolong abang ipar aku hantar ke stesen bus KB. Pada malam tahlil tuh, selepas pemergian ayah baru aku dapat tahu yang ayah bagitau mak dan kakak aku supaya aku sambung cuti lagi pun tak apa. Ayah dah perasan yang aku agak liat pada hari tu. Tapi, semuanya itu aku anggap sebagai kebetulan je. Kalau aku masih sambung cuti time tu, maybe aku dapat tahu ayah accident. Namun, semuanya dah berlaku dan tak mungkin ia akan berubah. Aku yakin dengan qada' dan qadar Allah.


TRIAL SPM MARA

2 September 2006 (Sabtu), aku kembali ke MRSM Jeli setelah balik kampung selama 6 hari bercuti di rumah tanpa membuat sebarang ulangkaji. Masuk sekolah tu, sempatlah aku susun meja untuk exam trial dan tampal sticker nama kat meja exam pada 3 September tu (Ahad). Tanggal 4 September (Isnin) dah start first paper untuk exam trial SPM. Hanya tawakal dan doa yang boleh aku buat pada masa tu. Berbekalkan segala ilmu yang belajar dan sesi revision dengan kawan-kawan sebelum ni, aku cuba yakinkan diri untuk duduki exam. Gabra, toksah cakap lah. Special thanks to my best friend, Ediamin Suhaimi yang keep bagi semangat dan bantuan dari segi nota-nota untuk quick revision waktu tuh. Kawan ketika senang memang senang dicari, tapi kawan ketika susah memang sukar ditemui. Alhamdulillah, dengan apa yang telah berlaku, aku masih mampu berada di sini hari ini, di UTP untuk melanjutkan pelajaran. Dan, rezeki aku berada di sini adalah hasil pencapaian dalam peperiksaan trial SPM. Allahuakbar! Hebat betul perancanganMu.

**********************************

Semoga apa yang diceritakan dan dikongsikan di sini dapat membuat kita fikir sejenak yang kematian memang tidak mengenal siapa dan kita tak boleh nak expect bila. No siren or alarm yang ada untuk bagitau kita tentang kematian. Yang sihat, yang sakit, yang muda, mahupun yang tua pasti akan mati. Yang tinggal persoalannya hanyalah bila dan siapa? Masanya pasti tiba, bezanya cepat atau lambat je.

**********************************

Hari ini, 28 Ogos 2009 maka genaplah 3 tahun arwah ayah Mah Hassan Ya'acob meninggal dunia. Semoga roh arwah ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin

AL-FATIHAH

**********************************

NotaKaki
To all my beloved friends, don't forget your parents. Tak kira kita senang ke, susah ke, happy ke, sedih ke, hendaklah kita sentiasa mengingati mereka tak kira masa dan di mana jua kita berada. Sayangilah mereka selama masih ada, hargailah semasa mereka masih bernyawa. Kehilangan salah seorang dari mereka pasti membawa kekosongan dalam hidup kita. Umpama tidak lengkap dan tak sempurna. Tidak kuat dan tak gagah untuk teruskan hidup.

Bagi sesiapa yang telah kehilangan salah satu antara keduanya, pasti dapat rasa apa yang aku rasa. Untuk mereka yang masih ada keduanya, jangan sesekali mensiakan kewujudan mereka dan peluang yang ada. Ingat, peluang hanya datang sekali. Yang pergi pasti takkan kembali. Paling penting, kena pandai cari masa dan luangkan masa untuk bersama mereka terutama ketika musim cuti atau hujung minggu. Ayuh, sama-sama kita jadi anak-anak yang terbaik buat ibu dan ayah kita. InshaAllah :) Dan anggaplah, setiap kali pertemuan kita dengan mereka sebagai pertemuan yang terakhir. Peluk cium sebelum berpisah, jangan malu jangan segan kerana kita tak tahu bila dia akan pergi dan bila kita akan pergi. Appreciate every single chance that we have!


Renung-renungkan!

**********************************


AYAH
Nukilan: Penaberkala

Ayah,
Aku tetap bangga walau kau seorang petani,
Pengusaha bendang dan tidak berpelajaran,
Tidak pandai menulis, membaca lagi mengira,
Kerna ku tahu,
Kasihmu tulus dan luhur


Ayah, 
Kini kau sudah tiada,
Tak sempat untuk aku menabur jasa,
Hanya iringan doa,
Dari jauh dapat aku panjatkan


Ayah, 
Sungguh sepi hati ini,
Masih belum puas ku mendapat kasih sayangmu,
Tatkala aku mula mengenal erti kasih dan sayang seorang ayah,
Kau dipanggil menghadap Illahi


Ayah,
Walau kau tiada di sisi,
Tapi kau sentiasa dekat di hati,
Setiap masa menemani diri,
Tatkala riang mahupun sunyi


Ayah,
Rindu rasa hati,
Untuk ku peluk dan ciummu,
Untuk ku ucap Selamat Hari Bapa,
Untuk ku ucap Selamat Hari Lahir,
Untuk bersahur dan berbuka bersama,
Untuk meraikan lebaran bersama,
Untuk menyokongku tika susah dan senang


Ayah,
Berapa lama pun telah kau pergi,
Kau kan sentiasa di hati,
Masa tak bisa pudarkan ingatanku padamu,
Seorang ayah yang banyak berjasa,
Susah payah seorang diri,
Korbankan diri demi keluarga!

Post a Comment

20 Comments

  1. be strong! ado gapo2 cni oyak la deh.

    "Fighting is prescribed for you, and you dislike it. But it is possible that you dislike a thing which is good for you, and that you love a thing which is bad for you. But God knows, and you know nothing" [2:216]

    ReplyDelete
  2. Jadikan pengalaman ni sentiasa jadi satu kekuatan anuar :)

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah... Sekadar renungan [3:185], [31:34].. semoga beliau ditempatkan bersama golongan para solihin~

    ReplyDelete
  4. sebak....
    xsdr air mte kuar ble ingt blik...
    sbr ek nuar...

    ReplyDelete
  5. hazwan arif:tq yau..semoga ksh syg kat mak ayah tak putus2..ak tertarik ngan artikel mu pg 28hb tuh..

    mosazu:bereh abe sabri..tq

    beliamuda:terima kasih nipi

    haninnadia:tq byk2..msh igt lg rmai member2 kol n anta sms masa tu..tq utk keprihatinan anda.indah sungguh persahabatan!

    kerepektempe:insyaAllah..trimas acab

    izzati amri:insyaAllah

    anem:ok anem..tq

    terry bogart:terima kasih..insyaAllah..semoga sentiasa diberi kekuatan

    yana:ok yana..tp still sebak bl igt blk walau dh 3 taun berlalu..

    thanx a lot pada smua yg telah memberi komen(ucapan takziah/nasihat)..artikel ini ditulis bukan utk meraih simpati dari sesiapa..artikel ini ditulis sekadar utk perkongsian dan dijadikan renungan bersama
    semoga bermanfaat!

    "sayangilah mereka,bahagiakanlah mereka"

    ReplyDelete
  6. hmm..nasib kita sama..alfatihah...hanya yg melalui je dpt merasai betul2..saba nua..semoga rohnya di cucuri rahmat n diredai..amin..

    ReplyDelete
  7. amin..insyaAllah..
    nasib sama,cuma masa dan keadaan yg berbeza..
    ape yg pntg,kita sentiasa kuat dan tabah
    yeah,teruskan perjuangan yg msh pnjg!

    ReplyDelete
  8. tabahlah.
    tahniah, anda berjaya buat saya ternangis. saya memang rapat dengan abah saya. membaca post awak membuat hati saya timbul rasa takut kehilangan, tambahan lagi saya memang selalu sangat berjauhan dari ibubapa. cuma telefon pengubat rindu. macamana ni? airmata tak berhenti mengalir. hehe :).

    ReplyDelete
  9. tq norashikin rahmat..
    anda menangis?itu tandanya perasaan sayang kat parents sungguh kuat..
    ape yg pntg,perasaan tu tidak luntur sama skali wlau dimana kita berada,dlm apa jua keadaan.
    bila berada berdekatan,manfaatkan masa yg ada bersama,
    bila berjauhan,hubungi mereka selalu dan bertanya khabar.

    ceh,cam ceramah plak dh..
    apepun,semoga berbahagia selalu bersama mak dan ayah tercinta!

    ReplyDelete
  10. assalamulaikum...terasa sebak pertama kali membaca kesah awak...awk mnyedarkan sy betapa penting nya ibu bapa dalam hidup kita...perjalanan harus diterusakan..moga anda berjaya dlm hidup dan bersabarlah...

    ReplyDelete
  11. allopz!:waalaikumussalam..thanx cz sudi baca post sy ni..just nk share experience and make people realize that we should love and take a good care of our parents..thanx gak atas wish dan nasihat awak..insyaAllah

    sekadar renungan
    "seorang ibu/bapa sudah tentu blh jaga,beri ksh syg sepenuhnya kpd 10 org anak,
    tapi 10 org anak belum tentu boleh jaga seorang ibu/bapa dgn penuh kesabaran,kasih syg dan penghormatan"

    ReplyDelete
  12. salam,

    tidak terlambat utk sy ucpkn sabar dan tabahlah mengharungi kehidupan kpd saudara. Mungkin itu adalah dugaan terbesar dlm hidup saudara tetapi igtlah bahawa ALLAH sentiasa menguji dan memberi dugaan kpd hambaNYA. Sesungguhnya ALLAH telah memberi nikmat hidup kpd saudara iaitu mendapat kasih sayang dr kedua ibu bapa walaupun ianya sekejap dlm hidup saudara. Nukilan saudara telah menyedarkan saya bahawa hidup ini hanya sementara dan hargailah mereka yg masih ade. Dugaan dan cabaran harus kite tempuhi tetapi 'mereka'lah mengajar kite menjadi org yg akan menghargai nilai2 kehidupan. semoga saudara menjadi org yg berjaya dlm hidup, di dunia mahupun di akhirat...

    ReplyDelete
  13. waalaikumussalam
    terima kasih anime
    peringatan yg ckp memberi kekuatan kpd diri ini
    semoga apa yg diucapakan oleh anime akn menjadi kenyataan kpd diri ini di suatu hari nnt,
    insyaAllah

    ReplyDelete
  14. huhu..sedih aku baca nie.. tabah ye.. moga dia detempatkan di kalangan orang2 yg beriman disisiNya..
    aku pon xpernah terfikir mcm mn kalau aku kehilangn org yg tersayang..adakah akan setabah ngkau..huhu..

    ReplyDelete
  15. thanx saba
    setiap apa berlaku pasti ada hikmahnya
    yg penting, kita snetiasa tabah dan bersyukur dgn apa yg ada
    moga ko pun tabah menghadapi hidup yg mendatang

    ReplyDelete